26 Safar 1433H. [MOD] -
TEHERAN - Hasil minyak Iran jatuh kira-kira 45 peratus akibat sekatan
ekonomi dikenakan Barat, menurut ahli politik terkemuka di negara itu,
kelmarin.
“Berdasarkan laporan, jualan minyak menyusut hingga 40 peratus dan jumlah pendapatan telah menurun sebanyak 45 peratus dalam tempoh sembilan bulan lalu,” jelasnya kepada agensi berita, Isna.
Selain itu, sekatan itu turut memberi kesan besar ke atas syarikat penerbangan Iran kerana mereka terpaksa membatalkan semua perkhidmatan berikutan hutang bahan api berjumlah lebih AS$144 juta (RM438 juta) yang tidak dapat dijelaskan kepada kerajaan.
Secara keseluruhannya ekonomi negara tersebut kini berada dalam situasi sukar walaupun pakar meramalkan masalah itu dapat diatasi apabila Teheran kembali mengeksport 1.5 juta tong bahan api sehari pada tahun depan. - AP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan