19 April 2014

PAS kesal hutan simpan Orang Asal diceroboh

20 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
TEMERLOH: PAS memandang serius penebangan hutan kawasan Simpanan Orang Asal di Kampung Pasu dan Kampung Penderas. Kedua-dua kampung tersebut terletak dalam Perlimen Kuala Krau, Pahang. Penebangan yang ini boleh mengancam sumber rezeki masyarakat Asli di Kawasan tersebut dan bertentangan dengan peraturan yang sedia ada. 

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku Pesuruhjaya PAS Pahang menyatakan bahawa perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

“Penebangan hutan di kawasan tanah Adat orang Asli tidak sepatutnya berlaku. Akibat pencerobohan itu, masyarakat Asli di kampung tersebut dan sekitar telah mengadakan sekatan dan tidak membenarkan balak tersebut di bawa keluar,” ujar beliau melalui kenyataan ringkas dalam facebook.

PAS Pahang merasa kesal dengan tragedi ini kerana ia mendatangkan kesan ekologi dan alam sekitar yang besar, khususnya melibatkan sumber tadahan air dan akan berlaku pencemaran kepada sungai berdekatan.

Sehubungan itu beliau harap tragedi begini tidak berulang lagi pada masa depan. Langkah kawalan penebangan hutan mengikut piawaian yang dibenarkan mesti dipatuhi dengan penuh tanggungjawab. 


Harakahdaily

Tiada ulasan: