23 Mac 2012

Kapal Karam Di Itali: 5 Lagi Mayat Dijumpai

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ROM: Anggota penyelamat pada Khamis menjumpai lima lagi mayat di dalam bangkai kapal peranginan mewah Costa Concordia yang karam, Januari lalu.

Costa Concordia yang membawa 4,229 penumpang dan anak kapal berlanggar dengan batu karang di perairan Pulau Giglio di Tuscany pada 13 Januari lalu yang mengorbakna 32 orang.

Setakat ini, 30 mayat sudah dijumpai, termasuk yang ditemui semalam dengan dua masih hilang.

Sementara itu, usaha mengapungkan kapal persiran itu terus dijalankan dengan pekerja mengepam keluar 2,400 tan minyak daripada kapal berkenaan sejak 12 Februari lalu. - AFP

Bantah Umno guna politeknik lancar gelombang biru

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PERMATANG PAUH, 23 Mac: Semua rakyat kawasan ini yang prihatin kepada penyalah gunaan harta rakyat dikerah hadir bagi membantah penggunaan politeknik bagi program Umno.

Mereka diminta berkumpul di hadapan pintu utama Politeknik Seberang Perai selepas solat zohor esok bagi membantah secara aman terhadap program 'Pelancaran Gelombang Biru' Pilihanraya Umum Ke 13 oleh Umno.

Ahli Jawatankuasa PAS Negeri yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh, Haji Omar Hasan berkata, program berkenaan yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik merupakan program kepartian yang diadakan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang selama ini tidak dibenarkan sama sekali oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, Kerajaan BN hanya melarang parti pembangkang sahaja menggunakan sebarang padang IPT sedangkan bagi BN ialah dibolehkan.

"Sikap yang ditunjukan itu berat sebelah. Mereka mencabul apa yang menjadi undang-undang. Oleh itu marilah bersama-sama hadir di pintu utama Politeknik Seberang Perai untuk membantah pencabulan itu," tegasnya.

Ini membuktikan Umno dan BN bankrap perancangan dan tempat sehingga memilih lokasi yang selama ini tidak boleh dimasuki oleh mana-mana parti.

Pagi tadi satu memorandum telah dihantar oleh beliau sendiri bersama Setiausaha PAS Permatang Pauh, Mansor Che Dan, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Jamsari Samad, Pengarah Pilihanraya Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Jaya, Anuar Hamid dan Angkatan Muda Keadilan Permatang Pauh, Yusmira Yusuf.

Sementara itu Pengarah Politeknik Seberang Perai, Haji Zulkifli Ariffin berkata, sebenarnya pihaknya menerima surat permohonan dari Kementerian Belia dan Sukan untuk program penyampaian peruntukan kepada badan di bawah belia di Pulau Pinang.

Cuma kemudianya timbul satu lagi surat dari Umno untuk mengadakan pelancaran di tempat yang sama.

Namun beliau berjanji tidak akan membenarkan Umno memasang bendera parti kerana tidak mahu melihat Politeknik Seberang Perai terdedah dengan politik kepartian.

harakahdaily/-

Umno jual 74 ekar tanah rizab Melayu

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 23 Mac: Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali mendakwa kerakusan Umno di kawasan Gombak menyebabkan 74 ekar tanah rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual dan dipindah milik kepada Syarikat Triump City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain.

Dakwanya sewaktu membahas titah ucapan Diraja di Dewan Negeri Selangor, selain itu juga syarikat tersebut turut gagal membangunkan tanah berkenaan dan berdegil utuk menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah tersebut telah ditukar.

"Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terpaksa merampas kembali tanah tersebut untuk menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor.

"Ini satu amalan yang seringkali dilakukan oleh pentadbiran Umno dalam menguruskan tanah rizab Melayu ialah dengan menukarkan tanah rizab di kawasan bandar dan diberikan tanah di kawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal," katanya.

Tambah beliau lagi, tindakan ini menyebabkan tanah rizab Melayu di Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu, inilah amalah khianat Umno kepada orang Melayu di Selangor ketika mentadbir negeri ini.

"Kerajaan Pakatan Rakyat terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

"Oleh itu, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat merangka satu Pelan Strategik Pengurusan Tanah Rizab Melayu supaya dapat dibangunkan secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan," sambung beliau lagi.

"Isu Tanah Rizab Melayu turut dibangkitkan dalam titah Tuanku Sultan dan saya menyambut baik nasihat Tuanku supaya Kerajaan Negeri memelihara Tanah Rizab Melayu," katanya

Beliau yakin kerajaan negeri akan mematuhi peruntukan perlembagaan berkenaan tanah rizab Melayu selaras dengan prinsip 'rule of law' dan semangat berperlembagaan.

harakahdaily/-

Anggota trafik maut dilanggar pemandu bas wanita

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU 23 Mac – Seorang anggota polis trafik cawangan Johor Bahru Selatan, Koperal Ismayuddin Ramli, 50, maut setelah dilanggar sebuah bas persiaran berhampiran persimpangan ke pintu masuk Tambak Johor dari arah Singapura.

Dalam kejadian pukul 11.55 malam semalam, bas terbabit yang dipandu oleh seorang wanita warga tempatan secara tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh mangsa yang sedang mengawal lalu lintas, 200 meter dari pusat Kuarantin Imigresen dan Kastam (CIQ).

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Sharif berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Mangsa yang berasal dari Felda New Zealand, Pahang itu meninggalkan seorang balu dan lima orang anak berusia antara empat hingga 22 tahun.

Terdahulu, Mohd. Mokhtar turut menziarahi jenazah Ismayuddin di rumah keluarga mertua mangsa di Felda Taib Andak di sini hari ini.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Nurussa'idah dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam felda tersebut. – UTUSAN

2 rentung dalam kebakaran libatkan 9 rumah kedai

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PONTIAN - Dua beradik rentung dalam kebakaran membabitkan sembilan rumah kedai sederet di Pekan Ayer Baloi dekat sini, awal pagi ini.

Kebakaran sekitar jam 5 pagi itu meragut nyawa Khusnul Khotimah, 13, dan Rohman, 12.

sinar harian/-

Usir Hamza: Gambar buktikan k'jaan tipu, kata NGO

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

NGO Lawyers for Liberty mendakwa gambar-gambar yang diperolehinya membuktikan bahawa kerajaan Malaysia telah berbohong apabila mendakwa wartawan Arab Saudi Hamza Kashgari di itu.ditahan semasa ketibaannya di negara ini.

"Lawyers for Liberty telah memperolehi gambar-gambar menunjukkan Hamza Kashgari sebenarnya berada di negara ini untuk beberapa hari sebelum beliau ditangkap pada 9 Februari, 2012," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan semalam.

NGO itu mendedahkan beberapa gambar yang menunjukkan Hamza berada di Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya di Kuala Lumpur manakala satu lagi dirakamkan di balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut mereka, gambar-gambar itu menyangkal dakwaan Kementerian Dalam Negeri bahawa Hamzah yang dikehendaki di Arab Saudi, ditangkap semasa ketibaan.

"Menteri Dalam Negeri dan polis mempertahankan kenyataan mereka bahawa Hamza ditangkap apabila tiba di KLIA pada 9 Februari, sedangkan hakikatnya beliau ditangkap oleh pihak imigresen di dewan berlepas KLIA ketika cuba untuk menaiki pesawat ke Auckland, New Zealand selepas tiba di Malaysia pada 7 Februari," kata kumpulan itu.

Hamzai melarikan diri Arab Saudi selepas membuat komen di Twitter yang dianggap menghina Nabi Muhammad, dan mencetuskan kemarahan rakyatnya.

Pada sambutan Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, wartwan berusia 23 tahun itu didakwa menulis kata-kata yang menyinggung perasaan umat Islam.

Hamza Kashgari at KLIA departure hallDalam kicauannya itu, beliau menulis, dia amat mengagumi sifat yang ada pada Nabi tetapi mahu bersalaman dengan baginda bukan sebagai pengikut tetapi setaraf dengannya.

Beliau kemudian memohon maaf dan mahu bertaubat tetapi sekumpulan ulama terkemuka negara itu melabelkan beliau sebagai murtad dan mahu beliau dibicarakan dan dihukum di negara itu.

Menghina Islam dan Nabi adalah satu jenayah yang boleh dihukum mati di Arab Saudi.

malaysiakini/-

Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizPengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

malaysiakini/-

Siang 'hidup Melayu', malam 'jual tanah Melayu'

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Siang hidup Melayu, malam jual tanah Melayu inilah yang selayak dilebelkan kepada pemimpin Umno. Oleh kerana sudah tersepit dengan sokongan rakyat di negara ini maka ada satu modal lagi yang perlu dimainkan oleh Umno iaitu perkauman dan agama.

Terbaru apabila pemimpin Umno menuduh kerajaan Kelantan menggadai tanah Melayu di Kelantan. Maka ia telah menjadi bahan ketawa, tidak ubah seperti pencuri menjerit pencuri.

Semua dunia maklum pemimpin Umno adalah juara broker tanah Melayu selama ini. Apabila Umno membangkitkan tanah rizab Melayu seolah-olah Umno mengusik sarang tebuan dan bola tanggung kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Rekod membuktikan bagaimana pengkhianatan Umno terhadap tanah rizab Melayu.

Sejahat-jahat penjajah lebih baik daripada Umno sehingga mewartakan seluas 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada tahun 1957, namun selepas merdeka, pada tahun 1995 tanah rizab Melayu hilang seluas 1.7 juta hektar.

Sekarang mungkin tanah rizab Melayu sudah tergadai hampir 2 juta hektar. Persoalannya siapa punya angkara?

Buktinya 200 ekar tanah rizab Melayu untuk kilang simen tergadai kepada Yeoh Tiong Lay. (YTL.).

Sewaktu Umno berkuasa, 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rizab Melayu, yang diganti cuma 3 ribu hektar.

Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rizab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2.

Seluas 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

Seluas 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancongan.

Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan Kedah untuk projek kolam udang.

Seluas 273 ekar tanah Melayu Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur diambil untuk projek mega.

Tanah rizab Melayu seluas 94 ekar terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umno lah pengkhianat dan menggadai tanah orang Melayu. Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP.

HARAKAHDAILY/-

40 ahli Umno sertai PAS di Kg Masjid

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SUNGAI PETANI, 23 Mac: 40 bekas ahli dan penyokong Umno di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani meninggalkan parti mereka dan menyertai PAS.

Mereka menyerahkan borang keahlian PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Unit Peti Undi (UPU) Bukit Meriam dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pantai Merdeka sebelum

beliau berceramah di situ baru-baru ini.

Salah seorang dari mereka adalah bekas penyokong tegar Umno, Mohd Noor Tayed 58. Di era tahun 70 - 80 an dahulu merupakan kemuncak penglibatan dirinya dengan Umno. Selepas itu beliau mengambil sikap pandang dan lihat.

Dahulu, di mana sahaja jentera Umno bertugas terutamanya di Parlimen Sungai Petani mesti kelibatnya ada untuk membantu jentera berhadapan dengan PAS yang dianggap musuh yang perlu di singkirkan.

Namun, hari ini sudah berbeza. Beliau tidak lagi mahu memberikan undi dan sokongan pada Umno dan BN.

"Dulu saya tidak tahu menilai malahan bertindak berdasarkan arahan ketua jentera yang saya ditugaskan tetapi hari ini saya telah sedar dan bertekad melawan parti yang saya pernah puja selama ini, " katanya.

Seorang lagi rakanya, Che Ani Mansor 72 berkata, apa yang beliau dapat selama menyokong Umno dan BN melainkan terus mengayuh basikal tuanya sahaja.

Masalah banjir kilat yang melanda kawasan rumah pun tambahnya, Umno dan BN ketika berkuasa hanya pandang sahaja tidak bertindak membantu mengatasi dengan membina longkang baru di kampung berkenaan.

"Bila hujan sahaja hati saya bimbang kerana rumah saya dan beberapa buah rumah jiran akan tengelam separas buku lali.

"Bukan baru tapi sudah lama walaupun ada beberapa orang kepimpinan Umno datang menjengguk," katanya yang sudah bosan dengan janji BN.

Beliau mengucapkan terima kasih pada Majlis Ketua Kampung (MKK) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPk) kerana bertindak segera setelah membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat dengan membina longkang bagi menghindarkan banjir kilat berkenaan.

Dekati ahli baru

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Sungai Petani, Ustaz Mazlan Osman (gambar) meminta semua ahli PAS yang berada lama dalam perjuangan ini supaya mendampingi setiap ahli baru yang telah sedar untuk bersama membina kekuatan meruntuhkan empayar Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ujarnya, jangan sekali-kali membiarkan mereka dengan haluan sendiri sedangkan banyak kepakaran yang mereka ada yang membolehkan ahli PAS lama mempelajari.

"Anggaplah ahli baru PAS sebagai rakan yang akrab jangan persiakan kesedaran mereka kerana mereka juga ada kepakaran yang mungkin tiada pada kita. Kita sebagai ahli PAS yang lama wajar menunjukan contoh terbaik supaya mereka bersama membina kekuatan meruntuhkan Umno dan BN," tegasnya ketika ditemui di pejabat Tahfiz Al Barakah, Tikam Batu bersama beberapa orang bekas penyokong Umno di Kampung Masjid, Tikam Batu, Sungai Petani semalam.

Tugas ahli dan pemimpin PAS bukan berdakwah pada bukan Islam sahaja sambungnya, malahan kepada mereka yang telah jinak dengan perjuangan agar mereka mendekati majlis ilmu dan masjid supaya kekuatan boleh dibina apatah lag dunia sekarang dunia meterial.

harakahdaily/-

Empat pelajar kolej didakwa bunuh pensyarah, bapa

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA 23 Mac – Empat pelajar kolej swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan membunuh seorang pensyarah dan bapanya.

Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 20; Mohamad Sharafe Matt Noh, 19; Azizi Aizat Ibrahim, 20; dan Muhamad Safwan Muhamad, 20, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu terhadap Zara Eleena Omar Peter, 23, di rumah nombor 28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, kira-kira 1.30 pagi hingga 2.30 pagi pada 9 Mac lalu.

Mereka juga didakwa melakukan kesalahan sama terhadap Omar Peter Abdullah, 56, di tempat yang sama pada kira-kira 11.30 malam, 8 Mac hingga 1.30 pagi, 9 Mac.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan 23 April untuk sebutan sebelum kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. – BERNAMA

Lynas: Najib harus tarik balik kenyataan 17 Mac

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kritikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap DAP kerana memilih untuk tidak menyertai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai loji nadir bumi Lynas dengan menyatakan bahawa penyelesaian yang tidak partisan diperlukan demi kepentingan awam adalah dikesali kerana tidak berdasarkan fakta.

“Keputusan DAP dan PR untuk tidak menyertai PSC adalah semata-mata atas kepentingan awam kerana DAP tidak mahu membantu BN untuk menutup kesalahannya dan menipu rakyat bahawa loji Lynas itu selamat,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Justeru, katanya Najib harus menarik balik kenyataannya pada 17 Mac yang dilaporkan oleh Bernama untuk menunjukkan keseriusan dan keikhlasan kenyataan terbarunya dalam program radio bahasa Mandarin 988 semalam bahawa Kerajaan BN tidak akan membenarkan loji nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan, untuk beroperasi sekiranya terdapat bukti saintifik yang menunjukkan bahawa ia berbahaya kepada kesihatan dan alam sekitar.

Bernama telah melaporkan kenyataan Najib pada 17.3.2012 sebagai berkata:

“Jawatankuasa pilihan khas (PSC) mengenai Lynas tidak akan membuat keputusan mengenai nasib loji nadir bumi yang berkontroversi itu. Sebaliknya, PSC itu adalah sebahagian daripada proses penglibatan awam supaya rakyat dapat memahami isu-isu berkenaan dan supaya kita boleh meyakinkan kumpulan-kumpulan yang masih sangsi sama ada projek itu selamat atau tidak. Beliau menambah bahawa beliau mengharapkan PSC akan meningkatkan kesedaran mengenai projek itu supaya “kita boleh mencapai keselesaan dari segi penerimaan orang ramai”.

Guan Eng berkata, melihat apa yang dikatakan Perdana Menteri pada 17 Mac, PSC itu jelas direka oleh BN sebagai fait accompli untuk menghalalkan loji Lynas dan memaksa orang awam menerimanya tanpa mempedulikan soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan.

“Kerana ini, PR dan DAP enggan menyertai PSC untuk menghalalkan sesuatu yang pada dasarnya salah dan bercanggah dengan kepentingan awam,” tegasnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau menambah, dengan mengatakan bahawa PSC itu tidak akan membuat keputusan mengenai nasib Lynas, adalah jelas bahawa PSC itu tidak relevan.

Menurutnya lagi, Najib untuk bertukar nada dengan mengatakan bahawa PSC itu merupakan 'dasar kuat untuk membuat keputusan' mengenai Lynas adalah 'flip-flop' dan bertentangan kenyataan beliau pada 17 Mac.

“Adalah jelas bahawa perubahan pendirian ini adalah hasil daripada tindakan PR untuk memboikot PSC itu,” ujarnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Namun begitu, katanya ‘flip-flop’ yang berlaku itu menimbulkan soalan sama ada Perdana Menteri serius dan ikhlas untuk menutup Lynas sekiranya bukti bahaya terhadap alam sekitar, kesihatan dan keselamatan awam dapat ditunjukkan.

Guan Eng menambah, untuk membuktikan komitmen dan keseriusannya, Najib harus menarik balik secara terbuka kenyataannya pada 17 Mac, memberi arahan henti kerja serta merta kepada Lynas dan mengisytiharkan bahawa Kerajaan BN sanggup membayar pampasan sekurang-kurangnya RM700 juta yang telah dibelanjakan Lynas untuk membina loji tersebut.

Katanya, sebarang kegagalan untuk melakukan demikian hanya akan menimbulkan keraguan mengenai integriti PSC yang dipimpin Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Kahled Nordin sebagai alat politik BN untuk menghalalkan yang haram dan mewajarkan yang tidak wajar.

harakahdaily/-

1Care: Kerajaan tidak belajar dari SBPA

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempersoal tindakan kerajaan berhubung sesi penerangan 1Care yang hanya dibuat selepas dibantah rakyat.

Katanya, kerajaan seolah-olah tidak belajar dari rekod Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan dan kemudiannya dimansuhkan selepas dibantah rakyat.

"Sebagaimana disebutkan di dalam kenyataan kami sebelum ini, kami mempersoalkan jaminan Menteri Kesihatan sebagaimana rekodnya di dalam kontroversi Lynas.

"Seperti pengumuman BN yang lain contohnya SBPA, proses perundingan nampaknya dilakukan selepas mendapat kritikan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Azizah lagi, beliau juga menerima aduan-aduan daripada doktor-doktor yang terlibat di dalam perbincangan mengenai 1Care sebelum ini bahawa tiada proses rundingan dan dialog sebenar dan kerajaan nampaknya akan meneruskan 1Care.

Sebagaimana disebut di dalam kenyataannya sebelum ini, perbelanjaan kesihatan kerajaan sebanyak 2.2 peratus daripada KDNK pada 2008 adalah lebih rendah daripada cadangan WHO sebanyak 5 hingga 6 peratus.

WHO juga menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kesihatan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.

Justeru ujarnya, memperkenalkan 1Care tanpa mengatasi ketidakcekapan ini hanya akan membuka ruang untuk meningkatkan rasuah yang membebankan sistem kesihatan negara.

"Coraknya sama seperti penswastaan pelbagai sektor sistem kesihatan negara sepanjang dua dekad ini yang sepatutnya meningkatkan kecekapan tetapi sebaliknya hanya meningkatkan ketirisan.

"Ini termasuklah penswastaan Stor Perubatan Kerajaan, Hospital-Hospital Universiti, Jabatan Kardiologi dan Perkhidmatan Sokongan Hospital yang telah membawa peningkatan kos yang tinggi tanpa meningkatkan kecekapan," jelasnya.

harakahdaily/-

MB : Kerajaan Negeri Terima 5,000 Permohonan Miliki Kediaman

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM 23 MAC : Kerajaan Negeri Selangor sudah menerima 5,000 permohonan daripada rakyat Selangor yang memohon bagi memiliki kediaman dengan bayaran premium yang fleksibel dalam Skim Pemilikan Kediaman Persendirian.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata jumlah itu berdasarkan setakat perlaksaan skim itu tahun lalu.

Beliau berkata melalui skim ini, rakyat yang tidak mampu menjelaskan keseluruhan premium tanah boleh menjadi pemilik hartanah yang sah dengan hanya membayar bayaran sejumlah RM1,000.

“Pemohon akan diberi pilihan sama ada untuk menjelaskan bayaran premium tersebut secara sekaligus dengan diskaun sebanyak 30% atau bayaran nominal sebanyak RM1,000.00 dalam tempoh (6) bulan daripada Notis Borang 5A berkuatkuasa,” katanya yang menjawab soalan Adun Morib (BN), Hasiman Sidom.

Jelasnya, mereka yang memilih cara ini perlu menjelaskan keseluruhan premium (mengikut harga semasa) jika hartanah itu dipindah milik, dipajak atau digadai.

“Kita dapati begitu ramai penduduk di Selangor yang masih lagi menumpang di atasa tanah TOL (temporary occupancy license)sebagai peneroka dan sesetengah daripada mereka sudah tinggal di tanah itu lebih 10 tahun.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri melihat dan membuat kaji selidik sebagai satu usaha supaya mereka berpeluang memiliki tapak rumah tersebut,” katanya

Tambahnya, Kerajaan Negeri juga meluluskan lebih enam ekar tanah kepada pemohon dalam Skim itu.

selangorku/-

Ajar subjek pilihan raya di sekolah perlu kajian - Puad

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Kementerian Pelajaran menyambut baik cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar subjek mengenai pilihan raya diperkenalkan di sekolah bertujuan membantu pelajar memahami sistem pemerintahan negara.

Dr Puad ZarkashiBagaimanapun, Timbalan Menteri Pelajaran, Mohd Puad Zarkashi berkata, ia memerlukan satu kajian lebih menyeluruh oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum kementerian itu.

"Ini kerana ia melibatkan guru, jadual dan kita kena lihat kita nak mula mengajar itu di peringkat mana, rendah atau menengah. Mungkin kita boleh fikirkan dibuat secara merentas kurikulum iaitu ia menumpang subjek-subjek sedia ada, sama ada subjek sejarah, kajian tempatan dan sebagainya.

"Mungkin kita boleh masukkan elemen itu di situ tapi pada saya, ia perlukan satu kajian yang menyeluruh supaya apabila dilaksanakan nanti ia benar-benar berkesan dan saya rasa mungkin tujuannya lebih kepada untuk menimbulkan kefahaman dan kesedaran,” katanya di Seremban hari ini.

- Bernama

Hamilton catat masa terpantas pada sesi latihan GP Malaysia

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Pemandu McLaren-Mercedes, Lewis Hamilton sedang menguji jenteranya ketika sesi latihan bebas Gran Prix Formula One Malaysia di Litar Sepang pagi tadi. - AFP

SEPANG 23 Mac - Penggunaan sayap belakang kontroversi pada jentera McLaren-Mercedes dilihat berjaya membantu pelumba kelahiran Britain, Lewis Hamilton menamatkan sesi latihan bebas Grand Prix (GP) Malaysia catatan masa terpantas.

Juara dunia 2008 itu mencatatkan masa 1minit 38.021saat dalam sesi sepanjang 90 minit di Litar Sepang pagi tadi dan ia meletakkan beliau setengah saat di hadapan juara bertahan, Sebastian Vettel.

Pemandu Mercedes, Nico Rosberg dan Michael Schumacher pula masing-masing berada ditempat ketiga dan keempat manakala tempat kelima pada sesi latihan tersebut jatuh kepada pemandu Lotus, Romain Grosjean sementara rakan sepasukan Vettel daripada pasukan Red Bull, Mark Webber di tempat keenam.

Nasib tidak menyebelahi juara GP Australia, pemandu McLaren, Jenson Button yang hanya berjaya menduduki tempat kesembilan.

Walaupun dipertikai oleh pasukan-pasukan lawan, pihak berkuasa pelumbaan tetap tidak menghalang penggunaan sayap belakang "W-duct" oleh Mercedes.

Sayap “W-duct” merupakan alat yang menyalurkan aliran udara bagfi mengurangkan rintangan di muncung jentera F1 ketika sistem bantuan ketika memotong DRS (Drag Reduction System) digunakan. - AFP

Kes EO6: PSM saman KDN, ketua polis negara

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan kerajaan Malaysia antara defenden yang dinamakan dalam saman Parti Sosialis Malaysia (PSM) hari ini.

Saman sivil itu ekoran enam anggota parti itu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) pada bulan Jun tahun lalu.

Mereka adalah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, anggota jawatankuasa PSM pusat, Choo Chon Kai, M. Sukumaran, Timbalan Pengerusi PSM, M Sarasvathy, Setiausaha Bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu.

Saman tersebut difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh peguam Yudistra Piagam Dorai dengan keseluruhan menamakan 82 defenden majoritinya adalah anggota polis.

Mereka mendawa pihak polis telah salah tangkap dan memenjarakan enam pemimpin parti itu secara tidak sah.

Mereka juga menuntut ganti rugi kerana dibelasah, pendakwaan yang berniat jahat, tidak ada alasan yang munasabah ketika ditangkap dan salah guna proses pejabat awam.

Kesemua aktivis tersebut ditahan sewaktu menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun tahun lau, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Mereka ditahan selama 28 hari di bawah EO atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan sebelum dibebaskan pada pada 29 Julai 2011.

harakahdaily/-

Askar AS hadapi 17 tuduhan bunuh warga Afghan

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

NEW YORK - Pegawai-pegawai Pentagon menjangkakan Staf Sarjan Robert Bales, 38, akan dikenakan 17 tuduhan membunuh berhubung insiden menembak mati dan membakar sebahagian daripada 16 rakyat Afghanistan dua minggu lalu.

Tuduhan-tuduhan "dijangka dibawa esok (hari ini)", kata seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) kepada Yahoo News semalam.

Laporan AP pula menyebut tuduhan dikenakan lebih daripada 17 termasuk melanggar undang-undang perkhidmatan ketenteraan.

"Tuduhan-tuduhan yang ditandatangani ke atas Bales termasuklah 17 tuduhan membunuh, enam tuduhan cuba membunuh dan enam tuduhan tindakan ganas yang teruk dan pelanggaran undang-undang ketenteraan," kata AP.

Pegawai itu tidak dapat menjelaskan sebab Bales berhadapan dengan 17 tuduhan membunuh sedangkan dalam kejadian itu, 16 orang termasuk sembilan ditembak mati di daerah Panjwai, selatan Afghanistan.

Awal minggu ini, peguam Bales, John Henry Browne berkata, beliau akan pergi ke Afghanistan untuk melakukan penyiasatan sendiri bagi melihat apa sebenarnya yang berlaku.

Katanya, tuduhan-tuduhan ke atas Bales sukar untuk dibuktikan.

harakahdaily/-

Rumah sewa Michael Jackson dijual

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MICHAEL JACKSON

LOS ANGELES - Sebuah rumah agam yang pernah disewa dan menjadi tempat penyanyi pop, Michael Jackson meninggal dunia di sini bakal dijual pada harga AS$23.9 juta (RM73.64 juta), menurut laman web hiburan TMZ.com.

Menurut laman tersebut, ramai selebriti berminat untuk membeli rumah itu.

Sebuah laman web hartanah menyatakan rumah tujuh bilik tidur dan 13 bilik air itu digambarkan sebagai sebuah rumah agam Perancis yang cantik serta canggih dengan dilengkapi pawagam, gimnasium dan kolam renang.

"Rumah itu menawarkan sebuah teater glamor dengan gaya hebat, sebuah bilik wain bawah tanah, lif, spa yang luas, gimnasium, kolam renang dan kawasan taman," kata laman web tersebut.

Rumah itu dibina pada tahun 2002 di daerah Holmby Hills, barat Los Angeles yang mempunyai keluasan 1,580 meter persegi dan landskap seluas 0.5 hektar.

Jackson, 50, meninggal dunia di rumah agam tersebut pada 25 Jun 2009, kira-kira tiga minggu sebelum dia dijadualkan membuat persembahan di London. - AFP

Ibu tikam bayi baru lahir, buang dalam semak

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

JAKARTA – Seorang ibu tidak berhati perut di Jawa Barat ditahan, kelmarin kerana cuba membunuh anaknya, yang lahir minggu lalu, dengan menikam dan meninggalkan bayi itu dalam semak.

Siti Sundari, 18, dipercayai melahirkan bayi lelaki di bilik sewa di Cikeas Udik, Bogor, Jumaat lalu.

“Gara-gara malu melahirkan anak tidak sah taraf, suspek telah bertindak di luar kawalan dan berniat untuk membunuhnya,” kata ketua detektif balai polis Gunung Putri, Donggor Panjaitan.

Menurutnya lagi, tangisan kuat bayi berumur tiga hari itu menyebabkan penduduk sekitar kawasan tersebut menemuinya dalam keadaan menyedihkan dengan kesan luka sepanjang 11.5 sentimeter di belakang tubuhnya pada malam Isnin lalu.

Semasa soal siasat oleh polis, Siti mengaku dia melakukan tindakan kejam tersebut kerana tidak mampu untuk membesarkan anaknya.

Dalam perkembangan terbaru, jururawat di Hospital Besar Cibinong menyatakan bayi seberat 2.17 kilogram itu kini semakin sembuh walaupun luka tersebut nyaris meragut nyawanya.

Sementara itu, ibunya telah dihantar ke Hospital Kramat Jati di Jakarta Timur untuk menjalani ujian psikiatri.

Sinar

2009 paling banyak kes rogol di Malaysia

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Sebanyak 24,635 kes rogol direkod oleh negara ini dari tahun 2003 hingga 2011, kata Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen.

Datuk Seri Hishamudin Husein memaklumkan perkara ini ketika menjawab soalan anggota Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria (gambar).

Kes rogol ini pula meningkat dari tahun ke tahun dengan tahun 2009 mencatat rekod tertinggi iaitu 3,626 kes untuk tahun tersebut.

Pada tahun 2010 pula, kes rogol yang direkodkan adalah sebanyak 3,595 manakala tahun 2011 3,301 kes dicatat.

Mohd Nasir dalam soalannya bertanya Menteri Dalam Negeri statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011.

Dalam jawapannya, menteri memaklumkan, keseluruhan kes rogol dari tahun 2003 hingga 2011 adalah 24,635 kes.

Ini termasuk 1,479 kes untuk tahun 2003, 1,765 kes untuk tahun 2004, 2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2098).

"Sedih saudara.. Inilah statistik jenayah rogol 2003 hingga 2011 di Malaysia," kata Mohd Nasir ketika mengulas jawapan menteri ini kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, umat Islam perlukan undang-undang Islam yang objektifnya bukan sekadar menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi mendidik, mengajar, mencegah, menghukum dan mengamankan dunia.

Namun, Timbalan Menteri KDN Datuk Wira Abu Seman ketika menjawab soalan beliau tentang memperkasakan Undang-undang Jenayah Islam menjawab "Kita akan kekal dengan sistem yang ada. Beliau menyambung kehendak Tun Mahathir."

harakahdaily/-

Muamba mati selama 78 minit

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MUAMBA diberi rawatan oleh pasukan perubatan selepas pemain itu rebah dan tidak sedarkan diri ketika perlawanan peringkat suku akhir Piala FA antara Bolton dan Tottenham di London Sabtu lalu.

LONDON – Jantung pemain kelab bola sepak Bolton, Fabrice Muamba berhenti berdegup selama 78 minit dan dia sepatutnya telah meninggal dunia, kata pasukan doktor kelab itu kelmarin.

Bagaimanapun, jantungnya berfungsi semula selepas alat defibrilator digunakan pada dadanya sebanyak 15 kali semasa dia dirawat di Hospital Dada London di sini.

Kejadian itu berlaku selepas dia rebah di atas padang ketika perlawanan suku akhir Piala FA antara Bolton dengan Tottenham pada Sabtu lalu kerana diserang sakit jantung.

Perlawanan di White Hart Lane itu kemudiannya terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.

Menurut doktor kelab tersebut, Jonathan Tobin, anggota-anggota perubatan cuba untuk memulihkan Muamba selama 48 minit sebelum dia tiba di hospital.

Masa selama 30 minit lagi diperlukan untuk menghidupkan semula jantungnya di hospital berkenaan.

Selepas 15 kali kejutan listrik dengan alat defibrilator dilakukan, jantung pemain tersebut berdenyut semula.

Sebanyak 12 daripada 15 kejutan listrik itu dibuat di dalam ambulans.

“Mereka berusaha tanpa jantungnya berdegup. Selama 78 minit jantungnya tidak berdegup dan dia tidak bernafas.

“Dia telah mati ketika itu,” tambah Tobin.

kosmo/-

Barisan Nasional Gagal Memyelesaikan Masalah Penternak

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Ramai dari kalangan masyarakat India terlibat dalam aktiviti penternakan lembu, kerbau dan kambing. Kegiatan ini diusahakan secara turun-temurun oleh kebanyakan daripada mereka. Ada juga ramai yang melibatkan diri dalam aktiviti penternakan baru-baru ini kerana prospek yang luas dan menggalakkan.

Penternakan dapat mewujudkan sumber pendapatan yang agak lumayan kepada pengusaha-pengusaha rajin. Dalam pada itu, aktiviti penternakan ini juga menyediakan susu dan daging sebagai sumber makanan kepada orang tempatan. Penternakan yang giat dapat mengurangkan pengantungan negara kita kepada negara lain untuk bahan makanan. Ia juga dapat merendahkan aliran wang kita ke negara asing.

Kerajaan sedar tentang keperluan kegiatan penternakan terutamanya lembu, kerbau dan kambing. Walaupun dari segi teorinya kerajaan menyokong kegiatan penternakan tetapi pada realiti banyak berlaku gangguan kepada kegiatan ini. Kerajaan kerap meluluskan tanah kawasan penternakan yang sedang diusahakan kepada projek-projek pembagunan yang lain. Permohonan TOL oleh penternak-penternak sering kali ditolak dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Ini menyebabkan berlakunya penternakan secara haram yang berleluasa di negara kita. Walaupun aktivitu penternakan yang dijalankan secara haram sentiasa diganggu oleh pihak-pihak tertentu tetapi sumbagannya di dalam kuih ekonomi negara tidak dapat dinafikan.

Penternak-penternak India juga menghadapi pelbagai masalah dalam menjalankan kegiatan mereka. Mereka tidak diberi tanah untuk dijadikan padang ragut untuk haiwan ternakan mereka. Mereka terpaksa menjalankan aktiviti penternakan di tanah kerajaan atau milik persendirian. Oleh kerana ketidak sesuaian kawasan,

adakalanya haiwan ternakan mereka dilepaskan begitu sahaja untuk meragut di tepi jalan dan di kawasan perumahan. Ini menimbulkan berbagai-bagai kesulitan kepada orang ramai. Banyak juga kes kemalangan jalanraya yang disebabkan oleh haiwan ternakan ini. Ramai pula yang membuat aduan bahawa haiwan-haiwan ternakan ini merosakan kebun-kebun mereka dan mengganggu kawasan kediaman mereka.

Bila aduan memuncak, pihak kerajaan tempatan pula akan mengadakan opesari untuk menangkap haiwan ternakan itu. Pemilik haiwan dikenakan denda yang tinggi. Jika tidak dapat dibayar, haiwan-haiwan yang ditangkap itu akan dilelong oleh pihak berkuasa tempatan.

Adakah tindakan seperti ini boleh menyelesaiakan masalah yang sebenar? Penternakan haiwan adalah aktiviti ekonomi yang perlu dan tidak boleh dipandang rendah oleh pihak kerajaan. Ia perlu dilaksanakan dalam keadaan yang lebih terancang. Kerajaan harus menyedikan lebih banyak kawasan untuk kegiatan penternakan. Penternak-penternak harus diberi TOL untuk membantu mereka mengiatkan lagi usaha mereka.

Kerajaan yang ada sekarang gagal menyelesaikan masalah ini. Ramai penternak-penternak India di negeri Perak mengadu bahawa permohonan mereka tidak diberi pertimbangan langsung oleh kerajaan negeri. Malah mereka sentiasa terdedah kepada ancaman pihak berkuasa dan anasir-anasir luar.

Apabila diusul periksa, aduan mereka ini didapati benar. Jika kerajaan menafikan perkara itu, saya meminta Dato S.Veerasingam Penasihat Kepada Menteri Besar Perak untuk mendedahkan jumlah keluasan tanah yang diluluskan kepada penternak-penternak India sejak tahun 2009 sehingga ke hari ini. Maklumat ini adalah penting untuk mengetahui samada kerajaan Perak yang ada sekarang prihatian terhadap masalah yang dihadapi oleh penternak-penternak India.

YB V.Sivakumar Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh

Allah Memandang Kedua Dengan Kasih Sayang

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Sahabatku, cinta yang hakiki bukan dilewati dengan pujian & sanjungan. Cinta yang hakiki justru diuji dengan berbagai peristiwa yang menyakitkan yang membuat hati kita terluka dan menderita. Allah membentuk dan melatih kita melalui luka itu, bukan pada seberapa besar luka itu tetapi seberapa besar kekuatan & kesabaran yang kita miliki untuk menjalani luka itu. Kekuatan dan kesabaran yang dihiasi kasih sayang itulah yang akan tetap membuat bahtera rumah tangga kita seindah impian sampai akhir hayat, karena Allah mencurahkan rahmat dan kasih sayangNya untuk keluarga kita.

Sebagaimana Sabda Rasulullah, 'Seorang suami apabila memandang istrinya dengan kasih sayang & istrinyapun memandang dengan kasih sayang maka Allah memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Bila suami memegang telapak tangan istrinya maka dosa-dosa keduanya berguguran dari celah jari-hari tangan keduanya' (HR. Rafi'i).

Sahabatku, cinta memang seindah impian bila kita memiliki kekuatan dan kesabaran untuk menjaga bahtera rumah tangga. Bahtera rumah tangga kita menjadi retak, pahit dan getir ketika menghempas justru disaat kita lemah, mudah menyerah dan tidak memiliki kesabaran didalam menghadapi berbagai kesulitan.

Secercah kehidupan rumah tangga yang indah menjadi redup dan anda harus menerima kenyataan tidak sesuai dengan harapan. Bagi anda yang akan atau sedang mengalami hal itu maka mohonkanlah kepada Allah agar memiliki kekuatan dan kesabaran yang besar agar mampu menjaga bahtera rumah tangga.

posted by :agussyafii

Kecoh Di Dewan Orang Ramai Di Bekenu Akibat Salah Faham

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Bekenu - Pihak kami ada menerima aduan dari orang ramai dan penduduk
di Bekenu tentang kekecohan yang berlaku di dewan orang ramai di
Bekenu beberapa hari yang lalu. Menurut seorang penduduk yang
menyaksikan kejadian tersebut berkata, pihak polis sepatutnya tidak
mengganggu program seminar yang dianjurkan oleh NGO tersebut.

Menurut saksi yang tidak mahu namanya disebut berkata, akibat
perbuatan polis tersebut, pihak penganjur terpaksa memendekkan waktu
program tersebut sehingga menyebabkan warga emas yang hadir pada
majlis tersebut sangat kecewa dan marah dengan sikap pihak polis
terbabit.

Pihak polis sepatutnya menggunakan budibicara dalam soal ini, tambahan
pula ianya merupakan program seminar yang bercirikan keagamaan 'Islam
cara Hidupku' yang dianjurkan oleh NGO non-partisan dan tidak pun
mengganggu ketenteraman awam. Program yang berbentuk seminar tidak
memerlukan permit sebab ianya dilakukan dalam kawasan tertutup.

Penceramah yang dijemput merupakan seorang personaliti TV dan
merupakan seorang anak tempatan Miri yang semakin meningkat popular
dalam setiap siri ceramah perbandingan agama yang disampaikan oleh
beliau.

Apa yang paling menyedihkan terjadi pada program tersebut adalah
mereka yang hadir terdiri daripada para muallaf, warga tua dan juga
OKU. Walaupun bantuan kebajikan yang mereka terima tidaklah seberapa,
tetapi ramai yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin mendengar
ceramah pengisian rohani yang disampaikan oleh personaliti tersebut.

Peserta yang tiba kemudian tidak dibenarkan masuk ke dewan termasuk
beberapa orang ketua kampung , penghulu, guru-guru dan orang awam.
Menurut seorang peserta yang tidak dapat masuk ke dewan berkata, ada
yang sangat terharu lalu menitiskan air mata apabila melihat semangat
muallaf Iban yang begitu teguh mempertahankan Islam, sebaliknya mereka
yang dilahirkan sebagai Islam terasa malu apabila melihat para muallaf
sanggup bersusah payah mempertahankan pendirian mereka dalam soal ini.

Pembaziran juga berlaku apabila makanan dan minuman yang disediakan
dan dimasak sendiri oleh para peserta sebagai jamuan kepada para
hadirin juga tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis. Malah pihak
polis memberi amaran sekiranya majlis seminar itu tidak dihentikan
dengan serta-merta pihak polis akan menahan kesemua yang berada di
dewan terbabit.

Inilah pertama kali pihak polis mengganggu program seminar yang
dianjurkan oleh pihak NGO dan orang ramai berlaku di dewan orang ramai
tersebut menurut penduduk disitu.

Pihak polis sepatutnya bersikap professional dalam menjalankan tugas
mereka tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Pihak polis
hendaklah menjaga keselamatan orang ramai bukannya mengikut arahan
sesuatu pihak yang mempunyai kepentingan sehingga menyebabkan berlaku
kekecohan dalam masyarakat umum.

Kita minta pihak kementerian dalam negeri menasihat pihak polis agar
jangan menyalahguna kuasa mereka terhadap orang awam. Sekiranya
terbukti ada menyalahguna kuasa, pihak SPRM boleh menyiasat kes ini
dan mengambil tindakan sewajarnya keatas mereka yang menimbulkan
masalah kepada orang ramai supaya ianya jadi pengajaran kepada semua.

Kita juga mendesak agar pihak polis memohon maaf kepada mereka yang
terlibat dan jangan lagi mengganggu program atau seminar pada masa
akan datang yang di anjurkan oleh pihak NGO atau pertubuhan yang
berdaftar secara sah mengikut undang-undang dalam negera ini.

Pihak polis hendaklah bekerjasama dengan rakyat demi menjaga
keselamatan negara dari ancaman penjenayah, bukannya mengintip atau
mengganggu kegiatan pertubuhan yang dibenarkan oleh undang-undang
dengan memberi amaran dan sebagainya sehingga menakutkan orang ramai
untuk bekerjasama dengan pihak polis. Kalau perkara ini tidak diberi
perhatian, sudah pasti ini akan merosakkan hubungan diantara polis
dengan orang ramai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri Sarawak

PAS jangan leka dan rasa selamat

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Saya bersetuju dengan ingatan diberikan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Kelantan (JPN) Wan Nik Wan Yusuf supaya ahli parti itu jangan berada di zon selesa Pas akan kekal memerintah Kelantan dengan mengambil kira Kelantan kini sudah empat penggal di bawah teraju Pas.

Katanya pujian terhadap Pas terutamanya dari musuh sebagai jerat untuk memerangkap Pas, jadi jangan mudah terpedaya dengan perangkat itu.

Ingatan Wan Nik itu sesuatu yang tepat ada kebenarannya serta perlulah diambil perhatian serius oleh semua pihak dalam parti Islam tersebut.

Hakikat tidak boleh dielakkan, walaupun ramai meletakkan Pas akan dapat dan yakin mempertahan negeri Kelantan pada PRU 13, tetapi ada juga yang menaruh kebimbangan mengenai keupayaan Pas.

Kalau tidak silap, saya sendiri sudah menulis beberapa kali secara ringkas memberi peringatan bahawa UBN bersedia untuk menawan Kelantan kali ini. Cara Umno menggerakkan jenteranya dilihat ada kesungguhan pada parti itu.

Pas tidak boleh merasa sedap dengan mengambil budaya Umno yang suka cah keting dalam setiap pilihan raya. Mungkin kali ini orang Umno akan mengenepikan seketika budaya itu kerana mereka mempunyai azam tinggi untuk takhluk Kelantan. Ingat budaya dan pendekatan politik senantiasa berubah.

Baru-baru untuk kesekian kalinya saya pulang ke Kelantan dan sempat membuat tinjauan di beberapa buah daerah. Dalam tinjauan sukarela itu apa yang dapat saya simpulkan Pas seakan belium bersiap sedia lagi dari segi logistik untuk berdepan dengan Umno.

Walaupun boleh dikatakan semua kawasan sudah menaiki bendera, menggantungkan sepanduk dan sebagainya termasuk kerap mengaturkan ceramah kelompok, mengadakan forum tetapi ia jauh daripada memuaskan berbanding dengan usaha UBN yang dilihat lebih sistemetik.

Dalam pengamatan saya setakat ini hanya kawasan Jeli sahaja Pas nampak serius dan ghairah. Kebetulan di pihak UBN juga begitu. Jadi perlawanan (fighting) kini hanya berlaku di Jeli. Jeli memberi simbolik akan pertewasan Pas dengan Umno.
Bendera dan segala macam bahan kempen kedua-dua buah parti sudah mula bercacakan di tepi-tepi jalan berselekoh dan berkibar saling selar menyelar antara satu sama lain. Sudah ada bendera yang di pacak atas pokok dan mereka 'berbadi' tinggi. (Tahukah apa erti berbadi?"

Bermula di sempadan Tanah Merah di Jedok sampailah ke sempadan dengan Gua Musang di Jelawang. Bendera dan banting kedua-dua parti merampas mana-mana ruang yang ada.

Apandi Mohamad bersama timbalannya Abdullah Yaaacob yang terpaksa berdepan dengan gergasi Umno nampaknya menggerakkan jentera pilihan raya melakukan perang saraf ke atas Mustapa Mohamed. Beberapa kawasan khasnya di Air Lanas yang diwakili Abdullah Yaacob mengatasi kekuatan UBN. Manakala UBN pula menonjol di bandar Jeli, Bukit Nangka. Ada kemungkinan Mustapa akan bertanding dua kerusi dan kerusi state ialah di Air Lanas.

Di Kuala Balah kedudukan hampir sama rata. Sebuah bendera Pas berukur besar digantung merentangi tengah jalan raya menujukkan bulan Purnama bakal menyengetkan Dacing di situ.

Kedua pemimpin Mustapa (UBN) dan Apandi (Pas) nampaknya berlawan secara psikologi lebih awal. Keduanya ingin menjatuhkan antara satu sama lain. Apandi 'berdendam' setelah dua kali dikalah Mustsapa tahun 2004 dan s008. Beliau mengira kali ini gilirannya untuk menebus kekalahan ditangan Mustapa. Apandi pernah mengecewakan Mustapa pada tahun 1999.

Walaupun dia tahu sukar untuk menjatuhkan menteri yang mendapat pelbagai kemudahan serta menunjukkan prestasi cemerlang di Jeli tetapi itu tidak pernah menjadikan Apandi berputus asa untuk menebus maruahnya.

Sudah tentu sejarah manis tahun 1999 berjaya mengalahkan Mustapa serta pembebasannya dari tuduhan rasuah akan dijadikan azimat bagi terus berlawan dengan Mustapa. Kali ini Apandi berlawan dengan Mustapa dalam keadaan dia putih bersih.

Dalam pada itu kawasan paling lemah dilihat ialah Rantau Panjang. Bukan saja dipihak Pas tetapi dipihak Umno juga. Masalah ini mungkin berlaku kerana keadaan masih berteka teki siapakah yang bakal mewakili parti masing-masing. Mereka yang dijangka diletakkan calon tidak berani untuk 'bertaruh' menggerakkan parti kerana bimbang tidak akan dipilih.

Dipercayai perang saraf antara Pas - Umno ini akan bertambah hebat seminggu dua lagi. Ia akan menjadi hebat bila mana kedua-dua parti telah menentukan calon masing-masing. Umno dijangka akan membuat keputusan muktamad mengenai siapa yang akan diturunkan dan tidak pada awal April ini. Mustapa dijangka akan memberi tahu mereka yang bakal menjadi calons secara sulit berperingkat-peringkat.

Demikian juga dengan Pas. Separuh lagi nama-nama khasnya untuk bertanding di kerusi Dun belum diberitahu atau dimaklumkan kepada batang tubuh. Pesuruhjaya Pas negeri Nik Abdul Aziz Nik Mat masih meneliti secara lebih terperinci tentang tokoh-tokoh yang akan diturunkan.

Seperti mana saya ramalkan sebelum ini beberapa orang Adun Pas sudah hampir pasti tidak akan diturunkan semula baik kerana faktor peribadi maupun atas kerelaan sendiri untuk tidak bertanding kerana sudah beberapa penggal menjadi wakil rakyat. Dalam pada itu Pas sudah memuktamadkan kedudukan mana-mana wakil rakyat yang akan dipindah ke kerusi parlimen. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Nelayan Pengerang sedia pindah jika ada pampasan

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Ketika hujan renyai-renyai petang Ahad lalu, wartawan Malaysiakini berkesempatan menemui sekumpulan nelayan Melayu di Kampung Jawa dan nelayan Cina di Kampung Sungai Kapal, Pengerang, Johor - kawasan yang akan dibangunkan untuk projek Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) bernilai RM60 bilion.

Ketibaan kami disambut mesra beberapa orang nelayan Melayu - yang selesai menghirup kopi pekat sambil menghisap rokok di sebuah kedai kopi yang menghadap sayup-sayup Selat Tebrau yang dilitupi awan gelap.

Rata-ratanya, mereka mewarisi rumah di sini sejak puluhan tahun lalu dan cukup berpengalaman 'bermain' dengan arus ombak dan arif tentang 'lubuk' ikan yang banyak.

Mereka menyatakan kekecewaan dan tidak puas hati berikutan pembinaan pelantar minyak dan projek tambakan laut, sehingga menjejaskan kawasan menangkap ikan yang semakin cetek dan lubuk ikan turut berkurangan.

Pada asalnya mereka tidak mengetahui mengenai projek itu sehinggalah pembinaan dan tambakan bermula beberapa bulan lalu.

Sekalipun 'terpaksa' kehilangan kampung mereka, namun mereka bersetuju berpindah ke kawasan yang dijanjikan dengan syarat pampasan tanah haruslah "munasabah dan setimpal" mengikut pasaran semasa.

Ini kerana mereka sudah puluhan tahun mendiami kampung halaman di situ dan sudah sebati serta 'sentimental' dalam hati mereka.

"Nak kata tak bersetuju (dengan projek ini) tak boleh, sebab ia sudah berjalan. Nelayan minta pampasan. Setakat ini, tidak ada pampasan yang dijanjikan," kata Wan Mustapha Wan Harun, seorang nelayan dari Kampung Jawa.

"Kita tengok dulu pampasan daripada kerajaan. (Saya) tak setuju (pindah kalau tiada pampasan)... Kita bersetuju dengan syarat ia berbaloi dan munasabah.

NONE"Kami tak mahu jika (berpindah) kami bertambah susah," celah nelayan Isa Abdul Hamid yang menetap di situ sejak 57 tahun lalu.

Tiga lagi nelayan berpengalaman yang turut ditemubual - Sahlan Khairudin, Rahmat Sudin dan Khalid Ahmed - turut bersetuju dengan pandangan yang diutarakan.

