27 April 2009

Kerja-kerja Bodoh Dalam PAS

Nik Abdul Nik Abdul Azizi
nikabduh.wordpress.com

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda !

17 ulasan:

Suhaimi Said berkata...

Wow, sudah ada pemimpin Mi Celup dalam PAS, tapi kalau tak ada pemimpin Mi Celup ni, rasa-rasanya pimpinan Ulamak tulen belum lagi sampai kepada rakyat akar umbi dan kepada golongan profesional dan antara kaum.

Ulamak memang bagus, tapi pemimpin Mi Celuplah yang melebarkan pengaruh PAS.

Saya sokong Tuan Guru Nik Aziz yang menolak Unity Government.

Tuan Guru tak perlukan penasihat-penasihat, beliaulah sebenarnya Penasihat Unggul dalam PAS.

ANAK KOMANDO REJ 1 berkata...

YANG PENTING KITA SELAKU PENYOKONG PAS HARUS BERDIRI MENYOKONG DIBELAKANG TOK GURU BUKAN MELAGA2KAN. HIDUP PERLU BERMUAFAKAT.

Tanpa Nama berkata...

TGHH n TGNA adalah ulama yg sebenar.Kedua-duanya brhujah dgn ilmu islami. sbgai penyokong kita harus fahami dulu isu sblum mmbuat kenyataan or komen. takut nnti mereka bdua xde masalah tapi org dbwah yg berbalah. jangen baloh da..

Tanpa Nama berkata...

Ugama Islam asas perjuangan... Apa guna juangkan Islam... kalau nilai-nilai murni di dalam islam tidak dapat diterima dan diamalkan... Ingat dan berwaspadalah kalian dengan musuh yang amat licik dan sukar dekesan didalam jemaah Islam iaitu golongan 'MUNAFIK'. Ingatlah kalian jangan berjuang kerana Tok Guru @ kebendaan @ pangkat.. tp berjuanglah kerana ALLAH SWT.... ikutilah panduan yg telah ditinggalkan oleh nabi kita iaitu Quran dan Sunnah... disamping hormatilah ulamak dan ikutilah nasihat yg baik dari mereka...

Tanpa Nama berkata...

suhaimi saad, ni sorang lagi yang tak faham Unity Government tapi nak cakap jugak...

Tanpa Nama berkata...

PROFESSIONAL DALAM BIDANG DIA...KALAU TAK RETI PRINSIP ISLAM,JANGAN MASUK BIDANG TU,JADI LA PETUGAS YG IKHLAS,JANGAN SIBUK NAK REBUT JAWATAN...KAMI MAHU KEKALKAN PIMPINAN ULAMA'...PENGGANTUNG POSTER YG BERJUANG IKHLAS KERANA ALLAH LEBIH MULIA DARI PROFESSIONAL YG GILAKAN JAWATAN TAPI BUKAN AHLI DALAM BIDANG ITU...

Tanpa Nama berkata...

entahla risau saya kalau nik abduh dan geng dia jadi ketua pemuda pusat, penak kami kat bawah ni berdampingan dan ramai yg dah dekati pas, habis lari depa ni..

Tanpa Nama berkata...

Dalam pas, sesiapapun boleh bersuara, itulah keistimewaan pas, kata2 presiden pun boleh disanggah, bukan macam umno, semua yes boss, sebab itu umno sekarang lemah menunggu hancur sahaja.
saya lihat perbezaan pendapat adalah bagus sekali, cuma sesetengah org melihatnya sebagai pertelagahan.

Tanpa Nama berkata...

kalau ada berpuak-puak
kalau ada melaga-lagakan...
takde beza la pas dan umno

nak kami undi dap ke?
bagus juga...jadi macam singapore

Akhi Fairuz Al-Jengkari berkata...

alhamdulillah..ana juga doakan agar mereka yang cuba melaga2kan TGHH dan TGNA ini menerima balasan dan bertaubat.

Puan Ainon Mohd. berkata...

Melabel-label menghasilkan lebih banyak kesan negatif daripada kesan positif ke atas semua pihak.

Yang berhak melabel orang adalah Allah SWT disebabkan Dialah yang tahu siapa yang layak diperkenakan sesuatu label itu.

Melabel-label orang menyebabkan kita dilihat sebagai seorang yang emosional.

Ya Allah, ampunilah kami semua.

mas berkata...

pn. ainon, mereka yg terasa pedasnya sahaja suka label melabel ni..apa yg saya faham dari tulisan nik abduh beliau tidak melabel pun, hanya menceritakan sifat2 munafik yg wujud didalam parti ayahandanya.

Tanpa Nama berkata...

Kekalkan kepimpinan ulama.. dalam masa yang sama jangan kita keluarkan komen yang boleh melukakan hati golongan lain seperti golongan profesional atau ahli biasa.. PAS FOR ALL... perbezaan pandangan perlu diraikan.. bukan disekat.. biar kita berbincang dalam mesyuarat sampai tegang leher, tapi hati kita tetap bersama dan bersatu...

Tanpa Nama berkata...

Saya berpendapat saudara suhaimi said harus bermuhasabah tentang perjalanan diri dan politiknya. saya mengenali nama beliau sejak dibangku sekolah menengah lagi. Tp saya sentiasa keliru dengan pendirian beliau dalam politik. Pernah saya beranggapan bhw sdr Suhaimi said ini hanya oportunis dlm politik. Saya menyeru beliau untuk berpegang dan mendalami prinsip Islam dalam berpolitik bukannya sekadar membaca tanpa berguru. Saya khuatir saudara tersesat jika hanya bergtg keupayaan akal semata-semata untuk mentafsir tersesat dalam meneroka dunia politik tanpa dunai oilitik tanpa sempadan pada ketika ini

Sosialis Hijau berkata...

Hati hati dengan bekas tahanan ISA. ada antara mereka adalah ajen Polis yang di tugaskan untuk memecahbelahkan PAS. Orang yang comfirm yang telah di tahan ISA bersama nik abduh ialah Tajudin Abu Bakar YDP PAS Batu Kawan Pulau Pinang. Dia ni adalah ajen polis. Hasilnya PAS Batu Kawan berpecah hebat. Baca http://greensocialis.blogspot.com/2009/03/awas-ajen-propaganda-menjadi-pemimpin.html

Pencinta Ulama berkata...

TGHH tokoh "bertaraf dunia" Islam. Pandangannya lebih global daripada melayu yang berpolitik dalam negara. Sifat global sama seperti Islam tu sendiri ad-din. TGNA ulama yang memayungi kemakmuran tanah melayu. Kehilangannya memaksa melayu mencari pengganti yang serupa dengannya. Tidak boleh tidak kena serupa juga. kalau tiada malangnya Melayu.

IRON MASK berkata...

salam...

TGNA dan TGAHA....berkata kata berpandukan kepada ilmu yang mereka ada...bukan mcm org lain yg bercakap ikut sedap mulut saja.....bukan semua ustaz dlm PAS bercakap ikut ilmu...tapi ikut sedap mulut.....

ana sokong sngt kata kata TGNA...bahawa kalau BN yg nak usulkan unity government...kena ikut syarat kita(PAS,PKR dan DAP)setiap satu parti mesti diberikan dua jwatan menteri....contoh...menteri kewangan dan kesihatan bagi kat PKR....menteri pelajaran dan pertahanan bagi kat PAS.....menteri pengangkutan dan penerangan bagi kat DAP.....apa macam BN...ada brani ka...hehehehehehe...dpt semua menteri ni....habis la BN dlm setahun dua lagi....