26 Oktober 2010

Berita Sekitar Penamaan Calun Dun Galas.

18 Zulkaedah 1431 H

12.00 malam : jemaah mula memenuhi Masjid Daerah Gua Musang,mereka datang dari Kelantan dan dari seluruh Negara.

3.00 pagi : keadaan orang yang memasang khemah untuk berniaga dan kereta yang diletakkan di dalam kawasan masjid semakin sesak.

5.00 pagi : air di masjid mula kering dan jemaah masih mampu menggunakan beberapa kepala paip yang ada di sekitar masjid untuk berwuduk.

6.00 pagi : jemaah subuh melimpahi masjid dan sekitar lima ratus adalah dikalangan muslimat.

6.15 pagi : kuliah subuh disampaikan oleh imam yang bertugas.

7.00 pagi : gerai yang menjual makanan dan kuih muih diserbu oleh jemaah untuk minum pagi,kebanyakannya habis semuanya.

7.30 pagi : orang yang membawa bendera untuk ikut perarakan calon mulai sampai.Antaranya sebuah bas DAP dari Batu Gajah dan sebuah bas dari Kuala Kurau.

7.35 pagi : calun PAS Dr.Zulkifli sampai di dalam masjid bersama dengan pimpinan pas dan PKR.Antaranya Tan Sri Khalid,Timbalan MB Kelantan Dato Ahmad Yaakob.

8.00 pagi : makin ramai yang sampai di dalam masjid dikalangan pimpinan dan penyokong PAS.

8.10 pagi : Timbalan Presiden PAS,Ustaz Nasaruddin,Naib Naib Presiden PAS sampai.

8.20 pagi : ketibaan Presiden PAS,Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

8.30 pagi : Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sampai disambut dengan laungan takbir.

8.35 pagi : solat hajat di imamkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

8.45 pagi : Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memberi tazkirah sebelum solat hajat.

9.05 pagi : solat hajat selesai di imamkan oleh Mursyidul Am PAS,pimpinan dan penyokong yan berkumpul diluar masjid mula berarak ke Dewan Bandaran Gua Musang untuk penamaan calun.

Sambutan hebat bukti rakyat Miri mahukan perubahan

17 Zulkaedah 1431 H
www.pas-miri.blogspot.com

Luar jangkaan dan amat hebat sekali. Itulah gambaran yang boleh
diberikan sepanjang program sehari suntuk Pakatan Rakyat Miri bersama
pimpinan pusat bersama penduduk Miri.

Rakyat Miri yang dahagakan perubahan dari regim BN yang korup telah memenuhi perkarangan airport seawal jam 900 pagi bagi menyambut kepimpinan PR Pusat. Diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim(PKR),Tuan Haji Muhammad Sabu(PAS),Baru Bian (PKR)
,Wong Ho Leng(DAP) hampir seribu penyokong dan rakyat Miri menyambut
rombongan ini.

Rombongan disambut dengan bacaan doa AJK PAS Kawasan Miri ;Ustaz Ibn
Daud disusuli paluan kompang . Selain itu tarian Naga juga
dipersembahkan dibawa khas oleh DAP Miri.

Setiba rombongan ke rumah Dr Teo(Ketua PKR Miri) ;pimpinan pusat bersama pimpinan setempat termasuk YDP PAS Miri,Tuan Haji Jofri,Fong PT(DAP) dan Edwin Dundang (SNAP)
terus mengadakan sidang media .

Dengan nada yakin ,Ketua Umum PKR menyakan keyakinan dengan semangat Sibu kini sudah tiba di Miri .

Komitment jitu 4 parti dalam Pakatan Rakyat seperti yang dipamerkan di Miri merupakan satu lonjakan semangat bagi menghadapi Pilihanraya DUN yang amat penting tidak lama lagi.

Disebelah tengahari,rombongan pimpinan Pakatan Rakyat mendengarsendiri permasalahan rakyat setempat yang telah mengemukakan memorandum aduan rakyat di Miri.

Isu sekolah Cina;rampasan tanah adat,masalah infrastruktur dan kelesuan Masjid dan Surau antara perkara yang dibangkitkan. Dalam ucapan aluan pimpinan setempat diketuai YDP;Hj Jofri dan Dr Teo;kesemua pimpinan PR Miri sepakat bahawa masanya
sudah tiba untuk BN menyerahkan mandat bagi ketiga tiga kerusi DUN Miri pada Pakatan.

Dengan majoriti pengundi Bandar khasnya TiongHua sudah menyatakan keazaman untuk menukar pimpinan SUPP/BN yang ada sekarang;dengan sokongan padu serta gerakerja mantap anta semua parti pasti mampu menumbangkan BN.

Datu Seri Anwar dan Hj Md Sabu dalam ucapan awal sebelah tengahari menyakan kekesalan yang amat sangat pada BN yang dalam bajet 2011 lebih menumpukan pembinaan bangunan kroni BN setinggi 100 tingkat bernilai 5 billion sedangkan masalah infrastruktur di pendalam Sarawak masih mundur.

Kepincangan dan penyelewengan kuasa yang melampau oleh Taib dan koco konconya seperti masalah lambakan banjir balak yang melanda Sibu-Kapit baru baru ini telah menzahirkan kebejatan pimpinan
BN kini.

Dalam majlis tengahri itu juga;rombongan dikejutkan dengan kehadiran
tetamu istimewa Pn Haslina yang mengalami lumpuh untuk sama sama bertemu Datu Seri dan rombongan biarpun masih dalam jagaan hospital.Dengan kerjasama pihak Hospital;pesakit ini dapat bertemu idola
beliau.

Sesi dialog yang berlangsung selama dua jam anta rakyat dan pimpinan telah menghasilkan satu pelan tindakan bersama Pakatan. DSAI dan rombongan menyakan komitmen bersama untuk mambawa isu kemiskinan dan masalah penduduk Sarawak khasnya Miri ini ke Parlimen.

Malah input ini juga akan menjadi asas kearah pembentukan manifesto bersama Pakatan
Rakyat Sarawak kelak.

Pada sebelah malam;hampir 5,000 rakyat setempat hadir ;buat julung
kalinya dalam Ceramah Perdana Pakatan Rakyat Miri.

Antara penceramah yang hadir ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim,yang dalam perjalanan
seterusnya ke Batu Sapi,YB Dominiq Ng(PKR ),YB Wong Ho Leng(DAP) dan YB Azmin Ali(PKR). Ucaptama malam berakhir dengan ceramah yang cukup menarik perhati penduduk Miri yang disampaikan oleh AJK PAS Pusat;Tuan
Haji Md Sabu.

Tuan Haji mengupas isu semasa dengan baik sekali;dan telah memberi peringatan penting pada rakyat Miri untuk berhati hati dengan sentimen perkauman yang kini dimainkan oleh UMNO/BN dalam menghalang kemaraan
sokongan Pakatan Rakyat.

Beliau ;bagaimanpun yakin dengan kesungguhan jentera parti dan kerjasama erat seperti yang disaksikan malam ini pasti akan membuahkan hasil dalam PR DUN dan PRU-13 akan datang.Jelasnya;Misi menawan Petrajaya terus ke Putrajaya kini bukan omong
kosong lagi.

PMRAM Memandang Serius Isu Islamic Fashion Festival

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Ibnu Ir fadzil

KAHERAH, 22 Oktober – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini menyatakan kekesalan terhadap isu panas yang melanda umat Islam sedunia hari ini.

Isu berkenaan Islamic Fashion Festival yang diadakan baru-baru ini mengundang kemarahan umum umat Islam di Malaysia apabila festival itu jelas bercanggah dengan landasan syara’.

PMRAM turut menyokong tindakan bantahan yang dilaksanakan oleh beberapa NGO Islam di Malaysia bagi menyatakan kekesalan isu tersebut dan meminta agar festival seperti itu tidak lagi dilaksanakan pada masa akan datang.

Semalam (21 Oktober, Khamis), MANHAL PMRAM telah pun mengeluarkan kajian yang berkaitan Islamic Fashion Festival yang jelas ia cukup mengundang kemarahan umat Islam apabila ia seakan-akan menghina Nabi Muhammad SAW apabila kalimah Muhamad yang diterbalikkan dan terdapat di pakaian yang dipakai oleh seorang model wanita yang tidak menutupi aurat.

Bahkan festival tersebut turut melanggar landasan syara’ apabila terdapat percampuran lelaki dan wanita tanpa batasan serta terdapat beberapa model yang tidak menutupi aurat.

Naib Presiden I, merangkap Ketua Lajnah Badan Dan Dakwah, Saudara Adlan Mokhtaruddin berkata program-program sebegini amat dikesali kerana ia menyumbang ke arah keruntuhan moral akhlak di kalangan masyarakat yang kian parah sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.

Bahkan beliau juga menyatakan bahawa sebelum ini konsert yang mengundang penuh kontroversi dan kemarahan umat Islam dengan membawa artis luar negara yang popular dengan simbolik gay juga merupakan tanda kerosakan akhlak yang semakin parah.

Justeru, isu-isu sebegini PMRAM memandang serius terhadap apa yang berlaku dan mengharapkan pihak kerajaan Malaysia serius menangani isu ini dengan baik bagi sama-sama menjaga maruah umat Islam serta memastikan segala program yang boleh mengundang kerosakan akhlak di kalangan masyarakat tidak lagi dijalankan.

Menara Warisan 5 Billion : PMRAM Saran Pertimbangkan Semula

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Ibnu Ir fadzil

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)menyarankan kepada pihak Kerajaan Malaysia untuk menilai dan mengkaji semula dalam membuat pertimbangan semula berikutan perancangan untuk membina menara 100 tingkat sebagaimana yang diumum pada ucapan Bajet 2011.

Menara yang diberi nama Bangunan Warisan Merdeka tersebut bakal menjadi menara tertinggi di Malaysia apabila ia dilaksanakan yang dijangka akan siap sepenuhnya menjelang 2020. Isu yang menjadi topik perbualan adalah berkaitan kos yang amat tinggi dibelanja iaitu sebanyak 5 billion.

PMRAM sama sekali tidak menolak akan perancangan dalam menarik tarikan pelancong bagi meluaskan lagi promosi negara Malaysia ke dunia luar di samping untuk mendapatkan pelabur asing dengan kadar yang tinggi.

Namun, pertimbangan melaburkan kos 5 billion dengan keperluan asas yang sewajarnya itu yang perlu dinilai semula.

Memandang kepada realiti masyarakat Malaysia yang masih rata-rata kurang kemampuan terutama dari sudut kebajikan dan pendidikan, kos 5 billion lebih bermanfaat untuk disalurkan ke arah tersebut sekaligus meletakkan negara lebih stabil dari sudut kebajikan dan menuju ke arah kemajuan dengan institut pengajian yang semakin berkembang.

Hal ini dapat direalisasikan dengan saluran yang tepat berdasarkan kehendak yang mesti didahulukan mengikut tuntutan keadaan.

Justeru, PMRAM menyarankan sekali lagi agar pihak Kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkan kos penggunaan 5 billion tersebut dengan mengkaji tuntutan yang selayaknya didahulukan bertepatan dengan konsep 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Islamic Fashion Festival Calar Kehormatan Orang Islam

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Ibnu Ir fadzil

Kita sering mendengar berkenaan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W ini hanya terjadi di kalangan orang-orang kafir sahaja. Ini kerana mereka sendiri tidak berpuas hati dan bersetuju dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W . Mereka juga sentiasa mencuba pelbagai cara

dan wasilah untuk menunjukkan rasa benci mereka terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Apa yang menyedihkan lagi, perbuatan sekutuk ini bukan hanya didominasi oleh orang kafir sahaja, malah sekarang ini orang Islam sendiri juga bersubahat dan tidak ketinggalan untuk turut sama menghina junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan tanpa disedari.

Baru-baru ini heboh berkenaan penganjuran Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion Festival yang kononnya ingin memperagakan pemakaian secara Islam yang sebenar, tetapi malangnya disebalik niat baik tersebut terdapat unsur-unsur yang menghina kemulian junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di tempat yang tidak selayaknya.

Jika kita melihat kepada gambar di atas, kelihatan seorang model yang memperagakan pakaiannya dan di dadanya terdapat tulisan nama Nabi Muhammad S.A.W yang ditulis dalam keadaan terbalik. Suasana bertambah buruk lagi apabila model tersebut tidak menutup aurat sepertimana yang dikehendaki oleh syarak.

Adakah layak bagi seorang Nabi yang menjadi sanjungan ummat seluruh alam diperagakan sebegini rupa? Sudahlah nama yang mulia tersebut diletakkan pada tempat yang tidak sesuai, malah dihina pula dengan pakaian yang sedikit pun tidak menunjukkan ciri-ciri wanita muslimah berdasarkan tujuan asal festival tersebut di anjurkan.

Apa yang lebih memalukan lagi, penganjuran program sebegini rupanya didalangi oleh beberapa individu yang merupakan orang-orang besar dan berpengaruh dalam kepimpinan di Malaysia.

Adakah layak bagi sikap kepimpinan sebegini mendapat tempat dan sanjungan daripada masyarakat? Perbuatan sebegini sungguh memalukan dan mencalarkan nama baik Islam itu sendiri dengan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menganjurkan dan memberi sumbangan bagi menjayakan majlis yang menimbulkan rasa kemarahan ummat Islam seluruh dunia amnya dan secara khusus di Malaysia.

Berdasarkan isu ini eloklah kita melihat dari segi pandangan syarak berkenaan permasalahan ini seperti berikut :
1) Ciri-ciri pakaian muslimah yang sebenar
2) Hukum menghina Nabi S.A.W.

1) Ciri-ciri pakaian muslimah yang sebenar

Menurut ayat Al-Quran dalam suran An-Nuur Allah S.W.T berfirman :



Maksudnya : “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka;

dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka,

atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”. ( Surah An-Nuur, Ayat 31 ).

Berpandukan ayat ini jelas kepada kita, menunjukkan cara pakaian muslimah sebenar yang dituntut oleh Islam adalah seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran di atas. Jika kita melihat kepada majlis yang dianjurkan pada baru-baru ini adakah ia memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh Islam?

Malah model tersebut memperagakan pula kepada penonton yang sudah pasti tiada hubungan kekeluargaan yang dibolehkan oleh syarak untuk melihatnya. Dan kebiasaannya,

pertunjukkan fesyen ini jelas terdapatnya unsur-unsur maksiat kerana sama ada ia diperagakan oleh seorang model perempuan mahupun seorang lelaki, ia merupakan suatu perkara yang boleh menaikkan syahwat kepada sidang penonton yang melihat aksi model-model tersebut. Maka perbuatan ini jelas haram di sisi jumhur ulamak.

Nas Ulamak Berkenaan Pengharaman Tersebut :

1) Berkata Imam Muhammad Amin Ibn ‘Abidin dalam kitabnya Hashiyyah Ibn ‘Abidin : “Tidak dibolehkan melihat sesuatu sudut pun dari bentuk badan seorang wanita yang ajnabi, kerana pengharaman melihat itu kerana takut timbulnya fitnah disebabkan perhiasan yang terdapat pada tubuh badan seorang wanita. ( Hashiyyah Ibn ‘Abidin, jilid 3, m/s 261 ).

2) Berkata As-Syeikh Al-‘Adawi dalam kitabnya Hashyiah kepada Syarah Al-Kharasyi : “Tidak dibolehkan bagi seorang wanita muslimah menunjukkan perhiasan tubuh badannya kepada orang kafir, walaupun wajah dan kedua tapak tangan bukanlah aurat pada asalnya”. ( Hashiyyah Al-‘Adawi, juzuk 1, m/s 347 ).

3) Berkata Imam An-Nawawi dalam kitabnya Majmuk : “Apabila melihat seorang lelaki kepada wanita yang ajnabiah dengan tanpa sebab yang munasabah, maka di haramkan kepadanya untuk melihat walaupun tidak melihat kepada aurat pelempuan tersebut”. ( Majmuk, juzuk 16, m/s 138 ).

Ini antara beberapa pandangan ulamak berkenaan pandangan seseorang kepada wanita, dan di sini jelas berlaku unsur-unsur kemaksiatan ketika festival tersebut sedang berlangsung. Umumnya di sini, pengharaman aktiviti memperagakan fesyen adalah sangat jelas, kerana banyak batas-batas agama yang tidak dijaga dalam majlis tersebut, seperti :

1) Peraga fasyen lelaki / wanita mendedahkan aurat kepada sidang penonton.
2) Percampuran antara lelaki dan perempuan dalam majlis tertutup yang boleh menimbulkan fitnah.
3) Membangkitkan syahwat sidang penonton ketika melihat model mengenakan pakaian yang menjolok mata.

Semua ini secara pastinya berlaku ketika majlis tersebut berlangsung, maka majlis ini secara dasarnya adalah dilarang oleh syarak berdasarkan dalil yang telah dilampirkan di atas. Setelah kita mengetahui tentang pengharaman festival tersebut yang mempunyai unsur-unsur maksiat,

jadi bagaimana pula hukum berkenaan dengan salah seorang daripada model ketika memperagakan pakaiannya yang tertulis nama Nabi Muhammad S.A.W secara terbalik di dadanya?

Adakah ini dikatakan sebagai fasyen yang berbentuk islamik, tetapi melihat kepada pakaian model tersebut tidak melambangkan ciri-ciri pemakaian muslimah yang sebenar? Perkara ini jelas salah satu penghinaan terhadap Islam dan menghina Rasulullah S.A.W itu sendiri dengan meletakkan sesuatu yang mulia di tempat yang hina dengan melakarkan nama baginda di pakian yang sedemikian.

2) Hukum Menghina Nabi S.A.W

Mengenai hukum penghinaan Nabi ini suatu hukum yang dibahas panjang oleh para ulamak, kerana ia berkait dengan masalah akidah. Jumhur ulamak bersepakat bahawa,

"walaupun sesorang itu mengakui bahawa Allah S.W.T itu tuhan yang patut di sembah, tetapi tidak beriman dengan Rasulnya, maka ia tetap dikira sebagai seorang yang kufur dari sudut pandangan Islam".

Ini menunjukkan bahawa nilai seorang Rasul menurut pandangan syarak. Berdasarkan kemuliaan ini, adakah layak bagi mereka yang cuba untuk mempersendakan Nabi yang telah banyak berjasa kepada ummat Islam seluruhnya sebegitu rupa?

Menurut pandangan Ulamak terhadap penghinaan Nabi boleh di ringkaskan seperti berikut :

Penghinaan Daripada Orang Islam

1) Berkata Qadhi E’yadh : “Telah bersepakat sekalian ulamak bahawa membunuh dikalangan orang Islam yang mencerca dan menghina Nabi S.A.W”. (As-Syifa’ Bi Ta’rif Huquq Al-Musthofa, jilid 2, m/s 211).

2) Berkata Abu Bakar Ibn Al-Munzir : “Sepakat para ahli ilmu bahawa menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang menghina Rasulullah S.A.W”. (Tabqaat As-Syafi’ah Al-Kubra, jilid 3, m/s 102).

3) Berkata Abu Sulaiman Al-Khattabi : “Aku tidak mengetahui bahawa ada pendapat yang berbeza pada menjatuhkan hukum bunuh bagi mereka yang Islam menghina akan Nabi Muhammad S.A.W”. (Mukhtasar As-Sunan, juzuk 6, m/s 199 ).

Hukum Menghina Nabi S.A.W Berdasarkan Qias

Berdasarkan hadis Nabi S.A.W :

"من بدل دينه فاقتلوه"

Maksudnya :
“Sesiapa yang menukar agamanya ( Islam ) maka bunuhlah ia” . (Sahih Imam Al-Bukhari, no hadis 3017 dan 6922, hadis riwayat Ibnu ‘Abbas).

Menurut pandangan Ulamak, bahawa seseorang yang menghina Nabi itu juga dikira sebagai orang yang murtad, dan hukumnya juga sama seperti hukuman yang di jatuhkan ke atas orang yang murtad iaitu bunuh. Ini kerana perbuatan menghina Nabi S.A.W lebih teruk berbanding orang yang murtad sahaja. ( As-Saif Al-Maslul ‘Ala Man Sabba Ar-Rasul, m/s 151 ).

Inilah sebahagian dalil yang menunjukkan bahawa jenayah penghinaan Nabi ini amat berat sehingga boleh melucutkan akidah seseorang muslim. Adapun begitu, Islam masih memberikan peluang kepada pesalah untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang sebenar dan berazam agar tidak mengulangi semula perbuatan tersebut.

Ini juga berdasarkan qias bagi pesalah yang murtad dari agama Islam, dan masa yang diberikan selama tiga hari untuk seseorang itu bertaubat.

Berkata Muhammad Bin Shahnun daripada Ibn Qasim :

يُدعى المرتد إلى الإسلام ثلاث مرات, فإن أبَىٰ ضرب عنقه.

Maksudnya :
“Orang yang murtad diseru kembali kepada Islam sebanyak tiga kali, jika ia masih enggan maka pancunglah lehernya”. ( Al-Musannaf, juzuk 10, m/s 127).

Dalil Penerimaan Taubat

1)

Maksudnya : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. ( surah Az-Zumar, ayat 53).

2)

Maksudnya : “Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum Yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan Bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan Yang jelas nyata.

dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum Yang zalim. mereka itu balasannya ialah Bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya sekalian orang-orang (yang beriman). mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian;

kecuali orang-orang Yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. ( Surah Ali Imran, ayat 86-89 )

Berdasarkan nas ini, ia menjadi dalil kepada penerimaan taubat bagi mereka yang murtad, dan secara umumnya jenayah penghinaan terhadap Nabi S.A.W juga termasuk di dalam ayat tersebut, berpandukan qias yang dinyatakan sebelum ini. ( As-Saif Al-Maslul ‘Ala Man Sabba Ar-Rasul, m/s 175).

Kesimpulan daripada perbahasan di atas, isu yang telah berlaku ini bukanlah suatu perkara yang remeh dan jarang berlaku dalam masyarakat kita, malah perkara tersebut sering berlaku sejak kebelakangan ini.

Kita mengharapkan kepada kepimpinan Islam yang berani menyatakan kebenaran dan membanteras kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita, tapi malangnya festival yang penuh berprestij ini rupanya didalangi oleh kepimpinan yang mempunyai suara di Negara kita.

Kami penuntut di timur tengah menuntut dan mendesak agar pihak kerajaan meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Islam di Malaysia atas kejadian yang menjatuhkan maruah ummat Islam dengan penganjuran Islamic Fashion Show ini.

Kami juga berharap agar kepimpinan kembali ke pangkal jalan, memperbetulkan kesalahan yang telah dilakukan, agar perkara sedemikian tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Sepatutnya UMNO dah lama Islam

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Annuar Kamaruddin

Rasanya sudah sampai masanya saya menghimbau kembali peristiwa yang berlaku pada tahun 1988 yang menjadi punca UMNO kini bercelaru, dahulu dan selamanya akibat tindakan mereka menolak Islam.

Peristiwa ini berlaku semasa hari kedua persidangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Baru) atau UMNO. UMNO ketika itu baru pulih dari pengharaman akibat dari perebutan jawatan Presidennya dan Timbalan Presiden. Lantaran itu wujud apa yang dinamakan sebagai Team A dan Team B.

Pada sebelah petang itu ketika sessi pembentangan usul, tiba-tiba bangun seorang perwakilan menuju ke podium perwakilan berucap.

Katanya, “Saya ingin membentangkan satu usul tergempar iaitu bagi meminda Fasal 3 Perlembagaan parti dari UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu kepada Berjuang untuk Islam dengan bersandarkan Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias.”

Begitulah kira-kira ucapannya. Saya tak dengar pulak dia sebut dia perwakilan dari bahagian mana. Seluruh dewan PWTC ketika itu senyap sunyi. Tan Sri Ninam Shah (Pengerusi Tetap) pun terkedu. Semua senyap.

Tiba-tiba Timbalan Presiden UMNO (Encik Ghafar Baba) mengambil mike di meja MKT dan berkata tegas. “Hei, apa awak cakap ni. Usul ni dah kita tolak. Usul ni tak boleh bawa.

” Begitulah kira-kira kata Encik Ghafar. Dewan riuh. Perwakilan tersebut dengan muka tebal (agaknya) terus lari kembali ke tempat duduknya. Dewan ditenangkan kembali oleh Pengerusi Tetap.

Pada pandangan saya, itulah titik tolaknya mengapa dan kenapa perjuangan UMNO kini semakin bercelaru. Islam tidak menjadi dasar parti dan tidak boleh menjadi dasar parti.

Ke mana arah hendak di bawa. Kalau dikatakan hendak memperjuangkan Melayu, dengan orang Melayulah UMNO paling bermusuh. Hendak dikatakan memperjuangkan Islam, sudah terbukti Islam pun ditolak dari menjadi dasar parti. Kepada mereka yang masih waras, tinggalkanlah UMNO.

YB. Salahidin : Tinggalkan UMNO dan bina hidup baru bersama Pakatan Rakyat

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mie 86

LARUT , 23 Okt : - Pakatan Rakyat Parlimen Larut dengan kerjasama DPPK Larut & MTD Batu Kurau telah mengadakan ceramah perdana mengenai isu-isu semasa dan juga berkenaan Bajet Belanjawan Negara 2011 yang baru-baru ini dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen.

Kehadiran rakyat Dun Batu Kurau yang datang untuk mendengar ceramah dan ucapan pimpinan PR amat luar biasa kerana hampir setiap sudut tempat duduk dipenuhi lautan manusia, ceramah dimulakan dengan ucapan oleh para pimpinan parti PR.

Sdr Beh Heng Kin selaku Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Negeri Perak berucap mengenai keadaan Rakyat Malaysia amnya Perak yang mahukan perubahan segera kerana kempimpinan yang baik akan menguruskan sebuah kerajaan dengan adil dan saksama bagi semua kaum untuk menikmati hasil dan kekayaan bumi Malaysia ini.

Menurutnya lagi hak setiap kaum dijaga dan keakraban silaturahim antara semua kaum juga akan terjaga sekiranya kerajaan yang baru dibentuk selepas PRU 13 akan datang.
Che’ Gu Bard pula mengupas mengenai sistem kehakiman Negara yang perlu dibebaskan dan pihak keselamatan perlu meningkatkan kawalan keselamatan kerana Negara Malaysia setiap hari akan mendapati kes-kes jenayah berat berlaku.

Penceramah terakhir ialah Naib Presiden PAS, Yb Salahudin Ayub memberikan Fakta-fakta mengenai Bajet 2011, tertumpu pada projek-projek Mega , dengan keseluruhan Bajet berjumlah RM212 bilion dan intipatinya adalah untuk Projek Sistem

Pengangkutan Pantas (MRT) Lembah Klang - Kuala Lumpur Projek ini berharga RM40 bilion merupakan sejarah yang mana adalah kos paling tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Menurut YB. Salahudin kos untuk membina Menara Warisan Merdeka dengan harga RM5Bilion yang untung hanyalah kepada kroni-kroni Umno Bn, sedangkan ramai lagi rakyat yang derita tidak cukup makan.

Kaum petani dan nelayan memerlukan bantuan tapi tiada disalurkan kepada yang memerlukan “inilah kerajaan yang zalim memerintah hanya untuk kepentingan diri dan keluarga serta kroni rakyat dibiarkan hidup susah dengan kenaikan harga barang yang semakin menigkat.

” TeganyaRakyat yang hidup seperti di kampong dan kawasan luar bandar seperti Batu Kurau tiada Infrastruktur ,sama juga seperti kawansan-kawasan luar bandar yang lain.
Akhir Yb Salahudin Ayub mengajak orang melayu dan bukan melayu meniggalkan umno BN serta membina hidup baru bersama Pakatan Rakyat

Kemenangan Pakatan Rakyat menurutnya akan membina sebuah kerajaan yang adil amanah dan berkebajikan yang mengikut panduan undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan juga menghidupkan semula sistem demokrasi berparlimen yang adil dan saksama.

Menjumpai Barang Yang Tercicir mengikut ISLAM

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Akhi Salman

MUQADDIMAH

Sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia, apabila kita menjumpai barang yang bukan kepunyaan kita, kita akan mengambil tindakan seperti:

1. Mengambilnya untuk kegunaan kita sendiri dengan alasan tiada yang menuntutnya.

2. Memberi atau meletakkan barang tersebut di surau/masjid.

3. Menjadikan barang tersebut sebagai satu sedekah pada orang miskin.

4. Membiarkan barang tersebut tanpa sebarang tindakan dengan alasan bahawa ada orang lain yang akan mnguruskannya.
Mengambil barang yang bukan hak milik kita atau mensedekahkannya kepada satu pihak yang tertentu walaupun dengan niat yang baik, adalah satu perbuatan yang salah dari segi syariat, kecuali setelah mengambil langkah-langkah yang telah digariskan oleh syariat.

DEFINISI LUQATAH

Harta ataupun barang yang dihormati yang dijumpai di tempat yang bukan milik individu dan ianya tidak ada tanda-tanda di bawah jagaan sesiapa dan tidak diketahui siapakah yang berhak untuk barang tersebut.

PENSYARIATAN MENGAMBIL BARANG YANG TECICIR

Nabi S.A.W. bersabda apabila ditanya tentang barang yang tercicir:

اعرف وكاءها وعفاصها ثم عرفها سنة فإن لم تعرف فاستنفقها ولتكن وديعة عندك فإن جاء طالبها يوما من الدهر فأدها إليه

“Hendaklah kamu mengenal pasti pengikat bungkusan barang tersebut dan bekas barang tersebut, kemudian hendaklah kamu wawarkan selama setahun. Sekiranya kamu tidak menjumpai tuan barang tersebut, dan hendaklah kamu simpan dan pelihara dalam jagaan kamu, dan apabila datang pemilik barang tersebut, pada bila-bila masa, hendaklah kamu menyerahkan barang itu kepadanya.”

Hadis riwayat bukhari (2295) dan Muslim (1722)

HUKUM MENGAMBIL BARANG YANG TERCICIR

Ia mempunyai 5 hukum:

1. SUNAT:
Bagi orang yang mempunyai sifat amanah dan ditakuti ianya hilang jika dia tidak mengambilnya.

2. HARUS:
Sekiranya tidak ditakuti ianya hilang jika tidak mengambilnya.

3. WAJIB:
Sekiranya dia yakin, jika dibiarkan, barang itu pasti akan hilang.

LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIBUAT APABILA MENJUMPAI BARANG YANG HILANG

1. Sekiranya barang tersebut adalah barang yang remeh-temeh, iaitu yang mana manusia tidak kisah kehilangan barang tersebut, maka orang yang menjumpai boleh mengambilnya tanpa perlu mewarwarkannya atau mencari tuannya.

2. Sekiranya ia adalah barang yang bernilai, iaitu yang mana tuannya akan mencari barang tersebut, maka wajib orang yang menjumpai mewarwarkannya.

3. Maka, orang yang menjumpai barang itu tadi, hendaklah dia mengenal pasti sifat-sifat barang tersebut.

4. Orang yang menjumpai barang itu tadi hendaklah bertanya akan sifat-sifat barang itu kepada sesiapa yang mengaku sebagai tuan sebenar kepada barang tersebut.

5. Kalau si pendakwa itu menjawab dengan tepat, dan diyakini oleh orang yang menjumpainya bahawa dialah pemiliknya, maka serahkan kepadanya.

6. Sekiranya masih lagi berterusan, tidak ada yang mengaku, atau tidak diyakini pendakwa itu sebagai tuan yang sebenar, maka hendaklah orang yang menjumpainya mencari tuannya selama setahun. Tempoh masa setahun ini adalah bagi barang-barang yang sangat bernilai. Sekiranya barang itu tidak sangat bernilai, maka tempohnya tidak sampai setahun dan ianya mengikut nilai barang tersebut.

7. Tempat yang diwawarkan adalah tempat yang umum, tempat yang dihadiri oleh orang yang ramai (pasar, sekolah, perhentian-perhentian dan lain-lain).

8. Jikalau telah tamat tempoh pencarian tuan tersebut, maka dia boleh simpan sebagai harta amanah dan mengembalikan kepada tuannya sekiranya tuannya datang menuntut. Ataupun pilihan yang kedua, dia boleh memiliki barang tersebut dan membayar mengikut nilai barang tersebut sekiranya tuannya datang menuntut.

INI ADALAH PENJELASAN RINGKAS TENTANG TAJUK BARANG TERCICIR DALAM FEKAH MUAMALAT MAZHAB SYAFIE. IA PERLUKAN KEPADA PEMERINCIAN DAN PENERANGAN.

Guangzhou menanti atlet seluruh Asia

17 Zulkaedah 1431 H

SELEPAS menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan terbesar, Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China sekali lagi akan menjadi tumpuan apabila menjadi tuan rumah kepada penganjuran Sukan Asia kali ke-16 di mana bandar raya Guangzhou bakal dibanjiri atlet seluruh Asia bermula pada 12 November hingga 27 November ini.:

Sebelum Guangzhou, China pernah menjadi tuan rumah kejohanan ini di Beijing pada 1990

Sukan Asia kali ini agak istimewa kerana bakal menyaksikan penganjurannya menjadi sejarah dalam sukan apabila mempertandingkan sebanyak 476 acara dalam 42 jenis sukan, acara terbanyak dalam sejarah sukan.

Selain itu, ia juga menjadi kejohanan terakhir yang mempersembahkan acara terbanyak sebegini memandangkan Majlis Olimpik Asia (OCA) telah menguatkuasa peraturan penganjuran baru untuk temasya akan datang, bermula dengan temasya 2014 di Incheon.

Terdapat 53 venue pertandingan dan 17 venue latihan untuk temasya kali ini termasuk Asian Games Town, perkampungan bagi atlet, pegawai teknikal, media, pusat media utama dan pusat penyiaran antarabangsa di mana jumlah pelaburannya dikatakan bernilai melebihi RM15 bilion.

Guangzhou dianugerahkan hak untuk menganjurkan temasya di Doha, Qatar pada 1 Julai 1 2004 selepas beberapa bandar yang turut membuat bidaan hak penganjuran menarik diri termasuk bandar raya Kuala Lumpur yang menarik diri selepas kabinet memutuskannya memandangkan kos penganjuran yang tinggi.

Seoul pula menarik diri berikutan tempoh penganjuran yang hampir memandangkan Korea Selatan menganjurkan pada 2002 di Busan.

Selaku kuasa terbesar sukan dunia, China merupakan juara keseluruhan edisi sebelum ini di Doha dan juga juara Sukan Olimpik di Beijing pada 2008 dengan memenangi 51 pingat emas, 20 pingat perak, dan 28 pingat gangsa menewaskan Amerika Syarikat yang sekadar memenangi 36 pingat emas,

37 pingat perak dan 36 pingat gangsa, tuan rumah ini pastinya mahu melengkapkan kegemilangan edisi kali ini sebagai penganjur terhebat dan juga muncul jaguh mutlak di rantau ini.

SinarHarian/-

Najib akui tuduhan terhadap PR karut

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Abd Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno kelmarin jelas membuktikan, tuduhan bahawa Pakatan Rakyat akan mencabar hak Melayu jika memerintah adalah karut.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ucapan Najib selaku Presiden Umno itu juga menjelaskan bahawa hak-hak orang-orang Melayu terjamin di bawah perlembagaan walau siapa pun yang memerintah.

"Jaminan di dalam perlembagaan yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu dengan sendirinya mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti yang disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu tidak memerintah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Dengan pengakuan Najib tentang jaminan dalam perlembagaan itu, Mahfuz yakin orang-orang Melayu tidak akan dapat lagi diperbodohkan oleh Umno yang tidak henti-henti mengugut kononnya mereka akan kehilangan kuasa jika pemerintahan Umno ditamatkan.

"Kita akan menjelajah seluruh negara untuk menggerakkan orang-orang Melayu supaya dengan tegas menyatakan "tidak" kepada penghinaan terhadap mereka.

"Umno menghina orang-orang Melayu melalui tindakan tanpa batasannya memperbodoh-bodohkan mereka semata-mata untuk menyalahgunakan kuasa dan meragut harta kekayaan negara dengan kuasanya sebagai pemerintah.

"Kita akan menyedarkan orang-orang Melayu bahawa hakikatnya mereka tidak ada apa-apa kuasa walaupun hanya sedikit di bawah pemerintahan Umno kerana semua kuasa terpusat di tangan para pemimpin parti yang dikatakan busuk hingga ke usus itu," katanya.

Malah, kata Mahfuz lagi, jika PR memerintah, hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan itu akan diperkukuhkan lagi dengan memberikan apa yang tidak diberikan oleh Umno kini, iaitu siri-siri reformasi yang bersifat institusional (institutional reforms) terutama pembebasan badan kehakiman, polis,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain pihak yang selama ini disalahgunakan oleh parti yang memerintah.

"Perkara itu telah lama dilaksanakan dalam negara-negara demokrasi yang lain tetapi Umno enggan melaksanakannya dalam negara ini demi kepentingan cengkaman kuasanya," kata beliau.

Dalam ucapannya itu, Najib yang memberikan penjelasan panjang lebar termasuk mengimbas sejarah moden negara dan Kesultanan Melayu Melaka berkata, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezaban kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

Harakahdaily/-

Realisasi agenda PAS ganti Umno

17 Zulkaedah 1431 H

KUALA TERENGGANU, 23 Okt: Agenda PAS menggantikan Umno hendaklah direalisasikan oleh pendukung parti dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.

Demikian antara resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 yang diadakan di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, yang berakhir petang ini.

Di samping itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS hendaklah diperkasakan sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan PAS bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

“Marilah kita sama-sama meletakkan komitmen untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang mewakili hampir keseluruhan cadangan dan lontaran idea yang telah diberi oleh perwakilan dan ulasan pimpinan bertunjangkan kepada ucaptama Tuan Guru Presiden,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Resolusi ijtimak, Mohd Draman ketika membacakan resolusi itu.

Berikut ialah resolusi penuh.

Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu.

Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan “Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad” dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk:

Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran.

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti’jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya.

Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala’, thiqah dan intima’ terhadap pimpinan dan jemaah.

Merealisasikan agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.

Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah.

Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul.

Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu.

Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

Harakahdaily/-

Umno BN keluar dari amalan demokrasi

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Ali Hashim

BUTTERWORTH, 24 Okt: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) tidak memberikan ruang demokrasi yang sempurna dalam mentadbir negara, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta media diperalatkan oleh kerajaan, maka demokrasi hampir menjunam.

"Apabila mereka melihat sokongan terhadap mereka semakin lama semakin terhakis dan tersasar dari unjuran sebenar, maka mereka akan cuba keluar dari amalan demokrasi dengan menidakkan undang-undang.

"Umno dan BN akan cuba mencari helah menjelang pilihan raya umum yang sudah begitu hampir bagi mempertahankan Putrajaya dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," ujarnya pada satu majlis di sini, semalam.

Tambahnya lagi, dalam apa jua kondisi yang berlaku, PR yang disertai PAS, PKR dan DAP akan tetap bersama sama ada semasa senang mapun semasa susah.

Beliau juga membidas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang cuba mendapat simpati orang Melayu dengan cara mendombakan hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

"Sebenarnya PR tidak pernah mempertikaikan apa yang termaktub dalam perkara 153 yang menyentuh hak dan keistimewaan orang Melayu sepertimana yang didakwa oleh Presiden Umno dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini.

"Namun begitu apa yang kita pertikaikan ialah cara kerajaan untuk menguasai pemerintahan haruslah dengan cara demokrasi yang asli dan tulen iaitu dengan cara suara rakyat. Pilihan raya yang bersih dan telus.

"Ini yang kita perjuangkan supaya adanya keadilan dalam melaksanakan amanah termasuklah dalam memilih kerajaan yang memerintah, bukannya dengan memperalatkan agensi dan organisasi yang ada sebagai 'yes man' dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah," tegasnya lagi.

Harakahdaily/-

Umno peralat JHEOA kawal penempatan Orang Asal?

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 25 Okt: Umno kini hanya bergantung sepenuhnya kepada kaum Orang Asal bagi merealisasikan hasrat merampas Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November ini.

Keadaan itu terbukti apabila Umno dikatakan memperalatkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) bagi mengawal hampir kesemua perkampungan masyarakat terbabit yang terletak di pedalaman Gua Musang.

Penasihat Jentera Pilihan raya Kecil Dun Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, perbuatan Umno memperalatkan JHEOA amat memalukan kerana ia berlaku pada kempen pilihan raya.

“Ini amat memalukan kerana sebelum ini JHEAO dikatakan hanya datang sekali sekala sahaja ke kawasan penempatan Orang Asal,” katanya ketika ditemui semasa mengikuti lawatan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed ke beberapa penempatan di Hau, 60 kilometer dari bandar Gua Musang, semalam.

Turut dilawati kampung rombongan calon PAS iaitu Galang, Gertas, Ladoi dan Eching. Ikut sama pada lawatan itu Pengarah Pilihanraya Kecil Dun Galas, Abdul Fatah Haron.

Kelihatan juga di kawasan itu pos tentera lengkap dengan kenderaan termasuk trak.

Wan Abdul Rahim yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata, hampir 20 pegawai dan kakitangan JHEOA difahamkan berada di Pos Hau sejak dua minggu lepas.

“Tindakan mereka tersebut kemungkinan untuk mengumpul dan menjalankan kempen bagi menawan hati Orang Asal.

“Ini satu tindakan yang boleh menghina masyarakat tersebut kerana sebelum ini seorang pemimpin masyarakat Orang Asal di kawasan tersebut, Pandak Panjang meminta semua parti politik tidak menjadikan penempatan mereka sebagai medan pertembungan parti yang bertanding.

“Namun apa yang kita lihat hari ini kesemua rumah penduduk di situ telah dipasang dua bendera iaitu bendera BN dan Umno. Ini menunjukkan mereka tidak mengendahkan larangan tersebut,” ujar beliau kesal.

Beliau juga berkata kedatangan rombongan PAS hanya sekadar untuk memperkenalkan calon dan bertanya khabar serta tidak membawa sehelai pun bendera parti atau risalah kempen.

Katanya, PAS akur dengan hasrat masyarakat Orang Asal di kawasan tersebut supaya tidak diperalatkan oleh mana-mana parti politik.

Mengenai penyalahgunaan kuasa oleh BN dalam siri kempen di Galas, Wan Abdul Rahim berkata ia satu penyelewengan yang sering berlaku di mana-mana sahaja pilihanraya kecil diadakan.

“Mereka bukan sahaja menggunakan jentera kerajaan, malah pelbagai lagi penyelewengan seperti perbelanjaan dan khidmat kakitangan jabatan semata-mata untuk kepentingan Umno.

“Saya tidak terkejut dengan penggunaan jentera kerajaan oleh BN kerana sebelum ini di Manek Urai di mana lebih 20 jabatan kerajaan persekutuan diperalatkan termasuk Jabatan Pembangunan Persekutan,” katanya.

Beliau juga menyelar tindakan segelintir pegawai dan kakitangan jabatan kerajaan pusat tanpa segan silu sanggup membawa bendera Umno dan BN ditampal di rumah dan musalla di penempatan Orang Asal.

Harakahdaily/-

Umno tabur impian rumah rakyat di Galas

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : M Faqih

GUA MUSANG, 25 Okt: Menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil Dun Galas, esok, kini kedua-dua parti sedang bersiap sedia mempamerkan kekuatan menjelang perarakan.

Bandar Gua Musang yang terletak hampir 200 kilometer dari Kota Bharu dan 300 kilometer dari Kuala Lumpur mulai dilimpahi manusia. Ramai yang tidak dikenali kelihatan di sana-sana.

Biar pun hari penamaan calon agak luar biasa kerana diadakan pada hari bekerja, namun ia tidak menghalang kedatangan tenaga kempen dari luar.

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersebut dianggap banyak pihak sebagai tidak mesra pengundi. Mengambil kira hari mengundi juga jatuh pada hari bekerja, kerajaan negeri menjadikan 4 November ini sebagai cuti umum di Kelantan.

Manakala petugas parti di kalangan penduduk tempatan dan pembantu dari luar mulai memasang sepanduk dan lambang parti di kawasan mereka malam sehingga awal pagi tadi.

Semalam juga berakhir teka teki siapa calon Barisan Nasional (BN), apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof.

Pengumuman itu mengiyakan telahan yang dibuat banyak pihak sebelum ini, orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon bagi meneruskan cabaran merampas semula Dun Galas.

“Nampaknya usaha Ku Li untuk memastikan orang kanannya diberi tempat benar-benar menjadi kenyataan. Saya juga diberitahu Ku Li memberi kata dua itu kepada pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur.

“Difahamkan Ku Li hanya menerima pelantikan sebagai pengarah jentera pilihan raya BN sekiranya calon dipilih atas kehendaknya,” kata seorang aktivis Majlis NGO Kelantan.

Beliau juga mendakwa Ku Li menolak cadangan banyak pihak dalam Umno untuk memberi peluang kepadanya sebagai calon di Galas.

Katanya Ku Li sudah melihat dari awal lagi pengaruhnya tidak mampu lagi menarik simpati pengundi di Galas.

“Ku Li sudah tidak ada apa-apa kuasa dan kedudukan dalam Umno sekarang. Jadi sekarang tidak ada apa-apa yang mampu beliau janjikan kepada rakyat Galas.

“Lagi pun rakyat Gua Musang kenal siapa Ku Li. Kalau tanpa ada Kesedar yang bertanggungjawab membangunkan kawasan hulu Kelantan, tiada projek besar yang mampu dilaksanakan kerajaan pusat,” ujarnya lagi.

Muhyiddin juga seperti tidak serik apabila terus menabur janji ketika janji 2009 di Manek Urai belum membuahkan hasilnya.

Jambatan yang menyeberangkan Sungai Lebir di Kampung Manek Urai lama belum kelihatan selepas lebih setahun pilihan raya Dun berkenaan berlalu.

Semalam tiba-tiba Timbalan Presiden Umno itu mendakwa kerajaan pusat memperuntukkan RM180 juta bagi membina 1,500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Kata beliau rumah itu untuk disewakan dan dijual kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah.

“Projek PPR ini adalah satu nikmat besar kepada rakyat di Gua Musang, kalau nak tunggu kerajaan negeri melaksanakannya, ia adalah sesuatu mustahil, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.

“Walaupun kerajaan Pusat membelanjakan RM180 juta bagi membangunkan projek ini, namun paling istimewa rakyat berpeluang memilikinya kelak pada harga kira-kira RM35,000 seunit atau menyewanya pada kadar RM124 sebulan,” katanya ketika melancarkan Projek PPR Gua Musang di Kompleks Sukan Kesedar semalam.

Gimik kerajaan BN itu dianggap banyak pihak sebagai ketinggalan jauh di belakang memandangkan kerajaan negeri sejak lebih 10 tahun lalu menyediakan lebih 1,500 lot rumah di Tanah Putih.

Kini Tanah Putih sudah bertukar dari hutan belantara menjadi penempatan tersusun. Isunya sekarang rakyat perlu memiliki tanah untuk membina kediaman sendiri dan bukan lot di atas angin.

Lagi pun tidak ramai yakin kemampuan Muhyiddin untuk menunaikan segala janji tersebut ketika kantung duit kerajaan BN sudah kering.

Ada pihak berhujah kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak kini mengharapkan sumbangan dari duit judi Nombor Ekor, Magnun dan apa-apa sahaja bentuk perjudian bagi menampung dana kerajaan.

Kalau sebelum ini keputusan bagi setiap cabutan numbor dibuat sekali sebulan, namun sekarang sampai enam atau tujuh kali dalam tempoh tersebut. Dan setiap cabutan dibuat pengusaha tempat perjudian dapat mengumpul pendapatan sehingga RM7 juta.

Seorang bekas pegawai polis mendakwa tidak ramai yang tahu kepincangan pengurusan kewangan negara di bawah Najib sekarang.

“Pemimpin BN hanya menuduh kerajaan Pulau Pinang menggunakan hasil duit judi untuk warga emas, sedangkan sumber pendapatan kerajaan BN diambil dari judi disenyapkan,” katanya.

Mengambil kira banyak kepincangan urus tadbir negara dan kebimbangan Najib kemaraan Pakatan Rakyat menjejak kaki ke Putrajaya pada pilhan raya umum ke-13, bebanan berat sedang dipikul Abdul Aziz di Galas sekarang.

Abdul Aziz yang sekadar berpendidikan setakat SPM tidak mampu untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam negara kepada rakyat. Pengundi Galas perlu mengambil kira perkara ini.

Pilih pemimpin yang tidak menghiraukan soal dosa dan pahala bakal mengundang bala kepada penduduk Dun Galas.

Harakahdaily/-

Siasatan kemalangan maut: Bas Delima dipandu laju

17 Zulkaedah 1431 H

Bas ekpres yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan 13 nyawa di km 223 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat 10 Oktober lepas, didapati dipandu 120 kilometer sejam (km/j) selepas memasuki lebuh raya itu dari tol Alor Gajah.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata itu adalah antara penemuan kajian dan analisis saintifik mengenai kemalangan itu yang dikendalikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Beliau berkata berikutan kemalangan itu satu mesyuarat membabitkan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Puspakom, polis dan Pihak Berkuasa Lebuhraya Malaysia diadakan pada 14 Oktober.

Laporan mesyuarat itu dikumpul dan dianalisis oleh satu pasukan berkaitan kemalangan Miros, katanya dalam kenyataan di ibunegara hari ini.

Beliau berkata berdasarkan laporan analisis kesan tenaga kemalangan, kemungkinan kelajuan Bas Delima yang membawa 36 penumpang itu, sebelum berhenti ialah antara 94 dan 109km/j.

"Selain itu, terdapat kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu yang mungkin dipandu dengan kelajuan 160km/j pada masa kejadian," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.47 petang itu, bas ekspres Delima yang menghala ke Kuala Lumpur dari Melaka hilang kawalan, 'melayang' ke laluan bertentangan lebuh raya dan melanggar sebuah van, dua kereta dan sebuah lagi bas lain, menyebabkan 13 maut dan 38yang lain cedera.

Mengenai keadaan bas ekspres itu, Kong berkata pemeriksaan berkala oleh Puspakom menunjukkan bas itu dalam keadaan baik.

"Berdasarkan pemeriksaan Puspakom selepas kemalangan mendapati tayar dan brek bas ekspres itu dalam keadaan baik sebelum kejadian itu berlaku," katanya.

Beliau berkata antara kemungkinan punca kemalangan ialah memasuki laluan secara tiba-tiba, aliran trafik yang kritikal di hadapan dan tindak balas yang perlahan daripada pemandu bas itu.

Jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan itu boleh dielak jika semua pengguna mematuhi peraturan jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah, memandu dengan had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keledar dan kenderaan berat dipandu di laluan perlahan.

Malaysiakini/-

Mesyuarat agung Makkal Sakti dicemari kekecohan

17 Zulkaedah 1431 H

Mesyuarat agung kedua parti Makkal Sakti hari ini dicemari kekecohan yang dicetuskan oleh sekumpulan 30 orang yang mendakwa anggota parti itu, lapor Bernama.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di luar Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada kira-kira jam 10.20 pagi apabila penyokong A.Vathemurthy, yang mendakwa dirinya presiden Makkal Sakti yang sah, dihalang masuk oleh pengawal ke dalam dewan mesyuarat tersebut.

Mereka mendakwa layak menyertai mesyuarat agung itu kerana merupakan anggota parti tersebut yang sah.

S Sanjay, yang mendakwa dirinya naib presiden parti Makkal Sakti, berkata mereka tidak berpuas hati kerana tidak dijemput ke dalam mesyuarat itu.

"Kami ahli, resit ahli pun kami ada... dalam mesyuarat itu pun bukan semuanya perwakilan, budak sekolah pun ada dalam tu. Kami semua ahli sepatutnya benarkanlah kami masuk ke dalam.

"Kami juga tidak menerima apa-apa notis mengenai AGM ini. Sepatutnya mereka perlu memberi kepada kami dua minggu lebih awal sebelum ia diadakan. Kami tahu pun mengenai mesyuarat ini melalui surat khabar Malaysian Nanban semalam," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata kekecohan tersebut tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana kesemua mereka akhirnya mengikut arahan polis supaya bersurai.

"Mesyuarat yang diadakan hari ini pun telah berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah. Kami telah berurusan dengan mereka selama dua jam dan kemudian mereka akur dengan arahan yang kami berikan untuk bersurai," katanya.

Malaysiakini/-

Penjagaan kain baju

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : aizi aizi

Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian

Letakkan pakaian tadi dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian.

Pakaian Terkena Dakwat

Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit.

Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan.

Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
Pakaian Terkena Karat

Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian

Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

Pakaian Terkena Cat

Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

Memutihkan Kain

Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-

Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
Campurkan dengan air.

Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.

Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian

Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.

Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.

Mengeringkan Kasut Sekolah

Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.

Menghilangkan Darah Pada Pakaian

Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian

Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.

Menghilangkan Minyak di Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

Mengekalkan Warna Pakaian

Rebus dua biji kentang, hancurkan dan gaulkan dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.

Mengekalkan Warna Kain Batik

Rendamkan kain batik anda yang baru dibeli ke dalam bancuhan air teh selama 20 minit. Kemudian bilas sehingga bersih tanpa menggunakan sabun.
Ramas daun betik dengan air. Kemudian rendamkan kain batik yang baru dalam air tersebut semalaman.

Menaikkan Seri Kain Sutera

Sebelum digosok, masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan semalaman. Keesokkan harinya barulah boleh digosok. Pasti hasilnya nanti sungguh memuaskan. Baju anda akan kelihatan baru dan berseri.

Melancarkan Perjalanan Zip

jangan gelisah sekiranya zip seluar, baju atau beg pakaian anda tidak selancar dahulu. Cara yang paling mudah untuk melancarkan perjalanan zip ialah dengan menggosokkan lilin pada zip itu. Insya-Allah, zip itu akan kembali lancar.

Mengilatkan Kasut Kulit
Ambil sedikit ubat gigi dan letakkan (calitkan) pada kapas atau tisu. Kemudian gosoklah pada kasut kulit anda sehingga bersih dan berkilat.

Mencuci Beg Tangan Jenis Kulit

Calitkan ubat gigi pada perca kain atau span.
Kemudian gosoklah pada keseluruhan beg tangan.
Kemudian lapkan pula dengan kain yang bersih. Beg tangan itu tentu akan kelihatan seperti yang baru.