25 April 2009

Tindakan bijak Gobind Singh

Gobind Singh, Ahli Parlimen Puchong, telah menfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Beliau mengambil tindakan mahkamah kerana beliau digantung sebagai Ahli Parlimen pada 16 Mac 2009.

Bolehkan Speaker menggantung seseorang itu daripada menjadi Ahli Parlimen? Beliau tidak dibenarkan menghadiri sidang Parlimen dan tidak boleh mendapat gaji/elaun serta kemudahan-kemudahan lain. Adakah Speaker mempunyai kuasa untuk berbuat demikian? kalau ya, kenapa tindakan Speaker Perak diputuskan tidak sah di sisi undang-undang?

Di Perak, Speaker hanya menggantung Zambry dan 6 orang ADUN BN daripada menghadiri sidang Dewan Negeri. Speaker tidak menggantung kedudukan mereka sebagai ADUN. Tindakan Speaker Perak tidak melibatkan gaji/elaun dan kemudahan-kemudahan lain yang diberikan kepada mereka. Tetapi, Mahkamah Persekutuan memutuskan tindakan Speaker Perak tidah sah ataupun ultra vires. Bagaimana pula tindakan Speaker Dewan Rakyat yang mengantung Gaobind Singh untuk 12 bulan tanpa gaji/elaun dan kemudahan-kemudahan lain? Bukankah ini juga ultra vires?

Gobind Singh telah mengambil satu tindakan yang bijak. Ini adalah kerana, kes Perak telah dijadikan sebagai satu 'duluan' untuk menfailkan kes ini. Campurtangan mahkamah dalam kes Speaker Perak telah membuka jalan kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri untuk merujuk kepada mahkamah semua pertikaian yang memerlukan penyelesaian.

Gobind Singh telah menfailkan saman pemula terhadap 4 pihak iaitu:

1) Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin
2) Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri
3) Setiausaha Dewan Rakyat
4) Kerajaan

Gobind Singh membuat permohonan untuk deklarasi bahawa penggantungan terhadapnya adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Beliau juga mahukan satu 'order' daripada mahkamah supaya beliau bebas menghadiri sidang Parlimen.

Beliau digantung kerana memanggil Datuk Seri Najib seorang pembunuh dalam mesyuarat Parlimen. /Blog Suara Perak./

'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti

IPOH, 24 April : - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert ?Sure Heboh?(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. Harakahdaily.

32 disyaki anggota sindiket 'black money' ditahan

KUALA LUMPUR: Seramai 29 rakyat Afrika termasuk dua wanita yang mengaku sebagai pelajar kolej dan univerisiti tempatan ditahan dalam serbuan di Kepong hari ini kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan 'black money' dan dadah.

Turut ditahan dalam sebuan di sebuah apartment pada pukul 3 petang itu ialah tiga wanita tempatan.

Polis turut merampas pelbagai barangan yang dijadikan peralatan untuk mereka bergerak aktif dalam sindiket itu termasuk lebih 20 komputer riba dan mesin pengimbas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Koh Hong Sun.

"Mereka dipercayai terlibat dalam pelbagai jenayah antaranya penipuan black money, penipuan perniagaan, nombor ekor, loteri dan dadah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau berkata, kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun itu kini dtahan reman bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang maut manakala dua lagi parah apabila sebuah lori yang membawa muatan tanah dari Kuala Lumpur ke Ijok bertembung dengan sebuah lori kosong di Kilometer 20, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur-Ijok pada kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

Penumpang lori yang membawa muatan tanah itu, Roslan Rasdi, 29, mati di tempat kejadian dan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan mayatnya yang tersepit, kata Ketua Trafik Selangor Supt Che Husin Che Mat. Mstar.

JOM HEBOH

Jom heboh...nampaknya ia kembali di Perak setelah rampasan kuasa berlaku dengan cara yang begitu hina di sini Perak Darul Ridzuan. Masih terngiang-ngiang di telinga ini suara mufti Perak yang berkumandang di radio Perak ketika peristiwa demontrasi Kuala Kangsar berlaku.

Sibuk mufti menasihati rakyat Perak agar jangan terlibat dengan perkara tersebut. Justeru, bila Jom Heboh ini berlangsung di Lumut sehingga ke saat ini saya tidak mendengar apapun komen mufti Perak.

Saya tidak memperkecilkan ilmu yang ada pada beliau berbanding dengan diri ini yang begitu kerdil TETAPI dimanakah mufti Perak untuk membicarakan hal ini?

Firman Allah Taala di dalam surah Ali Imran yang bermaksud: KAMU ADALAH SEBAIK2 UMMAH DITURUNKAN KEPADA MANUSIA, KAMU MENYERU MELAKUKAN KEBAIKAN, KAMU MELARANG MELAKUKAN KEJAHATAN, KAMU BERIMAN KEPADA ALLAH.

Teringat saya juga kepada sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud: AMAT BESAR KEBENCIANNYA DI SISI ALLAH BAHAWA KAMU MENGATAKAN APA YANG TIDAK KAMU PERBUAT...

Didalam hal ini majlis fatwa Malaysia telah memutuskan HARAM dan mufti Perak sendiri ada dalam majlis tersebut justeru jawablah kepada rakyat Perak sekarang dimanakah letaknya hukum tersebut? Tepuk dada tanya iman, maafkan saya mufti, sumpah derhaka saya panjatkan kerana pesan TOK GURU saya angkatkan...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Zaid sahut cabaran Rais berdebat

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyahut cabaran berdebat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Rais mendakwa Zaid sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar.

"Saya tidak tahu apa yang dicakap atau dirujuk oleh Rais mengenai serangan terhadap Najib melalui media asing," kata Zaid.

"Tetapi jika beliau memberitahu secara khusus mengenai apa yang beliau mahu debat, saya bersedia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," katanya kepada Malaysiakini.

Bercakap kepada pemberita malam tadi, Rais juga berkata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memiliki peribadi yang mempunyai beberapa sifat "si lunchai" kerana Zaid tidak mengenal sifat kebijaksanaan atau faedah mengutuk pemimpin sendiri.

"Kita akan lihat setakat mana hebatnya beliau (Zaid) menggunakan istilah-istilah itu terhadap perdana menteri," kata Rais, lalu mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai bagi membuktikan dakwaannya itu.

Rais juga dilaporkan berkata, tohmahan yang dikeluarkan oleh media asing terhadap Najib mempunyai tujuan tertentu untuk menjatuhkan beliau atau satu "grand design".

Katanya, perbuatan media itu bukan satu perkara baru kerana mereka pernah menggunakan taktik yang sama tetapi gagal sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui kepimpinan negara.

"Media asing itu akan menggunakan pelbagai istilah mengaitkan pelbagai kelakuan (perdana menteri) yang kononnya tidak boleh diterima (oleh pihak tertentu)," katanya selepas menghadiri majlis bacaan yasin dan tahlil untuk bekas timbalan perdana menteri Tun Abdul Ghafar Baba di Peringgit, Melaka malam tadi. Malaysiakini.

Kepimpinan baru : Mampukah Umno gempur Pakatan ?

Umno sedang mempergiatkan usaha merampas empat negeri Pakatan Rakyat dan mengesahkan kerajaan haramnya di Perak dalam rombakan terbesar barisan pengerusi perhubungan negeri hari ini sejak Datuk Seri Najib Razak mengetuai parti itu, akhir Mac lalu. Persoalannya mampukah UMNO menggempur Pakatan Rakyat yang telah mengalah BN sebanyak 4 kali dari 5 PRK sebelum ini.

Najib sendiri kini memimpin Selangor dan melepaskan jawatan tersebut di Perak - tugas itu diserahkan kepada Datuk Zambry Abd Kadir, menteri besar selepas negeri itu dirampas kembali BN, Februari lalu.

Tan Sri Muhammad Muhd Taib digugurkan daripada pengerusi perhubungan Selangor dan juga ketua penerangan Umno Malaysia.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih pengerusi perhubungan Wilayah Persekutuan - sebuah lagi negeri yang dikuasai Pakatan dalam pilihanraya umum 2008.

Beliau menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique yang tidak dikekalkan dalam kabinet dalam rombakan awal bulan ini.

Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini mengetuai badan perhubungan Umno Kedah, menggantikan bekas menteri besar Datuk Seri Mahadzir Khalid.

Seorang lagi naib presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini mengepalai Umno Pulau Pinang, melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi Perak.

Beliau menggalas tugas yang dahulunya dipegang oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sementara di Terengganu yang menyaksikan pergeseran dua kumpulan - antara Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dengan tokoh yang digantinya Datuk Seri Idris Jusoh - diambil alih oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein, seorang naib presiden Umno.

