14 Julai 2014

Khalid Ibrahim nafi akan sertai PAS

16 Ramadhan 1435. [MOD] -

Gambar perjumpaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang dimuat naik di Facebook semalam yang menimbulkan spekulasi penghijrahan beliau kepada PAS. – Gambar Facebook Abdul Khalid Ibrahim, 13 Julai, 2014.

Gambar perjumpaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang dimuat naik di Facebook semalam yang menimbulkan spekulasi penghijrahan beliau kepada PAS. – Gambar Facebook Abdul Khalid Ibrahim, 13 Julai, 2014. -

Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan khabar angin beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyertai parti itu selepas penyebaran gambar pertemuan tersebut di laman Facebook miliknya.

Madinah Ramadan ingatkan pengalaman lama di Mekah

16 Ramadhan 1435. [MOD] -



KOTA BHARU: “Madinah Ramadan di Dataran Stadium di sini benar-benar mengamit kenangan lama. Sudah agak lama saya tidak menikmati suasana Ramadan di Mekah atau Madinah.

Piala Dunia: Penyokong Brazil berpesta sambut kekalahan Argentina

16 Ramadhan 1435. [MOD] -

RIO DE JANEIRO: Penyokong Brazil bersorak dan menari bagai pesta untuk meraikan kemenangan Jerman selepas gergasi Eropah itu menewaskan Argentina yang juga musuh ketat kepada skuad tuan rumah itu. 

Di bandar Brasilia dan Sao Paulo, percikan bunga api dilepaskan penyokong Selecao selepas Mario Goetze menjaringkan gol pada masa tambahan untuk mengesahkan kemenangan Jerman di Stadium Maracana, di sini. 


Di kawasan riadah berhampiran stadium, penyokong Brazil melaungkan kata-kata “menangis! menangis! kepada penyokong Argentina sambil mengejek supaya mereka tidak menangis buat Brazil. 

Gempa 6.1 magnitud gegar utara Chile

16 Ramadhan 1435. [MOD] -

SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegar pesisir pantai utara Chile awal pagi tadi, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS). 

Bagaimanapun, tiada laporan kerosakan atau kematian dilaporkan setakat ini. 


Menurut agensi itu, gempa berlaku pada jam 4.54 petang waktu tempatan dan berpusat 22 kilometer barat Chile pada kedalaman 35.7 kilometer. - AFP 

Jerman juara Piala Dunia 2014 tewaskan Argentina 1-0

16 Ramadhan 1435. [MOD] -

Jerman juara Piala Dunia 2014 tewaskan Argentina 1-0PENYERANG Jerman, Miroslav Klose menjulang trofi Piala Dunia selepas pasukannya menewaskan Argentina dengan keputusan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Maracana, Rio de Janeiro pagi ini.
RIO DE JANEIRO: Jerman muncul juara Piala Dunia 2014 tewaskan Argentina 1-0 menerusi gol Mario Gotze pada minit ke-113 di Stadium Maracana sebentar tadi. 

Angka korban di Gaza mencecah 172, serangan masuk hari ke-7

16 Ramadhan 1435. [MOD] -


GAZA CITY: Serangan tentera Israel ke atas Gaza awal hari ini meragut nyawa seorang lelaki dan wanita, dengan angka kematian meningkat kepada 172 orang apabila bedilan memasuki hari ketujuh hari ini.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat mengalami kecederaan parah dalam serangan udara Israel semalam, dengan lapan lagi turut terbunuh. 


Dalam serangan awal hari ini, lelaki yang maut berusia 65 tahun di Deir el-Balah, di selatan Semenanjung Gaza manakala wanita berkenaan berusia 20 tahun dari Rafah, berhampiran sempadan Mesir.