08 Oktober 2017

Waktu yang berharga.

Pena Idham Lim
17 Muharram 1439/8 Okt. 2017.

Beruntunglah orang-orang yang mampu memanfaatkan waktunya untuk melakukan perkara yang berharga. Ketahuilah cara orang menilai waktu berharga berbeza antara manusia. Setengah orang merasakan waktunya berharga bila mampu menghasilkan wang yang banyak,  dan setengah yang yang lain melihat waktu sangat berharga bila mampu memanfaatkannya untuk beribadah dan melakukan amal soleh sebanyak mungkin. Manafaatkanlah waktu kita untuk keduanya kerana semuanya penting dengan syarat jalannya benar dan mendapat keredhaan Allah SWT.

07 Oktober 2017

Lidah....

Pena Idham Lim
16 Muharram 1439/7 Okt. 2017.

Kehidupan seharian tidak terlepas dari pengunaan lidah. Dari lidahlah lahirnya  bahasa atau ucapan yang digunakan seseorang dan ianya menggambarkan indentiti seseorang.. Orang-orang yang bertaqwa akan cenderung berusaha untuk mengendalikan  lidah dan bahasa yang digunakannya, kerana ia menyedari bila lidah dan bahasanya dikendalikan secara salah dapat menimbulkan dosa dan bila lidah dikendalikan dengan sebaiknya ia diibaratkan semacam mendulang pahala yang berganda-ganda..

04 Oktober 2017

Kekuatan kerana jemaah.

Pena Idham Lim
13 Muharram 1438/4 Okt 2017.

Merasa diri sendiri hanya boleh bekerja dan kerana dirinya lah jemaah menjadi kuat sehingga memandang rendah kepada orang lain adalah penyakit kepada ahli dalam sesuatu jamaah. Hakikàtnya sebuah jemaah bergerak dan menjadi kuat adalah kerana saling memerlukan semua ahli dalam jamaah dari ahli sehinggalah kepada kepimpinan. Kerana itu berkerjalah kerana redha Allah bukan kerana merasakan diri sendiri kuat .

28 September 2017

Menghargai Ibadah.

Pena Idham Lim
7 Muharram 1439/28 Sept. 2017.

Setiap insan mengharapkan agar setiap amalan dan ibadah yang dilakukan diterima Allah SWT. Sehingga bila ada orang yang meninggal dunia didoakan agar segala amalnya diterima Allah. Keadaan ini menandakan seorang hamba mengharapkan agar amalan dan ibadahnya dihargai oleh Allah,  Namun begitu sebahagian  dari kita kadangkala lalai dan  tidak menghargai ibadah yang lakukan diri sendiri. Contohnya tidak ramai yang mampu hadir untuk solat 5 waktu secara berjemaah.

Sejahtera Bersama Islam.

26 September 2017

Ikhlas Beramal.

Pena Idham Lim
5 Muharram 1439/26 Sept. 2017.

Amalan yang terbaik disisi Allah SWT ialah amalan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan Ikhlas kerana Nya. Rugilah mereka yang nampak bersungguh beramal namun bukan niatnya kerana Allah. Malah lebih baik kalau kerja seseorang dilihat sedikit namun keikhlasannya tiada tolak bandingnya. Amalannya walaupun tidak dipandang di bumi tetapi tinggi nilainya bagi makhluk dilangit.

Sejahtera Bersama Islam.

25 September 2017

Takut Tertinggal.

Pena Idham Lim
4 Muharram 1439/25 Sept. 2017.

Orang sanggup berbaris panjang di Lapangan Terbang sehingga mereka terlepas dari kewajipan solat yang lebih utama dengan alasan mereka takut ditinggalkan oleh penerbangan ke berbagai destinasi. Namun mereka lupa dengan mereka meninggalkan solat mereka akan tertinggal dari masuk golongan hambaNya yang akan mendapat perlindungan dan  rahmat Allah SWT.

Sejahtera Bersama Islam.

22 September 2017

Jangan Bermusuh Untuk Kalahkan Musuh

Pena Idham Lim
1 Muharram 1439/22 Sept. 2017.

Anggota sebuah jamaah yang memperjuangkan Islam mestilah sentiasa mencari persamaan pemikiran, amalan dan tindakan. Hindarkan perbezaan dan perselisihan peribadi kerana ia akan merencatkan kekuatan untuk mengalahkan musuh. Bagaimana untuk mengalahkan musuh kalau sesama kita yang bermusuh.

Sejahtera Bersama Islam.

21 September 2017

Hijrah dan Pengorbanan.

Pena Idham Lim
30 Zulhijjah 1438/21 Sept. 2017.

Beberapa jam lagi kita akan melangkah ke tahun baru mengikut kalender Islam. Ianya merupakan detik sejarah Hijrahnya Baginda Rasulullah dari kota Mekah kota Madinah. Marilah kita mengambil iktibar dari peristiwa tersebut sekurang-kurangnya menjadi insan yang sedar bahawa Islam memerlukan penganutnya yang sentiasa rela untuk mengorbankan apa sahaja demi Islam. Dengan pengorbanan mereka yang terdahulu Islam berkembang dan sampai kepada kita pada hari ini..

Sejahtera Bersama Islam.

20 September 2017

Ibu bapa adalah model.

Pena Idham Lim
29 Zulhijjah 1438/20 Sept. 2017.

Ibu Bapa semestinya terlebih dulu menjadi model yang baik bagi pembentukan akhlak dan tingkahlaku anak-anak. Bukan menjadi contoh yang buruk, kesan dari didikan dirumah memberi kesan kepada keadaan diluar rumah. Apalagi diluar rumah anak-anak sedang didedahkan dengan berbagai perkara yang merosakkan.

Sejahtara Bersama Islam.

19 September 2017

Berwasapadalah...

Pena Idham Lim
28 Zulhijjah 1438/19 Sept. 2017.

Menjadi kelaziman bagi sebahagian manusia yang begitu berat hatinya untuk beribadah, termasuk ibadah yang diwajibkan seperti sholat. Namun merasa ringan dan tidak terbeban ketika mereka melakukan perkara yang tidak bermanfaat malah mengundang dosa dan kerosakan. Berwaspadalah, kerana itu merupakan tanda bahawa diri kita sedang ditawan syaitan, dan kita memiliki pelbagai penyakit yang kelak menjerumuskan kita kepada dosa yang berpanjangan.

Sejahtera Bersama Islam.

18 September 2017

Muhasabahlah diri sendiri.

Pena Idham Lim
27 Zulhijjah 1438/18 Sept. 2017.

Bermuhasabahlah tentang diri sendiri . Di sana pasti terdapat tanda-tanda pada diri kita yang memberi petunjuk apakah kita berada dalam kebaikan atau sedang menuju kepada keburukan.

Sejahtera Bersama Islam.

17 September 2017

Badut Politik...

Pena Idham Lim
26 Zulhijjah 1438/17 Sept. 2017.

Semakin bertambah koleksi badut politik negara dengan politik dangkal kehulu kehilir melompat sekadar mencari kepuasan dunia  yang bersifat sementara.  Saya rasa bertuah kerana masih istiqamah dijalan ini hanya kerana mengharapkan keredhaan Allah dan sebagai jawapan kepada kehidupan abadi yang semua akan menemuinya.

Sejahtera Bersama Islam.

16 September 2017

Martabatkan Islam.

Pena Idham Lim
25 Zulhijjah 1438/
16 Sept. 2017

Terkejut dengan hasil siasatan kes kebakaran Maahad Tahfiz adalah hasil jenayah terancang oleh sekumpulan anak muda yang positif dadah terlarang. Tidak selesai masalah dengan ribuan dan jutaan kecaman kepada mereka. Penyelsaiannya hanya kembali kepada ISLAM. Marilah kita tingkatkan usaha semoga Islam diletakkan ditempat yang sebenarnya. Islam adalah untuk diikuti serta dipatuhi dan bukannya barang dagangan dan sekadar pemanis mulut dengan mengikuti kehendak penguasa yang jahil.

Sejahtera Bersama Islam.

Kenapa solat sindiri tanpa berjemaah

Pena Idham Lim
24 Zulhijjah 1438/15 Sept. 2017.

Singgah di mesjid, Surau solat alangkah rugi bila melihat gelagat manusia solat sendiri tanpa berjemaah. Kagum dengan seorang pak cik yang sudah lanjut usia  jalan membongkok berkeliaran mencari jemaah untuk dijadikan imam. Satu sikap yang terbaik untuk kita contohi. Buat apa berhenti solat di mesjid dalam keadaan orangnya ramai namun tiada solat jemaah yang didirikan.

Sejahtera Bersama Islam.

14 September 2017

Takziah...

Pena Idham Lim
23 Zulhijjah 1438/14 Sept. 2017.

Takziah kepada keluarga mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Surau Ittifaqiah, Jalan Keramat Hujung, Kg Dato Keramat, Kuala Lumpur pagi tadi. Setakat ini dilaporkan  seramai 25 orang telah ditemui meninggal dunia. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan.

Sejahtera Bersama Islam

13 September 2017

Doa untuk Sahabat.

Pena Idham Lim
22 Zulhijjah 1438/13 Sept. 2017..

Setiap kali rasa terkejut bila ada sahabat yang diserang berbagai penyakit kronik. Kekadang kerana itu ada yang telah dipanggil lebih dulu oleh Allah walaupun rasanya banyak tenaganya diperlukan untuk perjuangan murni ini. Semuga Allah memberi kesembuhan kepada Sahabat kami Sdr. HIsham  jawatan terakhir sebagai Ketua Penerangan Jentera Pilihanraya PAS Perak yang diserang angin ahmar dan sekarang dirawat di Hospital Ipoh. Juga semoga Allah kurniakan kesabaran kepada seluruh ahli keluarganya dalam menghadapi ujian ini.

Sejahtera Bersama Islam.

12 September 2017

Mulianya Kerja Dakwah.

Pena Idham Lim
21 Zulhijjah 1438/12 Sept. 2017.

Dengan kegigihan usaha dakwah Baginda Rasulullah s.a.w, para Sahabat dan para ulama, Islam sampai kepada kita pada hari ini. Begitu mulia kerja mereka. Namun janganlah kita termasuk dikalangan mereka yang mewarisi usaha menentang Islam bermulanya datang nya Islam sehingga hari ini yang juga diwarisi oleh penentang Islam dalam pelbagai bentuk dan wajah. Hinanya kerja mereka.

Sejahtera Bersama Islam.

11 September 2017

Pertahan Prinsip Perjuangan.

Pena Idham Lim
20 Zulhijjah 1438/11 Sept. 2017.

Jadilah individu yang punya prinsip dan mempertahankan perinsip dan dasar yang diperjuangkan. Jauh sekali tidak akan mengkhianati dan melompat kesana-kesini bagaikan katak.  Mempertahankan wadah perjuangan dengan Islam sebagai dasarnya adalah Rahmat sebenar dari Allah yang memilih kita berada disini. Berbekalkan keikhlasan Allah telah kekalkan mereka yang sepatut berada didalam wadah perjuangan ini.

Sejahtera Bersama Islam.

10 September 2017

Penentu Rezeki.

Pena Idham Lim
19 Zulhijjah 1438/10 Sept. 2017.

Yang menentukan rezeki bukanlah keputusan peperiksaan yang cemerlang atau berjaya masuk universiti ternama. Atau kerana pangkat, kedudukan dan pengaruh sokongan yang kuat . Yang menentukan rezeki dan kejayaan sebenar seseorang perlulah diukur daripada aspek yang telah ditetapkan oleh Pemberi Rezeki dan Pencipta Semua Makhluk iaitu Allah SWT.

Sejahtera Bersama Islam.

09 September 2017

Tindakan lebih utama dari teori sahaja.

Pena Idham Lim
18 Zulhijjah 1438/9 Sept. 2017.

Pepatan Cina ada menyebut "Hua xiang bu yi ding mei li, neng shuo bu yi ding hui zuo" . Bunga yang harum belum tentu bunga yang indah, seorang yang pandai berkata-kata belum tentu dapat dia  lakukan .  Pepatah ini mambawa maksud bahawa tindakan dan amalan seseorang lebih baik dari ucapan atau berteori sahaja..

Sejahtera Bersama Islam.

08 September 2017

Rezeki Dari Allah.

Pena Idham Lim
17 Zulhijjah 1438/8 Sept. 2017.

Beli 15 ketulan gulai ayam kampung dibungkus 4 bungkusan 4.4.4.3 ketul. Semua bungkusan nampak sama. Selepas singgah beberapa tempat dan disedakahkan sampai dirumah  tinggal  sebungkus lagi itulah bungkusan 3 ketul jadi milik kami. Hati ini mengucapkan Alhamdulillah kerana telah sedekahnya yang banyak kepada orang lain tanpa mengetahuinya.  itulah rezeki kami yang telah ditentukan Allah. Rezeki juga ianya belum basi selepas berada dalam kenderaan selama 12 jam selepas dibeli.

Sejahtera Bersama Islam.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1914865585445632&id=100007666270430

07 September 2017

Baik buruknya segala sesuatu di dunia, tergantung pandangan seseorang.

Pena Idham Lim
16 Zulhijjah 1438/7 Sept. 2017.

Baik buruknya segala sesuatu di dunia, tergantung pandangan seseorang. Kerana itu ingatlah bila  melakukan sesuatu pada pandangan kita sudah sempurna malah tidak bercanggah dengan ajatan Islam, pasti disana akan ada yang tampil mempertikai malah memperkecilkan tindakan kita. Oleh itu lakukan sesuatu kerana Allah necaya datanglah ketenangan dan kepuasan yang sejati.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1914626558802868&id=1000076a66270430

06 September 2017

Cinta Dunia Takut Mati.

Pena Idham Lim
15 Zulhijjah 1438/6 Sept. 2017.

Salah satu tanda akhir zaman ialah bila manusia sudah terlalu cinta kepada dunia  dan takut kepada mati. Disana mereka sanggup saling bermusuhan dan menghancurkan satu sama lain demi untuk meraih harta duniawi. Segala cara menjadi halal demi kesenangan dunia yang sementara. Sedangkan kematian yang sedang menuggu dan semakin hampir dan mereka tak mampu lari darinya walaupun sesaat.

Sejahtera Bersama Islam

05 September 2017

Jangan Lupa Jasa....

Pena Idham Lim
14 Zulhijjah 1438/5 Sept. 2017.

Pepatah Cina ada menyebut "Ketika minum air sumur, jangan lupa penggalinya" Bermaksud jangan sesekali dilupakan orang-orang yang pernah membantu kita mencapai tahap kejayaan yang dibanggakan sekarang ini. Tanpa mereka siapalah kita..Bermula dari Ibu dan Bapa serta semua yang telah berjasa, itulah kita yang berjaya sekarang.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1913589305573260&id=100007666270430

04 September 2017

Berjuang kerana Allah.

Pena Idham Lim
13 Zulhijjah 1438/4 Sept. 2017.

Berjuang dengan niat yang ikhlas kerana Allah adalah benteng yang kukuh dari godaan dan tawaran perjuangan yang menjanjikan kemenangan didunia yang sementara. Kerana janji dan jumlah habuan dari Allah tentunya pasti dan lebih besar jumlah.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1913323398933184&id=100007666270430

03 September 2017

Berkorban hati yang Ikhlas.

Pena Idham Lim
12 Zulhijjah 1438/3 Sept. 2017.

Korban adalah ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan hati yang ikhlas. Bila ditinjau sejarahnya, hanya orang-orang yang ikhlas  sahaja yang mahu berkorban karena Allah. Seperti ikhlasnya Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Ismail a.s.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1912898235642367&id=100007666270430

02 September 2017

Mencintai Kebenaran.

Pena Idham Lim
11 Zulhijjah 1438/2 Sept. 2107.

Nabi Ibrahim as adalah contoh sosok tubuh yang sangat mencintai kebenaran. Bila individu , keluarga, masyarakat dan sebuah bangsa tidak lagi mencintai kebenaran. Dari peringkat pemimpin hinggalah kepada rakyat biasa  jika rasa cinta kepada kebenaran telah tiada, sehingga mereka sudah keliru yang mana benar dan yang mana salah. Maka hancurlah peradaban sebuah bangsa itu.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1912415972357260&id=100007666270430

01 September 2017

Makna Pengorbanan Yang Luas.

Pena Idham Lim
10 Zulhijjah 1438/1 Sept. 2017.

Makna pengorbanan sangat luas. Sewajarnya kita juga mampu berkorban dengan suatu keinsafan bahawa apa yang kita nikmati, yang yang kita miliki dan apa yang kita capai sekarang adalah hasil dari pengorbanan orang lain.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1911918082407049&id=100007666270430

Makna Pengorbanan Yang Luas.

Pena Idham Lim
10 Zulhijjah 1438/1 Sept. 2017.

Makna pengorbanan sangat luas. Sewajarnya kita juga mampu berkorban dengan suatu keinsafan bahawa apa yang kita nikmati, yang yang kita miliki dan apa yang kita capai sekarang adalah hasil dari pengorbanan orang lain.

Sejahtera Bersama Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1911918082407049&id=100007666270430

Pengorbanan disetiap detik masa

Pena Idham Lim
9 Zulhijjah 1438/31 Ogos 2017.

Seorang yang berkorban menyembelih binatang korban mudah dilakukan kerana ianya sekali dalam setahun. Namun disana kita dituntut untuk mengorbankan diri kita untuk taat kepada perintah Allah disepanjang tahun. Tuntutan pengorbanan dan ketaatan disetiap detik dan masa biasanya payah untuk ditunaikan oleh orang yang sama.

Sejahtera Bersama Islam.

30 Ogos 2017

Tidak Terhitung Segala Nikmat.

Pena Idham Lim
8 Zulhijjah 1438/30 Ogos 2107

Tidak terhitung berapa banyak nikmat Allah yang telah dan akan kita nikmati setiap saat. Mulai dari udara yang dihirup hingga denyut jantung yang berkerja sehingga darah sampai ke ujung jari dan dimana sahaja saluran darah berada.. Namun masih ramai yang tidak insaf dan memaksa dirinya untuk  mentaati perintah  dan menjauhi larangan Allah SWT yang menanugerah segala kenikmatan.

Sejahtera Bersama Islam.

29 Ogos 2017

Jauhi Sifat Kedekut.

Pena Idham Lim
7 Zulhijjah 1438/29 Ogos 2017.

Sifat kedekut muncul disebabkan salahnya cara berfikir dengan menganggap harta yang diinfakkan  akan mengurangi harta yang telah diperolehi dengan susah payah. Anggapan jumlah hartanya akan berkurang adalah salah sama sekali sedangkan Allah SWT menjanjikan ganjaran berserta janji untuk menambahnya berlipat ganda.

Sejahtera Bersama Islam.

28 Ogos 2017

Hargai Masa..

Pena Idham Lim
6 Zulhijjah 1438/28 Ogos 2017.

Waktu akan terus berlalu jika kita hargai atau kita tidak hargai. Kita pergunakan dengan sebaiknya atau sudah kita persiakannya. Namun saat ajal sudah tiba barulah kita menyedari betapa penting dan singkatnya waktu. Sehingga ada insan yang memohon supaya dikembalikan ke dunia supaya dia berpeluang  memanfaatkan waktu walau sejenak. Namun kesenpatan hanya sekali sahaja.

Sejahtera Bersama Islam.

27 Ogos 2017

Jangan Gelisah mengahadap Tuhanmu

Pena Idham Lim
5 Zulhijjah 1438/27 Ogos 2017.

Ramai yang mampu untuk bersembang dengan rakannya sehingga beberapa jam, namun malangnya ada yang sudah rasa gelisah dan berat untuk "bersembang" dengan Tuhannya walaupun untuk beberapa minit sahaja falam Solat yanh diwajibkan. Demikianlah manusia yang ditipu oleh keseronokan dunia yang sementara sehingga lalai kepada tanggung jawab kepada Tuhannya.

Sejahtera Bersama Islam.

26 Ogos 2017

Jiwa Merdeka

Pena Idham Lim
4 Zulhijjah 1438/26 Ogos 2017.

Bila ada hambaNya yang tidak mampu menyahutt seruan azan itu adalah golongan yang belum mampu memerdekakan diri dari godaan syaitan. Syaitan telah berjanji kepada Allah untuk menggoda manusia dari berbagai arah, kiri dan kanan, depan dan belakang, dan semua arah yang lain. Meskipun demikian, namun syaitan mengaku tidak mampu menggoda hamba-hamba yang merdeka iaitu mereka yang taat kepada Allah SWT.

Sejahtera Bersama Islam.

25 Ogos 2017

Untung menyahut seruan azan.

Pena Idham Lim
3 Zulhijjah 1438/25 Ogos 2017.

Azan yang dikumandangkan tidak berapa jauh dari rumah kita seakan tidak begitu penting untuk disahuti .  Namun beruntunglah mereka yang merasakan untung untuk hadir berjemaah.   Bermula dengan wajah yang kelihatan lemah kerana keletihan melayan urusan dunia tiba-tiba menjadi ceria dan segar bila air wudhuk sampai ke kulitnya. Fikiran juga kembali segar dikala sedang dan setelah berdiri memastikan diri sedang menghadap Penciptanya.

Sejahtera Bersama Islam.

23 Ogos 2017

Cari yang Halal...

Pena Idham Lim
1 Zulhijjah 1438/23 Ogos 2017.

Islam mewajibkan penganutnya mencari makanan dan minuman yang halal dan yang baik. Bukannya hanya sedap semata-mata. Inilah perbezaan antara Islam dengan agama lain. Kerana itu jadikan sebagai amalan kita seharian.

Sejahtera Bersama Islam.

22 Ogos 2017

Jauhi mengumpat.

Pena Idham Lim
29 DzulQaedah 1438/ 22 Ogos 2017.

Bercakap dibelakang mengenai orang lain baik atau buruknya dilarang didalam Islam,  kalaupun betul masih dianggap mengumpat , kalau salah dianggap fitnah. Oleh itu jauhilah kerana akhlak Islam mengajar kita untuk bersangka baik bukannya bersangka buruk kepada saudara kita.

Sejahtera Bersama Islam.

21 Ogos 2017

Berjuang kerana Islam...

Pena Idham Lim
28 DzulQaedah 1438/21 Ogos 2017.

Berjuang kerana ikut seseorang akhirnya tidak sampai kemana. Kerana itu berjuanglah kerana prinsip  perjuangan Islam yang menjadi pilihan. Kelak kita  akan dikenang sebagai pejuang sejati yang tetap bertahan  sebagai pendokong sebuah perjuangan yang murni walaupun manusia yang kita ikuti itu sudah meninggal dunia atau keluar dari wadah perjuangan murni ini.

Sejahtera Bersama Islam.

20 Ogos 2017

Carilah Barakah...

Pena Idham Lim
28 DzulQaedah 1438/20 Ogos 2017

Islam mementingkan keberkatan kerana "barakah" adalah anugerah langsung dari Allah SWT. Ianya tidak boleh dibeli dikedai atau diambil dimana-mana. Kerana itu carilah keberkatan secara bersungguh-sungguh kerana ianya bermanfaat didunia dan juga diakhirat.

Sejahtera Bersama Islam.

19 Ogos 2017

Tempat Berpijak...

Pena Idham Lim
27 DzulQaedah 1438/19 Ogos 2017.

Untuk memanjat dan naik keatas manusia memerlukan tangga untuk berpijak. Demikianlah untuk mengenali Allah SWT manusia memerlukan tempat berpijak iaitu dengan panduan yang jelas dari Al Quran, As Sunnah, Ijmak dan Qias. Seterusnya kita mestilah berpegang kepada pandangan ulamak yang muktabar.  Merekalah tangga yang kejap dan teguh untuk kita jadikan tempat berpijak.

Sejahtera Bersama Islam.

18 Ogos 2017

Tidak jadi miskin dengan berinfak

Pena Idham Lim
26 DzulQaedah 1438/18 Ogos 2017.

Sejarah membuktikan bahawa mereka yang menginfakkan hartanya ke jalan Allah SWT tidak pernah menjadi miskin didunia apalagi diakhirat. Kerana itu jadilah kita sebahagian dari mereka yang sentiasa menginfakkan hartanya.

Sejahtera Bersama Islam.

17 Ogos 2017

"Pelanggan adalah orang yang dihantar oleh Tuhan"

Pena Idham Lim
25 DzulQaedah 1438/17 Ogos 2017

Kagum dengan sikap seorang peniaga di China yang masih melayan tempahan yang tertangguh sudah 10 bulan. Katanya "Pelanggan adalah orang yang dihantar oleh Tuhan". Walaupun dari lidah seorang bukan Islam namun ucapannya cukup menyentuh jiwa.

Sejahtera Bersama Islam.

16 Ogos 2017

Bersyukurlah

Pena Idham Lim 23 DzulQaedah 1438/16 Ogos 2017

Kebiasaannya manusia menilai dan idamkan apa yang orang lain punya dan miliki tanpa dia sedari bahawa dia telah punya dan milki anugerah yang berbagai dari Tuhannya. Kerana itu bersyukurlah dengan apa yang ada kerana disana janji Allah SWT yang pasti untuk menambahnya.

Sejahtera Bersama Islam.

15 Ogos 2017

Allah Yang Maha Kaya...

Pena Idham Lim
22 DzulQaedah 1438/15 Ogos 2017.

Bila ada yang datang meminta walaupun binatang untuk sesuap makanan janganlah kita biarkan ianya berlalu tanpa kita hulurkan sumbangan seikhlas mungkin. Kerana disana adalah ujian bagi rezeki yang kita miliki. Yakinlah kita tidak akan miskin kerananya. Apalagi Allah SWT yang Maha Kaya sedang memerhati gelagat kita.

Sejahtera Bersama Islam.

14 Ogos 2017

Awas dengan pedengki.

Pena Idham Lim
21 DzulQaedah 1438/14 Ogos 2017.

Kebaikan yang kita lakukan setiap hari jangan anggap semua orang senang melihatnya. Pasti ada manusia yang merasa dengki malah tidak kurang ada yang berusaha untuk menggagalkannya.

Sejahtera Bersama Islam.

13 Ogos 2017

Bacalah Al Quran...

Pena Idham Lim
20 DzulQaedah 1438/13 Ogos 2017.

Bacalah Al Quran setiap hari walaupun satu ayat. Jadikan ianya sebagai panduan dan pegangan hidup nescaya selamat dunia dan akhirat. Anehnya manusia lebih merujuk kepada bahan lain sehingga mereka sesat bukan hanya didunia tetapi sesat juga untuk sampai ke akhirat.

Sejahtera Bersama Islam.

Hormati orang lain...

Pena Idham Lim
19 DzulQaedah 1438/12 °Ogos 2017

Hormati orang lain semoga kita di hormati oleh orang lain. Sebelum itu hormati dan hargai apa yang kita miliki baru kita tahu arti untuk menghargai orang lain. Sesungguhnya Islam mengajar kita menghargai dan hormati setiap makhluk .

Sejahtera Bersama Islam.

11 Ogos 2017

Gembirakan mereka yang terluka

Pena Idham Lim
18 DzulQaedah 1438/11 Ogos 2017.

Berusahalah untuk jadi insan yang sering mengembirakan orang lain . Kerana banyak manusia yang terluka jiwanya dan sering berduka kerana tidak disantuni dengan akhlak  Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Apa lagi kegembiraan itu sangat tinggi nilainya seperti Pepatah Cina menyebut "Satu kegembiraan menghancurkan seratus kedukaan".

Sejahtera Bersama Islam.

10 Ogos 2017

Bersyukurlah..

Pena Idham Lim
17 DzulQaedah 1438/10 Ogos 2017.

Bersyukurlah kerana kita dipilih berada dalam perjuangan Islam kerana disana masih ramai yang masih tidak dipilih oleh Allah SWT. Kerana itu gunakanlah peluang ini semaksima mungkin untuk meninggi dan memenangkan Islam.

Sejahtera Bersama Islam.

09 Ogos 2017

Mohonlah kepada Nya.

Pena Idham Lim
16 DzulQaedah 1438/9 Ogos 2017.

Mohon sesuatu sesama makhluk tidak semestinya ditunaikan, kalau ditunaikan bukan berkali-kali malah kita akan dimarahi.Kerana itu mohonlah kepada Yang Maha Kaya Allah SWT. Pasti permohonan kita akan ditunaikan walaupun untuk ribuan kali. Ketahuilah Allah suka kepada hambaNya yang suka memohon kepada Nya dan Murka kepada hamba yang malas memohon kepada Nya.

Sejahtera Bersama Islam.

08 Ogos 2017

Ikhlas Berjuang.

Pena Idham Lim
15 DzulQaedah 1438/8 Ogos 2017.

Ikhlas berkorban jiwa dan raga hanya kerana Allah dan hanya kerana redha Nya. Meskipun melalui  ranjau dan duri. Jutaan penghinaan dan makian manusia. Tiada pujian dari sesiapapun, namun ingatlah meski harus melewati bukit-bukit berbatu,dan jalan penuh duri pastinya semua akan menjadi sangat berarti dipenghujung sebuah perjuangan dengan segenap perngorbanan jiwa dan raga yang ikhlas kerana-Nya.

Sejahtera Bersama Islam.

07 Ogos 2017

Jauhi Bersangka Buruk.

Pena Idham Lim
14 DzulQaedah 1438/7 Ogos 2017.

Rasulullah S.A.W. melarang orang Islam berprasangka dan tohmahan buruk (suudzon)kerana ianya adalah tipu daya hawa nafsu atau andaian buruk semata-mata yang mungkin jauh dari realiti sebenarnya.   Jauhilah prasangka buruk kerana kesannya akan menimbulkan keretakkan dalam hubungan sesama muslim. Pandanglah dunia dengan luas dan tenang dengan sentiasa bersangka baik (husnuzon).

Sejahtera Bersama Islam.

05 Ogos 2017

Segera Beramal.

Pena Idham Lim
12 DzulQaedah 1438/5 Ogos 2017.

Pejuang sejati bukan hanya pandai berteori setinggi langit, tapi menunggu orang lain untuk memulakan dahulu. Terutama dalam bab ilmu yang kita pelajari, marilah kita amalkan apa yang kita dapat kerjakan pada hari ini.
mulai dari diri kita,
mulai dari yang paling kecil dan mudah.

Sejahtera Bersama Islam.

04 Ogos 2017

Jangan Mengumpat.

Pena Idham Lim
11 DzulQaedah 1438/4 Ogos 2017.

Jauhilah perbuatan mengumpat kerana orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat kerana sifat buruk ini adalah amalan yang  menghapuskan pahala.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering”. Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi."

Sejahtera Bersama Islam.

03 Ogos 2017

Jom Ibadah Korban di Kemboja

📣📣 IBADAT KORBAN  DI KEMBOJA📣📣

BERSAMA MADRASAH ABDUL RAHMAH KG. VILVUNG  KEMBOJA 1438H / 2017M*
@@@@@@@@@

*🐂1 bahagian lembu RM 350.*
*🐏1 ekor Kambing RM 600

*SASARAN 3 EKOR LEMBU *

📵 *TARIKH TUTUP PENYERTAAN 20/8/2017*

Assalamualaikum...Dengan ini saya melancarkan dan membuka peluang untuk muslimin dan muslimat menunaikan Ibadah Korban di MADRASAH ABDUL RAHMAH KG. VILVUNG CAMBODIA . Semoga usaha kita akan mendapat Rahmat dan Barakah dari Allah SWT jua. Aamiin...

Masukkan ke Akaun :

1. Maybank Kg. Cham Cambodia (USD 10 Service Charge) No. Akaun : 00010/01/001383/04 (YEB YOUSOS/UST. YUSOF) Atau...
2. Maybank . No. Akaun : 158417006231 (KHALIL IDHAM LIM)

Sila maklumkan Penyertaan anda dengan sms atau whatapps 《Nama , Alamat & Slip Bank》ke no :

USTAZ KHALIL IDHAM LIM-
☎0194759697 Bagi pengesahan dan urusan akad.

*Sebarkan untuk kebaikan semua*

Berlindung dari Allah dari mereka yang Dengki

Pena Idham Lim
10 DzulQaedah 1438/3 Ogos 2017.

Orang yang dengki akan merasa susah jika melihat orang lain lebih senang darinya . Dan merasa senang jika orang lain menjadi susah. Sehingga sanggup dia berusaha supaya hilangnya kesenangan orang yang dia dengki baik dengan lisan, tulisan, atau pun perbuatan. Oleh kerana itu Allah menyuruh kita berlindung dari kejahatan orang yang dengki:

“Dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki.” [Al Falaq 5]

Sejahtera Bersama Islam.

02 Ogos 2017

Pengkhianat....

Pena Idham Lim
9 DzulQaedah 1438/2 Ogos 2017.

Syaikh Dr. Abdullah Azzam berpesan: “Apabila kalian ingin memerdekakan suatu negara dari penjajahan, sediakan 10 peluru di kantong senjata. 9 diantaranya diarahkan kepada pengkhianat, 1 saja ditembakkan kepada musuh. Kalau bukan karena pengkhianat dari dalam, tidak ada musuh dari luar yang berani menyerang kita.”

Sejahtera Bersama Islam.

01 Ogos 2017

Berbaktilah Kepada Kedua Ibu Bapa

Pena Idham Lim
8 DzulQaedah 1438/ 1 Ogos 2017.

Para ulama Islam bersepakat menyatakan bahawa hukum berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah wajib. Syariat Islam meletakkan kewajipan berbakti kepada ibu bapa di tangga kedua selepas kewajipan beribadah kepada Allah SWT. Oleh itu jiika ingin memperoleh keberkatan hidup, berbaktilah kepada ibu bapa.

Sejahtera Bersama Islam

31 Julai 2017

Ujian Kehidupan

Pena Idham Lim
7 DzulQaedah 1438/ 31 July 2017.

Hidup ini sentiasa berhadapan dengan ujian yang memerlukan kekuatan untuk menghadapinya. Ujian dalam kehidupan memang bagi setiap hamba Nya tidak sama dan berbeza-beza sebagai menguji keimanan kita. Beruntuglah mereka yang terus bersabar dan sentiasa kembali dan ingat kepada Allah bila berhadapan dengan pelbagai ujian.

Sejahtera Bersama Islam.

29 Julai 2017

Keenakan beribadah

Pena Idham Lim
5 DzulQaedah 1438/28 July 2017.

Manusia sering mencari keenakan dalam setiap makanan yang dimakannya. Namun mereka lupa untuk mencari dan mendapatkan keenakan dalam beribadah.

Sejahtera Bersama Islam.

28 Julai 2017

Dunia Sementara Akhirat Selamanya.

Pena Idham Lim
4 DzulQaedah 1438/28 July 2017.

Dunia hanyalah sementara namun kerana mengejarnya manusia lupa kehidupan abadi di akhirat . Manusia boleh mengejar keseronokan dunia yang sementara walaupun berjam-jam kepanasan dan kehujanan. Begitu juga sanggup berbaris demi keenakan sepinggan nasi ,  namun sukar untuk berbaris dalam saf solat jemaah sedangkan janji Allah pasti.

Sejahtera Bersama Islam.

25 Julai 2017

Berjuanglah....

Pena Idham Lim

1 Zulkaedah 1438/25 July 2017.


Allah tidak akan tanya berapa kali kita menang dalam perjuangan menegakkan Islam, namun yang akan dipersoalkan ialah berapa banyak kita gunakan harta benda dan jiwa raga kita untuk berjuang menegakkan Islam.

Sejahtera Bersama Islam.

24 Julai 2017

Muhasabah...

Pena Idham Lim
30 Syawal 1438/24 July 2017


Hari terakhir Syawal berarti sudah sebulan Ramadhan meninggalkan kita. Begitu pantas masa berlalu namun di sana mungkin masih banyak masa yang kita sia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah. Marilah kita bermuhasabah...

Sejahtera Bersama Islam..

23 Julai 2017

Lautan anak muda di Ijtimak

Pena Idham Lim
29 Syawal 1438/23 July 2017


Ijtimak Kelantan 2017 berlabuh sudah dengan lautan manusia membajiri Stadium di Kota Baharu. Satu catatan yang tidak boleh disembunyikan bahawa kehadiran ramai dari golongan anak muda sepanjang 3 hari ijtimak dan membuktikan PAS digemari oleh semua lapisan masyarakat termasuk anak muda.

Sejahtera Bersama Islam.

21 Julai 2017

Hargai orang lain.

Pena Idham Lim
27 Syawal 1438H/21 July 2017


Setiap manusia dijadikan oleh Allah STW dengan sebaik-baik kejadian. Disana setiap individu pula memiliki sesuatu kelebihan dan keistemewaannya tersendiri. Kerana itu carilah kebaikan seseorang untuk kita menghormati dan menjadikan sahabat. Bukannya mencari keburukannya apa lagi sengaja memburukkan orang lain sedangkan dia punya keistemewaan yang mungkin anda pun tidak miliki.

Sejahtera Bersama Islam.

PAS Kuala Langsar Ucap Tahniah kepada Jun Hoong.

KENYATAAN MEDIA 
PAS KAWASAN KUALA KANGSAR.

21 July 2017.

PAS Kuala Langsar Ucap Tahniah kepada Jun Hoong.

1.PAS Kawasan Kuala Kangsar dengan rasa bangga mengucapkan tahniah kepada atlet terjun kelahiran negeri Perak, Cheong Jun Hoong yang memenangi pingat emas acara 10 meter platform wanita dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest beberapa hari lepas.

2. Kejayaan ini membawa kepada detik bersejarah dalam sukan akuati negara apabila seorang anak Perak mampu menjulang nama negara dipersada antarabangsa selepas beliau pernah menunjuklan kecemerlangannya dengan merangkul Pingat Perak dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

3. Kejayaan Jun Hoong diharapkan menjadi aspirasi kepada penggemar sukan akuatik dinegeri Perak dan di Malaysia untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan tersebut.

4.Walaupun Jun Hoong pernah menerima insentif sebuah unit rumah pangsapuri di Bandar Meru, di sini bernilai RM320,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 daripada kerajaan negeri sebagai penghargaan kepada atlet itu merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Rio. Namun dicadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri Perak dapat memikirkan insentif khusus atas kejayaan tebaru Jun Hoong.

5. Sukan akuatik dari segi pakaiannya tidak menepati pemakaian sukan cara Islam namun perlulah disedari bahawa pemakaian cara islam dalam sukan akuatik membolehkan kaum muslimah menyertainya . Mereka boleh berpakaian seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat yang menawarkan pakaian muslimah dalam pelbagai jenis sukan termasuklah akuatik.

Dato' Drs. Khalil Idham Lim. (林川興)
Yang DiPertua
PAS Kawasan Kuala Kangsar.

19 Julai 2017

Lupa Kepada Diri Sendiri..

Pena Idham Lim
25 Syawal 1438H/19 July 2017.


Manusia sering menghitung berapa banyak doanya dimakbulkan oleh Allah SWT. Juga suka membanding kesenangan dan rezeki yang dia terima berbanding orang lain. Namun dia lupa untuk menghitung berapa banyak amalannya kepada Allah SWT. Juga berapa banyak dari nikmat Allah yang disyukuri atau telah disia-siakan.

Sejahtera Bersama Islam.

18 Julai 2017

Bukan Kebanggaan....

Pena Idham Lim
24 Syawal 1438H/18 July 2017.


Jawatan adalah amanah bukan kebanggaan apa lagi untuk mendapat pujian kerananya. Oleh itu tunaikan tanggung jawab anda dengan melaksanakan tugas semaksima mungkin supaya kita dapat menjawab segala pertanyaan bila ditanya di dunia dan di akhirat kelak..

Sejahtera Bersama Islam.

13 Julai 2017

Hati-Hati dengan adu domba.

Pena Idham Lim
19 Syawal 1438H/13 July 2017.


Hati-hati dengan manusia yang perangainya suka melaga-lagakan atau tukang adu domba atau dipanggil juga talam dua muka. Jenis manusia begini semakin ramai apa lagi semakin dekat dengan pilihanraya.

Sejahtera Bersama Islam.

12 Julai 2017

Contoh Istiqamah

Pena Idham Lim
18 Syawal 1438H/12July 2017


Bertemu dengan Hj. Zaini seorang Vateran PAS di Cawangan Ulu Piul Manong Kuala Kangsar menambahkan semangat diri ini untuk terus istiqamah dalam perjuang Islam. Apakan tidak dalam usia yang menjankau 80 tahun beliau disamping terus istiqamah dengan jamaah PAS dan terus istiqamah dalam melakukan kerja rutinnya membuat pelbagai peralatan dan barangn antik. Ketekunannya dalam menyiapkan pelbagai barangan antik membuktikan bahawa dengan minat yang mendalam apa sahaja barang terbuang  dapat menukar dan  menghasilkan pendapatan.

Sejahtera Bersama Islam.

10 Julai 2017

Dongeng Timun Cina

Pena Idham Lim
16 Syawal 1438H/10 July 2017.


Di Kelantan biasanya buah tembikai di panggil "timun cina". Ada beberapa sebab. Pertamanya dulu-dulu biasanya orang cina yang tanam di kampung dan kebetulan isinya berwarna merah yang menjadi warna kegemaran orang cina.Keduanya ada "dongeng" yang disebarkan kononnya asal usul benih timun cina adalah dari negara China dan diseludup masuk ke Tanah Melayu dengan disembunyi ditempat sulit sebab kalau diketahui Maharaja akan di hukum bunuh. Yang pertama saya setuju namun yang kedua saya saja paparkan tanpa ada fakta yang boleh disahkan kebenarannya sampai sekarang.

Sejahtera Bersama Islam.

09 Julai 2017

Terima Kasih Semua.

Pena Idham Lim
15 Syawal 1438H/ 9 July 2107.


Terima kasih kepada semua petugas yang menjayakan Program Hari Terbuka Eidulfitri PAS Kawasan Kuala Kangsar dan terima kasih kepada kepimpinan dan ahli serta penyokong PAS yang hadir bagi menyeri dan memeriahkan program. Semoga Majlis pada hari ini menguatkan lagi ukhuwah sesama kita dalam suasana kita perlu berhadapan dengan musuh politik kita dari segenap penjuru menjelang PRU ke 14 yang bakal menjelang.

Sejahtera Bersama Islam.

08 Julai 2017

Meningati dan bersiap untuk mati?

Pena Idham Lim
14 Syawal 1438H/8 July 2017.


Beberapa hari lepas satu kejadian seorang lelaki berbangsa Tionghua mati ditikam selepas bergelut dengan peragut rantai isterinya semasa mereka keluar beriadah di awal pagi. Sehari selepas itu dan sampai pagi ini saya tidak lagi melihat warga Tionghua yang berpagi-pagi berjogging. Tentunya mereka takut kepada mati. Namun Islam jauh dari itu menganjurkan bukan takut mati tetapi kita diminta untuk mengigati mati dan bersiap untuk menghadapinya. Pastinya dengan bekalan amalan yang secukupnya.

Dalam satu Hadits bila ditanya "Orang muslim manakah yang paling cerdik?” Rasulullah SAW menjawab: “Orang yang paling banyak mengingat mati, dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang cerdik.” 

Sejahtera Bersama Islam.

07 Julai 2017

Halalkah?

Pena Idham Lim
13 Syawal 1438H/7 July 2017.


Setiap hari kita tidak terlepas dari makan dan minum. Tetapi disana sedarkah kita adakah benar-benar halal makanan dan minuman yang masuk ke perut kita. Contohnya saya dapati mee basah buatan non muslim yang beredar dalam pasaran 80 pratus dibeli oleh orang Islam . Bila ditanya kenapa membelinya rata-rata bercakap kononnya tahan lama dari basi. Sedarlah disana Islam meletakkan Halal lebih utama dari segalanya. Kembalilah kepada produk muslim yang sahih halalnya. Bertanya dahulu sebelum membeli itu yang terbaik.

Sejahtera Bersama Islam.

06 Julai 2017

Sampah Yang Sebenar.

Pena Idham Lim
12 Syawal 1438H/6 July 2017.


Secara rutin kita membuang sampah ke dalam tong sampah. Namun sedarkah kita sentiasa mengumpulkan sampah yakni dosa. Apakan tidak, pantang mendengar orang mengumpat dan berkata mengenai keburukan orang lain kita segera tumpang sekali. Sesudah itu menyebarkan tanpa usul periksa. Itulah "sampah" yang sebenarnya .

Sejahtera Bersama Islam.

05 Julai 2017

Jauhi mengata keji dan mengumpat.

Pena Idham Lim
11 Syawal 1438H/5 July 2017


Berkata di belakang apa lagi mengeji dan memburuk-burukkan orang lain adalah perkara yang dilarang didalam Islam. Sehingga Allah Berfirman dan Surah Al Humazah " Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji"..Berkata di belakang ternyata tidak boleh menyelesaikan masalah malah menambahkan dosa. Kembalilah kepada akhlak Islam selepas Ramadhan yang mendidik kita segalanya.

Sejahtera Bersama Islam

04 Julai 2017

24 jam sehari semalam.

Pena idham Lim
10 Syawal 1438H/4 July 2017.


Allah memperuntukkan kepada kita semua sehari semalam masa 24 jam. Tidak kira siapapun kita semuanya sama sahaja.Persoalannya bagaimanakah masa itu telah kita gunakan sebaik mungkin. Beruntunglah kepada mereka yang menggunakan masa untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhannya dan rugilah barang siapa yang menghambur-hamburkan masanya ke jalan yang menjauhkan dirinya dari Tuhannya.

Sejahtera Bersama Islam.

02 Julai 2017

"Bahagia".

Pena Idham Lim
8 Syawal 1438/2 July 2017.


Ziarah sepupu sebelah Isteri di hari lebaran sama-sama bangga dan bergembira dengan keluarga besar Hj. Mokhtar di Parit Tok Ngah. Mempunyai 12 anak 6 lelaki dan 6 perempuan , 49 orang cucu dan 10 orang cicit. Diusia 78 tahun beliau yang masih sihat bersama Isteri berusia 71 tahun bila ditanya apakah perasaannya dengan memiliki keluarga sebesar itu. Ringkas beliau menjawab "Bahagia". 
Allahuakbar.


Sejahtera Bersama Islam.

01 Julai 2017

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Pena Idham Lim
7 Syawal 1438H.

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa…” (al-Ahqaf, 46: 15)

Ziarah dipusara sayu hati ini melihat banyak kubur yang masih terbiar tidak terurus walau sudah seminggu lebaran. Benarlah kata-kata "seorang ibu mampu menjaga sepuluh anak" namun "sepuluh orang anak belum pasti mampu menjaga seorang ibu". Juga demikianlah mereka juga tidak mampu menjaga kubur ibunya yang pergi untuk selamanya. Walaupun untuk sekali dalam setahun.

Sejahtera Bersama Islam.

30 Jun 2017

Sudah Berada Di Rumah Allah Namun Abaikan Berjemaah

Pena Idham Lim
6 Syawal 1438H.

Singgah disebuah Masjid. Penuh dengan rombongan pengantin. Dukacitanya yang solat berjemaah boleh dikira dengan jari. Sayang sekali sudah berada di Rumah Allah namun masih tidak mampu solat berjemaah. Kalau begitu dakwah perlu ditingkatkan kerana kalau dibiarkan suatu masa nanti masjid akan hanya digunakan bila solat hari raya, majlis akad nikah dan solat jenazah sahaja. Segalanya tidak mustahil boleh berlaku.

Sejahtera Bersama Islam.

29 Jun 2017

Intai Tarikh Untuk Mula Puasa 6 Syawal.

Pena Idham Lim
5 Syawal 1438H

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal maka pahalanya adalah sama seperti puasa sepanjang tahun".

Sesudah 5 hari Syawal berlalu, tahniah kepada yang mula berpuasa 6 Syawal dan kepada yang belum marilah kita mengintai-intai tarikhnya untuk kita mula berpuasa.

Sejahtera Bersama Islam.

28 Jun 2017

Sampul Infak Madrasah di Cambodia

Pena Idham Lim
4 Syawal 1438H.

Terharu mendengar kisah daifnya umat Islam di Kemboja yang hidup dalam serba kekurangan seperti yang diceritakan oleh Ust. Yusof Taib Mudir Madrasah Abdul Rahmah Kg. Wilvong yang terletak 170 km dari bandar Phnom Penh. Jauh sekali dengan kemewahan dan senangnya umat Islam di Malaysia. Walaupun pun susah mereka di Kemboja masih bangkit untuk mempertahankan dan membangunkan Islam. Kagum dengan kegigihan Ust. Yusuf yang menginfakkan dirinya demi kemajuan pendidikan anak bangsanya.

Mulai bulan Julai ini saya akan menyediakan SAMPUL INFAK untuk dikirim pada setiap bulan ke Kemboja bagi menampung keperluan Madrasah yang dikelolakan olehnya.

In shaa Allah saya akan berikkan akaun berkenaan. Ust yusof balik ke kemboja esok dan dia akan buka akaun maybank cambodia secepat mungkin.

Sejahtera Bersama Islam.

27 Jun 2017

Layan Tetamu Istemewa.

Pena Idham Lim
3 Syawal 1438H.

Hari ini saya menerima seorang tamu dari Kemboja Ustaz Yusof yang saya kenali sejak setahun lepas. Beliau datang Ke Malaysia sejak 22 jun lepas mengorbankan masa untuk tidak berhari raya bersama keluarga demi mencari dana untuk menampung pengurusan dan pembangunan madrasah yang dikelolanya di Kemboja. Satu perjuangan murni yang saya hargai dan perlu dihargai dan sewajarnya mendapat bantuan dari semua pihak. Dia akan saya layan sebagai tetamu istemewa yang berkebetulan dengan suasana Hari Raya sehingga beliau akan pulang ke negaranya pada subuh Khamis 29 jun ini. Kepada sahabat yang berhajat untuk membantu boleh hubungi saya.

Sejahtera Bersama Islam.

26 Jun 2017

Lazimi amalan baik.

Pena Idham Lim
2 Syawal 1438H.

Masa begitu cepat berlalu. Hari ini sudah 2 Syawal. Saya mengingatkan diri saya dan rakan taulan jangan kita abaikan kelaziman beribadah di bulan Ramadhan yang telah kita dididik dan  mampu dilakukan. Terutamanya sebagai seorang ahli gerakan Islam pastikan anda melazimi untuk solat secara berjemaah. Kerana orang yang baik amalannya selayaknya menjadi orang yang terbaik ikutannya.

Sejahtera Bersama Islam.

24 Jun 2017

Bulan keampunan akan pergi jua.

Pena Idham Lim
29 Ramdhan 1438H.

Berakhirnya Ramadhan Syawal bakal menjelang. Namun persoalannya adakah Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Sekurang-kurang jangan sesekali kita termasuk dalam golongan yang didoakan malaikat Jibril dan  diaminkan oleh Rasulullah saw.

Rasulullah saw. bersabda, "Ketika aku menaiki tangga pertama, Jibril muncul di hadapanku dan berkata,

"Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan yang penuh berkah, tetapi tidak memperoleh keampunan." Maka aku berkata, "Amin"

Sejahtera Bersama Islam.

23 Jun 2017

Bangkitlah...

Pena Idham Lim.
28 Ramadhan 1438H.

Bila amanah sudah digalas oleh kita untuk memperjuangkan Islam  tidak ada lagi harapan lain kecuali mengharapkan Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk melaksanakannya.

Bukan hanya kita perlu memahami dan tahu apa peranan dan tugas yang telah diamanahkan sesuai dengan kelaziman pergerakan dan aktiviti dalam jemaah yang kita sayangi. Sesudah itu marilah kita semaksima mungkin cuba menunaikan amanah yang kita persetujui.

In shaa Allah antara kita boleh bertukar pandangan serta pengalaman dan saya yakin boleh saling menguatkan jemaah dengan pengalaman dan ilmu yang dimiliki.

Sesungguhnya masa tidak akan menunggu kita dan akan terus berlalu..tugas baru sedang menanti .

Ayuh bangkitlah wahai sahabat-sahabat sekalian dengan baki Ramadhan yang masih tinggal..kita doakan bersama semoga Allah bagi kekuatan kepada kita  untuk menunaikan amanah ini.

Jangan biarkan seincipun kelemahan berada disudut kita dan kerana itu musuh akan masuk dan mengalahkan kita.

Sejahtera Bersama Islam.

22 Jun 2017

Ramadhan Pasti Pergi.

Pena Idham Lim
27 Ramadhan 1438H.

Setiap pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. Begitulah Ramadhan yang diberi peluang oleh Allah untuk kita bertemu dengannya pada tahnn ini dan ianya sudah  dipenghujungnya. Ramadhan pasti akan                                   pergi meninggalkan kita. Dia datang ibarat sebuah meja yang penuh dengan hidangan yang pelbagai. Siapa yang menikmati beruntunglah mereka. Siapa yang tidak menikmati hidangan tersebut rugilah ia.

Sejahtera Bersama Islam.

21 Jun 2017

Jangan Hilang fokus...

Pena Idham Lim
26 Ramadhan 1438H.

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan” (HR. Bukhari & Muslim).

Sekiranya kita berada dalam suatu pelawanan bolasepak sekarang ini kita sebenarnya berada di minit terakhir dalam pertandingan akhir. Yang menang akan bergelar juara. Namun realiti nya penumpuan pertandingan hanya berlaku dalam pusingan awal dan dalam pertandingan akhir sudah hilang fokusnya. Kebanyakannya sudah bersiap untuk merayakan jadi juara sedangkan wisel akhir belum ditiupkan.Demikianlah rumah ibadah yang ramai pengunjung diawal Ramadhan dan semakin kurang bila semakin  dihujung Ramadhan. Mereka lupa untuk bersungguh untuk mendapatkan Lailatul qadar yang letaknya di 10 akhir sebelum merayakan kemenangan dengan Berhari Raya.

Sejahtera Bersama Islam.

20 Jun 2017

Terjah Iftor Di rumah Ahli.

Alhamdulillah pada hari ini saya bersama TYDP dan SU PAS Kawasan Kuala Kangsar  serta rombongan akan berbuka puasa di rumah ahli PAS yang terpilih di Kuala Sayong yang mesra dengan panggilan Abg Din.

Makluman rasmi baru kita sampaikan pagi ini kepada Abang Din mengenai hasrat saya dan rombongan untuk berbuka dirumahnya.

Saya sendiri yang memilih destinasi rumah  Abang Din selepas menilai dari sekian banyak rumah yang kami singgah dalam 2 siri jelajah Perkampungan Berbasikal Mei lepas. Sebuah keluarga yang sederhana dengan anak-anaknya  semuanya menjadi ahli PAS.

Sejahtera Bersama Islam.

Program Kebajikan Diteruskan

Pena Idham Lim
25 Ramadhan 1438H.

Masih ada yang bercakap dan menyebarkan pemikiran jumud dan khurafat dengan mengatakan bahawa hanya kerajaan yang ada sekarang yang mampu membuat kebajikan kepada rakyat. Katanya lagi kalau pembangkang menang tidak akan ada lagi program kebajikan.    Nampaknya sudah terdesak dan tidak ada modal sehingga modal lama dan basi dicanang kembali. Apapun PAS Kuala Kangsar pada tahun ini dapat meegumpulkan sumbangan yang lebih banyak berbanding tahun lepas dan usaha mengagihkan telah dan sedang giat dilaksanakan oleh Lajnah Kebajikan ke semua cawangan PAS. Tidak ada kuasa dengan  sumber yang serba kekurangan kita masih mampu mengadakan program kebajikan apa lagi bila dah berkuasa pastinya usaha ini akan diterus dan akan dilipatgandakan.

Sejahtera Bersama Islam.

19 Jun 2017

Saya Maafkan Mereka.

Pena Idham Lim
24 Ramadhan 1438H.

Teringat kisah silam semasa usia sekolah rendah di kampung kelahiran di Kelantan. Ada yang suka takutkan saya dengan katanya nak bagi sunatkan saya. Akibatnya sering saya lari ketakutan. Selepas saya masuk Islam  saya pergi berjumpa doktor disebuah klinik di Machang dan tanpa rasa takut benarkan doktor sunatkan saya. Ternyata apa yang ditakutkan selama ini tidak benar dan menakutkan saya juga lagi tidak benar. Untunglah saya masuk Islam walau ada yang takut-takutkan saya dengan bersunat. Namun saya maafkan mereka sempena Ramadhan yang mulia ini.

Sejahtera Bersama Islam.

18 Jun 2017

Ramadhan Sudah Dipenghujungnya.

Pena Idham Lim
23 Ramadhan 1438H.

Sesuatu yang datang pasti ia akan pergi jua meninggalkan kita suka atau tidak sukakannya.Demikianlah saya ingatkan bahawa Ramadhan sudah dipenghujungnya dan pasti akan meninggalkan kita. Oleh itu marilah kita manfaatkan semaksimum mungkin sisa Ramadhan yang berbaki.

Sejahtera Bersama Islam.

17 Jun 2017

Bersedekahlah Dengan Ikhlas.

Pena Idham Lim
22 Ramadhan 1438H.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah)” (QS. Al Baqarah: 264).

Demikianlah mulianya akhlak orang-orang yang bertaqwa, yang bukan hanya berlumba-lumba untuk bersedekah dengan ikhlas kerana Allah baik di waktu senang maupun di waktu susah, tetapi juga menjaga akhlaknya. Sedangkan orang-orang yang tidak bertaqwa merasa berat hati bila hendak bersedekah. Bila dia bersedekah pun kadangkala disebut-sebutkan sehingga penerimanya merasa sakit hati dan ia merasa bangga dengan pemberiannya. Pada hal perbuatan sedemikian sangatlah dilarang.

Sejahtera Bersama Islam.

16 Jun 2017

Islam Rahmat Untuk Semua

Pena Idham Lim
21 Ramadhan 1438H.

Ada beberapa komen yang agak emosinal yang ditujukan kepada saya selepas saya mengeluarkan kenyataan bahawa saya masih berbangsa Cina walaupun telah menganut Islam. Alhamdulillah mereka memahaminya selepas penjelasan secara berhemah saya bentangkan.

Satu pemikiran dan pandangan yang perlu diperbetulkan ialah Islam bukan hanya untuk bangsa Melayu hatta bukan juga khusus untuk bangsa Arab disebabkan Rasulullah saw. adalah berbangsa Arab. Islam adalah untuk semua bangsa dan sifatnya adalah Rahmatan lilalamin, Rahmat untuk semua. Kedatangan Islam adalah untuk menyelamatkan semua bangsa yang ada di dunia. Kecuali yang menolaknya tunggulah padanya.

Sejahtera Bersama Islam.

15 Jun 2017

Tukar Agama sahaja. Bangsa kekal.

1Pena Idham Lim
20 Ramadhan 1438H.

Pagi ini semasa tukar tayar kenderaan pemadu lori berbangsa Cina menjawab sapaan saya dalam bahasa mandarin "pandai ya cakap cina". Saya terus menjawab dalam bahasa cina dengan jelaskan kepadanya saya adalah cina dan hanya masuk Islam dan bukannya masuk Melayu. Wajahnya mula nampak lain dan cuma mengiakan apa yang saya cakap. Demikianlah sedikit contoh diantara orang Melayu yang masih menganggap kalau ada sahaja bangsa lain masuk Islam di dakwanya masuk Melayu dan sama juga dengan anggapan orang cina bahawa kalau masuk Islam berarti masuk telah Melayu. Yang betul Islam adalah untuk semua bangsa. Masuk Islam bukan berarti kita menukar bangsa .

Sejahtera Bersama Islam.Tukar Agama Bukannya Tukar Bangsa

14 Jun 2017

Program Halal

Pena Idham Lim
19 Ramadhan 1438H.

Selepas Ramadhan saya merencanakan untuk melancarkan di peringkat PAS Kawasan Kuala Kangsar " Program Halal" dan diperturunkan kepada cawangan-cawangan. Ianya penting sebagai melahirkan ahli jemaah Islam yang benar-benar menggunakan produk yang benar-benar halal sesuai dengan tuntutan Islam. Adalah amat malang bila ahli gerakan Islam setiap hari menggunakkan produk yang  tidak halal. Bagaimanakah doa boleh dimakbulkan dan kemenangan akan tiba?

Sejahtera Bersama Islam.

13 Jun 2017

Jauhi perkara Haram dan Syubhah

Pena Idham Lim
18 Ramadhan 1438H.

Setiap kali kita berpuasa semua orang mampu untuk menahan perutnya dari dimasuki makanan yang halal bermula dari terbit matahari sehingga terbenam matahari. Malang sekali apabila susah payah itu berakhir kita kurang mengambil perhatian semasa berbuka mengenai juadah dan makan yang dimasak atau dibeli. Adakah semua benar-benar halal dan suci dari perkara-perkara haram dan syubhah.

Sejahtera Bersama Islam.

12 Jun 2017

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA NUZUL AL-QURAN

Alhamdulillah, marilah kita perbanyakkan bersyukur kepada Allah kerana masih menghidupkan kita saat ini untuk menikmati nikmat menjadi tetamu Allah di bulan Ramadhan dan hari ini kita menyambut Hari Nuzul Al-Quran pada tanggal 17 Ramadhan.

Al-Quran adalah Kalamullah yang wajib didengar dan dipatuhi. Bukan sekadar untuk dibaca di Majlis Tilawah Al-Quran atau digantung dipremis perniagaan sebagai pelaris, bahkan Al-Quran diturunkan untuk dibaca, dihayati, diamalkan dan diperjuangkan isi kandungannya dalam kehidupan manusia, sama ada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Inilah hak Al-Quran yang wajib ditunaikan oleh umat Islam bersesuaian dengan firman Allah S.W.T:

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ [البقرة: 185]

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” [Al-Baqarah: 185]

Semestinya menjadi tanggungjawab umat Islam sekarang untuk mengisi kemerdekaan negara dengan meletakkan Al-Quran ditempat paling tertinggi dalam perlembagaan dan melepaskannya daripada belenggu penjajah kepada kefahaman Islam yang kita imani.

Maka, PAS melalui usaha-usahanya memperjuangkan Al-Quran untuk diletakkan ditempatnya yang tinggi dengan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu. Kini, PAS sedang memperjuangkan Pindaan Akta 355 untuk diangkat martabatnya setelah hampir separuh abad umat Islam diperbodohkan, apabila kuasa Mahkamah Syariah bagi penganut Islam lebih rendah daripada Mahkamah Sivil yang paling rendah. Jelasnya, bahawa perjuangan PAS melalui pindaan akta ini lebih bersifat menyempurnakan prasarana Sistem Kehakiman Islam yang menunjukkan bahawa Undang-undang Allah SWT lebih menjamin keadilan daripada undang-undang ciptaan manusia.

Akhirnya, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Nuzul Al-Quran pada tahun ini di Bulan Ramadhan yang mulia. Saya juga mengajak seluruh umat Islam untuk bermuhasabah sejauhmana al-Quran diletakkan di dalam hati kita dan dijunjung setinggi-tingginya sebagai panduan bernegara dalam aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan lain-lain. 

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Ramadhan 1438H / 12 Jun 2017M

Pengorbanan..

Pena Idham Lim
17 Ramadhan 1438H.

Menjadi kelaziman bagi jemaah kita PAS mengadakan Majlis sambutan Badar Al Kubro walaupun juga hari ini juga dipanggil dengan hari Nuzul Quran. Suatu hal yang penting yang boleh di ambil bila memperingati Perang Badar ialah soal Pengorbanan masa untuk jemaah....Tentunya pengorbanan bukan semudah ungkapan ABC..123...namun memerlukan penghayatan dan keinsafan yang merentasi sempadan kepentingan peribadi yang sanggup dikorbankan...

Sejahtera Bersama Islam

11 Jun 2017

Panjang Umur dan baik amalannya

Pena Idham Lim
16 Ramadhan 1438H.

Sudah seperdua dari Ramadhan telah kita lalui dan berlalu maka marilah kita doakan semoga kita termasuk dalam golongan yang di Sabdakan oleh Nabi Muhammad SAW "Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya” (HR. Tirmidzi).

Semoga  juga sisa dan baki Ramadhan yang akan kita hadapi akan mendatangkan kita bertambah rasa syukur kepada Allah. Semakin lanjut usia seorang beriman pastinya semakin bertambah amalnya. Sebab, sebaik-baik seorang insan, kata Nabi SAW, seperti hadits di atas ialah yang berumur panjang dan baik pula amalnya.

Sejahtera Bersama Islam.

10 Jun 2017

Perbanyakkan Bersedekah.

Pena Idham Lim
15 Ramadhan 1438H.

Bulan Ramadhan adalah bulan kita perbanyakkan sedekah sebagaimana yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Beliau adalah manusia yang paling pemurah terlebih lagi di bulan Ramadhan. Kerana itu dibulan inilah banyak sekali pihak yang kita temui menawarkan peluang kepada kita untuk membantu. Ianya kalau difahami bukannya gangguan namun sebagai satu peluang. Maka bersedekahlah semampu mungkin di bulan yang mulia ini.

Sejahtera Bersama Islam.

09 Jun 2017

Jangan berkira dalam beribadah

Pena Idham Lim
14 Ramadhan 1438H.

Ingatlah segala ibadah yang di lakukan termasuklah di bulan Ramadhan adakah puasa, Tarawih dan pelbagai ibadah lain yang kita kerjakan bukan untuk orang lain tetapi untuk bekalan diri sendiri untuk menghadapi kehidupan yang abadi kelak. Saya hairan melihat orang yang sangat berkira mengenai ibadah yang dikerjakan . Malah ada yang sanggup bertelagah mengenai jumlah rakaat solat tarawih sedangkan segalanya adalah untuk diri sendiri. Tidak rugi sesuatu amalam soleh yang dikerjakan sedikit apa lagi banyak kerana ianya adalah bekalan yang berguna bila kita dipanggil Illahi nanti.

Sejahtera Bersama Islam.

JAGA KEHARMONIAN NEGARA, TOLAK BUDAYA SAMSENG

Adalah merisaukan apabila melihat beberapa insiden yang 'viral' dilaman media sosial dengan wujudnya satu gejala baru dalam masyarakat seperti pukul sebelum dibawa kepada pihak berkuasa dan tanpa soal siasat sehingga membawa kes kematian dan budaya membuli, telah mengundang suasana tidak harmoni dalam masyarakat dan menimbulkan ketegangan antara kaum dan bangsa.

Rakyat Malaysia adalah sinonim dengan budaya ketimuran yang lemah lembut dan sopan santun bersesuaian dengan Rukun Negara iaitu kesopanan dan ketatasusilaan. Amat tidak wajar budaya samseng wujud dan membiak dalam negara ini yang tidak memberi faedah dan kebaikan kepada pembangunan negara dan bangsa Malaysia.

08 Jun 2017

Presiden PAS di benar keluar dari IJN.

Makluman Media - 7 Jun 2017

Alhamdulillah pada hari ini Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) setelah hampir sebulan mendapat rawatan intensif dari pakar pakar IJN.

Pihak kami diberi maklum oleh pasukan perubatan IJN bahawa Tuan Guru masih perlu mendapat rehat yang secukupnya supaya benar benar pulih dari pembedahan yang dialaminya.

Nikmat Kurma.

Pena Idham Lim
13 Ramadhan 1438H.


Teringat masa kanak-kanak di kampung semasa sekitar tahun 70 han dan 80 han sebelum memeluk Islam. Kami orang Cina sekali setahun dapat merasa makan kurma yang dibeli dikedai kampung. Dibalutnya selepas ditimbang dalam kertas suratkhabar. Nikmat terasa kurma  yang katanya dari India dalam guni melekat-melekat dijual sekali setahun hanya dibulan Ramadhan.

Zaman tersebut sudah berlalu dan hampir dilupakan. Sekarang kurma sudah jadi pemakanan sepanjang tahun malah bertangkai sekali. Setengah tempat pokok kurma sudah di tanam dan berbuah lebat. Itulah antara nikmat Allah yang tidak terhingga. Marilah kita insafi dibulan mulia ini.

Sejahtera Bersama Islam.

07 Jun 2017

Memberi Makan Orang Yang Berbuka.

Pena Idham Lim
12 Ramadhan 1438H.

Bila masuknya bulan Ramadhan ramai yang berlumba-lumba untuk menganjurkan majlis berbuka puasa di mesjid dan surau. Namun perkara yang utama apakah niat sebenar penganjuran majlis berbuka itu sehingga sanggup mereka mengeluarkan belanja ribuan ringgit.

Semoga mereka yang menganjurkan majlis berbuka mendapat ganjaran sebagaimana hadits Nabi s.a.w.

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

06 Jun 2017

Doakan Rakan Non Muslim.

Pena Idham Lim
11 Ramadhan 1438H.

Antara amalan yang perlu diperbanyakkan sepanjang bulan Ramadhan ialah berdoa. Banyak tempat dijanjikan doa yang akan dimakbulkan oleh Allah SWT sepanjang bulan mulia ini. Antaranya semasa sebelum berbuka.

Marilah kita mendoakan sesuatu yang jarang kita doakan iaitu mendoakan rakan dan kawan-kawan non muslim yang sekian lama dikenali dalam apa saja keadaan supaya Allah berikan kepadanya Hidayah dan Petunjuk Nya sehingga menjadi orang yang beriman. 

05 Jun 2017

Kesihatan Presiden PAS Semakin Baik.

MAKLUMAN MEDIA - ISNIN 5 JUN 2017

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Tuan Guru adalah semakin baik dan proses pemulihan selepas pembedahan berjalan dengan lancar.

Ketika saya bertemu Tuan Guru malam tadi, sempat juga Tuan Guru mengambil sedikit masa untuk mencatatkan nukilan beliau bagi bacaan awam yang telah dikeluarkan pada hari ini.

Kami dimaklumkan bahawa Tuan Guru dijangka akan keluar dari wad hospital dalam beberapa hari lagi, insyaAllah.

SIAPA PM SELEPAS INI?

Saya mengikuti perbincangan hangat dikalangan semua parti yang sedang berjuang menghadapi PRU 14 yang begitu galak menamakan calon Perdana Menteri, kecuali PAS tidak mencalonkan sesiapa.

Dahulunya ada pemimpin jadian dalam PAS juga berwirid dengan nada yang sama. Sekarang sudah meninggalkan PAS. Semua pihak merasa hairan mengapa PAS diam membisu? Adapun ahli dan penyokong PAS yang sangat setia sanggup tidak berpeluh dan berpecah kepala bertanya siapa calonnya sama ada jawatan Penghulu Kampung, ADUN, Parlimen dan jauh sekali siapa calon PM.

Fasa ke 2 Ramadhan : Keampunan

Pena Idham Lim
10 Ramadhan 1438H.

Fasa ke 2 Ramadhan iaitu "Keampunan" bermula selepas kita melepasi fasa pertama "Rahmat" dari Allah SWT.

Sesungguhnya keampunan dari Allah amat kita dambakan lantaran tidak ada manusia yang terlepas dari melakukan dosa yang pelbagai. Dengan harapan itu marilah kita tumpukan sepenuh jiwa dan tenaga untuk memperolehi keampunan Allah di bulan yang mulia ini.

Sejahtera Bersama Islam.

Isu Penjualan Arak dalam Penerbangan MAS

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

5 JUN 2017/ 10 RAMADHAN 1438
KENYATAAN DATUK MAS ERMIEYATI : PEMUDA PAS RAKAM TERIMA KASIH

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan terima kasih atas sokongan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin terhadap gesaan DPPM sebelum ini agar Malaysian Arlines (MAS) menghentikan hidangan minuman alkohol dalam semua penerbangannya.

04 Jun 2017

Mulianya mereka.

Pena Idham Lim
9 Ramadhan 1438H


Terkesan solat Tarawih  dibelakang imam yang cacat penglihatannya namun mampu menhafal Al Quran dan menjadi imam di Mesjid As Syarif Gombak kepada mereka yang sempurna penglihatannya. Setiap selesai 2 rakaat  selepas salam imam yang diperkenalkan dengan nama Ustaz Syukri itu segera menyemak Al Quran Braille dengan meraba-raba halaman pilihannya. Allahuakbar.

Disebelah saya seorang anak muda berpakaian kerja bertarawih sehingga selesai 23 rakaat bersama witir. Katanya setiap malam balik kerja dia akan singgah di beberapa mesjid untuk solat berjemaah. Mulianya seorang anak muda yang tidak lupa menjadi sebahagian dari mereka yang mengimarahkan Ramadhan.

Sejahtera bersama Islam

03 Jun 2017

Puasa adalah Perisai

Pena Idham Lim
8 Ramadhan 1438H.

