11 Ramadhan 1438H.
Antara amalan yang perlu diperbanyakkan sepanjang bulan Ramadhan ialah berdoa. Banyak tempat dijanjikan doa yang akan dimakbulkan oleh Allah SWT sepanjang bulan mulia ini. Antaranya semasa sebelum berbuka.
Marilah kita mendoakan sesuatu yang jarang kita doakan iaitu mendoakan rakan dan kawan-kawan non muslim yang sekian lama dikenali dalam apa saja keadaan supaya Allah berikan kepadanya Hidayah dan Petunjuk Nya sehingga menjadi orang yang beriman.
Sebagai melengkapi suatu Sunnah Rasulullah s.a.w. yang bukan hanya berdakwah mengajak mereka yang dikenali supaya memeluk Islam juga Baginda Rasulullah juga mendoakan mereka..Aamiin.
Sejahtera Bersama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan