2 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Sekumpulan kartunis bebas hari ini melancarkan siri jelajah mereka bagi mempromosikan manifesto Pakatan Rakyat dalam bentuk karya kartun.

Mereka yang dikenali sebagai Kumpulan Kartunis Indipenden terdiri dari 35 karyawan dengan diketuai Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque.
Menurut Zunar siri jelajah itu dilakukan mereka secara sukarela tanpa arahan atau mendapat dana dari mana-mana parti politik.
"Apa yang kami buat ini pun tak mendapat bayaran atau arahan dari mana-mana parti politik.
"Cuma kami bersetuju untuk menyokong manifesto Pakatan Rakyat. Kami percaya manifesto ini bukan semata-mata untuk parti tapi untuk rakyat," katanya.
Kumpulan Kartunis Indipenden sering mendapat perhatian apabila karya-karya mereka dilihat sinis mengkritik dasar kerajaan yang disifatkan menindas rakyat.
Dalam jelajah kali ini, mereka akan ke seluruh negara menerangkan kandungan manifesto Pakatan Rakyat dalam bentuk animasi, baju T dan novel grafik.
Pendekatan ini menurut mereka, lebih santai dan mudah difahami serta mampu menarik minat khususnya orang muda.
Sebelum ini, mereka telah ke beberapa negeri termasuk, Perak, Melaka dan Pahang.
Pelancaran jelajah itu diadakan tengah hari tadi di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.
Harakahdaily/-


"Sekiranya beliau gagal mengemukakan bukti bahawa ada usaha Pakatan Rakyat untuk mencetuskan suasana porak peranda, Pemuda PAS tidak teragak-agak untuk mendesak pemimpin Pakatan mengemukakan saman fitnah terhadap beliau," kata ketua penerangannya Riduan Mohd Nor.
"Apakah tidak mungkin terjadi kenyataan beliau menyebabkan rakyat menjadi semakin takut untuk menghadapi pilihanraya serta tidak mahu turun mengundi kerana takutkan sesuatu yang bakal terjadi?" soal Riduan.