Dalam keadaan kita berpuasa di bulan Ramadhan biasanya ada sahaja ujian kepada kita yang sedang berpuasa. Sejauhmana kita mampu menghadapinya sejauh itulah kesan Ramadhan yang dapat menjadi pendindingnya. Kalau kita gagal mengawalnya berarti Ramadhan kita telah gagal mendidik kita untuk menjadi orang lebih baik. Kerana itu Rasulullah bersabda :

“Puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada orang yang mencercanya atau memeranginya, maka ucapkanlah, ‘Aku sedang berpuasa” (H.R. Bukhari dan Muslim).

Sejahtera Bersama Islam.

DARI JENDELA INSTITUT JANTUNG NEGARA (IJN)

Oleh ABDUL HADI AWANG
Jumaat, 7 Ramadan 1438H/ 2 Jun 2017

Perasaan saya di ketika ini adalah penuh dengan kerinduan yang tidak terkira kepada keluarga dan sahabat – sahabat seperjuangan, walau pun fizikal sedang diganggu kesakitan dan ditahan di sini kerana rawatan yang diwajibkan.

Paling dirindui ialah Kuliah Dhuha Masjid Rusila (Marang, Terengganu) dan semua pelajarnya yang dimulakan sejak tahun 1976 kerana didesak oleh orang tua penduduk Kampung Rusila supaya menggantikan kuliah ayahanda (semoga mendapat rahmat dari Allah) yang baru meninggal dunia pada 1 Mei 1975. Saya juga sangat merindui berada di samping semua pemimpin PAS disemua peringkat termasuk rakyat jelata. Saya turut mengalami dan bersama dengan denyut kesusahan dan keperitan mereka khususnya di kalangan petani, nelayan dan pekerja rendah, serta belia menganggur yang sangat menekan perasaan saya.

02 Jun 2017

Rahmat Allah terbentang luas.

Pena Idham Lim
7 Ramadhan 1438H.

Kebiasaannya orang-orang yang berputus asa terhadap rahmat Allah dalam dua keadaan:

1. Ketika ia ditimpa dan diuji dengan musibah dalam hal dunia.
2. Ketika ia terjerumus kedalam dosa-dosa yang membinasakan.

Janganlah sampai kita ditimpa musibah di atas akan berputus asa dari rahmatNya, akan tetapi carilah rahmatNya yang luas terbentang apa lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.Sesungguhnya Rahmat Allah terbentang luas lebih luas dari langit yang terbentang luas.

01 Jun 2017

Bersangka baik kepada saudara kita.

Pena Idham Lim
6 Ramadhan 1438


Biasanya orang suka mencari keburukan seseorang dan dihambur-hamburkan nya walaupun mengumpat itu sangat dilarang didalam Islam. Terlebih lagi di bulan Ramadhan banyak yang tidak terlepas dari mendapat dosa mengumpat.

Ketahuilah disebalik keburukan dan kelemahan orang lain disana ada lagi kebaikan yang kita sedari atau tidak kita sedari. Alangkah baik nya kita sentiasa bersangka baik kepada saudara kita. Jadikan segala kebaikannya untuk membantu kita untuk mengasihinya.

Sejahtera Bersama Islam.

Kita hamba yang berniaga dengan Allah

Oleh: Dr Azman Ibrahim

1 Jun 2017, genaplah sebulan hamba Allah ini memikul amanah sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Sememangnya sejak hari pertama lagi, tiada tempoh bulan madu bagi seseorang yang memikul tanggungjawab kepimpinan dalam sebuah gerakan Islam. Tempoh khidmat sebulan pertama adalah neraca awal untuk menilai setiap kelebihan dan kekurangan bagi merancang perjalanan seterusnya.

31 Mei 2017

Pena YDP Kuala Kangsar5 Ramadhan 1438H.

Pena YDP Kuala Kangsar
5 Ramadhan 1438H.


Kita dianjurkan untuk membaca doa ketika bangun dari tidur

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ


Maksudnya:
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Pena YDP Kuala Kangsar4 Ramadhan 1438H

Pena YDP Kuala Kangsar
4 Ramadhan 1438H


Selepas 4 hari kita berpuasa, marilah kita bermuhasabah adakah kita termasuk dalam golongan yang membazir dalan makan dan minum kerana orang yang membazir dipersaudarakan dengan syaitan. Seperti firman Allah :- 

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

28 Mei 2017

Pena Idham Lim 2 Ramadhan 1438H.

Pena YDP Kuala Kangsar
2 Ramadhan 1438H


Hari ini semasa hadir dan melancar Program Ijtimak Muslimat dan Pelancaran Amilin Muslimat Kuala Kangsar, saya menemui beberapa orang muslimat yang sudah begitu lanjut usianya masih hadir meramaikan majlis tersebut.

Begitu sekali mereka istiqamah untuk terus hadir program parti walaupaun ramai mereka yang seusia itu sudah jarang keluar dari rumah apa lagi berada dalam program yang berlanjutan sehingga 4 jam.

25 Mei 2017

Kenyataan Akhbar PAS Negeri Selangor

PAS Selangor telah mengambil maklum terhadap Titah Tuanku DYMM Sultan Selangor melalui kenyataan khas terhadap kedudukan Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor. Kenyataan ini juga sekaligus mengambil maklum terhadap pendirian yang telah dibuat oleh PKR melalui kenyataan Presidennya sejurus selepas mesyuarat Biro Politik mereka. PAS menjunjung kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh DYMM Tuanku Sultan serta berterima kasih atas pendirian yang telah dibuat oleh PKR.

YDP PAS Kuala Kangsar tegaskan ahli PAS Jeliang keluar parti selesai, Mat Deka hadir sama.

KUALA KANGSAR: 24 Mei. PAS Kawasan Kuala Kangsar sekali lagi membuat kenyataan rasmi dengan menafikan 42 orang ahlinya keluar parti. Demikian penegasan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kuala Kangsar dalam program Santai Petang yang diadakan di Jeliang pada hari ini.

Hadir sama dalam program itu ialah Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Kangsar, Ustaz Ahmad Dzorif bin Ramli, Beberapa orang AJK PAS Kawasan, Ketua PAS Cawangan, ahli serta penyokong PAS .

Sesuatu yang mengejutkan apabila hadir sama dalam majlis tersebut ialah Mohd Hamka atau Mat Deka dalam program tersebut. YDP PAS Kuala Kangsar juga mengesahkan Mat Deka juga hadir dalam program Perkampungan Pilihanraya di Guar hujung minggu lepas. Mengulas hal tersebut beliau mengatakan secara ringkas bahawa isu ahli PAS keluar parti di Jeliang sudah selesai.

21 Mei 2017

YDP PAS Kuala rasmi Program Sambutan Perkampungan Pilihanraya Menjelang Ramadan , Seru semua bersedia hadapi Ramadhan dan PRU.

KG. GUAR MANONG : 21 Mei . Sempena menjelangnya Ramadhan  dan PRU tidak berapa lama lagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kangsar dengan kejasama Jentera Pilihanraya DUN Manong dan cawangan-cawangan PAS Zon Manong telah mengadakan Program Perkampungan Pilihanraya Menjelang  Ramadhan di Kg Guar Manong pada hari ini. Program telah disempurnakan perasmiannya oleh YDP PAS Kawasan Kuala Kangsar, Dato' Drs. Khalil Idham Lim.

Program yang dimulai pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang itu telah dihadiri oleh lebih 300 penduduk sekitar Manong.

20 Mei 2017

Keputusan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59

Keputusan Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59 1438H/2017M

Hafazan Lelaki:
30 Juzuk
1. 94.00% - Sinegal
2. 93.95% - Malaysia
3. 93.94% - Qatar

Hafazan Perempuan:
30 Juzuk
1. 92.76% - Nigeria
2. 91.51% - Palestin
3. 89.14% - Sinegal

Tilawah Lelaki:
1. 89.96% - Iran
2. 89.58% - Brunei
3. 89.09% - Malaysia
4. 85.71% - Kanada
5. 85.55% - Singapura

Tilawah Perempuan:
1. 91.52% - Malaysia
2. 86.63% - Brunei
3. 86.01% - Singapura
4. 84.96% - Thailand
5. 84.50% - Maghribi

Tahniah Diucapkan 👍🏻

Bermuhasabahlah....

Pena YDP Kuala Kangsar
20 Mei 2017


.إنا لله وإنا اليه راجعون..
Perginya sebutir permata PAS, Prof. Dr. Khazani selepas 15 tahun berada dalam team pemikir PAS dan selepas 3 tahun memegang jawatan sebagai Pengarah stategik PAS. Memerah fikiran dan tenaga tetap istiqamah hingga akhir hayatnya bersama PAS.

Apa yang ada padanya sudah cukup untuk dia senang dan berbangga di dunia..Kelulusan dan menerima anugerah anugerah Saintis Muda Negara  tahun 2001, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
dan pemenang anugerah saintis cemerlang, 4 tahun berturut turut 2001-2004, Kementerian Pengajian Tinggi. Beliau mendapat gelar Prof semasa berkhidmat di UPM.

Doa Nabi Sulaiman Untuk Kekayaan


23 Sya'aban 1438H [MOD] -


Doa supaya cepat kaya seperti Nabi Sulaiman tentu semua orang menginginkannya. Kita tahu Nabi Sulaiman as adalah salah seorang Nabi yang dilimpahi kekayaan melimpah ruah  yang belum pernah ada sebelumnya. Selain itu Nabi Sulaiman as juga dikaruniai beragam mukjizat salah satunya adalah bisa berbicara dengan hewan-hewan. 

Ketika itu  Nabi Sulaiman menjadi penguasa yang diwarisi dari nabi Daud Alaihissalam. Dari manusia, jin sampai hewan-hewan pun tunduk akan perintah nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman diberi kuasa  oleh Allah SWT untuk memerintahkan jin-jin dalam membangun bangunan dan memindahkan singgasana ratu Saba’. Dan mengajak ratu Saba’ untuk beriman kepada Allah dan meninggalkan agamanya terdahulu yaitu menyembah matahari.

19 Mei 2017

Kesian orang Kuala Kangsar


Pena YDP PAS Kuala Kangsar
19 Mei 2017

Kesian kepada pengundi Kuala Kangsar yang sekian kalinya ditipu dalam isu pembinaan jambatan Manong. Sejak zaman MP Rafidah Aziz sehingga PRK 2016 tidak kurang dari 4 kali majlis pecah tanah dilakukan. Namun bayangnya pun tak nampak sampai sekarang. Bangkitlah rakyat Kuala Kangsar untuk berikan mandat kepada PAS bagi menghantar wakilnya ke Dewan Rakyat pada PRU akan datang.

"Sejahtera Bersama Islam"
"PAS Memimpin Perubahan".

Dato' Drs. Khalil Idham Lim.