23 Mac 2012

Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri

30 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Mohamad Nedim Mohd Nazri AzizPengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatnnya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.

malaysiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sama macam bapak dia, samseng

Tanpa Nama berkata...

Apa dah jadi negara Malaysia,sepatutnya anak seorang Menteri kena jaga perangai tetapi berlagak macam samseng..tengoklah gaya pun dah boleh agak hisap cerut macam ketua mafia. Pemimpin macam ni kita nak pilih lagikah ? Kalau masih mengekalkan kuasa pemimpin seperti ini percayalah rakyat akan menderita kerana mereka menjadi sombong, bongkak dan undang-undang yang ada tidak lagi berguna. Anak-anak dan kroni merasakan mereka boleh berbuat sesuka hati kepada sesiapa kerana ada kuasa.

Huda Al Hadi berkata...

Anak Menteri pun mula tunjuk kuasa bahkan kawan-kawannya pun tunjuk kuasa; takut kelak polis hilang kuasa; takut negara kita jadi negara mafia.