22 Mei 2013

'Tak suka sistem p'raya, duduk dalam hutan'

12 Rejab 1434 H. [MOD] -

Gambar hiasan dari blog http://alhusseyn51.blogspot.com

Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor Datuk Seri Noh Omar menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung gesaan berpindah ke negara lain jika tidak puas hati dengan sistem pilihan raya sedia ada.


Noh  yang menyifatkan pembangkang sebagai melampaui batas turut berkata, individu yang tidak suka dengan sistem pilihan raya negara ini sewajarnya "duduk di dalam hutan".

"Pembangkang nampaknya sudah melampaui batas dan tak hormati perlembagaan dan tatasusila. Saya secara peribadi menyokong penuh kenyataan Datuk Zahid.

"Hanya orang duduk dalam hutan.... Tak mahu ikut undang-undang, duduk dalam hutan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas kepada menteri pertanian dan asas tani yang baru Datuk Seri Ismail Sabri.


Ulasan kami :



Jangan lupa pula orang yang suka menipu dalam setiap kali pilihanraya selayaknyanya duduk dalam  gua.



Yang pasti orang Islam yang menolak hukum Allah SWT selayaknya mencari bumi lain yang bukan dicipta oleh Allah SWT.

SPR warta keputusan PRU13 hari ini


12 Rejab 1434 H. [MOD]


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mewartakan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lepas.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata berikutan pewartaan keputusan pilihan raya itu, calon dan parti politik yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mempunyai tempoh 21 hari untuk memfailkan petisyen atau bantahan mulai esok.

Dalam satu kenyataan di ibu negara, beliau berkata petisyen boleh difailkan di Mahkamah Tinggi mengikut negeri masing-masing.

-Bernama

Gaji naik 3 kali ganda tidak wajar - PAS Sarawak

12 Rejab 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,22 Mei 2013
MIRI: PAS Sarawak mempertikaikan kenaikan gaji mendadak pemimpin kerajaan negeri Sarawak sebagaimana yang diluluskan oleh Dewan Undangan Sarawak kelmarin.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee dalam kenyataannya berkata, kenaikan itu tidak wajar kerana kehidupan rakyat sarawak sangat dhaif dan di bawah taraf kemiskinan sedangkan pendapatan mereka sangat tinggi.

"Pendapatan ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang dilantik sudah cukup mewah daripada kenaikan gaji baru tersebut," kata Jofri dalam kenyataannya.

Gaji ketua menteri Sarawak, timbalan ketua menteri, menteri-menteri serta wakil rakyat dan mereka yang dilantik dalam kabinet Sarawak meningkat lebih dari tiga kali ganda mula 1 Januari 2012. 

Kenaikan gaji kali terakhir untuk kabinet Sarawak dalam pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Gaji Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan iaitu kenaikan tiga kali ganda.

"Kalau dilihat daripada kehidupan seharian mereka jelas mereka hidup dalam keadaan mewah serta mampu memiliki asset yang lebih daripada hasil gaji yang mereka terima selama ini.

"Kita mahu setiap wakil rakyat termasuk ketua menteri dan keseluruhan anggota kabinet mengisytiharkan harta masing-masing untuk membuktikan yang mereka ini bebas dari menerima rasuah atau memiliki hasil dari sumber yang lain selain dari gaji yang mereka terima," kata Jofri (gambar kanan)dalam kenyataannya.

Sepatutnya kerajaan BN Sarawak memberi tumpuan kepada nasib rakyat Sarawak yang masih mundur dan hidup dalam kemiskinan dari menaikkan gaji ketua menteri dan menteri-menteri yang berlipat kali ganda daripada hasil pendapatan rakyat yang masih dibawah taraf kemiskinan, katanya.

"Kita mencadangkan, adalah lebih baik memberi peruntukkan kepada setiap DUN (Dewan Undangan Negeri) tanpa mengira parti politik mana yang dipilih rakyat daripada menaikkan gaji ketua menteri dan timbalan ketua menteri serta menteri-menteri yang dilantik kecuali wakil rakyat yang dipilih," cadang Jofrie.

Katanya, untuk wakil rakyat yang dipilih terutama sekali wakil rakyat pembangkang perlu kenaikan gaji sebab mereka tidak diberi peruntukan yang sama seperti wakil rakyat BN.

Dengan adanya peruntukan tersebut wakil rakyat di setiap DUN dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat setempat dan dengan ini akan dapat membantu menaiktaraf kehidupan penduduk dalam kawasan DUN tersebut.

"Kita mengesa kerajaan BN Sarawak bersikap adil kepada semua wakil rakyat yang dipilih tanpa mengira fahaman politik dengan memberi peruntukan yang sama seperti wakil rakyat BN," tambah beliau.

Tambahnya lagi, setiap peruntukan yang diberi kepada setiap wakil rakyat akan dipantau oleh badan odit yang bebas dari cengkaman politik agar ianya dapat membantu melincinkan pentadbiran negeri dari unsur-unsur salahguna kuasa dan rasuah. 

Dengan adanya peruntukan tersebut, rakyat yang akan menikmati hasil bukannya hanya ketua menteri dan anggota dewan negeri saja.

"Kita harap perkara ini mendapat perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya dari kerajaan negeri Sarawak demi kesejahteraan rakyat semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik," katanya lagi.

Peguam temui kes paling buruk selepas Kugan

12 Rejab 1434 H. [MOD] -



 
Kes terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.

Peguam keluarga mangsa N Surendran berkata, kedua-dua telinganya dikokot dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.

"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas

"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.

Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur.

Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan dan Selangor, esok

12 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR:Pakatan Rakyat akan teruskan bantahan terhadap PRU13 yang tidak bersih dan adil, kata Ahli Parlimen Petang Jaya Utara, Tony Pua.

“Pada masa yang sama, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi kerana telah memberikan sokongan yang cukup hebat kepada Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan dan Selangor,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, di Selangor dan Wilayah Persekutuan, Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya mempertahankan kuasa di Selangor, DAP telah meningkatkan jumlah kerusi dan juga majoriti yang diperolehi oleh calon-calon mereka.

Sehubungan itu, ujarnya DAP Wilayah Persekutuan dan Selangor akan menganjurkan satu Himpunan Kesyukuran Pakatan Rakyat pada 23 Mei (esok), jam 7 malam di Padang Timur, Petaling Jaya (hadapan Amcorp Mall).

Beliau berkata, antara penceramah pada himpunan itu termasuklah Lim Kit Siang, Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad, Zaid Ibrahim, Tamrin Ghafar, Teresa Kok, Teng Chang Khim dan Tan Kok Wai.

Tony menambah, pihaknya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pihak Polis Diraja Malaysia kerana telah memberikan kerjasama untuk menjalankan himpunan secara lancar.

Menurutnya, pihak polis akan membantu mengawal trafik dan telah mencadangkan supaya para hadirin menggunakan tempat letak kereta yang sedia ada.

“Untuk mengurangkan kesesakan jalanraya lagi, kami menggalakkan para hadirin menggunakan sistem LRT Taman Jaya,” ujarnya.

Harakahdaily/-

BR1M RM1,200 setahun, GST dapat balik RM5,000

12  Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: BN boleh memberikan RM1,200 untuk BR1M setahun kerana mendapat balik daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang akan membebankan setiap keluarga RM5,000 setahun.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini  bahawa kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar GST sebqanyak 7% membongkarkan satu penipuan besar BN kepada rakyat.

“Cukai GST 7% ini akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Menurutnya, dengan kos tambahan ke atas rakyat Malaysia sebanyak RM27 bilion setahun, maka setiap rakyat Malaysia tanpa mengira dewasa atau kanak-kanak akan dibebankan sebanyak RM1,000 seorang setiap tahun.

Dengan kata lain, jelasnya sebuah keluarga 5 orang terpaksa membayar RM5,000 setahun.

Itulah, kata beliau sebabnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu yakin dapat membayar BR1M sebanyak RM1,200 setahun kepada setiap keluarga kerana telah mendapat balik RM5,000 setahun daripada mereka menerusi cukai GST.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menambah, sememangnya BN akan untung banyak sedangkan rakyat Malaysia, khususnya yang berpendapatan rendah, akan rugi besar.

Justeru, beliau menegaskan, Pakatan Rakyat secara prinsip menolak sistem cukai penggunaan ini atau consumption tax kerana rakyat teramai belum lagi mempunyai pendapatan yang munasabah bagi mampu menjalani kehidupan yang bermaruah dan mapan.

“Macam mana boleh hidup lebih bermaruah bila hanya 60 peratus dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000 sebulan?” katanya.

Katanya, menurut Laporan Tahunan Bank Negara 2012, Malaysia merupakan negara yang banyak berhutang dengan hutang peribadi setiap keluarga adalah RM 755 billion or 81% GDP (gross domestic product).

Menurut Lim lagi, pertumbuhan hutang keluarga adalah 11%, yang lebih tinggi daripada pertumbuhan GDP sebanyak 7.8%.

“Kita tidak boleh persalahkan rakyat berhutang bila kerajaan Malaysia berhutang sampai RM502 bilion pada akhir 2012, hamper 55% GDP,” katanya.

Lagipun, ujarnya keluarga Malaysia membayar 50% daripada pendapatan untuk membayar balik hutang.

“Dengan kata lain selepas membayar hutang, mana cukup untuk perbelanjaan makanan, pengangkutan, pendidikan dan keperluan asas lain?” kata beliau.

Sehubungan itu, tetgasnya PR akan melawan cadangan cukai GST 7% di Parlimen dengan mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan minoriti dengan undi popular 47% sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ke atas majoriti rakyat.

Harakahdaily/-

Pemuda PR : Lebih ramai ‘Adam Adli’ akan muncul selagi pilihan raya tidak bersih

12 Rejab 1434 H. [MOD] -
The Malaysian Insider
Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR, 21 Mei — Penangkapan aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dibawah Akta Hasutan adalah disebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) takut dengan kebangkitan rakyat menentang keputusan Pilihan raya 2013, kata pemimpin pemuda Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Pemuda ketiga-tiga parti komponen PR daripada PAS, PKR dan DAP menegaskan, penentang keputusan pilihan raya lalu bukan hanya semata-mata Adam Adli, sebaliknya terdapat lebih ramai yang menyokong beliau demi mahukan keputusan pilihan raya yang bersih.
“Selagi pilihan raya yang bersih dan adil tidak dikembalikan kepada rakyat, maka lebih banyak Adam Adli akan bangkit dan lawan tetap lawan demi negara Malaysia!” kata kenyataan berkenaan yang dikeluarkan bersama Ketua Dewan Pemuda PAS, dan ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi; Ketua Pemuda Sosialis DAP Teo Kok Seong yang juga ahli Parlimen Rasah; dan Ketua Angkatan Muda PKR  Shamsul Iskandar Mohd Akin yang juga ahli Parlimen Bukit Katil.
“BN harus diingatkan bahawa bukan sahaja Adam Adli seorang sahaja yang menentang pilihan raya yang kotor, malah beliau akan disokong oleh rakyat jelata yang menginginkan pilihan raya yang bersih dan adil,” kata mereka lagi.
Adam Adli telah ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 pada Sabtu lalu.
Beliau dikatakan telah menghasut rakyat supaya turun ke jalanan bagi membantah keputusan pilihan raya dalam satu forum anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCH).
Pimpinan Pemuda PR itu juga turut menyeru supaya BN menghentikan segala taktik dan tindakan kotor yang menindas rakyat dan membebaskan Adam Adli yang hanya melaksanakan haknya untuk bersuara.
“BN diingatkan untuk menepati janjinya dengan menghapuskan Akta Hasutan dan kesemua akta zalim yang sedia ada ... hak perlembagaan rakyat harus dibela dan bukannya dizalimi,” kata mereka.
Khairy Jamaluddin, selaku Menteri Belia dan Sukan tegas mereka harus mempertahankan dan membela hak perlembagaan Adam Adli sekiranya beliau memang berniat untuk memenuhi aspirasi anak muda.
“Sesungguhnya Barisan Nasional adalah pihak yang telah menjejaskan demokrasi berparlimen dan bukannya Adam Adli,” tegas mereka lagi.

'Kabinet Najib sikit atas dari Ahmad Nisfu'

12 Rejab 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,22 Mei 2013
ALOR SETAR: PAS menyifatkan kabinet Datuk Seri Najib Razak yang dibentuk dengan undi popular 47 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, bukan sahaja kabinet minoriti tetapi juga mirip 'kabinet Ahmad Nisfu' dalam cerita Tiga Abdul yang turut dibintangi Allahyarham P.Ramlee.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, oleh hal yang demikian, Najib dan menteri-menteri kabinetnya perlu sedar, jangan terlalu berlagak atau angkuh dengan kuasa yang mereka ada kerana majoriti rakyat bukan lagi bersama BN.

"Alhamdulillah kita dapat 52 peratus sokongan pada PRU13 lalu. Dia (BN) dapat 47 peratus sahaja. Ahmad Nisfu dan Saleh Kamil 20 percent, kabinet Najib ini kabinet 47 percent sikit atas pada Ahmad Nisfu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 orang yang hadir pada Himpunan Black505 peringkat negeri Kedah malam tadi yang dipengerusikan Datuk Johari Abdul.

Program yang berlangsung di Kompleks PAS Kota Sarang Semut itu juga turut dihadiri pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Selain mereka, turut hadir adalah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Ajak Mukhriz debat

Dalam ucpannya juga, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menyelar sikap Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir yang melarang himpunan ini diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Katanya, alasan yang diberikan Mukhris kononnya himpunan ini hanya sarat dengan fitnah dan menimbul ketegangan, hanya tuduhan jahat terhadap Pakatan Rakyat.

"Dia kata himpunan ini cuba menimbulkan fitnah, cuba menimbulkan ketegangan, akan menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan

"Ini bukan fitnah, bukan dakwaan kosong, ini fakta, semua orang tengok begitu teruknya berlaku penipuan (dalam PRU13 lalu).

"Saya bukan cabar Datuk Mukhriz, nanti orang kata saya sombong, tapi kalau dia kata dakwaan saya dan pimpinan Pakatan Rakyat ini berbaur fitnah, ayuh buat forum terbuka debat antara saya dengan dia di bandar Alor Setar," tegasnya.

Zahid, adakah rampasan kuasa di Perak demokratik?

12 Rejab 1434 H. [MOD] -



Merujuk kenyataan Zahid semalam, kononnya ‘rampasan kuasa tidak demokratik dan perlu terima keputusan PRU’, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengingatkan Zahid Hamidi supaya jangan lupa bagaimana dia mempertahankan rampasan kuasa Perak pada Februari 2009.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar terpaksa mengadakan sidang media bawah pokok setelah BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat secara haram pada 2009.

Apakah rampasan kuasa di Perak itu cukup demokratik? Mengapa tidak terima sahaja keputusan PRU12 lalu bahawa Perak dimenangi Pakatan Rakyat?

Mengenai kebangkitan rakyat pasca PRU13, Zahid janganlah bersikap munafik. Zahid tahu dan sengaja memutar belit isu dengan menyebut seolah rampasan kuasa akan berlaku.

Rakyat protes bukan kerana mahu merampas kerajaan melalui jalan raya tetapi turun kerana pilihan raya 5 Mei lalu penuh penipuan. Kemenangan rakyat pada 5 Mei telah digelapkan maka rakyat keluar menyatakan bantahan untuk menuntut kembali demokrasi yang dicuri.

Telah diumumkan oleh Gagasan #SuaraRakyat505 bahawa tarikh 25 Mei dipilih sebagai acara kemuncak untuk pesta rakyat menuntut demokrasi, manakala lokasi berhimpun adalah di depan Amcorp Mall bermula petang. Gabungan yang disertai lebih 50 NGO ini menyasarkan j/kuasa tertinggi SPR meletakkan jawatan segera sebagai tuntutan yang pertama dan utama.

SPR menjadi punca utama kecurangan besar PRU-13 dengan pelbagai taktik kotor yang diatur untuk memenangkan pemerintah. Malah, kononnya SRP direformasikan, tetapi senarai daftar undi masih tidak bersih dan paling penting ialah apabila dakwat kekal yang dijamin tahan lebih lima hari tidak mampu bertahan untuk 5 minit.

Kalau beginilah reformasi pilihanraya yang ditunjukkan, bukan bukan sekadar celup jari tetapi celup kepala pun boleh menipu tetap boleh berlaku penipuan.

Oleh demikian, semua rakyat diseru untuk bersama pada 25 Mei nanti yang merupakan kemuncak kesinambungan belasan himpunan besar Blackout505, dalam menyatakan protes dan bantahan terhadap kecurangan PRU-13.

SAMM juga meminta Zahid selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri jangan ulang kesilapan Hishammuddin Hussein yang asyik berpolitik mempergunakan agensi bawah KDN untuk kepentingan politik sehingga jenayah berleluasa.

Wahai Zahid ketahui atau tidak bahawa rumah kakak Muhiyuddin telah dirompak dan rumah adik IGP telah dipecah masuk ketika polis sibuk siasat Adam Adli dan Zahid sibuk mempolitikkan isu bantahan rakyat terhadap PRU yang kotor.

Percayalah, rakyat tetap akan bangkit menuntut demokrasi. Rakyat telah beri peluang, telah bersabar dan beri laluan untuk pilihanraya bersih dan adil.

Malangnya rakyat dikhianat dengan penipuan pilihan raya, kemenangan dirampas dan hak demokrasi bersuara telah ditutup rapat. Rakyat tetap akan bangkit dan kekuatan rakyat tidak mampu dibendung, 25 Mei, Amcorp Mall.

Badrul Hisham Shaharin/CheguBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Gaji Taib Mahmud naik dari RM13,000 ke RM39,000

12 Rejab 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,21 Mei 2013
KUCHING: Bernama hari ini melaporkan, gaji bulanan ketua menteri Sarawak akan naik tiga kali ganda mula 1 Januari 2012 iaitu dari RM13,000 ke RM39,000 sebulan.

Turut dinaikkan tiga kali ganda adalah gaji timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak.

Ia dilakukan di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat.

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas.

Dengan kenaikan gaji ini, ketua menteri Sarawak mempunyai gaji yang lebih besar dari Perdana Menteri.

Bencana angin kencang landa Oklahoma AS.

12 Rejab 1434 H. [MOD] -


anda Oklahom




Moore (Amerika Syarikat): Sekurang-kurangnya 91 terbunuh, manakala beratus-ratus lagi cedera selepas puting beliung selebar tiga kilometer, melanda pinggir bandar raya Oklahoma, semalam.
Pusaran angin kencang itu itu juga memusnahkan kebanyakan rumah, menimbunkan kereta antara satu sama lain dan menyebabkan berpuluh-puluh pelajar terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Malaysia Gagal Ke Suku Akhir Piala Sudirman 2013

12 Rejab 1434 H. [MOD] -

Pasangan beregu Malaysia, Goh V Shem dan Lim Kim Wah meraikan kemenangan berjaya menewaskan pasangan Jerman Ingo Kindervater dan Johannes Schoettler dalam perlawanan Piala Sudirman di Stadium Bukit Jalil pada Selasa. Pasukan negara bagaimanapun tewas dalam persaingan sengit 2-3 di tangan Jerman sekaligus gagal ke suku akhir -Foto M. Azhar Arif/The Star
KUALA LUMPUR: Malaysia tumpas di tempat sendiri apabila gagal mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2013 setelah tewas dengan pasukan Jerman 3-2 pada pusingan peringkat Kumpulan C pada Selasa.
Langkah tempang Malaysia bermula dengan kekalahan pertama melalui beregucampuran nombor lima dunia Chan Peng Soon/Goh Liu Ying yang mengejutkan banyakpihak termasuk ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek dan pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.
"Beregu Chan/Goh mungkin merasa sedikit tekanan dan gementar kerana merekamerupakan pasukan Malaysia yang pertama masuk ke gelanggang hari ini dan sayaharap setiap pemain yang tewas akan menilai punca kekalahan mereka.
"Saya berharap mereka dapat terus meningkatkan keyakinan dan mutupersembahan pada pusingan seterusnya dan para pemain lain terus fokus sertatidak merasa tertekan dengan keadaan ini," kata Chong Wei ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkenaan, di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Pasangan Chan/Goh gagal memberikan mata kepada pasukan negara apabila tewaskepada pasangan Fuchs Michael/Michels Birgit 17-21, 21-18 dan 17-21.
"Rintangan angin yang tidak menentu memberikan kekalahan kepada kami hariini, kami cuba mengejar lawan pada set kedua namun tidak dapat mengekalkankejuaraan apabila tewas pada set ketiga," katanya.
Sementara itu, Chan berkata beliau merasakan sedikit tekanan berikutanmenjadi pasangan yang diletakkan harapan oleh para peminat bulu tangkis negaradan berharap kekalahan mereka hari ini tidak melemahkan semangat pasukan negaramengumpul mata.
Kedua-dua mereka berpendapat pihak lawan dapat mengatasi tekanan yang cuba diberikan dengan baik dan terus fokus terhadap permainan.
Namun episod kekalahan Malaysia tidak terhenti di situ sahaja apabila perseorangan wanita Tee Jing Yi tewas mudah kepada Konon Olga 12-21 dan 14-21.
Harapan peminat bulu tangkis negara musnah apabila beregu wanita Woon Khe Wei/Vivian Hoo Kah Mun yang dijangka bakal menyelamatkan Malaysia untuk ke peringkat suku akhir tewas sengit kepada Michels Birgit/Golsizewski Johanna 21-16,16-21 dan 21-18.
Sementara itu, beregu lelaki kedua negara, Goh V Shem/Lim Khim Wah gembira dengan kejayaan menyumbang satu mata kepada negara dengan kemenangan 21-16 dan 23-21 ke atas beregu Kindervater Ingo/Schoettler Johanne.
"Kami akui agak gementar ketika terikat 20-20 pada set kedua namun kami tidak mahu ia mengganggu emosi kerana kami hanya memberikan fokus sepenuhnyaterhadap permainan.
"Lawan kami memberikan tentangan sengit pada perlawanan hari ini dan kemenangan tersebut merupakan satu kebanggaan buat kami," kata Lim yang pernah ditewaskan lawan sama pada pusingan kedua Terbuka Jerman, Mac lalu.
Mata kedua Malaysia dikumpul melalui Chong Wei yang berjaya mengumpul mata pertama negara menewaskan Domke Dieter 21-18 dan 21-18. -BERNAMA