12 Mac 2013

Tahun kedua selepas tsunami

29 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -

Tahun kedua selepas tsunami
Foto menunjukkan keadaan bahagian pantai timur Jepun yang dilanda tsunami.
Tahun kedua selepas tsunami
Foto menunjukkan keadaan bahagian pantai timur Jepun selepas dua tahun bencana alam.
TOKYO - Rakyat Jepun semalam, menyambut ulang tahun kedua bencana tsunami dan gempa bumi yang meragut 19,000 nyawa sekali gus mencetuskan kerosakan loji nuklear terburuk dalam dekad ini.

Satu upacara peringkat kebangsaan diadakan di ibu negara bagi mengingati mangsa-mangsa bencana alam itu.

Sepanjang upacara berlangsung, rakyat Jepun bertafakur sejenak tepat jam 2.46 petang iaitu waktu sebenar tsunami melanda negara.

Pegawai melaporkan, gempa bumi berukuran 9.0 pada Skala Richter yang menggegarkan timur laut Pasifik pada 11 Mac 2011, mencetuskan gelombang tsunami dan memusnahkan ribuan kediaman serta loji nuklear Fukushima Daiichi.

"Loji nuklear berkenaan terjejas teruk di mana berlaku kerosakan pada sistem penyejuk menyebabkan berlaku letupan dan menjadi insiden paling buruk berbanding kemalangan Chernobyl pada 1986," kata pegawai.

Walaupun bencana alam itu telah mencapai usia dua tahun, penduduk masih berusaha membaiki kawasan kediaman mereka yang dicemari radiasi selain membina semula komuniti.

Lebih 300,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan lebih selamat selepas kediaman mereka terdedah radiasi nuklear.  - Al-Jazeera

Tiada ulasan: