28 Jun 2008

Terkini : Berita dari DUN Perak .

IPOH, 27 Jun :- Sidang yang bermula pada jam 9.00 pagi tadi seperti yang dijangkakan hangat dengan perbahasan dari wakil penyokong kerajaan dan BN berkaitan dengan tindakan wakil BN yang keluar dewan dalam persidangan dewan kelmarin.
Kebijaksanaan Yang DiPertua Dewan akhirnya setelah perang mulut dari kedua pihak yang berlanjutan sekitar setengah jam , akhirnya beliau dapat meneruskan agenda mesyuarat pada pagi ini dengan jawapan soalan lisan oleh YAB. Menteri Besar dan Ahli Majlis mesyuarat Kerajaan Negeri.

Dewan juga suatu masa hangat dengan perpatah yang disebutkan oleh wakil Sungai Rapat dianggap oleh wakil kerajaan sebagai menghina kaum India. Antara yang bangun membantah ialah wakil Titi Serong dengan menafikan alasan dari wakil pengkalan hulu yang mengatakan perpatah pukul ular yang dikaitkan dengan orang India masih tidak dibuang dari kamus .

Titi Serong menganggap ucapan wakil pembangkang adalah dalam dewan ini dan tidak ada kaitan dengan kamus. Ia adalah suatu penghinaan.

Pada suatu masa wakil pembangkang yang diwakili oleh Pengkalan Hulu mengugut untuk keluar dewan pada hari ini tetapi tidak dilaksanakan akhirnya walaupun tuntutan mereka tidak dilaksanakan oleh Yang Dipertua Dewan.

Sesi sekarang ialah ucapan pengglungan dari YAB Menteri Besar yang bermula pada jam 10.30 pagi.

7 ulasan:

Unknown berkata...

Hebat ke MB kita..nak jwb soalan pun kena dpt nasihat dr org sebelah..PENASIHAT ye..tak nampak lg ke..mcm kena tarik tali..
Apa yg ditanya..nak jwb pun berputar belit..

Unknown berkata...

YB..nak bodek MB ke..dh dok dlm PR tu apa yg mrk buat tak kena pun..kena YES BOSS la ye.. untung2 dapat tanah..ye YB

Unknown berkata...

Jawab MB...jawab MB..
Nafi sekrg tak apa...nanti di akhirat tahu la...

Unknown berkata...

Salam...disini pun ada MB b'ckp berunsurkan politik selepas jd MB. tak tahu keduduk dimana..lepas jd MB?? Usah la NAFIKAN bl YB larut tanya. Apa nak jd la. Tak takut dosa.

Hebatnyer Melayu berkata...

hmmmmmmmmmmmm......
betul laa agaknya YB cina islam ni nak bodek MB..MB pun sama YB cian islam pun sama.. dua-dua nak tunjuk hero tp xtau mcm mana?

Edyes berkata...

Reminder : PROTES Sejuta Umat - 6 Julai

http://edyesdotcom.blogspot.com/2008/06/reminder-protes-sejuta-umat-6-julai.html

faizalzainol berkata...

salam,

YB, maaf sekadar ingin memberi teguran membina,

debat tadi membuktikan MB Perak tunduk dengan DAP,
persoalan pemberian tender kepada ahli keluarga exco juga gagal dijawab dengan jelas, begitu juga persoalan janji-janji exco DAP untuk membina SRJKC -> janji yang pasti untuk ditunaikan,

mohon pimpinan PAS, PKR dan DAP bermuhasabah dalam mendepani persoalan sebegini.

kegagalan dalam menjawab persoalan ini bisa memperlihatkan ketidaktelusan pimpinan Pakatan Rakyat dalam menguruskan negeri.