Perlis yang turut mengalami pergeseran dalaman juga menyaksikan pertukaran ketua perhubungan negeri - kini diketuai menteri besarnya Datuk Seri Md Isa Sabu, menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik menganggotai Majlis Tertinggi (MT).

Kelantan - yang dikuasai PAS selama 19 tahun - turut mendapat ketua perhubungan baru Datuk Mustapa Mohamed, menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Mustapa, yang mendapat jumlah tertinggi undi untuk anggota MT, pernah memimpin negeri itu dalam usaha Umno merampas Serambi Mekah itu

Selain lapan perubahan ini, lima ketua perhubungan negeri dikekalkan di Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Rombakan besar-besaran itu diumumkan Najib selepas mesyuarat pertama MT sejak pemilihan parti hujung bulan lalu di bangunan Umno petang ini.

Selain pengerusi perhubungan, Umno juga melantik Ahmad Maslan, seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), sebagai ketua penerangan.

Manakala Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dilantik menggantikan Datuk Azim Zabidi sebagai bendahari agung.

Ahmad Husni, yang dilantik menteri kewangan kedua awal bulan ini, juga memegang jawatan timbalan pengerusi perhubungan Perak.

Berikut ialah pelantikan jawatan Umno yang diumumkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Setiausaha agung: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Bendahari agung: Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Ketua penerangan: Ahmad Maslan

Pengerusi perhubungan Umno negeri

PERLIS: Datuk Seri Md Isa Sabu
Timbalan: Datuk Zahidi Zainul Abidin

KEDAH: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah

PULAU PINANG: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Zainal Abidin Othman

PERAK: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan: Ahmad Husni Hanadzlah

SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor

MELAKA: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan: Datuk Latiff Ahmad

PAHANG: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

TERENGGANU: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Ahmad Said

KELANTAN: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Awang Adek Hussin

SABAH: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan: Datuk Salleh Said Keruak

Najib turut mengumumkan semiblan ahli Majlis Tertinggi yang dilantik, iaitu: Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Nazri Aziz, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Seri Ali Rustam, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Ghani Othman dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Presiden Umno itu juga mengumumkan pelantikan tambahan tiga lagi ahli MT dari kalangan sayap parti itu, iaitu Naib Ketua Wanita, Datuk Kamaliah Ibrahim; Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim dan ketua Puteri Umno Perak, Dr Wan Norashikin Wan Nordin.

Najib berkata semua menteri besar dari Umno yang tidak dilantik ke jawatan MT akan dijemput hadir mesyuarat.

Najib juga berkata, beliau mempengerusikan biro politik manakala Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno dan juga pengerusi biro pendidikan.

Manakala pelantikan pengerusi biro-biro yang lain, tambahnya, akan dibuat dalam mesyuarat yang akan datang.

Ditanya mengenai pelantikan Rafidah dan Shahidan menganggotai MT, Najib berkata, mereka masih boleh memberi sumbangan kepada parti.

"Jadi kita ada kesinambungan dan pembaharuan," tambahnya.

Mengenai pertukaran pengerusi badan perhubungan Terengganu, Najib berkata: "Soal MB (menteri besar) itu lain, ini soal politik parti." Malaysiakini

Fairus tak boleh tarik balik surat letak jawatan ADUN - Speaker

Dilihat sebagai perkembangan mengejutkan, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin menyerahkan kepada pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung soal sama ada perlu kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti ataupun sebaliknya.

"Saya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk menentukan (sama ada tarik balik surat ataupun sebaliknya)," kata Fairus yang ditanya sama ada beliau bersedia untuk menarik balik keputusannya untuk melepaskan kedudukan sebagai ADUN Penanti.

Ketika ditanya sama ada reaksi itu bermakna beliau bersedia untuk kembali kekal sebagai wakil rakyat kerusi berkenaan, Fairus mengulangi bahawa "saya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan."

Dan, apabila ditanya sama ada masih ada ruang untuk kembali menarik balik keputusannya melepaskan jawatan ADUN, Fairus sekali lagi menekankan beliau menyerahkan kepada PKR untuk menentukan.

Malah beliau juga berkata bahawa bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan kepimpinan PKR berhubung perkara tersebut dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut bila pertemuan itu akan diadakan.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Abdul Halim Hussin hari ini berkata, Fairus tidak boleh menarik semula surat peletakan jawatannya sebagai ADUN Penanti.

