29 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:
Pengumuman kenaikan gaji dan pemberian dividen sebanyak 16 peratus
kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat tidak sesuai pada masanya
dan sekali gus ianya disifatkan sebagai umpan politik.
Demikian tegas Presiden Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota
Tentera Malaysia (Kerabat), Lt. Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (gambar).
Katanya, pengumuman itu dibuat kerana kerajaan Umno BN merasakan undi tentera bakal memihak kepada mereka memandangkan lebih 20 kerusi parlimen mempunyai undi pos.
Nazari juga tidak menolak berita baik yang bakal dinikmati oleh tentera itu ekoran pelbagai tawaran dibuat oleh Kerabat termasuklah menaikkan elaun RM300 kepada RM500 kepada bekas tentera dan menyediakan perumahan percuma melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Beliau turut mempersoalkan pengumuman 16 peratus dividen antara jumlah yang paling besar yang mana sepatutnya diumumkan dan diberikan pada setiap akhir tahun.
"Pengumuman yang tidak kena pada masa, biasanya diberi paling lewat akhir November ke Disember setiap tahun.
"Kenyataan ini adalah umpan kerajaan BN, tambahan pula tentera kita berhempas pulas menggadai nyawa dalam Ops Darurat, dalam masa yang sama kerajaan bagi imbuhan dan kononya kerajaan prihatin kepada tentera," katanya kepada Harakahdaily.
Bagaimanapun katanya, tentera berterima kasih kepada kerajaan kerana duit yang diberikan untuk kenaikan gaji itu adalah duit daripada pencarum LTAT.
Tambahnya, kenaikan gaji kakitangan tentera sepatutnya diselaraskan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan ianya dibentangkan dalam kabinet terlebih dahulu.
"Kenapa JPA tidak terlibat, hanya tentera dan polis sahaja. Sebab mereka hendak beli undi pilihan raya," tegasnya.
Hari ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pencarum LTAT akan menerima dividen dan bonus 16 peratus bagi tahun kewangan 2012, naik satu peratus berbanding tahun sebelumnya.
Bayaran itu merangkumi dividen tujuh peratus, bonus satu peratus dan bonus khas lapan peratus dalam bentuk unit amanah, yang turut mencerminkan kenaikan 11.6 peratus di dalam pembayaran keseluruhan berbanding RM680.4 juta yang dicatatkan pada 2011.
Semalam pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penyelarasan perubahan lapisan gred jawatan atau gred gaji bagi pasukan ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kenaikan gred gaji itu dilakukan melalui Sistem Saraan Transformatif yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion, katanya.

harakahdaily/-

Saya adalah salah seorang penduduk asal Keramat dan telah menetap di kawasan ini lebih daripada 40 tahun yang lalu.
Kenapa
Salleh dan konco-konco UMNOnya daripada UMNO Bahagian Ampang (Ismail
Kijo), GPRS (Sohaimi Shahadan), GAPS (Hamidzun Khairuddin) dan JMM
(Azwanddin Hamzah) tidak merantai diri mereka ke jentolak dan kren
tersebut untuk menggagalkan rancangan merobohkan flat Jelatek tersebut
dua tahun lalu? Kenapa baru kini mereka berkokok nyaring membakar emosi
dan sentimen Melayu dipinggirkan? Begitu jelas, motif mereka adalah
politik dan mainan mereka adalah emosi rakyat.
Mungkin
Salleh Samad, Ismail Kijo, Sohaimi Shahadan, Hamidzun Khairuddin dan
Azwanddin Hamzah semuanya berang kerana mereka tidak berupaya membolot
komisyen daripada projek ini? Mereka tidak mempunyai peluang menjadi
orang tengah kerana PKNS melaksanakan tender terbuka. 
KUALA LUMPUR:
Selepas pemimpin parti-parti politik, kini giliran NGO iaitu Angkatan
Belia Islam Malaysia (Abim) pula menyaman akhbar Umno, Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR:
Seorang penduduk Kampung Paya Rumput, Melaka tidak berpuas hati
apabila Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengarahkan beliau
menurunkan kain rentang di premis miliknya.