26 Safar 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:
Tiga badan bukan kerajaan menubuhkan Kempen Pemantau Pilihan Raya
Rakyat (Pemantau) bagi merekrut sukarelawan menjadi pemerhati dalam
Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).
Kempen ini digerakkan oleh Bersih 2.0, Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), Pusat Komas dan Citizens For Independent Journalisim (CIJ), dengan sasaran sekurang-kurangnya 10,000 sukarelawan.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga berkata, Pemantau bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat supaya berperanan dalam PRU 13 bagi menghalang penipuan semasa pilihan raya.
“Sesi latihan dan pendaftaran sukarelawan akan dijalankan di setiap negeri dan bandar utama seluruh negara. Senarai penuh akan diumum tidak lama lagi.
“Jadual awal setakat ini adalah Sibu pada 19 Januari, Kuala Lumpur dan Selangor 30 Januari diikuti Johor Bahru 2 Februari,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor semalam.
Tambah beliau juga, pemantauan akan meliputi pemantauan proses pilihan raya semasa tempoh berkempen dan hari pengundian serta menjalankan pemantauan media.
Pemantauan media katanya akan dibuat dengan kerjasama Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).
Justeru kata Ambiga, bagi membolehkan usaha tersebut berjalan lancar, Pemantau mengalu-alukan derma rakyat RM10 atau lebih untuk projek ini.
Sumbangan boleh dibuat kepada akaun CIMB Islamic Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (no akaun: 12380000661-10-0).

harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan