IPOH, 27 Jun :- Sidang yang bermula pada jam 9.00 pagi tadi seperti yang dijangkakan hangat dengan perbahasan dari wakil penyokong kerajaan dan BN berkaitan dengan tindakan wakil BN yang keluar dewan dalam persidangan dewan kelmarin.
Kebijaksanaan Yang DiPertua Dewan akhirnya setelah perang mulut dari kedua pihak yang berlanjutan sekitar setengah jam , akhirnya beliau dapat meneruskan agenda mesyuarat pada pagi ini dengan jawapan soalan lisan oleh YAB. Menteri Besar dan Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri.
Dewan juga suatu masa hangat dengan perpatah yang disebutkan oleh wakil Sungai Rapat dianggap oleh wakil kerajaan sebagai menghina kaum India. Antara yang bangun membantah ialah wakil Titi Serong dengan menafikan alasan dari wakil pengkalan hulu yang mengatakan perpatah pukul ular yang dikaitkan dengan orang India masih tidak dibuang dari kamus .
Titi Serong menganggap ucapan wakil pembangkang adalah dalam dewan ini dan tidak ada kaitan dengan kamus. Ia adalah suatu penghinaan.
Pada suatu masa wakil pembangkang yang diwakili oleh Pengkalan Hulu mengugut untuk keluar dewan pada hari ini tetapi tidak dilaksanakan akhirnya walaupun tuntutan mereka tidak dilaksanakan oleh Yang Dipertua Dewan.
Sesi sekarang ialah ucapan pengglungan dari YAB Menteri Besar yang bermula pada jam 10.30 pagi.