14 Januari 2013

Ustaz Azhar lancar buku tulisan Saari Sungib

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -



Saari menyampaikan buku terbaru tulisannya kepada Ustaz Azhar.

HULU KLANG: Ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus telah melancarkan buku terbaru tulisan Adun Hulu Klang, Saari Sungib bertajuk ‘Rahisa-Rahsia Besar Di Sebalik Sirah Rasulullah SAW’ terbitan Kemilau Publika.

Pelancaran buku itu diadakan sempena program ceramah Maulidur Rasul di padang AU2A Taman Seri Keramat, malam tadi.

Majlis anjuran bersama Surau Al-Ittifaq dan Ahli Majlis Zon 1 telah mendapat sambutan hebat daripada penduduk Hulu Klang.

harakah/-

'Sampai bila nak tunggu'

Adnan 2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
 
Adnan (tengah) menyatakan sesuatu kepada Mohd Fattah ketika melihat keadaan rumahnya.
 
AMPANG TINGGI – “Sudah enam kali saya menghubungi pihak Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk bertanya status Rumah Mesra Rakyat yang terbengkalai sejak Julai 2012, namun hampa,” kata pemilik rumah, Mohd Fattah Mohd Darus, 30.

Mohd Fattah berkata, rumah berkonsepkan pasang siap itu dimulakan pada Jun 2012 kemudian sebelum puasa iaitu Julai pihak kontraktor menghentikan kerja-kerja pembinaan sehingga kini.

“Saya hairan  kenapa mereka (pihak kontraktor) tidak datang menyiapkan rumah, hingga lantai rumah berlumut dan kawasan sekitar ditumbuhi lalang.

“Bukan itu sahaja, simen yang belum digunakan juga keras, pasir berkurangan dan memang tidak boleh digunakan lagi. Ia mendatangkan kerugian apabila barang pembinaan rosak kerana terlalu lama,” katanya.

Menurutnya, dia juga terpaksa tinggal di rumah ibu mertuanya bersama isteri, Bashiratul Nadiah Mohammad, 35 dan sepasang anaknya.

“Saya difahamkan, pihak kontraktor bukan dari daerah ini, ia dilantik oleh pihak SPNB.  Jadi apabila hendak bertemu dengan pihak kontraktor memang sukar. Saya telefon mereka, tapi tidak berangkat.

“Saya berharap pihak berkaitan dapat memandang serius perkara ini kerana ia membebankan rakyat.

"Memang kita boleh tunggu tetapi sampai bila kami mahu menunggu rumah yang diimpikan siap sempurna, sedangkan pihak kontraktor tidak pernah melihat rumah itu sejak Ramadan tahun lalu,” katanya.

Sementara itu,  Adun Pilah, Adnan Abu Hassan  yang  turun padang melihat Rumah Mesra Rakyat  itu berkata, SPNB seharusnya peka dan perlu proaktif melihat masalah yang dihadapi pemilik rumah berkenaan.

“Sedikit sebanyak, masalah ini memberi kesan kepada pihak kerajaan dan penerima bantuan. Pihak kerajaan sudah membuat dasar yang cukup cantik namun, pelaksanaan itu mencemarkan dasar berkenaan.

“Pada pandangan saya, konsep pasang siap ini kurang sesuai dan pihak SPNB perlu mengkaji semula. Saya difahamkan, kontraktor yang dilantik bukan dari kontraktor orang tempatan ia dari luar Negeri Sembilan," katanya.

Menurutnya, jika kontraktor tempatan menerima projek berkenaan ia lebih mudah kerana lebih dekat dengan pemimpin kawasan. Malah, beliau juga sudah mengenali kontraktor di sini.

"Jika ada aduan dari penduduk kampung, saya boleh terus menegur mereka seperti Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya.

Dalam pada itu, Adnan berharap, pihak berkaitan perlu memandangkan  serius perkara itu kerana terdapat banyak aduan berhubung projek Rumah Mesra Rakyat yang terbengkalai di sini.

sinar/-

'Scan' penyakit guna telefon bimbit, warga emas rugi RM3,500

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

'Scan' penyakit guna telefon bimbit, warga emas rugi RM3,500
Che Rus melakonkan semula bagaimana dia diarahkan berbaring sebelum diperiksa oleh wanita yang menyamar sebagai wakil JKM.
 
ALOR GAJAH - Seorang warga emas rugi kira-kira RM3,500 selepas tiga barangan kemas miliknya dilarikan seorang wanita yang menyamar sebagai wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Lendu Hilir, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Che Rus Uda, 74, didatangi seorang wanita lingkungan usia 20-an yang memperkenalkan diri sebagai wakil JKM.

Menurutnya, ketika kejadian, dia yang tinggal sendirian sejak lebih 50 tahun lalu sedang menonton televisyen sebelum terdengar suara memberi salam berulang kali.

“Perbualan antara saya dengan wanita itu hanya dalam jarak jauh sebelum dia memaksa saya membuka pintu yang dikunci cucu yang keluar beberapa minit sebelum kejadian.

“Kemudian wanita yang memakai kemeja dan bertudung putih itu turun dari sebuah kereta menyatakan hendak melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendesak saya membuka pintu rumah,” katanya.

Che Rus berkata, selepas wanita itu masuk ke dalam rumahnya, dia diarahkan membuka semua barang kemas yang dipakainya dan berbaring untuk melakukan pemeriksaan.

“Walaupun dalam keadaan terpinga-pinga, saya buka juga gelang tangan, rantai leher dan anting-anting dan meletakkannya di atas lipatan baju di ruang tamu.

“Melihat keadaan saya yang tidak selesa berbaring di atas lantai, wanita itu mengarahkan saya masuk ke dalam bilik sebelum dia 'scan' seluruh badan dengan menggunakan telefon bimbitnya sahaja. Kemudian dia keluar untuk menghubungi seseorang,” katanya.

Dia berkata, selesai ‘pemeriksaan’, wanita itu menghalangnya daripada bangun dengan alasan dia akan pitam jika berjalan.

“Sepanjang dalam bilik saya berasa tidak sedap hati memikirkan barangan kemas yang ditinggalkan di ruang tamu dan terus keluar dari bilik sebaik terdengar pintu besi di beranda rumah seolah-olah ditolak seseorang.

“Selepas itu, saya terkejut apabila melihat kesemua barang kemas sudah hilang malah kelibat wanita itu juga tiada,” katanya.

Katanya, sebelum kejadian, wanita berkenaan ada datang ke rumahnya, namun beredar selepas menyedari cucunya, Hussin Abu Hasan, 31, turut berada di rumah dan datang semula 30 minit kemudian.

“Saya difahamkan oleh jiran berdekatan, kereta dinaiki wanita itu sudah berlegar-legar di hadapan rumah saya kira-kira 30 minit sebelum kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menasihatkan golongan warga emas khususnya supaya lebih berhati-hati.

“Warga emas atau individu yang tinggal sendirian di rumah dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan pujukan individu tidak dikenali dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” katanya.

sinar/-

Lafaz Allah: Umno tidak mampu tunai amanah

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


Amanah terbesar dalam Islam ialah memerintah negara, di mana UMNO telah diberi kepercayaan sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan sehingga kini, bagi memimpinkerajaan bagi pihak melayu beragama Islam dalam BN, dahulunya Perikatan.

Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan saling mengerti dalam perkara yang berbeza.

Islam wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua, kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan kosong.

Apabila tercetusnya isu kitab Injil diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, dengan menterjemahkan perkataan God atau Lord atau Tuhan dengan perkataan Allah, UMNO telah gagal bertanggungjawab dengan betul sebagai pihak yang berada di kerusi kekuasaan kerajaan.

Media arus perdana kepunyaan UMNO dijadikan medan perbincangan (tempat bermuzakarah) dalam perkara yang besar ini sehingga melibatkan semua orang, termasuk yang buta ilmu Islam dan hurufnya, setelah hurufnya dihapuskan oleh UMNO.

Padahal urusan kebenaran menerbit buku dan pengedarannya adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam urusan yang berkait dengan Agama Islam, ianya perlu mendapat nasihat dan kelulusan pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri atau Majlis Agama Islam di Negeri – Negeri, di mana keseluruhannya berada di bawah UMNO yang menjadi parti Melayu Islam yang memerintah.

Portfolio kementerian ini di perkuatkan dengan seorang menteri di peringkat Pusat atau exco agama di peringkat negeri.

Mengapa UMNO menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah Allah? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah UMNO yang memerintah?.

Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihanraya sehingga menjadi berkecamuk dikalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?

PAS tampil dengan ilmu Islam dan adabnya. Sebagaimana dalam kenyataan media saya pada 8 Januari 2013 lalu, intipati perkara dua dalam kenyataan media itu adalah jelas dan sangat mudah difahami (hanya yang berniat jahat sahaja tidak membacanya), bahawa kalimah Allah yang Maha Suci dan Mulia, tidak mampu diterjemahkan ke dalam apa-apa perkataan daripada bahasa yang lain, termasuk Bahasa Arab sendiri dengan perkataan yang lain daripada perkataan Allah, kerana tidak ada satu kalimah yang sama erti dengannya.

Lebih jauh lagi, perkataan ber Bahasa Melayu atau apa sahaja bahasa di kalangan bangsa yang menganut agama Islam, sehingga semua bangsa penganut Islam tidak menterjemahkan kalimah “Allah” ke dalam bahasa lidah masing-masing atau bahasa sendiri.

Begitulah juga perkataan Tuhan dalam Bahasa Melayu, God dan Lord dalam bahasa penganut agama Kristian paling ramai, tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Allah, kerana tidak mencapai maksudnya. Firman Allah menjelaskan makna Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat ; "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Nya".

Mengikut bahasanya perkataan God dan Lord ada plural, male dan female (God, Gods, Goddess, Lord, Lords) dan begitulah juga perkataan Tuhan dalam bahasa lain.

Adapun perkataan Allah adalah Maha Esa seperti dinyatakan dalam surah al-Ikhlas adalah huraian mengikut bahasa al-Quran, sehingga semua nama-nama Allah (Al Asma Al Husna) termasuk dalam nama tunggal Allah.

Maka pihak bukan Islam tidak boleh mengelirukan kalangan penganut Islam apabila menggunakan kalimah Allah (intipati perkara tiga dalam kenyataan media 8 Januari 2013). Bahkan menafsirkan perkataan ar-Rahman pun boleh merendahkan maknanya sehingga laksana maki hamun terhadap Allah. Firman Allah :

Yang maksudnya : Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) ar-Rahman, mempunyai anak.". Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara Yang besar salahnya !. Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, Bahawa ia mempunyai anak. Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing masing akan datang mengadapnya pada hari kiamat dengan seorang diri.

Begitulah seriusnya kesan apabila kalimah Allah disalahgunakan di hadapan penganut Islam dan Umat Islam wajib mempertahankan aqidah penganutnya, maka penyalahgunaan kalimah Allah dalam masyarakat Islam adalah dilarang . Ada pun kuasa dari segi perundangan berada di tangan parti yang memerintah, bukannya PAS.

Al-Quran juga melarang penganut Islam memaki tuhan yang dipercayai oleh penganut agama lain sehingga menimbulkan ketegangan yang menghina Allah.
Firman Allah :

Yang maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Ada pun penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam dalam urusan agama mereka atau sesama mereka atau dalam penggunaan bersama yang tidak menimbulkan kekeliruan, maka al-Quran dan Hadith mengizinkan dengan penjelasan secara lisan dan amalan (intipati perkara nombor empat dalam kenyataan media 8 Januari 2013).
Firman Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

Rasulullah S.A.W. mengarahkan sahabatnya meletakkan ayat ini ke dalam surat yang dihantar kepada Raja Rom, Mesir dan Habsyah yang menganut agama Kristian supaya menjelaskan penggunaan kalimah oleh mereka dengan betul.

Betapa sucinya kalimah Allah walau pun digunakan oleh penganut agama kitab dengan fahaman mereka yang salah maka dihalalkan penganut Islam memakan sembelihan mereka dengan nas al-Quran:

Yang maksudnya : Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka).

Kalimah Allah diterima bersama dalam perjanjian Hudaibiyyah di antara Rasulullah SAW dengan pemimpin Musyrikin Makkah dengan fahaman yang berbeza terhadap kalimah Allah dan bersetuju untuk berdamai.

Para ulama dan pemimipin PAS, bahkan di luar PAS dan para mufti yang majoritinya tidak bercakap kerana ditutup suaranya, adalah bersepakat dalam perkara yang sudah dinaskan dalam al- Quran dan Sunnah. Jangan laga-lagakan para pemimpin PAS dan ulama melalui media dengan cara memutar belitkan laporan, sehingga tersalah langkah membawa padah kerana jahil murakkab.

Malangnya semua kenyataan secara nas ini dilupakan kerana kesilapan UMNO yang tidak mampu mentadbir urusan agama Islam. Jabatan Agama hanya ditugaskan untuk mengawasi kuliah agama, khutbah jumaat dan kegiatan agama yang boleh mendedahkan aurat Umno yang tidak menutup aurat supaya UMNO menjadi parti maha suci daripada segala dosa.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa yang penting bagi UMNO hanyalah kemenangan pilihanraya mendapat kuasa semata-mata tanpa batas –batas iman dan kufur, benar dan salah, dosa dan pahala.

UMNO melakukan kesilapan dan dosa besar apabila menyerahkan urusan kalimah Allah ini kepada pasukan propaganda dan saraf dalam partinya dan jentera kerajaan yang dikhadamkan, maka berlakulah perbincangan yang lebih buruk daripada laksana menyerah bunga d itangan sang kera yang tidak berakal, kemudian diserahkan kepada para ilmuan, ulama dan mufti pengecut berdepan secara muzakarah, tetapi sanggup menjadi terompah kayu kepada UMNO untuk menegakkan hujah laksana mereka yang dinyatakan oleh Allah:

Yang maksudnya: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Tuan-tuan, janganlah jadikan PAS terpaksa membasuh kekotoran yang diadakan oleh UMNO, dan dalam masa yang sama PAS pula dipersalahkan atau menjadi kambing hitam yang disembelih kerana mempertahankan khurafat UMNO.

PRESIDEN PAS

Protes antigay di Vatican, Pari

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

PARIS - Ratusan ribu orang termasuk penganut agama Islam mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perkahwinan gay di bandar raya ini semalam. 

Protes itu diadakan bagi membantah tindakan Presiden Perancis, Francois Hollande untuk membenarkan perkahwinan gay.

Sebanyak 900 buah bas digunakan untuk membawa para penunjuk perasaan di lokasi tunjuk perasaan di sini.

Tunjuk perasaan tersebut dihadiri oleh pelbagai penganut agama termasuk Kristian.
"Kami mahu draf undang-undang perkahwinan gay itu ditarik balik," kata seorang penganjur penunjuk perasaan, Patricia Soullier.

Beliau membuat kenyataan itu kepada stesen televisyen BFM-TV sebelum menaiki sebuah kereta api bagi menghadiri tunjuk perasaan tersebut.

Sebelum ini, Menteri Kehakiman, Christiane Taubira menganggap undang-undang perkahwinan itu sebagai satu perubahan terhadap tamadun manusia.

Beberapa wanita yang tidak berbaju dengan mendedahkan payudara turut diadakan di Vatican yang merupakan tempat tinggal Ketua Gereja Kristian Katolik, Benedict XVI.

Bagaimanapun, beberapa anggota polis menangkap wanita-wanita tersebut.

Kumpulan wanita itu mengadakan tunjuk perasaan bagi menentang perkahwinan gay.

Mereka merupakan anggota pertubuhan pembela hak wanita yang dikenali sebagai FEMEN. - Agensi

kosmo/-

Zairil kesal serangan peribadi dari Tunku Aziz

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -









(Zairil kesal serangan pribadi Tunku Aziz)

KUALA LUMPUR: Zairil Khir Johari, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP kesal dengan serangan peribadi yang dibuat oleh bekas Naib Pengerusi DAP, YM Tunku Aziz.

Beliau dengan tegas berkata, "Saya tidak akan mengkhianati warisan ayahanda saya."

Ini adalah buat pertama kalinya pimpinan DAP menjawab segala serangan yang dibuat oleh bekas pemimpin yang meninggalkan DAP itu.

"Saya berasa amat dukacita dan kecewa membaca serangan YM Tunku Aziz ke atas keturunan dan nama baik keluarga saya.

"Saya percaya bahawa politik sebegini tidak mempunyai tempat dalam masyarakat kita, dan saya kesal kenyataan ini datangnya daripada seorang yang berkedudukan seperti beliau," kata Zairil yang juga Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Saya tahu siapa ayahanda saya, dan bagi saya itu sudah mencukupi.

"Saya berbesar hati menyatakan bahawa saya bukan sahaja telah mewarisi darahnya, malah saya harap saya telah juga mewarisi integriti, ketabahan dan prinsip-prinsipnya.

"Sepertimana sifat-sifat ini telah menjadi panduan kepada kerjaya politiknya yang dihormati ramai, insya-Allah ia juga akan menjadi panduan kepada saya," kata Zairil dalam kenyataannya.

Menurut Zairil, arwah ayahanda beliau, Allahyarham Khir Johari, tidak pernah sesekali pun mengalah dalam perjuangannya untuk tanah air.

"Saya sedar bahawa mereka yang menganiayai saya ingin menghancurkan semangat saya.

"Namun begitu, sekiranya saya mengalah, saya bukan sahaja akan mengkhianati diri, malah mengkhianati warisan ayahanda saya.

"Ini saya tidak sanggup lakukan sama sekali," katanya tegas.

harakah/-

Corat coret HKR #KL112

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Seorang pemandu teksi berusia awal 50-an yang saya tumpangi dari Stesen Monorel Bukit Nenas untuk ke Central Market pada petang Jumaat 11 Januari 2013 begitu rancak bercerita tentang kebanjiran ramai orang di sekitar Kuala Lumpur hari tersebut. Lumayan sungguh pendapatannya hari ini, dari awal pagi sehingga hampir jam 4.30 petang, kira-kira RM1,000 telah masuk ke poketnya.

Saya hanya memberi komentar ringkas dalam rangka mahu menguji sejauh mana minatnya untuk bercakap tentang himpunan yang bakal berlangsung keesokannya, “Alhamdulillah… syukur atas rezeki kurnian Allah.”

Pak Cik teksi itu bertanya lagi, “Agak-agak esok ada gas tak?” Juga jawapan ringkas saya berikan. “Entahlah Pak Cik, dengar khabarnya himpunan esok mendapat permit polis.”

“Ada permit pun, bukan boleh percaya sangat dengan polis ni! Esok dia buat perangai gila, habisss..” Bebelnya dengan nada penuh kekesalan atas perlakuan dan tindakan polis semasa himpunan-himpunan yang telah lepas.

“Himpunan Bersih yang terakhir baru ni, Pak Cik pun kena gas. Aduh! Pedih sekali…”

Dengan nada bergurau saya menyampuk, “Pak Cik tahu dah kawasan tu ada demonstrasi, buat apa pergi bawak teksi kat situ?”

Sambutnya…“Ha…ha…ha… bukan Pak Cik pergi bawak teksi kat situ, Pak Cik pun hadir sekali himpunan tu, kena kejar polis, kena air kimia, kena gas…”

“Ha…ha…ha… Kalau begitu, kita senasiblah Pak Cik, saya pun kena kejar, kena gas sama macam Pak Cik jugak…”

“Jadi… adik mari KL ni, nak hadir himpunan esoklah?” soal Pak Cik tu lagi.

“Sudah semestinya!” jawab saya lagi.

“Ha…ha…ha… kita serupa rupanya…” ketawa Pak Cik tu lagi.

“Itulah Pak Cik ni… Polis tak bagi pergi, Pak Cik degil! Pergi jugak… Kan dah boleh rasa ubat resdung.” Gurau saya lagi sehingga Pak Cik teksi itu terus ketawa besar.

Ketika sampai ke destinasi Pasar Seni dan bersalaman dengannya, sempat saya memaklumkan bahawa saya adalah salah seorang pimpinan PAS Terengganu yang pernah bertanding mewakili PAS dalam pilihanraya, tangannya mengenggam erat tangan saya sambil berkata, “Insya Allah kita kuburkan BN dalam pilihanraya akan datang!”

Jam 12.30 tengah hari, Sabtu 12 Januari 2013. Ketika pintu Stadium Merdeka mula dibuka, saya diantara peserta awal yang memasuki stadium, berjemur panas di tempat duduk terbuka ketika tempat duduk stadium hanya sekitar ¼ dipenuhi orang ramai.

Dalam ingatan, kali pertama dan terakhir saya menjejakkan kaki ke dalam Stadium Merdeka sebelum ini adalah pada tahun 1992 ketika menuntut di Universiti Malaya. Sekadar untuk melepaskan tekanan belajar, dengan motosikal cabuk Honda Cup buruk, saya datang ke Stadium untuk menyaksikan satu perlawanan Liga Semi Pro ketika itu antara pasukan Brunei dan Tentera.

Kalau tak kerana himpunan HKR KL #112 ini, mungkin benar itulah kali pertama dan terakhir saya mengunjungi tempat di mana kemerdekaan negara diistiharkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Duduk bersebelahan dengan seorang lelaki Cina yang rancak bercerita. “PAS sekalang ini bagus woo… talak macam dulu lagi. Tengok… itu Melayu, Cina, India semua boleh pakai baju PAS! Termasuk saya juga.” Ujarnya dengan sedikit nada bangga apabila memakai t-shirt bertulis ‘Pas Untuk Semua’.
“Dalam isu itu tuhan Allah… saya tengok itu Tok Guru sangat cerdik..” Komennya lagi mungkin mengulas isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

“Saya pun agama kristian, tapi saya boleh terima itu penjelasan Tok Guru.”

Sebagaimana biasa, saya suka menjadi pendengar setia dan cuba untuk menangkap butir-butir bernas yang boleh dijadikan bahan penulisan sambil berfikir bahawa mungkin dia telah meneliti kenyataan akhbar Tuan Guru Presiden dalam isu penggunaan kalimah Allah.

“Uncle agak penuh tak stadium ni hari ni?” soal saya untuk menyambung topik perbualan. “Mesti penuh sesak woo… you tengoklah sendiri nanti!”

“Uncle asal dari mana?” saya ingin mengenalinya lebih lanjut sambil menghulurkan bisness kad saya kepadanya.

“Saya orang KL… Wah! You keleja doktor yaa..! manyak bagus…” “Itu olang-olang cerdik tarak mau sokong BN lagi!”

“Ya lah uncle… saya dah sokong PAS semenjak dalam perut mak saya lagi.” Gurau saya. “Oooo… itu macam kaaa?”

“Ha… ha… ha…!” kami sama-sama ketawa.

“Lepas pilihanraya nanti, kita kasi masuk itu BN dalam nuseum.” Gurau apek itu lagi dengan penuh kemesraan sehingga kehangatan cuaca pada petang itu tak begitu terasa.

Melihat jam masih awal, stadium pun masih banyak kekosongan, saya mengajak uncle Cina tersebut keluar mencari minuman dahulu. Kebetulan yang terdekat ditemui hanyalah minuman dalam tin 100 plus.

“O.k uncle! Hari ni tak ada gas, mari kita minum air gas!”

“Ha… ha… ha…” Apek tu ketawa besar.

Kanak-kanak didakwa diculik 1994 tinggal bersama datuk

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
Michael Landers
Michael Landers yang dikesan semula baru-baru ini. Foto kecil wajah Michael ketika dia hilang pada tahun 1994. - Foto ihsan

 
BROWERVILLE - Seorang ibu tunggal Indiana yang mendakwa anaknya diculik hampir 20 tahun lalu menemui semula anaknya baru-baru ini.

Bagaimanapun kanak-kanak itu 'dilarikan' oleh datuk dan nenek sebelah bapanya selepas ibu bapanya bercerai sehingga tidak disedari oleh mereka.

Ekoran dakwaan ia diculik, pihak berkuasa terpaksa mencari kanak-kanak berusia lima tahun itu yang dikenali sebagai Richard Wayne Landers Jr selama bertahun-tahun, tetapi kes itu senyap begitu saja.

Mereka akhirnya mendapati kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan nenek sebelah bapanya di bandar kecil Minnesota, Browerville dan telah menukar namanya pada tahun 2006 kepada Michael Jeff Landers.

Lisa Harter dan bapa kanak-kanak itu, Richard Wayne Landers Sr mendakwa kehilangan anaknya pada tahun 1994.

Lisa dan Richard kemudian bercerai, dan datuk dan neneknya mendapat hak penjagaan anak mereka selepas memfailkan tuntutan penjagaan cucu mereka.

Selepas Lisa berpindah ke sebuah apartmen dan mendapat jagaan anaknya pada hujung minggu. Dia memfailkan petisyen untuk mendapatkan hak jagaan penuh apabila dia berkahwin.

Pegawai Richard Muntz kemudian memberitahu pihak media bahawa hakim memberi hak penjagaan sementara kepada ibunya sebelum anaknya dibawa lari oleh datuk dan neneknya sendiri.

Pegawai polis, Sherif Peter Mikkelson berkata, siasatan sedang dijalankan untuk kes itu yang bakal dikemukakan kepada pihak berkuasa persekutuan membabitkan kes penculikan.

Michael Landers pula seperti memahami keadaannya dan rela tinggal dengan datuk dan neneknya.

sinar/-

Bermula kebangkitan bangsa Melayu menolak Umno

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Sesungguhnya perhimpunan kebangkitan rakyat semalam adalah satu kejayaan. Dianggarkan hampir 200 ribu rakyat Malaysia telah turun ke Stadium Merdeka tanpa dibayar dan dipaksa mahupun diumpan dengan beras semata-mata mahu menunjukkan kebencian dan betapa meluatnya mereka kepada pemerintahan Umno-Barisan Nasional.

Yang lebih membanggakan adalah 70 peratus yang hadir itu adalah daripada bangsa Melayu/Islam kerana pada perhimpunan kali ini, orang-orang Cina dan India tidak berapa ramai turun. Hal ini kerana perhimpunan kali ini adalah anjuran parti-parti politik dan bukannya anjuran NGO seperti BERSIH 2 dan 3.

Namun, itu tidak bermakna orang-orang Cina telah kembali kepada Umno. Mengikut kajian saintifik yang terbaru, sokongan orang Cina kepada BN hanyalah pada tahap 20 peratus atau lebih sikit.

Hakikatnya, kedatangan ratusan ribu bangsa Melayu kepada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat ini adalah tanda jelas bahawa bangsa Melayu sedang bangkit.

Yakni, bangsa Melayu sedang bangkit menolak dan membuang Umno.

Insya-Allah, Umno akan tumbang kerana ketiga-tiga bangsa di Malaysia sudah menolak parti yang hanya tahu mengkayakan anak beranak pemimpin mereka sahaja.

harakah/-

Deklarasi HKR #KL112

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


Deklari Bahawasanya, muafakat asas Kebangkitan Rakyat hari ini meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai kompas perjuangannya.

Himpunan Kebangkitan Rakyat beriltizam untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul setelah berdekad diruntun salah guna kuasa, rasuah dan politik perkauman.

Maka kami, yang berhimpun di sini, mewakili anak semua kaum pada petang ini, dengan penuh iltizam, dan berteraskan falsafah bahawa tidak ada warga dari mana-mana bangsa, agama, jantina mahupun fahaman politk akan disisih atau diabaikan dari sudut sosial dan ekonomi, mengajukan tuntutan-tuntutan seperti berikut:

Pertama: Kami menuntut pilihanraya yang bersih, adil dan telus yang merangkumi media yang bebas;

Kedua: Kami menuntut agar prestasi, wibawa dan reputasi FELDA diselamatkan demi menjamin kedudukan ekonomi dan pemilikan tanah warga peneroka;

Ketiga: Kami menuntut Sabah dan Sarawak diiktiraf adil-setara dengan  Semenanjung Malaysia;

Keempat: Kami menuntut 20% daripada hasil royalti minyak dikembalikan kepada negeri yang menjadi pengeluar petroleum;

Kelima: Kami menuntut kerajaan mengiktiraf dan meningkatkan profesionalisme, menjamin kebajikan dan melindungi masa depan kakitangan awam termasuk guru-guru dan anggota keselamatan;

Keenam: Kami menuntut kehidupan dengan persekitaran alam yang bersih dan menyihatkan;

Ketujuh: Kami menuntut agar bahasa kebangsaan dimartabatkan dan bahasa ibunda kembali dijulang dan bahasa Inggeris dipertingkatkan di dalam sistem pendidikan negara serta pendidikan percuma untuk semua anak Malaysia;

Kelapan: Kami menuntut pembebasan semua tahanan politik yang ditahan tanpa keadilan;

Kesembilan: Kami menuntut agar kampung-kampung tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan; dan

Kesepuluh: Kami menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia

Dengan ini, kami yang berhimpun di sini, pada petang ini, sesungguhnya berikrar dan bersetia untuk meneruskan perjuangan sehingga kesemua tuntutan-tuntutan kami didengar dan dipenuhi.

harakah/-

Tuan Ibrahim ziarah peserta HKR112 kemalangan

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Tuan Ibrahim mendoakan agar Daud cepat sembuh)

TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menziarahi Daud Abdul Manan yang kemalangan motosikal ketika pulang dari HKR112 Sabtu lalu.

Beliau yang kini dirawat di Hospital Temerloh cedera apabila motosikal yang dinaikinya terbabas di atas Jambatan Temerloh sebelum R&R Temerloh.

Sumbangan derma dari semua pihak amatlah dihargai.

Daud, seorang penjaja ikan menaiki motosikal dari Terengganu untuk menyertai perhimpunan itu  namun ditimpa kemalangan dalam perjalanan balik.

Beliau yang mempunyai enam orang anak di mana anaknya yang sulung adalah dan baru berusia 17 tahun.

Anak yang ketiga baru 15 tahun,  keempat 11 tahun, kelima berusia lapan tahun dan yang bongsu berusia lapan bulan.

Kepada mana-mana pihak yang sudi memberikan sumbangan kepada beliau boleh terus memasukkannya ke akaun BSN : 1110029849518290 atas nama isterinya,
Mek Wook @ Rohaya Binti Awang.

harakah/-

Sudah 20 tahun kami hadapi masalah ini...