Ini kerana surat letak jawatan Fairus yang dihantar kepada beliau turut disertakan dengan surat akuan bersumpah yang menyatakan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang 1 itu ingin meletak jawatan sebagai ADUN Penanti kerana mahu menyambung pelajaran.

"Daripada segi perundangan, beliau tidak boleh menarik semula peletakan jawatannya sebagai ADUN kerana surat peletakan itu disertai dengan pengakuan bersumpah.

"Bila sudah buat perakuan bersumpah, ia memang sudah jelas (meletak jawatan).

"Kita juga sudah menghantar surat kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) memaklumkan kekosongan kerusi DUN itu.

"Jadi tidak timbul soal untuk menarik semula surat peletakan jawatan itu," katanya.

Perkembangan itu dilihat kemungkinan berlaku ekoran keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memutuskan keterangan yang diperolehnya berhubung siasatan terhadap Fairus tidak mempunyai asas untuk mendakwanya.

Keputusan itu dibuat setelah SPRM meneliti kes itu dengan mendalam dan mengambil kira keseluruhan keterangan yang terdapat dalam siasatan itu.

SPR bakal mengadakan pilihan raya kecil berikutan Fairus, 33, meletakkan jawatan pada 16 April lalu dengan alasan untuk membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

SPR sepatutnya mengumumkan tarikh pilihan raya hari ini tetapi ditunda sehingag Isnin ini.Mstar.

Nizar fail afidavit bantah permohonan Dr Zambry

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin Khamis mengemukakan bantahan terhadap permohonan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan berhubung peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan seterusnya mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Mohammad Nizar membuat bantahan tersebut melalui satu afidavit jawapan yang difailkannya di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini melalui firma guaman Tetuan Leong & Tan.

Mengikut afidavit jawapan itu, Nizar antaranya memberi alasan bahawa persoalan yang dicadangkan oleh Zambry untuk diputuskan Mahkamah Persekutuan tidak dapat meleraikan kebuntuan politik.

Beliau berkata isu, sama ada jawatan Menteri Besar Negeri Perak boleh dan/atau telah dikosongkan dalam keadaan Menteri Besar Negeri Perak ingin, dan telah memberi nasihat untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri itu dalam beberapa keadaan termasuk tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar Perak -- masih tidak dapat dijawab.

Katanya persoalan-persoalan yang telah dicadangkan oleh Zambry untuk diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan adalah tidak relevan kepada Permohonan Semakan Kehakimannya (Nizar) dan ia tidak akan dapat memutuskan pertikaian isu-isu dalam permohonan itu (semakan kehakiman).

Mohammad Nizar turut mencabar kesahihan Fasal 63 Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang digunakan untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Beliau berkata Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar Permohonan Fasal 63 kerana istilah "Mahkamah Agung" dalam Fasal 63 itu tidak merujuk kepada Mahkamah Tertinggi di Persekutuan Tanah Melayu kerana Mahkamah Tertinggi pada ketika itu adalah Privy Council.

Mohammad Nizar berkata beliau tidak menyoal perogatif Sultan Perak yang termaktub dalam Fasal 16(2) dan/atau Fasal 36(2) itu.

Katanya perogatif Sultan Perak tidak timbul langsung dalam permohonan semakan kehakimannya.

Zambry telah mengemukakan permohonan untuk merujuk tiga persoalan undang-undang berkenaan dengan interpretasi Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) menurut Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Zambry dalam notis usulnya berkata sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Feb 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.

Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu .

Mohammad Nizar telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi untuk mencabar pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Mohammad Nizar memberi alasan bahawa mengikut perlembagaan negeri Perak, beliau adalah Menteri Besar yang sah kerana beliau telah menasihati Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri, tidak meletak jawatan dan tidak wujud usul tidak percaya diluluskan terhadapnya di dewan berkenaan.

Pendengaran semakan kehakiman itu akan didengar oleh Mahkamah Tinggi pada 5 dan 6 Mei ini. BERNAMA

BN pengacau besar di Perak, rakyat makin benci !

Baru dua bulan lebih merampas kuasa di Perak, BN mula menunjukkan sikap dan sosok tubuhnya yang sebenar. sesuatu yang sangat malang dan tidak kami jangkakan apabila dengan rakus kerajaan kudeta BN memecat semua Ketua Kampung yang dilantik secara pemilihan semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak.

Perlantikannya adalah untuk jangkamasa dua tahun dan akan berakhir pada tahun 2010 nanti. Kalau kami sebelum ini tidak memaksa Ketua kampung yang masih sah jawatannya sehingga akhir 2008 untuk melepaskan jawatannya, rupanya BN sudah hilang pertimbangan akal yang waras. Semua 817 orang Ketua kampung telah ditamatkan perkhidmatannya bermula 16 April yang lepas.

Persoalannya sekarang kenapakah Zambry dan kumpulan kudetanya sangat gopoh bertindak kepada satu institusi yang sangat dihormati diperingkat rakyat bawahan. Ketua Kampung yang bukan hanya dilihat sebagai penyalur maklumat kepada peringkat lebih tinggi namun ianya satu jawatan yang sekian lama didambakan untuk berkerja dengan telus adil tidak mengira bulu.

Di sanalah kejayaan yang dicipta oleh semua Ketua Kampung semasa Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Perak. Sesudah 50 tahun ketua Kampung menjadi badan yang diperalatkan namun semasa dibawah teraju Pakatan Rakyat mereka bebas berkerja tanpa kongkongan dan arahan melampaui tugas yang sebenar.

Kerana itu mereka cukup selesa bersama PR walaupun gajinya tidak seberapa. Baru tahun ini sahaja mereka dihargai dengan kenaikan elaun dari RM 200 ke RM 400. Setiausaha JKKK pula diberi elaun sebanyak RM 200.

Walaupun tidak diberikan apa-apa imbuhan semacam mereka sanggup berbakti untuk anak desa masing-masing, ditambah mereka kebanyakannya ada pendapatan tetap atau dikalangan mereka yang pencen dari jawatan kerajaan dan swasta. Sesetengahnya semacam mengahabiskan sisa hidup untuk berbakti dengan jawatan yang diamanahkan itu.

Kini rampasan kuasa kepada jawatan ketua Kampung yang dilantik oleh rakyat dan kerajaan Pakatan Rakyat menyebabkan rakyat makin meluat dan benci kepada Ketua Kampung JKKP yang kembali berkuasa. Begitulah kebencian kepada kerajaan Kudeta BN di Perak, ianya semakin dibenci oleh rakyat bawahan.

Sesungguhnya rakyat dapat menilai yang mana kaca yang mana intan. Saya cadangkan kepada Zambry dan kumpulan kudetanya, lakukan banyak lagi perkara yang akan menambahkan rakyat membenci BN. Kerana realitinya BN sudah siap untuk ditolak secara total dalam tempoh masa yang mendatang, cepat atau lambat itu tidak penting, yang lebih penting rakyat telah pun membuat keputusannya.

Badan Kehakiman vs Badan Perundangan

Menurut Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang juga merupakan seorang peguam), keputusan Mahkamah Persekutuan dalm kes Speaker Perak bercanggah dengan keputusan kes-kes dahulu di negara ini dan di negara lain berdasarkan sistem perundangan yang sama sebagai contoh di United Kingdom dan India.

Beliau berpendapat, keputusan tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kedudukan undang-undang yang sedia ada mengenai pengasingan kuasa badan kehakiman dan badan perundangan.

Katanya, implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan itu, seolah-olah badan kehakiman ada kuasa sekarang untuk menentukan kesahihan tindakan oleh badan perundangan. Ini adalah pendirian yang cukup luar biasa dan mengejutkan kebanyakan pemerhati dan pengamal undang-undang.

Keputusan ini tidak akan menyelesaikan pertikaian politik Perak sebab mahkamah menolak memberi jawapan kepada isu tentang mesyuarat Dewan Negeri di bawah pokok.

"Ini adalah satu yang cukup penting kerana mesyuarat DUN itu telah mengesahkan pengantungan Zambry dan 6 orang ADUN BN yang lain. Ini bukan keputusan Speaker seorang." jelas Sivarasa

Kata Sivarasa lagi, Keputusan mesyuarat DUN di bawah pokok masih sah dan belum diisytiharkan tidak sah oleh mana-mana pihak dan tidak boleh diisytiharkan tidak sah.

"Keputusan tersebut juga memberi imej negatif kepada badan kehakiman kerana nampak campurtangan badan ini dengan badan perundangan." tegasnya. Suara Perak.