26 Oktober 2010

YB. Salahidin : Tinggalkan UMNO dan bina hidup baru bersama Pakatan Rakyat

17 Zulkaedah 1431 H
Oleh : mie 86

LARUT , 23 Okt : - Pakatan Rakyat Parlimen Larut dengan kerjasama DPPK Larut & MTD Batu Kurau telah mengadakan ceramah perdana mengenai isu-isu semasa dan juga berkenaan Bajet Belanjawan Negara 2011 yang baru-baru ini dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen.

Kehadiran rakyat Dun Batu Kurau yang datang untuk mendengar ceramah dan ucapan pimpinan PR amat luar biasa kerana hampir setiap sudut tempat duduk dipenuhi lautan manusia, ceramah dimulakan dengan ucapan oleh para pimpinan parti PR.

Sdr Beh Heng Kin selaku Naib Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Negeri Perak berucap mengenai keadaan Rakyat Malaysia amnya Perak yang mahukan perubahan segera kerana kempimpinan yang baik akan menguruskan sebuah kerajaan dengan adil dan saksama bagi semua kaum untuk menikmati hasil dan kekayaan bumi Malaysia ini.

Menurutnya lagi hak setiap kaum dijaga dan keakraban silaturahim antara semua kaum juga akan terjaga sekiranya kerajaan yang baru dibentuk selepas PRU 13 akan datang.
Che’ Gu Bard pula mengupas mengenai sistem kehakiman Negara yang perlu dibebaskan dan pihak keselamatan perlu meningkatkan kawalan keselamatan kerana Negara Malaysia setiap hari akan mendapati kes-kes jenayah berat berlaku.

Penceramah terakhir ialah Naib Presiden PAS, Yb Salahudin Ayub memberikan Fakta-fakta mengenai Bajet 2011, tertumpu pada projek-projek Mega , dengan keseluruhan Bajet berjumlah RM212 bilion dan intipatinya adalah untuk Projek Sistem

Pengangkutan Pantas (MRT) Lembah Klang - Kuala Lumpur Projek ini berharga RM40 bilion merupakan sejarah yang mana adalah kos paling tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Menurut YB. Salahudin kos untuk membina Menara Warisan Merdeka dengan harga RM5Bilion yang untung hanyalah kepada kroni-kroni Umno Bn, sedangkan ramai lagi rakyat yang derita tidak cukup makan.

Kaum petani dan nelayan memerlukan bantuan tapi tiada disalurkan kepada yang memerlukan “inilah kerajaan yang zalim memerintah hanya untuk kepentingan diri dan keluarga serta kroni rakyat dibiarkan hidup susah dengan kenaikan harga barang yang semakin menigkat.

” TeganyaRakyat yang hidup seperti di kampong dan kawasan luar bandar seperti Batu Kurau tiada Infrastruktur ,sama juga seperti kawansan-kawasan luar bandar yang lain.
Akhir Yb Salahudin Ayub mengajak orang melayu dan bukan melayu meniggalkan umno BN serta membina hidup baru bersama Pakatan Rakyat

Kemenangan Pakatan Rakyat menurutnya akan membina sebuah kerajaan yang adil amanah dan berkebajikan yang mengikut panduan undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan juga menghidupkan semula sistem demokrasi berparlimen yang adil dan saksama.

3 ulasan:

Raziq Najab berkata...

Persetan dengan UMNO!
Pergi jahanam dengan kebangsaan!!!

Tanpa Nama berkata...

Memang seluruh rakyat harus sedar bahawa selama ini UBN memperalatkan rakyat untuk mereka dan kroni mereka kekal berkuasa dan mengaut kekayaan negara. Cukuplah sudah lebih 50 tahun UBN berkuasa, negara menjadi porak peranda. Mari kita sama-sama ubah kepada Pakatan Rakyat. Insya Allah negara akan selamat sejahtera.

Tanpa Nama berkata...

PM sanggup membazirkan RM5bilion untuk membina menara dari memberi bonus yang hanya sebanyak RM3.1 bilion kepada kakitangannya sendiri..