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


PONTIAN: Ini bukan di pendalaman Sabah atau Sarawak tetapi di negeri yang lahirnya parti yang memerintah negara sekarang, Umno iaitu di Johor.
(Inilah jalan kampung kami bila hujan, yang sudah 20 tahun terbiar. Apa berlaku kepada penunggang ini kalau termasuk lopak?)

Sudah pelbagai usaha yang dibuat penduduk kampung ini untuk membolehkan jalan di kawasan mereka ini ditarkan, namun mereka ditendang ke sana ke sini.

"Saya mengadu kepada YB Ahmad Maslan tentang perkara ini, tapi beliau menyatakan jalan itu kawasan Batu Pahat dan bukan kawasannya," cerita Puan Siti Hadijah Bt Bonaim dalam suratnya kepada Harakahdaily.

Menurut beliau, masalah ini bukan baru bahkan sudah 20 tahun berlalu.

Masalah yang dihadapi mereka kian ketara apabila musim hujan tiba.

"Sejak kebelakangan ini sering kali hujan, ditambah pula dengan kenderaan besar seperti lori yang melalui jalan tersebut," katanya.

Berikut adalah surat Siti Hadijah kepada Harakahdaily bagi mengadu masalah ini.


Assalamualaikum.

Nama saya Siti Hadijah Bt Bonaim (gambar). Saya wakil penduduk Kampung Parit Abas Darat , 82210, Benut, Pontian, Johor.

Saya ingin membuat permohonan naik taraf jalan di kampung saya dari tanah merah ke tanah tar.

Ini kerana sejak kebelakangan ini sering kali hujan, ditambah pula dengan kenderaan besar seperti lori yang melalui jalan tersebut.

Dalam sehari lebih kurang 20 buah lori menggunakan jalan itu.

Jalan tersebut boleh menembusi ke Rejo Sari, Air Hitam, Parit Raja, dan Batu Pahat.

Jalan tersebut yang belum di tar lebih kurang 1 kilometer lagi.

Sebelum ini pun saya telah mengadu hal ini ke dalam surat khabar Berita Harian, dan menelefon terus kepada Yb Ahmad Maslan, YB Ayub Bin Jamil, Ketua Kampung dan pihak atasan yang lain.
Namun begitu, tiada apa-apa tindakan yang dilakukan.

Saya berasa amat dukacita kerana sudah 20 tahun jalan tersebut tidak di tar.

Saya mengadu kepada YB Ahmad Maslan tentang perkara ini, tapi beliau menyatakan jalan itu kawasan Batu Pahat dan bukan kawasannya.

Tambahan pula, kadang kala hujan di waktu pagi, anak saya hendak pergi ke sekolah susah kerana keadaan jalan yang lecak dan pada waktu panas jalan berabuk pula.

Saya berharap agar pihak tuan datang dan melihat sendiri keadaan jalan ke rumah saya.

Segala kerjasama amat dihargai dan tindakan segera dilakukan.

Jikalau ada sebarang kemusykilan, boleh hubungi di talian ini.  (012-7519037). Ini no telefon suami saya, Sarni Bin Sa'aim.

Tahun Baru Cina: Teras anggap Soi Lek celaru

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyanggah pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menyifatkan garis panduan kerajaan PAS Kedah mengenai sambutan Tahun Baru Cina sebagai menggugat serta menghakis hak dan kebebasan golongan bukan Islam di negeri itu.

“Kami berpendapat garis panduan dikeluarkan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah pada 9 Januari lepas antaranya melibatkan aspek pemakaian, nyanyian dan tarian adalah wajar dan tidak  bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, amat dangkal dan berbau politik jika soal kesusilaan dan kesopanan dalam majlis awam dilihat sebagai sikap tidak menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak golongan bukan Islam.

Justeru, beliau mempersoalkan apakah Presiden MCA itu sengaja tidak mahu faham bahawa Rukun Negara yang menekankan soal kesusilaan dan kesopanan adalah salah satu asas yang penting yang perlu dipelihara di negara ini.

Katanya, hanya dengan alasan hak golongan bukan Islam MCA menolak peraturan yang berkaitan dengan kesopanan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan Kedah adalah sangat sempit dan tidak layak disuarakan dari sebuah parti politik yang sudah begitu lama di negara ini.

Menurutnya, jelas Presiden MCA itu telah bercelaru dalam banyak hal mengenai Islam bukan sahaja beliau telah mempersoalkan isu berjabat tangan antara wanita Islam dengan bukan Islam, isu larangan berjudi, isu hudud malah jelas dalam soal kesopanan awam pun keliru.

“Apakah hak untuk berpakaian tidak sopan dan perlakuan tidak menghormati nilai dan adab dalam masyarakat juga boleh dianggap sebagai hak yang perlu dipertahankan?

“Tidakkah nilai dan adab ketimuran adalah salah satu norma masyarakat di negara ini yang perlu dipelihara?” tanya Mohd Azmi.

Sehubungan itu, tegasnya Teras menyokong garis panduan yang dikeluarkan kerajaan Kedah mengenai penganjuran program '1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' yang akan berlangsung di Star Walk Alor Setar pada 15 Februari depan.

Tambahnya, garis panduan yang menggariskan cara pemakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau, sangat wajar dan perlu diikuti sebagai pendidikan yang membina nilai masyarakat dalam negara ini.

