20 Julai 2009

Pakatan Rakyat mahu Suruhanjaya Diraja diumum esok

ORANG ramai yang menghadiri Perhimpunan Mencari Keadilan di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya petang tadi menurunkan tandatangan menuntut kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja segera bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock iaitu setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor.

PETALING JAYA: Menjelang upacara pengebumian Teoh Beng Hock esok, Pakatan Rakyat mengadakan "perhimpunan mencari keadilan" di sini petang tadi, sambil meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja segera bagi menyiasat kematian setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor itu.

Siri pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada majlis itu yang diadakan di Stadium Petaling Jaya bermula pukul 4.30 hingga 7 petang, mahu suruhanjaya ditubuhkan dengan segera, jika boleh esok.

Antara yang berucap ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusinya, Karpal Singh; Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali.

Kira-kira 3,000 orang hadir pada majlis itu bagi menggambarkan 'kesatuan' di pihak pembangkang, lebih-lebih lagi selepas berakhirnya pilihan raya kecil Manek Urai.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja esok sebaik sahaja pulang ke tanah air.

"Sebagaimana kerajaan pernah lakukan pada 2005 untuk siasat kejadian rakaman gambar bogel suspek ketika berada dalam tahanan polis, yang penubuhan jawatankuasa khas ditubuhkan sebaik sahaja Perdana Menteri (ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi)kembali dari mesyuarat Komanel di Malta, Najib perlu mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja esok," kata beliau dalam ucapannya.

Anaknya, Guan Eng, Khalid dan Husam serta rata-rata kesemua pemimpin menyatakan pendirian serupa dalam ucapan masing-masing.

Mereka juga mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dirombak ekoran kejadian minggu lalu.

Husam pula menggesa agar mesyuarat Kabinet khas diadakan esok, bukannya Rabu seperti biasa, bagi membincangkan isu berkenaan.

Ucapan mereka diselitkan dengan beberapa isu semasa lain beserta kewibawaan peranan SPRM dan polis.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, saranan pelbagai pihak - termasuk kedua-dua pembangkang dan pemimpin kerajaan - akan diteliti dalam mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Pagi tadi, Muhyiddin berkata, kematian Teoh telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan SPRM ke atas wakil-wakil rakyat mereka.

Timbalan Perdana Menteri berkata, isu kematian itu dipolitikkan semasa SPRM sedang menjalankan siasatan ke atas anggota-anggota Dewan Undangan Negeri dari Pakatan berhubung dengan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang diagihkan kepada wakil-wakil rakyat. Siasatan ke atas wakil rakyat pembangkang dalam kes penyalahgunaan peruntukan itu mungkin menunjukkan mereka juga tidak lepas daripada melakukan kesilapan, kata Muhyiddin semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Bahagian Tanjung Karang.

Mayat Teoh, 30, ditemui di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada kira-kira 1.30 tengah hari Khamis lalu.

Beliau merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.

SPRM calarkan imej Najib

Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak cuba untuk memulakan langkah 100 harinya sebagai Perdana Menteri dengan mengemukakan apa yang disifatkan sebagai insentif dan faedah kepada rakyat Malaysia.

Insentif ini dikemukakan dengan tujuan untuk menyakinkan rakyat bahawa beliau adalah PM yang lebih baik daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang 'dipaksa' melepaskan jawatan akibat prestasi buruk Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac 2008.

Sebaik mengangkat sumpah, Najib memperkenalkan KPI (Key Performance Index atau Petunjuk Prestasi Utama) bagi mengukur dan menilai prestasi setiap Menteri diikuti dengan penilaian prestasi Kementerian, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya.

KPI ini pada aspek pengurusan, merupakan satu usaha yang baik ke arah mempertingkat ketulusan, kesungguhan dan keberkesanan seseorang Menteri atau agensi yang berkaitan.

Kononnya jika KPI dapat dilaksanakan sebaiknya, tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan BN dapat dipertingkatkan.

Seterusnya Najib memperkenalkan konsep One Malaysia, khusus untuk menarik sokongan rakyat bukan Melayu yang semakin terhakis keyakinan mereka terhadap kepimpinan Umno-BN sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Pusat.

Kemudian Najib menyusuli langkahnya dengan membuat 11 pengumuman mesra rakyat yang dibuat bersempena genap 100 hari beliau menjadi PM, 12 Julai lepas.

Najib juga turut mengumumkan enam bidang keberhasilan utama nasional (KRA) untuk mencapai matlamat KPI dengan lebih berkesan.

Keenam-enam bidang itu ialah, mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Malangnya, semua usaha yang dilakukan Najib dengan tujuan untuk memurnikan persepsi rakyat terhadap kepimpinan barunya, tercalar dan dipertikaikan rakyat akibat kematian Teoh Beng Hock semasa dalam siasatan di bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh merupakan Setiausaha Politik Exco Negeri Selangor dari DAP, Ean Yong Hian Wah, disoal siasat SPRM berhubung dengan dakwaan salahguna peruntukan Dewan Undangan Negeri.

Kematian Teoh membuka persoalan yang sangat besar, bukan sahaja kematiannya menjadi suatu misteri yang harus disiasat dengan seadil-adilnya.

Malah, ianya membuka mata rakyat terhadap SPRM, yang sejak keujudannya gagal menampilkan imej sebagai sebuah badan professional, telus dan terkecuali daripada pengaruh pemimpin kerajaan Umno-BN.

Tindakan SPRM menyiasat dakwaan salahguna peruntukan Dun oleh Adun Pakatan Rakyat di Selangor merupakan satu tindakan yang bermotif politik untuk memburukkan imej kerajaan negeri dan parti komponen Pakatan Rakyat.

Sebaliknya SPRM langsung tidak memperdulikan, malah tidak langsung mengambil tindakan ke atas aduan rasuah yang dibuat terhadap ramai ahli politik Umno-Barisan Nasional terutamanya Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor dan yang terlibat dalam skandal PKFZ.

SPRM menunjukkan bahawa ia berperanan dan berfungsi sebagai alat Umno-BN untuk mencabuli kebebasan individu, autonomi rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka dan konsep Federalisme yang kesemuanya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

SPRM hanya membuktikan bahawa semua langkahnya bermotifkan politik, dengan tujuan untuk melindungi parti perasuah yang terbesar dalam negara iaitu Umno yang terkumpul di dalamnya penjenayah rasuah politik wang.

Imej Najib sudah tercalar dengan buruk, langkah 100 harinya begitu sumbang dan tersasar. Belum lagi KPI terlaksana, sudah wujud tanda-tanda kerapuhan kerajaan Umno-BN.

Usaha untuk memalitkan imej negatif terhadap Pakatan Rakyat akan terus gagal kerana Najib, Menteri-menteri, agensi kerajaan, Umno dan BN terus melakukan kesilapan yang semakin menjerumuskan mereka ke lembah kehancuran.-HarakahDaily.Net-

Keluarga Teoh mahu s'jaya diraja ditubuhkan

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mahu supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kematiannya.

Teoh, 30, ditemui mati tengah hari Khamis lalu di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, yang menyoal-siasatnya beberapa jam sebelum itu.

Setiausaha Politik kepada perdana menteri Dr Oh Ei Sun berkata: "Ada permintaan daripada keluarga Teoh supaya menyampaikan hasrat mereka itu bagi penubuhan suruhanjaya diraja kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Jawapan saya ialah mereka (keluarga itu) akan mengetahui keputusannya pada mesyuarat Kabinet Rabu ini," kata Oh kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan takziah perdana menteri kepada keluarga Teoh di Taman Seri Kelemak di Alor Gajah petang tadi, lapor Bernama.

Perdana Menteri kini berada di Arab Saudi melakukan lawatan rasmi.

Oh bagaimanapun berkata beliau akan menyampaikan permintaan keluarga Teoh itu kepada Najib.

Seorang jurucakap keluarga itu berkata mendiang Teoh akan dikebumikan di Semenyih, Selangor, esok.-MalaysiaKini-

Ribuan banjiri perhimpunan tuntut keadilan untuk Teoh

Dikemaskini 11pm Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa, berucap kepada hadirin.

Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan 'Keadilan untuk Beng Hock"

Dalam ucapannya, Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh - setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah.

Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya.

Lim turut menggesa ketua pesuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said Hamdan supaya meletak jawatan.

Perhimpunan tersebut bermula jam 4.30 petang dan berakhir pada kira-kira jam 7 malam.

Kematian Teoh yang dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, telah menimbul kemarahan penyokong pembangkang yang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasatkan kejadian tersebut.


'Teoh di bawah jagaan SPRM'

Mengulas lanjut, beliau berasa amat marah dan sedih dengan kematian Teoh ketika di bawah pengawasan SPRM

“Dia pemuda sihat ada idealisme dan mahu menyambung pembangunan negara. Beliau menghadiri siasatan kepada SPRM tapi keluar sebagai mayat, Bagaimana jadi begitu?

“Kematian beliau penuh dengan misteri menyebabkan rakyat mahu mengetahui apa yang berlaku,

“Dia (Teoh) jadi saksi, bukan suspek. Bukan begini caranya (menyiasat). Dan mereka harus bertanggungjawab di atas kematian Teoh. Kerana Teoh berada di bawah penjagaan SPRM.

“Kita berasa marah dan sedih. Sebab kita manusia,” kata Kit Siang.

Beliau juga mempersoalkan tindakan SPRM yang tidak menyiasat berhubung skandal PKFZ yang membabitkan RM12.5 bilion dan juga banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor Dr Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

“Ada siasatan? Tidak ada siasatan kepada mereka. Tiada siasatan daripada pihak SPRM.

“Tapi Teoh disiasat dengan hanya kerana dikata ada ADUN menyalahgunakan wang peruntukan RM2,400 untuk membeli bendera Malaysia,” katanya.

Guan Eng kecam polis, SPRM

Sementara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam pihak polis dan SPRM yangdidakwanya bersikap'double standard' kerana tidak membuat siasatan terhadap terhadap pemimpin negera sekiranya pemimpin Pakatan membuat laporan polis.
“Sebaliknya kalau MB atau ketua menteri buat laporan polis, awak mahu keterangan. Ini 'double standard' yang diamalkan, bersih, cekap, betul... poorah!.

“Kita tak nampak siasatan skandal PKFZ (oleh SPRM), sampai sekarang ada tak? SPRM pun poorah,” katanya.

Sehubungan itu, Guan Eng yang juga anak lelaki Kit Siang, turut senada dengan ayahnya menuntut agar suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan dengan segera menyiasat kematian Teoh.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng yang juga setiausaha DAP, turut mengumumkan DAP akan membentuk tabung khas bagi membantu keluarga Teoh.

“Tidak kira apa bangsa , kita berganding bahu untuk mempertahankan hak mereka. Kita dirikan Malaysia untuk rakyat yang menegakkan budaya demokrasi,” katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.

'Khalid: Banyak persoalan timbul'

Sementara itu, menteri besar Selangor berkata pihaknya mahukan kebenaran dan keadilan berhubung siasatan terhadap kematian Teoh kerana banyak persoalan yang belum terjawab, terutama mengapa selepas disiasat, Teoh sanggup duduk di pejabat SPRM.

Katanya, banyak laporan kepada SPRM berhubung dakwaan rasuah pemimpin BN yang telah dibuktikan, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap mereka.

Sehubungan itu, Abdul Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak menyokong penubuhan suruhanjaya diraja untuk menjalankan siasatan segera terhadap kematian Teoh.