Mereka juga masih tertanya-tanya jumlah pampasan yang bakal ditawarkan walaupun tanah mereka telahpun diukur oleh pihak yang bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, Wan Mustapha berkata dua kampung nelayan, Kampung Buntu dan Kampung Sungai Kapal - bagi fasa pertama - telah dijanjikan pampasan sehingga mencecah RM30,000 seorang.

"Tak adillah dua kampung telah dibayar, satu kampung lagi tidak dibayar," tegas Wan Mustapha yang menjadi nelayan sejak berusia 15 tahun.

Kampung mereka - yang bakal dijadikan tempat penyimpanan minyak - bakal diambil dalam fasa kedua pembangunan projek Rapid. Mereka boleh tinggal di situ selama tiga tahun lagi.

Ditanya bentuk pampasan yang diingini, Wan Mustapha berkata, ia mestilah dalam bentuk wang termasuk perbelanjaan sara hidup bulanan, memandangkan selepas ini mereka tidak menjadi nelayan jika dipindahkan ke tempat baru.

"Kita nak duitlah, termasuk duit sara hidup bulanan. Selepas ini nak menjaring ikan dekat mana? (Selepas ini) nak ke laut dah tak boleh," katanya.

Kumpulan nelayan itu akan dipindahkan di kawasan yang dikenali sebagai Punggai dekat Sungai Rengit yang terletak beberapa kilometer dari kampung halaman mereka.

Pemimpin PKR tempatan, Noor Azan Abdullah menjelaskan jumlah yang dimaksudkan itu bukan pampasan, tetapi wang saguhati yang didakwanya dijanjikan oleh kerajaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, dakwanya, jumlah itu termasuk wang sara bulanan sehingga projek itu siap, seperti dalam terkandung memorandum tuntutan nelayan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

“(Kalau) jumlah pampasan, lebih daripada wang sagu hati itu," katanya sambil menjelaskan harga pasaran bagi tanah seekar mencecah antara RM200,000 hingga RM500,000. Noor Azan turut hadir pada temubual Ahad lalu.

pengerang protest demo 180312Ini berbeza pula dengan nelayan Cina di Kampung Sungai Kapal yang turut terbabit dengan projek itu, yang tidak bersetuju tanah mereka diambil dan membantah projek Rapid diteruskan.

Malah, mereka juga enggan berpindah.

Seng Kwee Teck, 40, membantah projek berkenaan, tetapi "kalau ia tetap berlaku, maka perlu ada pampasan yang berpatutan - yang seharusnya mencecah ratusan ringgit".

Beliau yang menjadi nelayan sejak berusia 15 tahun, mahukan pampasan RM300,000 hingga RM500,000 ribu seorang. Dakwanya, kumpulan nelayan peringkat pertama hanya menerima pampasan RM15,000 hingga RM30,000 seorang.

Seng berkata syarikat berkenaan takut memberi pampasan kepada kumpulan yang kedua dengan jumlah yang besar kerana kumpulan pertama akan kembali menuntut pampasan lebih tinggi.

NONESambil menjelaskan kos sebuah kapal ikan boleh mencecah RM120,000, Seng mendakwa terdapat sembilan nelayan di kampung tersebut yang enggan menerima pampasan yang rendah itu.

Beliau yang ditemui di sebuah kilang belacan, marah dengan sikap seorang wakil rakyat yang didakwanya "mengugut" bahawa nelayan "tidak akan mendapat pampasan jika tak menerimanya" di dalam satu majlis.

Seng mendakwa mereka ditipu supaya "menerima pampasan dengan ang pau". Dakwanya lagi selepas sesetengah nelayan menandatanganinya, barulah mereka diberitahu ia merupakan pampasan projek daripada syarikat terbabit dalam projek tersebut.

Manakala seorang lagi nelayan, Hong Beng Kei, 66, pula berkata sehingga kini, kerajaan belum menghantar surat mengenai pengambilalihan tanah berserta dengan jumlah pampasan.

"Sampai sekarang, kerajaan belum hantar surat mengenai ambil alih tanah dengan pampasan... Rasa risau sebab sehingga sekarang pampasan masih tidak diumumkan.

"Tidak mahu pindah ke tempat lain," katanya sambil menambah beliau mengetahui tanah di kawasannya daripada orang ramai.

malaysiakini/-

Misteri mati badan berasap

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KAJANG: “Saya terkejut sebaik melihat lelaki yang terbakar seluruh badan di depan rumah saya adalah anak saudara sendiri,” kata Badrul Shah Sahak, 45.

Anak saudaranya, Mohd Farid Hassan, 27, maut selepas melecur hampir 90 peratus badannya dalam kejadian di Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini, awal pagi kelmarin.

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, dekat sini, pada jam 2.30 pagi, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Mangsa datang ke rumah bapa saudaranya itu mungkin untuk meminta pertolongan selepas tubuhnya terbakar.


Setakat ini, polis mendapati tiada kesan jenayah di tempat kejadian seperti penemuan petrol atau pemetik api yang boleh mencetuskan kejadian itu.

metro/

Kanak-kanak 8 tahun terselamat, penjenayah larikan kereta

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MELAKA — Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun melalui pengalaman getir apabila kereta yang dinaikinya dilarikan seorang penjenayah, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.15 petang itu, mangsa, Nor Abdullah Afiq Abdullah sedang tidur di tempat duduk belakang kereta jenis Proton Gen-2 milik datuknya, Abu Samah Othman, 62.

Kenderaan itu diparkir di Jalan Melaka Raya 8 di sini apabila datuk mangsa berhenti di sebuah syarikat insurans, yang terletak kira-kira 20 meter dari situ, untuk menjelaskan bayaran bulanan.

Abu Semah ketika ditemui berkata dia tidak membawa Nor Abdullah Afiq bersama kerana cucunya itu sedang tidur.

"Saya meninggalkannya dalam kereta dengan keadaan enjin dimatikan tetapi tidak berkunci kerana membuka pendingin hawa dan radio,” katanya.

Bagaimanapun, tidak sampai lima minit berurusan di syarikat itu, dia terkejut apabila mendapati keretanya tidak ada di tempat yang diparkir.

Abu Semah berkata kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada kerani wanita di syarikat insurans tersebut yang kemudian membantu membawanya ke Balai Polis Bandar Hilir untuk membuat laporan.

Ketika dalam perjalanan, mereka terlihat seorang anggota polis trafik dan memberhentikan kenderaan sebelum memaklumkan kejadian itu kepadanya.

Abu Semah berkata dia diarah membuat laporan selepas anggota polis itu mengambil nombor pendaftaran serta jenis kereta miliknya.

"Kira-kira enam minit menunggu di balai polis, saya dimaklumkan bahawa kereta dan cucu saya berjaya ditemui di Jalan Parameswara, tidak sampai dua kilometer dari tempat saya parkir,” katanya.

Sementara itu, Nor Abdullah Afiq berkata dia terkejut apabila kenderaan dinaiki dipandu seorang lelaki tidak dikenali setelah terjaga daripada tidur selepas bola besbol yang berada di bahagian belakang kereta terjatuh atas kepalanya.

Katanya, dia hanya mendiamkan diri kerana ketakutan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an hasil tindakan pantas anggota trafik tersebut yang melakukan hebahan dan rondaan sehingga berjaya mengesan kenderaan terbabit.

"Turut ditemui, beg pinggang suspek yang mengandungi beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan,” katanya.

Salehhudin berkata siasatan polis turut menahan seorang lagi lelaki warga tempatan berusia 25 tahun dan seorang perempuan warga Thailand berusia 20-an di sebuah hotel bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri kenderaan dan Seksyen 363 kanun sama kerana menculik. — BERNAMA