“SAYA isytiharkan perang terhadap pemusnah alam. Cara mereka
memusnahkan atau membunuh cimpanzi sama seperti mereka membunuh manusia.
Peperangan ini adalah malapetaka buat alam”
Pengalaman 50 tahun lalu ketika menyaksikan seekor cimpanzi mengali
lubang anai-anai di Taman Negara Gombe, Tanzania untuk mencari makanan
mengubah keseluruhan, hidup pengasas Jane Goodall Institute, Dr Jane
Goodall dari seorang ahli primatologi kepada aktivis pemuliharaan
cimpanzi dan alam sekitar.
“Ketika itu saya sedang meneropong seekor cimpanzi jantan mencari makanan. Haiwan itu membengkokkan ranting, dilucutkan daunnya kemudian mencungkil sarang itu lalu disuapkan ke mulutnya. Perbuatan itu tidak ubah seperti tindakan manusia untuk mencari makanan.
Bertitik tolak dari situ saya melakukan pemerhatian saintifik tentang kehidupannya hingga saya mengabdikan seluruh hidup untuk bersama haiwan itu,” katanya.

Dilahirkan di London, England pada 1934 anak kepada Mortimer Herbert
Morris-Goodall dan Margaret Myfanwe Joseph ini telah didedahkan kepada
dunia cimpanzi sejak kecil.
“Semasa kecil bapa menghadiahkan anak patung cimpanzi diberi nama Jubilee, sejak dari itu saya mula menyayangi haiwan. Hingga ke hari ini dan anak patung itu masih saya simpan,” katanya.

Pada 1957, beliau nekad mengambil keputusan berhijrah ke Kenya bersama
rakannya kerana terlalu minat terhadap haiwan di negara itu.
Ketika itu, beliau bekerja sebagai setiausaha di syarikat perladangan.
Bermula dari situ beliau menawarkan diri melakukan kajian tentang
kehidupan penduduk primitif dikendalikan oleh ahli arkeologi dan
primatologi, Louis Leakey.
“Pada 1958, saya melakukan kajian di Olduvai Gorge di Tanzania. Selama dua tahun saya tinggal dan menjalani kehidupan bersama mereka. Realiti kehidupan itu membuatkan saya terpanggil untuk menganjurkan kutipan dana bagi membantu golongan tersebut, “ katanya.
Selepas kajian itu selesai, beliau ditawarkan melanjutkan pelajaran kedoktoran dalam bidang Ethologi di Universiti Cambridge selama lima tahun.
Sepanjang penyelidikan itu, beliau memilih untuk tinggal bersama keluarga beruk selama 22 bulan bagi mendapatkan perincian sebenar kehidupan cimpanzi .
“Saya tinggal bersama cimpanzi jantan digelar David dan Goliath. Humphrey cimpanzi bersaiz besar berperangai pembuli, Gigi pula cimpanzi betina sentiasa gembira dan digelar sebagai 'makcik' dari cimpanzi muda, McGregor, cimpanzi paling tua, Flo pula cimpanzi dianggap 'ibu' dan mempunyai kedudukan tinggi dalam keluarga cimpanzi dia mempunyai anak seperti Figan, Faben, Freud, Fifi, dan Flint. Frodo, anak kedua Fifi bersikap agresif dan kerap menyerang Janea,” katanya penuh bersemangat.
Kejayaan penyelidikan Goodall, merupakan pencapaian terbesar apabila beliau dapat membuktikan teori kehidupan cimpanzi, gorila dan monyet mempunyai berbezaan satu peratus dengan manusia seperti perilaku, imunisasi tubuh dan autonomi otak.

“Cimpanzi mempunyai masalah sendiri. Haiwan itu tahu kasih sayang,
berperang, cuma ia berbeza dalam konteks manusia yang lebih menggunakan
fikiran,” katanya.
Pada 1964, Goodall berkahwin dengan jurugambar hidupan liar dari
Belanda, Baron Hugo van Lawick dan tiga tahun kemudian, pasangan itu
dikurniakan anak bernama, Hugo Eric Louis.
“Pergaulan saya dengan ibu cimpanzi banyak mempengaruhi kehidupan saya dan Hugo. Ibu cimpanzi adalah jenis pelindung dan penyayang. Haiwan ini sanggup menggadai nyawa untuk melindungi anaknya. Cimpanzi boleh bertoleransi tetapi tidak disiplin,” katanya.
Pada 1974, pasangan itu bercerai dan beliau berkahwin dengan pengarah Taman Negara Tanzania, Derek Bryceson. Empat tahun kemudian suaminya meninggal dunia kerana barah.
“Ketika itu kehidupan saya amat perit. Namun, saya nekad meneruskan amanah mendiang suami untuk melindungi hutan dan haiwan di taman itu. Amanah itu saya laksanakan hingga hari ini. Saya berdiri teguh membela nasib cimpanzi di Gombe dengan menubuhkan satu kumpulan dianggotai masyarakat primitif Gombe,” katanya.
Pada 1977, beliau menubuhkan Jane Goodall Institute untuk menggalakkan penyelidikan cimpanzi dan habitat haiwan serta alam sekitar di Gombe.

Menurutnya, ketika ini banyak kekejaman luar biasa dilakukan manusia
terhadap hutan dan cimpanzi akibat kerakusan membolot dan merompak harta
alam.
"Saya musuhi mereka. Saya berusaha mendidik generasi baru terutamanya
kanak-kanak untuk menghargai alam dan isinya. Saya percaya semua agama
menentang pencerobohan alam kerana hutan dan haiwan satu ciptaan luar
biasa," katanya.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan