05 April 2014

‘Meraba dalam kegelapan’

4 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
PERTH: Ibarat meraba dalam kegelapan, fasa baru operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di bawah permukaan Lautan Hindi oleh dua kapal tentera laut Australia dan British bermula pagi tadi tidak menjanjikan sebarang penemuan namun ia tetap dijalankan kerana pasukan pencari menyifatkan usaha itu bukanlah kerja sia-sia.

Laksamana Pertama Tentera Laut Diraja Australia Peter Leavy mengakui tidak menaruh harapan tinggi dapat mengesan kotak hitam memandangkan sehingga kini belum ditemui sebarang serpihan pesawat bagi menentukan kawasan pencarian sewajarnya.

RM8 juta diperlukan tambah baik Kompleks PAS Kedah

4 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
ALOR SETAR: PAS Kedah memerlukan RM8 juta untuk membina bangunan pentadbiran Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.


RM6 juta diperlukan bagi kerja-kerja pembinaan manakala RM2 juta untuk membeli bahan binaan.

Bagi tujuan tersebut, PAS Kedah menganjurkan majlis makan malam bagi mengutip dana di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kompleks PAS Kota Sarang Semut, malam tadi.

Wanita New Zealand Pecah Rekod Dunia Tangkap Ikan Tuna Seberat 411Kg Dengan Nilai Lelongan AS$2 Juta

4 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
> Donna Pascoe, 56, berjaya memancing seekor ikan tuna sirip biru gergasi seberat 411.6kg.

> Dia bertarung lebih empat jam sebelum berjaya menaikkannya ke atas bot.

> Ikan itu dua kali ganda lebih berat daripada seekor anak gajah.

Misi Kesan MH370 Masuki Fasa Pencarian Dalam Air

4 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
PERTH: Usaha menjejaki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam pesawat yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, Angus Houston berkata, dalam masa sama usaha pencarian dari udara tetap diteruskan.

Jangan bertangguh buat maaruf – Presiden PAS

4 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
BALING: Sifat manusia itu memerlukannya mengejar masa untuk menyambung segala kebaikan dan tidak menangguh sebarang kemaarufan, demikian dijelaskan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata demikian sebagai menghurai tafsir surah al-'Asr pada Liqa' Pemuda di Madrasah Nurul Hidayah, Kampung Tembak, Kuala Ketil di sini hari ini.

Balu Ahmad Sarbaini saman SPRM, kerajaan RM8 Juta

4 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Balu Penolong Pengarah Kastam Selangor, Masiah@Maziah Manap, 53 dan anaknya, Shahril Ahmad Sarbaini, 30, memfailkan saman sebanyak RM8 juta terhadap Kerajaan Malaysia, SPRM dan tujuh yang lain.

Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed sebelum ini ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Cochrane pada 6 April 2011.