09 Januari 2013

Polis rampas senjata disaluti emas, berlian

26 Safar 1433H. [MOD] -

TEGUCIGALPA, Honduras - Pihak berkuasa merampas selaras senjata api AK-47 yang disaluti emas, batu berlian dan zamrud, kata seorang pendakwa raya kelmarin.

Senjata itu merupakan antara barang yang dirampas di sebuah ladang dekat Ciudad Jardin de Choloma di utara bandar raya ini.

Menurut pendakwa raya itu, Marlen Banegas, senjata tersebut dipercayai milik kumpulan penyeludupan dadah Zetas di Mexico.

Senjata itu dianggarkan berharga AS$50,000 (RM152,114). - AFP


[IKTIBAR] Kaya Pada Usia Muda Buat Safwan Tenggelam, Tak Ingat Mengucap

26 Safar 1433H. [MOD] -

Seperti kemiskinan, kekayaan boleh menjadi dugaan hidup, apatah lagi memilikinya pada usia muda.

Maklumlah masa muda merupakan waktu di mana nafsu mahu mencuba segala nikmat dunia berada di puncak dada.

Itulah pengalaman dikongsikan Safwan (bukan nama sebenar). Sebagai permulaan cerita dia menyatakan kesyukuran kerana perjalanan hidupnya sejak kecil sering dipermudahkan.

Di sekolah walaupun bukan pelajar paling cemerlang, prestasi pelajarannya dalam kategori baik. Dikelilingi kawan-kawan, Safwan menjalani kehidupan remaja dalam suasana gembira.

“Sejak sekolah rendah saya ada empat kawan rapat – Jeff, Azrul, Din dan Min. Kami membesar dan bermain sama sejak kecil sebab tinggal berjiran. Kami seolah-olah tak dapat dipisahkan,” ujar Safwan.

Selepas tamat SPM, bagai sudah berjanji kelima-lima mereka mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di sebuah IPT sama, mengambil kursus serupa. Hal ini membuatkan persahabatan mereka tambah erat.

Ketika bergelar penuntut mereka jalani hidup bersama; daripada aktiviti pelajaran hinggalah aktiviti luar lain. Keseronokan merempit, mencuba dadah dan mengunjungi pusat hiburan turut diterokai berlima. Lebih daripada itu, mereka turut menjalankan perniagaan menjual ganja dan pil khayal.

“Kami sepakat tak mahu kerja dengan orang Jadi lepas tamat belajar kami gunakan keuntungan jual ganja untuk buka perniagaan bersama,” kata Safwan.

Pada mulanya mereka mengusahakan perniagaan kafe siber.Hasil diperoleh agak lumayan namun lama-kelamaan, ia kian merosot membuatkan mereka mula mencongak peluang perniagaan baru.

“Sudah rezeki Tuhan nak bagi, kami dapat kontrak eksport lintah ke Jepun. Peluang itu terus diambil. Kami usahakan ternakan lintah di tanah yang dipajak,” ujar Safwan.

Sejak itu kehidupan mereka berubah agak total. Memanglah sebelum ini mereka tidak susah sangat dari segi duit, namun saat itu hidup bertukar lebih mewah lagi.

Walaupun selepas diagihkan kepada lima, jumlah untung diterima masih sangat besar untuk dibelanjakan apatah lagi bagi orang muda seperti mereka. Langkah kian panjang.

Semua keseronokan dunia ingin dicuba.

Aktiviti melancong dan berbelanja sakan menjadi perkara biasa. Pada masa sama judi, minuman keras dan perempuan turut menjadi makanan harian. Meskipun rumah sewa mereka masih di Lembah Klang, ibu bapa dan keluarga jarang-jarang sekali dikunjungi. Safwan, Jeff, Azrul, Din dan Min hanyut dalam kehidupan sendiri.

“Mungkin sebab keluarga ada juga bekalkan ilmu agama waktu kecil, kadang-kadang masa tengah khayal dek minuman keras atau dadah kami sempat berbual soal kehidupan. Bertanya satu sama lain, sampai bila nak macam ni? Apa yang kita buat ni berdosa tahu? Tapi walaupun masing-masing tahu dan setuju susah untuk tinggalkan perkara haram. Maklumlah benda seronok kan,” ucap Safwan.

Tak ingat mengucap

Satu hari, ketika sedang melepak, Min mengajak mereka semua ke satu tempat untuk berjudi. Namun apabila kawan-kawan lain tampak bermalas-malas, dia ambil keputusan untuk bergerak dahulu.

“Kami janji akan datang kemudian. Tapi tak sampai 15 minit lepas dia beredar, saya dapat satu panggilan daripada telefon bimbit Min,” ujar Safwan.

Panggilan bagaimanapun dibuat oleh orang lain. Menurut pemanggil, Min terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kuching. Safwan dan lain-lain segera ke tempat kejadian.

Setibanya di sana, Min masih sedar namun sudah tak mampu bersuara. Safwan, Din dan Jeff menemaninya dalam ambulan menuju ke Hospital Kuala Lumpur manakala Azrul, memandu kenderaan sendiri.

“Dalam ambulan, kami saling berpandangan dalam keadaan panik lihat Min sedang nazak. Petugas ambulan minta kami ajar Min mengucap tapi entah macam mana terpacul dari mulut Jeff, ‘kami tak ingat macam mana nak mengucap pakcik’.

“Petugas itu kemudiannya mengajar Min mengucap. Min menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas itu,” ujar Safwan.

Selepas kematian Min, mereka berempat agak tersentak. Aktiviti harian dan perniagaan diteruskan seperti biasa tapi tak serancak dulu. Apabila duduk bersama mereka lebih banyak berdiam diri melayan perasaan masing-masing.

Begitu pun, sekali sekala pengambilan dadah dan alkohol masih diteruskan. Keseronokan dunia tetap digunakan untuk merawat hati yang sedih kerana kematian sahabat.

“Satu malam, Jeff tiba-tiba ajak kami balik ke rumah ibu bapanya kerana rindukan ibunya. Oleh sebab keluarga Jeff dah macam keluarga sendiri kami nak ikut tapi mahu menyusul kemudian dengan kereta berasingan,” kata Safwan.

Bawa haluan sendiri

Bagai dejavu, tidak lama selepas Jeff keluar, Safwan sekali lagi menerima panggilan telefon daripada orang tak dikenali. Katanya Jeff kemalangan! Maka mereka bergegas ke tempat kejadian. Sepanjang perjalanan kesemua mereka bagai tak keruan kerana masih diimbau kejadian menimpa Min yang belum pun sampai sebulan.

“Jeff meninggal dunia selepas dibawa ke hospital. Kami terduduk menerima berita itu. Ia terlalu sukar dihadamkan fikiran Belum pun hilang terkejut kehilangan Min, kini Jeff pula menyusul,” ujar Safwan.

Kali ini kematian Jeff benar-benar meninggalkan impak. Safwan, Azrul dan Din bagai kehilangan kata-kata. Semuanya terlalu mengejut.

“Kami mula berbual tentang dosa yang pernah dilakukan bersama-sama. Kami sama-sama setuju ini wake up call dari ALLAH agar kami bertaubat,” ujar Safwan.

Seminggu selepas kematian Jeff, Azrul dan Din menemui Safwan di sebuah restoran. Azrul menyatakan hasrat untuk membawa diri, sementara Din lebih banyak berdiam.

“Selepas pertemuan itu, saya tak lagi tahu khabar berita mereka. Kedua-duanya menghilangkan diri begitu sahaja. Sampailah dua tahun lalu, saya bertemu Azrul secara tak sengaja di Pulau Pinang. Penampilannya sudah jauh berubah. Dia masih menyatakan kekesalan atas dosa lampau.

“Din pula sampai sekarang tak tahu apa khabar berita. Terakhir saya dengar, dia sertai tabligh,” kata Safwan.

Bagi Safwan sendiri, kematian Min dan Jeff meninggalkan kesan yang bukan sedikit. Dia mula mendekatkan diri dengan keluarga dan kembali pada tuntutan agama.

Perniagaan yang diusahakan bersama kawan-kawan baiknya sebelum ini turut dijual kerana terlalu banyak kenangan mengusik jiwa untuk diteruskan. Buat masa ini, dia mengambil keputusan untuk bekerja makan gaji sahaja.

“Kubur kedua-dua sahabat saya itu tidak jauh dari kawasan perumahan, jadi setiap hari saya akan melewatinya setiap kali pergi dan balik kerja. Sekurang-kurangnya, ia mengingatkan saya bahawa kematian sangat dekat dengan manusia tidak kira berapa usia kita.

“Maka rugilah jika kita terlalu leka dengan nikmat dunia hingga abaikan persediaan ke alam kekal kelak,” ujar Safwan yang baru menginjak ke usia 28 pada 8 Disember 2012 lalu. -SH

NGO lapor ke SPRM, gesa siasat isu RM160 juta LTAT

26 Safar 1433H. [MOD] -


SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta membuat siasatan segera berhubung dakwaan salah guna RM160 juta dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Gesaan itu dibuat sebuah NGO, Jingga 13 hari ini yang turut membuat laporan kepada pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam hari ini.

"Jingga 13 memohon supaya urusniaga ini disiasat segera bagi memastikan tidak ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan.

"Lebih penting, isu ini membabitkan nama baik dan integriti Najib yang namanya perlu dibersihkan segera melalui satu siasatan yang telus, bebas dan profesional," kata Ketua Koordinatornya, Fariz Musa.

PKR sebelum ini mendedahkan sejumlah RM160 juta wang dari LTAT digunakan untuk membayar kepada syarikat Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd melalui Boustead Holdings Berhad.

Jumlah itu masing-masing RM30 juta untuk pengambilalihan syarikat Astacanggih dan RM130 juta lagi untuk tanah seluas 223 ekar daripada syarikat Awan Megah.

Awan Megah dimiliki ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah yang diheret ke kancah kontroversi oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

Ianya berikutan urusniaga kewangan mereka berhubung projek Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) menghadapi masalah.

"Berdasarkan fakta-fakta yang didedahkan, pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera kepada pemegang saham Astacanggih dan Awan Megah tidak mempunyai asas komersil dan tidak akan membawa pulangan kepada pelaburan anggota tentera," kata Fariz lagi.

Semalam, media mendedahkan bahawa pembinaan Puspahanas mengalami kelewatan hampir dua tahun.

Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, kerja pembinaan Puspahanas sepatutnya bermula pada 25 September 2008 dan siap pada 24 Januari 2011.

Kementerian Pertahanan mentauliahkan projek berkenaan dan menandatangani perjanjian dengan pemaju Awan Megah (M) Sdn Bhd ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri.

harakah/-

Saintis Jepun rakam sotong gergasi hidup

26 Safar 1433H. [MOD] -

Sotong gergasi
Saintis mendakwa gambar ini berjaya dirakamkan pada Julai lalu di perairan Jepun.
TOKYO - Saintis Jepun mengumumkan kejayaan mereka merakamkan imej sotong gergasi hidup pertama yang diperoleh dari kawasan berhampiran Pulau Ogasawara terletak 1,000 kilometer dari selatan Tokyo pada Julai lalu.

Gambar hidupan akuatik dalam spesies sefalopod sepanjang 18 meter itu diambil pada jarak satu kilometer dari permukaan dasar laut dalam.

Ahli zoologi di Muzium Sains dan Alam Jepun, Tsunemi Kubodera berkata, ramai orang cuba untuk menangkap gambar sotong gergasi hidup di kawasan habitat mereka sebelum ini tetapi gagal.

"Walaupun saiznya bukan mengikut standard sotong gergasi 'Kraken' seperti yang dinyatakan dalam mitos terkenal, ia adalah yang terbesar pernah ditangkap oleh manusia," katanya lagi. - AP

Aktivis mahu turunkan kain rentang misteri

NONE26 Safar 1433H. [MOD] -

 
Seorang aktivis Bendera Rakyat, Mohd Haizal Yatizan berkata beliau "geram" dengan satu kain rentang misteri yang dikesan dipasang di satu jejantas berhampiran stesen LRT Abdullah Hukum, Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Haizal, 29, berkata beliau sendiri akan menurunkan kain rentang yang disifatkannya sebagai usaha sabotaj ke atas Bendera Rakyat, yang pernah dikibarkannya semasa sambutan ambang tahun baru 2013.

"Saya akan cabut (kain rentang) sekarang. Saya tidak mahu nanti orang kata kami pula (yang bertanggungjawab memasangnya)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kain rentang berkenaan dikesan menunjukkan slogan yang menggesa orang ramai menukar bendera Malaysia dan dengan bendera yang serupa dengan Bendera Rakyat.

Bendera Rakyat merupakan bender yang dipromosi oleh Mohd Haizal dan rakan-rakannya.
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa kumpulannya bertanggungjawab memasang kain rentang tersebut.
Tambahnya, kumpulannya juga tidak berniat untuk menukar bendera Malaysia apabila mengibarkan Bendera Rakyat semasa sambutan ambang tahun baru dan juga ketika ambang hari kemerdekaan tahun lalu.

"Bukan. Kami bukan nak suruh tukar bendera. Tak ada langsung kata nak tukar bendera. Kami cuma cerita mengenai sejarah. Suruh orang ramai tahu tentang sejarah bendera itu. Itu sahaja.

sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 4
"Sedangkan pada malam 31 Ogos pun kami bawa bendera Malaysia. Kami memang nafikan. Lagipun kami bukan buat kain rentang macam itu. Kami pakai kain buruk biasa sahaja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kain rentang misteri yang dikesan hari ini menunjukkan tanda pangkah pada imej bendera Malaysia dengan tulisan dalam bahasa Inggeris "Bendera ini mesti dibuang" (This flag must go).

Imej Bendera Rakyat dalam kain rentang itu pula ditanda rait, dengan tulisan dalam bahasa Inggeris "Ubah" (Change).

Selain itu, kain rentang itu juga mempromosi perhimpunan anjuran Pakatan Rakyat dengan tulisan "1 Juta Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 2013 #KL112.

Sementara itu, seorang kakitangan stesen LRT Abdullah Hukum memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dimaklumkan mengenai kain rentang itu oleh beberapa orang penumpang pada sekitar jam 9 pagi.

Ditanya sama ada petugas LRT akan menurunkan kain rentang tersebut, kakitangan yang enggan dinamakan itu berkata pihaknya tidak dapat berbuat demikian kerana jejantas itu bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

malaysiakini/-

Bahana bekam

26 Safar 1433H. [MOD] -
Singapura: Seorang pengurus kejuruteraan mendakwa sesi bekam Cina yang tidak dilakukan dengan sempurna oleh pakar terapi menyebabkan dia melecur teruk T Arunn, 48, mendakwa kecederaan melecur dialaminya sangat teruk hingga mengambil masa 10 bulan untuk pulih, lapor akhbar Shin Min Daily. 

Terapi bekam dengan api adalah perubatan alternatif Cina di mana ahli terapi memanaskan udara dalam gelas, logam atau cawan kayu menggunakan api dan kemudian menekapnya ke bahagian kulit.

Pengamal perubatan tradisonal percaya proses itu membantu pengaliran darah untuk memulihkan penyakit. Arunn berkata, dia pergi ke pusat kesihatan di Kompleks Fu Lu Shou di Bugis untuk mendapatkan rawatan. Menurutnya, sebelum ini dia tidak mengalami masalah ketika melakukan rawatan bekam dan kunjungannya ke pusat kesihatan itu yang pertama sekadar untuk mencuba.

Arunn berkata, ahli terapi meletakkan 11 cawan di belakangnya sebelum menanggalkan ia 15 minit kemudian.

Arunn memberitahu, dia berasa ahli terapi itu tidak begitu mahir. Selepas mereka menanggalkan semua cawan di belakang tubuhnya, bahagian belakang badannya berasa panas.

Apabila dia melihat bahagian belakang tubuhnya di cermin, dia terkejut melihat kulitnya melecur membentuk bulatan cawan berkenaan.

Ahli terapi terbabit memberitahunya cawan itu mungkin dibiarkan terlalu lama dan meyakinkannya tiada apa perlu dibimbangkan.

Bagaimanapun, apabila pulang ke rumah, kesakitan di belakang tubuhnya semakin menjadi-jadi. Dia kemudian mendapatkan nasihat doktor dan diberitahu kulitnya melecur tahap kedua.

Doktor di hospital tempat dia dirawat memberitahunya ada 11 bulatan kesan melecur di tubuhnya. Kira-kira empat peratus daripada seluruh permukaan kulitnya melecur tahap kedua. Ia bersamaan dengan saiz empat telapak tangan. - Shin Min Daily

Cemas berdepan 'anak' Sonamu

26 Safar 1433H. [MOD] -


Cemas berdepan 'anak' Sonamu
Bot nelayan berlabuh di muara Kuala Dungun setelah amaran aktiviti pantai dikeluarkan Jabatan Meteorologi berikutan kehadiran ribut Sonamu yang dipercayai bakal melanda perairan
Cemas berdepan 'anak' Sonamu
Amaran Sonamu menyebabkan nelayan bot kecil di Pantai Sura tidak keluar menangkap ikan, namun ada penduduk masih melakukan aktiviti riadah di tepi pantai.
 
DUNGUN - “Ombak setinggi tiang elektrik (kira-kira tiga hingga lima meter) berkali-kali membadai bot pukat tunda saya, masa itu saya tidak tahu adanya amaran ribut Sonamu sebab sudah lebih tiga hari saya berada di laut, hubungan kami terputus,” kata Fauzi Ibrahim, 43, nelayan yang berdepan detik cemas ketika dihempas ombak.

Ketika kejadian, Fauzi yang tinggal di kampung nelayan Seberang Pintasan Dungun bersama beberapa rakannya yang menaiki bot pukat tunda berada kira-kira 100 batu nautika di tengah laut.

Berkongsi pengalaman cemas itu, Fauzi berkata, dia yang memandu bot pukat tunda berukuran kira-kira 20 meter panjang keluar menangkap ikan melalui jeti Kuala Dungun petang Sabtu lalu.

Fauzi berkata, ketika itu dia tidak tahu adanya amaran ribut Sonamu bakal melanda perairan Pantai Terengganu, khususnya perairan Dungun.

Menurut Fauzi, pada jam 12 tengah malam semalam, dia masih berada di tengah lautan dan ketika dalam perjalanan pulang, dia sempat menghidupkan telefon bimbit lalu mendapat mesej daripada rakannya mengarahkan agar dia segera pulang berikutan amaran ribut Sonamu daripada pihak berkuasa.

“Ketika itu, hati saya gementar, selepas menaikkan pukat, kami terus bertolak pulang ke daratan.

“Namun ketika dalam perjalanan pulang, bot kami beberapa kali dihempas ombak besar setinggi tiang elektrik, nasib baik tiada perkara buruk berlaku dan kami selamat sampai di daratan kira-kira jam 5 pagi,” kata Fauzi yang masih trauma dengan kejadian dihempas ombak besar yang disifatkan anak Sonamu itu.

Rezeki boleh dicari

Bagi Yusuf Ahmad, 60, dia mengambil keputusan untuk tidak turun ke laut selepas rakannya mengambil pendirian serupa sebaik melihat keadaan laut bergelora berikutan kehadiran Sonamu.

“Bila ada arahan, kita kena patuhlah kalau tak mahu perkara buruk berlaku.

“Apabila keadaan sudah reda nanti, boleh keluar semula. Tak ada masalah. Rezeki boleh dicari, tetapi nyawa tak boleh diganti,” kata Yusuf yang juga seorang juragan dan juruselam.

Tidak ambil risiko

Hashim Omar, 57, pula menyifatkan kejadian ombak besar Sonamu yang dikatakan boleh mencecah ketinggian sehingga enam meter itu merupakan satu perkara biasa baginya yang sudah lebih 40 tahun bergelumang di laut bergelora.

Namun sebagai nelayan berpengalaman, dia mengambil langkah selamat untuk tidak berdepan risiko sebab bimbang dengan keselamatan diri serta awak-awak bot di bawah jagaannya.

“Sudah tiga hari kami tak ke laut, tak apalah, tak ada rezeki lagi. Apabila cuaca sudah pulih, kami buatlah kerja rutin macam biasa.

“Kalau keluar, jadi apa-apa nanti susah juga, jadi baik tak payah keluar,” katanya.

Langkah berjaga-jaga

Sonamu berasal daripada perkataan Korea merujuk kepada pokok pine yang merupakan nama tiga siklon tropika di utara Lautan Pasifik Barat.

Siklon tropika adalah ribut ganas yang berputar selain mempunyai ukur lilit sehingga ratusan kilometer.

