SUNGAI SIPUT, 27 Nov :- Mangsa banjir dibeberapa kawasan petempatan di Daerah Sungai Siput mendapat perhatian serius dari YAB Menteri Besar Perak apabila beliau menghantar wakilnya untuk meninjau dan memberi sedikit bantuan kepada 28 keluarga mangsa yang terlibat."Saya sampaikan salam dari YAB Menteri Besar dengan lafaz 'assalamualaikum' kepada semua mangsa yang terlibat, YAB Menteri Besar walaupun pada petang tadi berada di Pusat Ternak Sungai Siput merasmikan AgroFest namun beliau terpaksa bergegas balik ke Ipoh menghadiri program yang diatur terlebih dahulu, dan beliau memohon maaf kerana tidak dapat bersama dengan tuan-tuan pada malam ini " demikian antara ucapan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Drs. Khalil Idham Lim yang mewakili YAB Menteri Besar semasa menemui 15 keluarga mangsa yang dari PPRT Lintang yang ditempatkan di Pusat Perpindahan Kg. Tok Siraj.
Drs. Khalil menyampaikan Bantuan Kerajaan Negeri kepada mangsa di Kg. Tok Siraj.
"Sepatutnya orang Sungai Siput berseronok pergi ke AgroFest yang diadakan di sini namun tuan-tuan diberikan ujian oleh Allah, namun saya mengharapkan gunakan peluang yang ada semasa dipusat perpindahan untuk meningkatkan ukhuwah Islamiyah sesama kita" saran Drs. Khalil.
Drs. Khalil menghiburkan salah satu keluarga mangsa.
Dimaklumkan juga pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Kangsar juga telah datang memberikan bantuan berupa makanan kepada semua mangsa yang terlibat.