“Tidak ada yang kita mahu selain daripada itu. Kalau Najib benar-benar mahukan satu Malaysia, tubuhkan suruhanjaya diraja. Kalau Najib tak buat, dia cakap tak serupa bikin, bukan satu Malaysia.

“Rakyat mahukan keadilan. Ini bukan soal politik, bukan soal perkauman tapi ini soal keadilan dan kepercayaan rakyat, katanya.

Sehubungan itu, Abdul Khalid menyokong cadangan Guan Eng untuk menubuhkan tabung khas bagi membantu keluarga Teoh.

Manakala Husam mendakwa SPRM menjadi alat yang cuba melindungi amalan rasuh pemimpin BN.

Beliau mendakwa SPRM cuba untuk menjatuhkan kerajaan Selangor sebagaimana modus operandi mereka ketika kerajaan Perak pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tumbang ekoran kes rasuah dua pemimpin PKR.

Husam mendakwa siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap kedua-dua pemimpin tersebut, tidak dilanjutkan.

Menurutnya, PAS turut menyokong penubuhan suruhanjaya diraja tersebut bagi menyiasat kematian Teoh.

Utusan, Berita Harian dibakar

Di akhir perhimpunan tersebut, seorang penyokong bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian ekoran ulsan mengenai kematian Teoh yang didakwa berbaur perkauman.

Ini berkaitan dengan beberapa laporan yang menganggap PKR cuba melemahkan institusi yang didominasi oleh orang Melayu seperti SPRM.-Malaysiakini-

sesudah ASAR...

Ramadan - Marilah beramal
Email : anuarani
lawatilah KE http://rumahanakyatim.com/

SESUDAH ASAR...

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran tau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi Kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.

Saling berpesan2lah sesama kita.....

TAZKiRAH : 15,000 Tahun Perjalanan Di Titian Sirat

Email : BawangGoreng
C&P&D : http://sangkakala2. blogspot. com/

1. Perjalanan di titian sirat selepas manusia dihisab diberi tempoh masa oleh Allah swt selama 15 ribu tahun. Dalam masa perjalanan itu ada beberapa keadaan manusia yang menempuhnya. Ada yang melalui nya sepantas kilat, burung terbang, berlari, berjalan dan merangkak.

2. Disepanjang titian tersebut terdapat pula KALALIF atau klip atau pencangkut. Setiap satu kalalif dijaga oleh 70,000 malaikat. Apabila dicangkut maka jatuhlah mereka kedalam neraka jahanam iaitu neraka paling atas sekali iaitu tingkat neraka yang paling ringan azabnya. Pernah neraka ini menyeru kepada neraka yang dibawah supaya dikurangkan sedikit azabnya kerana tidak tertahan azab panasnya.

3. Buat masa sekarang neraka ini telah dinyalakan dan setiap hari Jumaat ia akan dipadamkan kerana memuliakan hari tersebut bagi umat Nabi Muhammad saw. Tetapi bila hari kiamat ia tidak akan dipadamkan lagi. Itu sebab secara realitinya ramai yang berbuat baik pada hari tersebut dan ramai bersolat Jumaat.

Berkongsi mas kawin

Soalan:
assalamualaikum ustaz...
ustaz, saya ingin bertanyakan satu soalan berkaitan mas kahwin...dibeberapa negeri yang tidak ditetapkan nilai mas kahwin (terengganu dan kelantan), duit hantaran (yang jumlahnya ribuan ringgit) selalunya dijadikan mas kahwin. sekiranya duit untuk dijadikan mas kahwin tersebut dikongsi antara bakal pasangan suami isteri tersebut untuk mencukupkan jumlahnya, apakah hukumnya?..adakah sah pernikahan tersebut?

Jawapan :

Perkahwinan itu sah. Mas kahwin adalah hak isteri apabila sempurna akad. Jika mas kahwin itu dikongsi bersama, maka yang datang dari bakal isteri itu boleh dianggap sebagai hibah dari beliau atau boleh juga dianggap sebagai hutangnya kepada bakal suaminya. Jadi, ia bergantung kepada niat dan persetujuan bersama.

Apa-apa pun yang membabitkan maskahwin ia tidak akan menjejaskan perkahwinan jika akad perkahwinan dilaksanakan dengan memenuhi rukun dan syarat-syaratnya. Maskahwin bukanlah menjadi rukun dan syarat sahnya suatu perkahwinan, akan tetapi ia adalah kesan dari akad. Apabila sempurna akad, maka otomatik maskahwin menjadi milik isteri dan dikira hutang yang tertanggung atas suami. Jika telah ditentukan jumlahnya di dalam akad, maka jumlah itulah yang menjadi hak isteri. Jika tidak ditentukan di dalam akad, maka ia hendaklah dirujuk kepada mahar (maskahwin) misil.
Wallahu a'lam.

Email : Ummu Waheddah.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Stadium Kelana Jaya : Justice For Teoh Beng Hock

5.25pm

Hadirin dijangka sudah mencecah hampir 3000 orang.

5.00pm

Hadirin dijangkakan hampir 2000 orang. Ketibaan pemimpin DAP Lim Kit Siang. Juga ada pekerja-pekerja am di stadium menyuruh orang ramai menandatangani petition untuk 3 perkara:
1. Penubuhan suruhan diraja untuk menyiasat Kes Kematian Teoh Beng Hock
2. Menyeru supaya Dato' Seri Hj Ahmad Said b. Hamdan, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meletak jawatan.
3. Menyeru Menteri Nazri Aziz menarik

4.30pm

Orang ramai sudah mula memasuki Stadium, bilangannya dijangkakan hampir 1000 orang. Kebanyakan daripada mereka memakai baju berwarna putih dan hitam.

4.20pm

Bilangan yang hadir dijangkakan 300 orang. Salah seorang daripada mereka ialah R. Arivananthan, Arivananthan berkata, kes kematian teoh ini bukan hanya isu kaum cina tetapi ia merupakan isu yang berkaitan dengan kepentingan negara.


4.00pm

Hujan mula turun dan hadirin dijangkakan 200 orang. Teresa Kok (ADUN Kinrara), Lau Weng San (ADUN Kampung Tunku) dan Tunku (Ahli Dewan Negara - DAP) turut hadir.

Dari : Go Malaysian

MUKJIZAT ISRA’ DAN MIKRAJ

(artikel: oleh ust.budak Besar )/Email: Nik Ipoh.

Satu lagi perayaan yang disambut oleh umat Islam ialah perayaan israk’ dan mikraj,
peristiwa yang besar ini berlaku sendiri pada batang tubuh nabi s.a.w. Mari lah kita sama-sama mengambil pengajaran dari peristiwa mukjizat ini.

Isra’ ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa. Mikraj pula ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa menembusi langit-langit ke sidratul muntaha yang tidak pernah di jejaki oleh sebarang makhluk untuk bertemu dengan Allah Taala… Semua perjalanan ini berlaku dalam tempoh sehari semalam…

Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’ tentang terjadinya mukjizat ini. Adakah pada tahun kesepuluh atau tahun sesudahnya. Perkara ini menjadi khilaf di kalangan ulama’. Menurut riwayat Saad peristiwa ini berlaku lapan bulan sebelum peristiwa hijrah Nabi s.a.w.

Jumhur ulama’-ulama’ Islam bersependapat bahawa pristiwa ini berlaku dengan jasad dan roh Nabi s.a.w. Ini merupakan satu mukjizat yang di kurniakan oleh Allah kepada Nabi s.a.w.

Kisah perjalanan ini disebutkan secara jelas oleh Muslim di dalam sohehnya. Di sebutkan bahawa perjalanan Nabi ini dengan menaiki seekor binatang yang dipanggil sebagai Burak.Binatang ini lebih beser dari keldai dan kecil sedikit dari unta.
Binatang ini berjalan dengan pantas ibarat sekelip mata sahaja.Disebutkan pula nabi s.a.w memasuki Masjidil Aqsa dan bersolat dua rakaat bersama dengan roh nabi-nabi.
Lalu jibril datang kepadanya dengan membawa segelas arak dan segelas susu, lalu Nabi s.a.w memilih susu sebagai minumannya.

Lalu jibril berkata kepadanya “bahawa engkau wahai Muhammad telah memilih suatu perkara yang menjadi fitrah bagi manusia. Kemudian di teruskan lagi perjalanan ke langit pertama, kedua, ketiga sampai lah seterusnya hinggalah ke Sidratul Muntaha.
Disana lah di wahyukan kepada nabi syariat solat yang pada awalnya sebanyak lima puluh waktu.

Keesokkan harinya Nabi s.a.w menceritakan kepada penduduk Mekah tetapi ramai yang tidak mempercayai kata-kata nabi s.a.w. lalu Nabi di tertawakansehingga Nabi s.a.w menceritakan gambaran di dalam Masjidil Aqsa secara jelas.

Bukhari telah meriwayatkan secara jelas dalm sahihnya.

لما كذبتني قريش قمت فى الحجر فتجلى الله لى بيت المقدس فطفقت أخبرهم عن آيته وأنا أنظر إليه....

Maksudnya:
Ketika kaum quraisyh mendustakan aku, aku berdiri di hadapan Hijir (ismail). Lalu Allah memperlihatkan Baitul Maqdis kepada ku. Kemudian aku khabarkan kepada mereka tentang tiang-tiangnya dari apa yang aku lihat.

Sebahagian daripada kaum musyrikin mengambil peluang dari peristaiwa ini untuk menggoncang aqidah umat Islam pada ketika itu. Mereka juga mengkhabarkan kepada sahabat nabi s.a.w iaitu Abu Bakar r.a. Tetapi jawapan Abu Bakar mengecewakan mereka iaitu “jika Muhammad yang berkata demikian nescaya aku percaya, malah lebih dari itu pun aku percaya.” Dengan peristiwa ini lah Abu Bakar di gelar sebagai As-siddiq

BEBERAPA PENJELASAN

Pertama: penjelasan tentang Rasul dan MukjizatRamai diantara penulis cuba menggambarkan Nabi Muhammad ini sebagai insan biasa.Penulis-penulis barat juga cuba mempamerkan Nabi s.aw ini sebagai pemimpin biasa serupa dengan diktator-diktator lain. Gambaran yang salah ini sedikit sebanyak menggugat aqidah umat Islam. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w dikuniakan dengan banyak mukjizat yang tidak boleh di fikir oleh akal manusia.

Fiman Allah Taala:

قل إنما الأيت عند ألله

Maksudnya:
“sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu hanya pada sisi Allah”

Di antara mukjizat nabi lagi ialah, memancarkan air dari celah-celah jari nabi saw.
Peristiwa ini di riwayatkan oleh Bukhari di dalam bab wudhuk, muslim di dalam bab al-fadha’il (keutamaan). Imam Malik dalam al-muwaththa’. Mukjizat yang lain pula ialah peristiwa bulan terbelah. Peristiwa ini bukan di saksikan oleh musyrikin mekah sahaja tetapi disaksikan juga oleh seluruh alam. Satu riwayat menceritakan seorang sahabat nabi dari India datang berjumpa dengan nabi saw ketika melihat peristiwa ini di negaranya.Lalu beliau merantau lalu datang berjumpa dengan nabi dan menghadiahkan nabi dengan sedikit halia, lalu nabi ambil dan memakan halia tersebut.

Israk dan Mikraj ini juga merupakan salah satu daripada mukjizat nabi saw.Malahan ia merupakan mukjizat yang paling besar mengikut pendapat sebahagian ulama’.Tetapi ada sebahagian umat islam memekakkan telinga mereka dari mendengar hadis-hadis yang mutawatir dalam peristiwa ini yang menyebabkan mereka mempertikai peristiwa yang agong ini. Mana pergi ASTORA JABAT LAKNATULLAH??? Yang mempertikai peristiwa ini satu ketika dahulu. Ini merupakan saki baki daripada pengikut-pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab kerana mereka tidak percaya dengan peristiwa ini.

Makna di sebalik perjalanan Isra’ ke Baitul Maqdis ialah ingin menggambarkan betapa tinggi nya kedudukan tanah suci umat Islam ini.Baitul Maqdis bukan sahaja tanah bagi orang palestin tetapi ianya juga merukan tanah suci bagi umat Islam keseluruhan nya.
Kita perlu sedar betapa pentingnya kita mempertahankan tanah suci ini dari di ceroboh oleh Yahudi yang tidak bertanggungjawab yang di sokong oleh Amerika dan negara-negara yang sekafir dengannya!!!! Adakah kita membutakan mata dan memekakkan telinga dalam masalah ini?? Apa sumbangan kita bagi membebaskan bumi palestin ini dari Zionis Yahudi laknatullah?? Kita WAJIB memboikot semua barangan-barangan Yahudi dan sekutunya. Apakah umat Islam sedar masalah ini?Kita kihat pada hari ini dalam negara kita ramai mereka-mereka yang masih lagi tidak memboikot barangan-barangan ini.

Professor Dr Yusoff Al-Qaradhawi dalam fatwanya menyebut, “ satu sen kita sumbangkan untuk zionis yahudi ini di ibaratkan kita telah memasukkan satu peluru untuk menembak umat Islam di Palestin. Kita harus merasakam bahawa tanah suci Baitul Maqdis merupakan tanah suci seluruh umat Islam!!!!!

Perajalanan dari Baitul Maqdis dan terus berjumpa dengan Allah Taala bagi menerima fardhu solat.

Ini memberi faham kepada kita bahawa penting solat dalam kehidupan ini dan pentingnya menjaga solat. Bayangkan susahnya nabi saw hendak menerima solat ini, tetapi malang ada diantara kita yang ambil sikap sambil mlewa dalam solat ini.
Cuba kita fikir, dalam usia yang Allah Taala beri kepada kita ini berapa kalikah kita rasa lazat ketika berjumpa dengan Allah swt. Jika kita tidak rasa lazat, bayangkan jika kita dimatikan oleh Allah swt esok hari??? Satu persoalan yang harus kita jawab. Kadang-kadang kita lebih mementingkan kerja dunia berbanding dengan solat.

Tahukah anda semua, bahawa solat ini merupakan hubungan kita dengan Allah secara langsung.Betapa kasihnya Allah kepada kita semua sehingga Allah memberi peluang hambanya merayu untuk mengabdikan diri kepadaNya.Nabi saw di beri pilihan oleh Jibril sama ada hendak meminum arak ataupun susu,namun Nabi saw memilih susu kerana ianya sesuai dengan fitrah dan naluri manusia itu.

Semua agama melarang penganutnya minum arak, ini kerana ia sudah terkeluar daripada sifat manusia yang sebenar.Jumhur ulama’ salaf dan khalaf bersependapat bahawa peristiwa ini berlaku dengan jasad dan roh. Imam Nawawi berkata di dalam SYARHU MUSLIM “ pendapat yang benar menurut kebanyakan ulama’ salaf,semua fuqaha, ahli hadis dan ahli ilmu tauhid, adalah bahawa Nabi saw di isra’kan dengan jasad dan rohnya, semua nas merujuk perkara ini,dan ia tidak boleh di takwil kecuali dengan dalil”.

Diantara dalil yang jelas mengenai peristiwa ini sebagaimana di sebutkan sendiri oleh Allah swt di dalam Al-quran surah Al-Isra’ ayat pertama. Disini dapat dinyatakan bahawa mereka yang menolak peristiwa ini adalah terkeluar daripada agama Islam (KAFIR)

HAYATI SUNNAH, JAUHI BIDA’AH

SAIF terbakar,0.5 juta ditaksir rugi

JERAI, Kedah, 18 Julai :- Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak, dekat sini terbakar jam 10.00 pagi tadi (17 Julai) menyebabkan kerugian anggaran pihak bomba sebanyak RM550,000.

Menurut Pengerusi Lembaga Tadbir SAIF, Ustaz Mussodak Haji Ahmad, kebakaran itu telah mengakibatkan pejabat pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir, bilik guru, perpustakaan dan dua buah bilik darjah musnah

Turut terlibat adalah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit mesin fotostat yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dan kaunter serta beberapa buah almari, 65 unit meja dan kerusi murid.

Pihak Bomba dari Guar Chempedak dan bomba sukarela termasuk dari Bukit Pinang tiba bagi membantu usaha memadam kebakaran dan berjayakan selamatkan bangunan surau serta asrama pelajar yang berada bersebelahan.

Menyedari kepulan asap yang tebal di bilik darjah selepas diberitahu pelajar, Musoddak yang berada di pejabat bergegas ke tempat tersebut dan mendapati api telah marak.

Katanya, pihak Lembaga tadbir mengadakan mesyuarat tergempat jam 1.00 petang tadi dan memutuskan memberi cuti kepada semua pelajar sehingga 27 Julai ini.

Dalam pada itu, ujarnya, bagi menggantikan dua buah bilik darjah yang musnah pihak sekolah akan memasang khemah sebagai bilik darjah sementara.

Sehubungan itu, tambahnya, pejabat sementara sekolah akan ditempat di tingkat bawah bangunan Tabung Haji yang bersebelahan dengan sekolah.

SAIF adalah di bawah pentadbiran Muassah Darul Ulum dan diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang memulakan sesi persekolahannya pada 1 Januari 2006.

Sekolah ini ditubuhkan hasil daripada penggembelingan tenaga pemuda, masyarakat setempat, intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran terarah.

Kini mempunyai 217 pelajar terdiri dari 145 putera dan 72 puteri dari tahun satu hingga empat sementara bilangan guru pula seramai 17 orang dan 8 staf.

Musoddak berkata, bagi mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no. akaun 02084010028830.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi beliau di talian 012-4827563 atau Setiausaha Lembaga Tadbir sekolah, Ustaz Mohamad Ismail (019- 4227323).Siasahdaily/-

Penyertaan Chua ke dalam PKR kuatkan sistem dua parti

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Penyertaan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng menyemarakkan lagi perjuangan untuk mewujudkan sistem dua parti di negara ini.

Ini kerana, dengan cara ini sahaja, rakyat negara ini mempunyai pilihan yang baik apabila mana-mana parti pemerintah tidak bertindak secara pro rakyat

Semalam, ketika membuat pengumuman menyertai PKR, Chua berkata, beliau berbuat demikian untuk memperkuatkan sistem dua parti berjalan baik di negara ini.

Bagi beliau, Umno adalah pemangsa utama kepada sistem dua parti ini.

Chua bersama Senator David Yeoh dan bekas anggota Parlimen Lumut menyertai PKR semalam.

"Kematian misteri Teoh Beng Hock menjadi pendorong penting kepada tindakan ini," kata beliau. Siasahdaily/-

Dengki dan irihati biarlah pada tempatnya

RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”. Riwayat Hadith al-Bukhari

Huraian

1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:

i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.

ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Sumber : Mstar/Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Johan Qari dan Qariah Peringkat Kebangsaan.

JOHAN Qari Awangku Omar Asfuaddin Awang Hamdan (kiri) dari Sarawak, bersama Johan Qariah Sharifah Kasif Fadzillah Syed Baiduzzaman dari Perak, bersama hadiah yang dimenangi selepas majlis penyampaian hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat kebangsaan ke-52, yang disampaikan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun Peringkat Kebangsaan ke-52, di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, semalam. --fotoBERNAMA