Berikutan satu laporan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia yang mengatakan ribut berkenaan menghampiri perairan 756 kilometer pantai Dungun, penduduk tempatan terutama kaum nelayan mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak melibatkan diri dengan aktiviti pantai.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi tepi pantai pagi semalam mendapati tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan dan penduduk masih menjalankan rutin harian seperti biasa.

Namun pihak berkuasa menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga.

sinar/-

Pemantau sasar rekrut 10,000 pemerhati PRU13

26 Safar 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Tiga badan bukan kerajaan menubuhkan Kempen Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) bagi merekrut sukarelawan menjadi pemerhati dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

Kempen ini digerakkan oleh Bersih 2.0, Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), Pusat Komas dan Citizens For Independent Journalisim (CIJ), dengan sasaran sekurang-kurangnya 10,000 sukarelawan.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga berkata, Pemantau bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat supaya berperanan dalam PRU 13 bagi menghalang penipuan semasa pilihan raya.

“Sesi latihan dan pendaftaran sukarelawan akan dijalankan di setiap negeri dan bandar utama seluruh negara. Senarai penuh akan diumum tidak lama lagi.

“Jadual awal setakat ini adalah Sibu pada 19 Januari, Kuala Lumpur dan Selangor 30 Januari diikuti Johor Bahru 2 Februari,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor semalam.

Tambah beliau juga, pemantauan akan meliputi pemantauan proses pilihan raya semasa tempoh berkempen dan hari pengundian serta menjalankan pemantauan media.

Pemantauan media katanya akan dibuat dengan kerjasama Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Justeru kata Ambiga, bagi membolehkan usaha tersebut berjalan lancar, Pemantau mengalu-alukan derma rakyat RM10 atau lebih untuk projek ini.

Sumbangan boleh dibuat kepada akaun CIMB Islamic Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (no akaun: 12380000661-10-0).

harakah/-

PRU 2008: Orang Asli kecil hati

26 Safar 1433H. [MOD] -

PRU 2008: Orang Asli kecil hati
Sebahagian daripada masyarakat Orang Asli dari Tapah, Gerik, Gopeng dan pimpinan PKR Perak ketika berdemonstrasi secara aman di hadapan Pejabat Jakoa, semalam.
IPOH - Beberapa Orang Asli di Tapah kesal dan kecewa dengan pandangan bahawa masyarakat itu merosakkan undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Seorang penduduk, Bah Jali a/l Bah Jit, 54, berkata, mereka tidak berpuas hati apabila Adun Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan  mengaku mengadakan program berkenaan dengan tujuan mengurangkan undi rosak yang berlaku dalam kalangan Orang Asli.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan itu menyinggung perasaan mereka sedangkan tiada bukti kukuh mengenainya.

“Bagaimana mereka yakin banyak undi rosak disebabkan Orang Asli sedangkan ia juga berlaku melibatkan pengundi lain. Kenapa kali ini kami dituduh sedemikian?” katanya kepada media selepas demonstrasi aman di hadapan Pejabat Jakoa Negeri Perak dan Kedah di sini, semalam.

Bah Jali berkata, sebelum ini tidak pernah dibuat program ‘melatih’ mengundi secara betul.

Sementara itu, Bendahari PKR Perak, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata, isu tersebut boleh dianggap mencabuli hak Orang Asli.

Yit Thong berkata, program tersebut perlu dihentikan segera kerana didapati mengandungi unsur pelanggaran undang-undang yang melanggar Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957.

“Kami menggesa Ketua Pengarah Jakoa supaya meletak jawatan segera kerana gagal melindungi hak Orang Asli malah dijadikan alat kempen politik pilihan raya Umno dan BN. Taktik-taktik kotor yang digunakan terhadap Orang Asli seperti cara mengugut dan menyogok tidak boleh diterima.

“Jangan bodohkan masyarakat Orang Asli. Hak kebebasan mengundi dalam Perlembagaan Persekutuan mesti dihormati,” katanya.

Bagi Ahli Aktivis Sosial PKR, Bah Tony berkata, pihak Jakoa sepatutnya profesional dan menjaga hal ehwal Orang Asli bagaimanapun telah diperalatkan untuk berkempen bagi BN.

Beliau turut kecewa kerana masih banyak masalah dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang masih belum selesai seperti  pencerobohan tanah di kawasan Orang Asli yang sepatutnya didahulukan bukannya mengadakan program latihan mengundi.

sinar/-

Separuh rentung

26 Safar 1433H. [MOD] -


FotoSungai Buloh: Kepala terpisah daripada tubuh, beberapa anggota badan lain hilang, manakala bahagian pinggang ke atas pula hampir rentung akibat dibakar.

Begitulah keadaan mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh yang ditemui di satu kawasan pembuangan sisa bahan binaan di Subang Bestari, di sini, petang semalam.

Mayat lelaki itu ditemui seorang pengutip sampah ketika mencari barang terbuang di kawasan berkenaan, kira-kira jam 3.35 petang.

Sumber polis berkata, ketika mencari bahan buangan untuk dikitar semula, lelaki itu terhidu bau busuk lalu berusaha mengesan puncanya.
ANGGOTA unit forensik mengutip cebisan mayat terbakar.

“Dia kemudian terkejut apabila mendapati bau busuk itu adalah bau mayat seorang lelaki yang terbakar separuh badan.

metro/-

Hentikan budaya hutang dan boros

26 Safar 1433H. [MOD] -


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan satu laporan berita akhbar yang mendedahkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menyelesaikan sebanyak RM139,000 hutang ceti haram atau ah long yang melibatkan 102 anggotanya.

Menurut berita itu lagi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, bayaran itu merupakan jumlah yang berjaya dikurangkan hasil perundingan bersama pihak berkenaan walaupun jumlah sebenar yang sepatutnya dibayar RM370,000.

Katanya, kegiatan meminjam wang daripada ‘lintah darat’ itu melibatkan anggota pelbagai pangkat dan dalam hal itu TLDM menggunakan pendekatan penerangan dan ceramah untuk membantu mereka.

CAP berpandangan pihak TLDM tidak sepatutnya menggunakan wang awam untuk digunakan bagi menyelesaikan hutang ah long yang diambil oleh anggotanya kerana ini akan memberikan satu contoh yang tidak baik.

Ini kerana ia akan memberikan persepsi atau tanggapan dalam kalangan anggota TLDM bahawa adalah tidak salah untuk meminjam dan berhutang dengan ceti haram atau ah long kerana sekiranya gagal untuk membayarnya pihak berkuasa akan menyelesaikan hutang itu.

Pendedahan ini juga menunjukkan bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia yang bukan sahaja melibatkan anggota TLDM yang mengamalkan dan terjebak dengan budaya meminjam wang dan berhutang daripada ceti haram dan ah long walaupun sudah lama pihak kami berusaha mendidik pengguna agar mengelakkan budaya hutang dan boros.

Eloklah kita menginsafi hakikat bahawa hutang isi rumah di negara ini pada 2010 ialah sebanyak RM577 bilion. Segenap lapisan masyarakat di negara ini sanggup berhutang bagi memenuhi tuntutan gaya hidup moden termasuk mereka yang berpendapatan sekitar RM2,000 sebulan.

Namun hidup mereka akhirnya semakin merana apabila Jabatan Insolvensi Malaysia terpaksa mengisytiharkan 85,175 daripada mereka sebagai muflis kerana tidak mampu membayar hutang.

Tiga jenis hutang lazimnya dibuat oleh peminjam yang sesetengahnya mahu hidup bergaya iaitu hutang sewa beli kenderaan yang tinggi, pinjaman peribadi, pembelian saham dan kad kredit serta pinjaman perumahan.

Kegilaan masyarakat negara ini menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang begitu menggerunkan apabila maklumat terkini seperti yang tertera di atas. Kegagalan menguruskan hutang mengakibatkan 85,175 rakyat negara ini menjadi bankrap ketika usia muda.

Berikut adalah kes muflis di Malaysia. Sebanyak 85,175 kes dari tahun 2007 hingga Mac 2012.

Sewa beli kenderaan 21,796 kes, pinjaman peribadi 12,547 kes, pinjaman perumahan 12,098 kes dan pinjaman perniagaan 9,865 kes (Sumber: Jabatan Insolvensi Malaysia).

Bagi mereka yang sudah pun terjebak dengan budaya meminjam dan berhutang ini, tidak ada jalan lain kecuali melunaskan hutang mereka sekiranya tidak mahu menanggung risiko berdepan dengan pelbagai kerenah ceti haram dan ah long.

Terdapat pelbagai faktor yang mendorong seseorang itu meminjam atau berhutang antaranya bermain judi tetapi ada juga yang meminjam dan berhutang kerana hendak hidup mewah atau terpengaruh dengan gaya hidup orang lain yang lebih mewah daripada mereka.

Inilah masalahnya yang sering melanda masyarakat kita, kalau tidak mampu untuk memiliki sesuatu dalam hidup kita ini, usahlah membebankan diri dengan meminjam dan berhutang yang akhirnya menjerat diri sendiri.

Terimalah hakikat kemampuan gaji dan pendapatan kita serta hiduplah dengan sikap sederhana (terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad “Tidak akan kekurangan orang yang hidup sederhana).

Orang yang membelanjakan harta dengan secara berhemat dan sederhana tidak akan menjurus kepada pemborosan dan berlebih-lebihan dan sudah tentu tidak akan kekurangan. Satu lagi sikap yang perlu diamalkan ialah qanaah iaitu cukuplah dengan apa yang ada, seperti kata pepatah Melayu ukurlah baju di badan sendiri.

Jangan sekali-kali terpedaya dengan iklan-iklan yang terpapar di dalam media massa baik media elektronik atau media cetak terutama sekali di musim-musim perayaan yang menonjolkan budaya hidup mewah, boros dan membazir yang semuanya berpaksikan kepada wang.

Dalam masyarakat kita, memang terdapat mereka yang suka meminjam wang, gemar hidup bergaya lebih daripada kemampuan serta berbelanja lebih daripada pendapatan, banyak orang kelihatan hidup senang walaupun pada hakikatnya kesenangan itu berasaskan kepada hutang.

Satu lagi amalan buruk di dalam masyarakat kita ialah membazir. Kini amalan membazir di dalam masyarakat nampaknya tidak dibendung malah semakin dibiarkan.

Perilaku membazir ini dapat dilihat di dalam pelbagai bentuk seperti membazir makanan, aksesori dan hiasan diri, pembaziran di dalam rumah, membazir di dalam pakaian, hiasan dan perabot rumah serta pejabat.

Sehubungan itu, CAP menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mencegah menularnya budaya meminjam, berhutang, membazir dan boros dalam kalangan rakyat negara ini.

Pihak berkuasa juga digesa agar mengawal dan memantau iklan-iklan yang disiarkan di dalam media massa itu tidak menggalakkan masyarakat ke arah budaya hidup mewah, boros dan membazir.

Masyarakat perlu dididik untuk mengamalkan cara hidup sederhana, berjimat-cermat, tidak boros dan membazir di dalam hidup dan menginsafi bahawa masih ada anggota masyarakat yang hidup di dalam kemiskinan yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Penulis ialah Presiden CAP.

harakah/-

Guru kecewa gagal tukar ikut suami

26 Safar 1433H. [MOD] -

Saya mewakili ribuan guru wanita di seluruh Malaysia ingin meluahkan kekecewaan kami apabila permohonan kami untuk bertukar ke negeri lain atas alasan mengikut suami tidak diluluskan. Malah, apabila rayuan dibuat, kami tidak akan dilayan disamping perlu menerima kritikan dan herdikan pegawai-pegawai dan kaki tangan di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ada antara kami yang menghadapi masalah ancaman keselamatan ekoran tinggal bersendirian di rumah sewa. Ada juga antara kami guru-guru wanita mengalami masalah keretakan rumah tangga ekoran perhubungan jarak jauh yang terlalu lama. Sebetulnya, permohonan bagi guru wanita yang ingin bertukar mengikut suami boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja seperti waktu dahulu.

Ribuan permohonan bagi guru wanita yang ingin mengikut suami tidak diluluskan, walhal begitu banyak kekosongan dan juga keperluan guru di negeri berkenaan. Ramai antara kami terjejas kualiti dan tumpuan kerjanya ekoran emosi yang tidak stabil kerana jauh daripada suami malahan ada yang berjauhan dengan anak-anak. Sesungguhnya pihak yang berkenaan perlu peka dan ingat bahawa tempat seorang isteri itu di sisi suami.

harakah/-