BACHOK, 23 Mei :- Orang cina tidak sepatutnya di berikan gelaran "muaalaf" apa lagi dikatakan masuk melayu setelah mereka memeluk agama Islam kerana berdasarkan fakta bahawa orang cina di China terlebih dulu memeluk Islam berbading dengan orang Melayu. "Jadi kalau hendak dikatakan "muaalaf" sebenarnya orang melayu lebih muaalaf dari orang Cina". Demikian antara kandungan ucapan Drs. Khalil idham Lim, ADUN Titi Serong semasa menyampaikan kuliah Muslimat dalam program yang dianjurkan oleh pejabat ADUN Tawang di sini.
Hadir sama dalam program tersebut adalah ADUN Tawang , YB. Ust. Hassan mahmood, Penghulu-penghulu, dan muslimat sekitar DUN tersebut.
Drs. Khalil menjelaskan inilah program yang pertama beliau hadir untuk menyampaikan ucapan sejak beliau mula berhijrah keluar dari kampungnya yang terletak dalam DUN Tawang sejak tahun 1985.
Drs. Khalil Menyampaikan Kuliah Maghrib
Sempena kepulangan Drs. Khalil beberapa program lain telah disusun oleh Pejabat ADUN Tawang. Pada Waktu maghrib beliau telah menyampaikan kuliah di Mesjid Hijau Beris Tengah dan akhirnya ceramah umum di Wakaf Aik bersama dengan Timbalan Persiden yang juga Ahli Parlimen Bachok, YB. Ust. Nasaruddin Mat Isa dan Exco Kerajaan Kedah, YB. Ir. Amiruddin Hamzah.