23 Mei 2014

Panda: Majlis Fatwa perlu nyata pendirian

23 Rejab 1435. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa berhubung tindakan kerajaan yang berkeras membawa dua ekor beruang panda ke negara ini dengan belanja puluhan juta ringgit sedangkan banyak keperluan golongan daif masih belum dipenuhi.

Presiden Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, isu membawa dua ekor panda dari negara China dengan berbelanja  jutaan ringgit adalah jelas suatu isu yang sepatutnya mendapat fatwa dari institusi fatwa negara.

"Membazir adalah haram dan mengenepikan keperluan golongan daif yang memerlukan dan mengutamakan keselesaan dua ekor haiwan yang bukan untuk keperluan asasi warga rakyat adalah melanggar maqasid syariah ," ujar beliau.

Tentera akhirnya rampas kuasa di Thailand

23 Rejab 1435. [MOD] -


Pemimpin tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha merampas kuasa daripada kerajaan Thailand petang ini atas alasan untuk memulihkan keadaan dan melaksanakan pembaharuan, dua hari selepas undang-undang tentera diisytihar.