19 April 2014

Bukan minyak pesawat

20 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
PERTH: Tompok minyak yang dikesan Ahad lalu di kawasan pencarian penerbangan MH370 bukan daripada psawat itu.

Menurut kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), analisis awal sampel yang dikumpul oleh kapal Tentera Laut Diraja Australia ADV Ocean Shield mengesahkan ia bukan minyak enjin pesawat atau cecair hidraulik.

Ketua JACC Angus Houston mengumumkan tompokan minyak itu dikesan kira-kira 5,500 meter di sekitar kawasan isyarat 'ping' dikesan oleh Ocean Shield pada sidang media di sini, Isnin lalu.

Sebanyak dua liter minyak tersebut dikutip untuk dianalisis di Perth. 
- Agensi

Tiada ulasan: