09 Disember 2013

Gempa kuat landa Kepulauan Kuril

5 Safar 1435H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Kepulauan Kuril di Jepun pada 1.24 pagi ini. 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia gempa itu berpusat di 557 kilometer Timur Laut Asahikawa di Jepun dan 5,239 kilometer Timur Laut Kudat di Sabah. 


Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.

Kelantan bantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu

5 Safar 1435H. [MOD] -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan konvoi kemanusiaan bagi membantu mangsa banjir di Terengganu dan Pahang yang terjejas teruk akibat banjir.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata sebanyak RM50,000 diperuntukkan untuk membantu dua negeri jirannya itu yang merangkumi sumbangan termasuk makanan dan keperluan asas lain. Beliau berkata kerajaan negeri bersimpati dengan mangsa banjir di Pahang dan Terengganu terutamanya daerah yang terjejas teruk seperti di Kuantan dan Kemaman. 

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya

5 Safar 1435H. [MOD] -

KOTA BHARU: Keadaan banjir di Kelantan pulih sepenuhnya apabila semua 99 mangsa banjir yang ditempatkan di empat buah pusat pemindahan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. 

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, 94 orang di Rantau Panjang, Pasir Mas dan bakinya di Pengkalan Kubor, Tumpat dibenarkan pulang selepas jam 10 pagi. 

Banjir: Antara ujian dan kerosakkan akibat tangan manusia

5 Safar 1435H. [MOD] -
Kami berpandangan sudah sampai masanya kerajaan dan semua pihak dengan jujur meneliti musibah alam yang semakin besar dan semakin kerap di negara ini.

Kami berpendapat bahawa kebanyakan bencana alam berpunca daripada kerosakan yang dilakukan oleh manusia yang terdiri dari kerajaan, perancang, pelaksana, penguatkuasa dan gaya hidup rakyat .

Sekadar menyenaraikan musibah yang sering dianggap bencana alam yang ditentukan Tuhan.  yang telah berlaku dan terus berulang seperti tanah runtuh , jerebu,  banjir besar , bangunan runtuh, kemarau melampau , ribut taufan, tsunami, gempa bumi, kerosakan tanaman dan wabak penyakit.

PAS: Mat Sabu wajar bertindak pada Zahid

5 Safar 1435H. [MOD] -


 
pas secretary general mustafa ali 1Beberapa pemimpin PAS menyokong Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu wajar bertindak termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang menyebut "orang nombor dua" PAS berfahaman Syiah.

Pemimpin PAS itu berpendapat kenyataan Zahid itu satu serangan terbuka dan bersifat peribadi sekaligus memburukkan imej PAS.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Mohamad wajar mengambil tindakan terhadap Zahid dan menegaskan parti itu tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai ajaran Syiah yang diamalkan oleh pemimpin mereka termasuk Mohamad.

Mangsa banjir di Pahang, Kelantan menurun pagi ini

5 Safar 1435H. [MOD] -



 
Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di Pahang dan Kelantan menurun pagi ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik namun keadaan tidak berubah bagi mangsa banjir di Terengganu.

Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan berkurangan kepada 33,952 orang berbanding 35,502 orang malam tadi.

Rusuhan di Singapura, 10 polis cedera

5 Safar 1435H. [MOD] -



 
Suatu rusuhan berlaku di persimpangan jalan Race Course dan Hempshire Road di daerah Litle India Singapura pada Ahad malam.

Menurut polis, satu kemalangan maut berlaku pada pukul 9.23 malam melibatkan sebuah bas dan seseorang di persimpangan kedua-dua jalan itu.

PM Thailand umum pembubaran parlimen

5 Safar 1435H. [MOD] -

BANGKOK:  Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat kira-kira sejam sebelum penunjuk perasaan antikerajaan berarak ke Rumah Kerajaan.                   
"Biar rakyat tentukan siapa yang patut mentadbir negara ini," katanya dalam pengumuman menerusi televisyen pagi ini yang memeranjatkan banyak pihak.                       
Beliau menggesa semua parti politik supaya mengambil bahagian dalam pilihan raya yang akan diadakan kelak.

Tiga penyokong cedera parah ketika perlawanan di Brazil

5 Safar 1435H. [MOD] -

SAO PAULO: Reputasi Brazil sebagai tuan rumah bola sepak Piala Dunia semakin tercalar menjelang penganjuran acara kejohanan berprestij itu apabila tiga penonton cedera parah akibat keganasan pada perlawanan liga tempatan, pagi tadi. 

Polis berkata, penyokong Atletico Paranaense and Vasco da Gama bergaduh sesama mereka di tempat duduk Stadium Santa Catarina seawal minit ke-17 apabila Atletico mendahului 1-0. Helikopter polis terpaksa mendarat di atas padang bagi meleraikan keganasan itu dan pasukan perubatan turut membantu mereka yang cedera. - AFP 

Nga Kor Ming Pengerusi DAP Perak yang baru.

5 Safar 1435H. [MOD] -
IPOH: Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming pada Ahad dipilih sebagai Pengerusi DAP Perak yang baharu menggantikan  Datuk Ngeh Koo Ham pada Konvensyen DAP Negeri diadakan di Bukit Merah Lake Town Resort di sini.
Setiausaha Eksekutif DAP Perak, Liew Wai San berkata, pada pemilihan itu Nga yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kepayang berada pada tangga ke-14 daripada 24 calon yang bertanding dengan memperolehi 571 undi manakala Ngeh ditangga ke-15 dengan 565 undi.
"Ngeh dilantik sebagai penasihat DAP Perak," katanya ketika dihubungi.

Alahai Zahid Hamidi...

5 Safar 1435H. [MOD] -
Zahid Hamidi telah berbuat sesuatu yang luar biasa dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mengarahkan rakan sejawatannya dalam kabinet, Jamil Khir Baharom untuk menahan orang nombor dua dalam Pas, Mohamad Sabu kerana dipercayai mengamalkan fahaman Syiah.

Walaupun tidak menyebut secara langsung tetapi apabila beliau menyebut pemimpin nombor dua Pas, ia sangat jelas ditujukan kepada Mat Sabu yang menjadi Timbalan Presiden parti itu.

Tindakan Zahid memberi arahan untuk menangkap seseorang di pentas umum dan secara terbuka dalam Perhimpunan Agung UMNO terlihat luar biasa, bukan saja kerana tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin sebelum ini tetapi juga menyalahi etika sebagai seorang yang ada kuasa.

Kes artikel fitnah Nizar, mahkamah tolak rayuan Utusan

5 Safar 1435H. [MOD] -

Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Utusan Melayu (M) Berhad terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan ia membayar gantirugi RM250,000 kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung artikel berita memfitnah dalam isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1.
    
Panel hakim tiga anggota diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan saman sivil Mohammad Nizar terhadap syarikat akhbar itu.