Baginya, sikap negatif Soi Lek terhadap apa sahaja yang menyentuh persoalan hukum moral dan akhlak melambangkan beliau berpegang kepada sikap yang ultra liberal atas nama hak orang bukan Islam.

Mohd Azmi menambah, Teras yakin bahawa pandangan Soi Lek itu tidak mewakili masyarakat bukan Islam kerana umumnya masyarakat menghormati nilai-nilai kesusilaan dan kesopanan sebagai ciri masyarakat Malaysia yang berteraskan acuan moral kita sendiri.

“Kami menegaskan pihak kerajaan Kedah perlu meneruskan penguatkuasaan peraturan tersebut dan berbincang dengan masyarakat dan penganjur acara mengenai bagaimana sambutan itu dapat berjalan dengan harmonis dan lancar sesuai dengan nilai murni yang disanjung oleh semua kaum di negara ini,” ujarnya.

HARAKAH/-

Pakej benih padi kebal mahal

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Mohd Yahya (kanan) mencatat aduan pesawah ketika kunjungan di Sawah Sempadan.
Mohd Yahya (kanan) mencatat aduan pesawah ketika kunjungan di Sawah Sempadan.
TANJONG KARANG - Kebanyakan pesawah di Sawah Sempadan, di sini merungut apabila terpaksa membelanjakan kira-kira lebih RM800 bagi setiap hektar semusim untuk pakej benih padi kebal yang dibekalkan.

Mereka mendakwa satu pakej benih padi kebal ditawarkan dengan RM110 sehingga RM120 termasuk kos penghantaran itu mahal dan kurang berkualiti.

Ketua Blok T1, Mohd Faizal Salleh, 32, berkata, pesawah hanya akan menerima 20 kilogram benih padi dengan 20 gram racun satu pakej benih.

“Jika dibandingkan harga kilang, bagi 20 kilogram padi dibekalkan hanya bernilai RM28 sahaja dan menyebabkan pesawah menilai harga racun termasuk kos penghantaran berjumlah lebih RM80.

“Bagi satu petak sawah berkeluasan 1.2 hektar memerlukan tujuh atau lapan beg benih padi 20 kilogram dan jika dikira kos keseluruhan, ia terlalu tinggi dan tidak menguntungkan pesawah,” katanya.

Mohd Faizal berkata, harga jualan padi masih sama iaitu pada takat harga RM1,250 pertan dan pesawah akan menanggung kerugian apabila didapati 20 peratus benih yang dibekalkan perbeg tidak berkualiti.

“Harga benih padi mahal, belum tentu semua benih ini akan membesar, malah pesawah juga terpaksa menanggung kos membeli racun tambahan bagi membendung masalah haiwan perosak seperti tikus dan siput,” katanya.

Seorang pesawah, Ahmad Mukri, 60, berkata, walaupun benih padi kebal yang dibekalkan agak mahal berbanding benih padi biasa, namun hasil padi yang diperolehi meningkat berikutan padi tidak mengalami serangan atau kerosakan.

“Mungkin formula racun yang disediakan bersesuaian dengan benih padi kebal, namun ia tidak boleh digunakan lebih tiga musim kerana boleh merosakkan tanah.

“Jika dibandingkan dengan bekalan benih padi terdahulu, harga yang disediakan tidak mahal namun petani terpaksa berdepan dengan pelbagai jenis serangan dan kerosakan padi jika tidak dijaga dengan rapi.

“Meskipun benih padi kebal ini mampu meringankan kerja pesawah, namun jika dapat dikurangkan harga di bawah RM100, ia cukup melegakan kami,” katanya.

Seorang lagi pesawah, Sahril Salimon, 28, memohon supaya supaya harga benih padi dapat dikurangkan bagi membolehkan pesawah menampung kos penanaman padi yang semakin meningkat.

“Harga jualan benih padi sewajarnya dipantau memandangkan harga yang dikenakan berbeza di setiap kawasan, malah pesawah berhak mengetahui harga sebenar benih padi serta pakej racun yang dibekalkan pengilang bagi mengelakkan kekeliruan atau ditipu,” katanya.


Jangan ambil jalan mudah

Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dun Permatang, Mohd Yahya Mat Sahri berkata, isu ini sering dibangkit pesawah setiap musim, namun rungutan mereka tidak sampai kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Isu harga berkaitan padi ini sepatutnya dikawal sepenuhnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan bukannya mengambil jalan mudah untuk diswastakan sekali gus menekan pesawah dengan pelbagai masalah.

“Meskipun benih padi mempunyai subsidi kerajaan, namun pesawah masih merungut harga yang dikenakan mahal dan keliru harga sebenar racun yang dibekalkan.

“Mereka hanya tahu harga sepakej yang dibekalkan dalam lingkungan RM110 sehingga RM120 termasuk kos penghantaran bergantung kepada caj yang dikenakan pembekal,” katanya.

Mohd Yahya berkata, permohonan pesawah yang mahu mendapatkan bantuan kerajaan negeri melalui input sokongan akan dipanjangkan kepada pihak berkenaan.

“Kita sedia maklum kerajaan negeri ada menyediakan bantuan seperti baja dan racun kepada pesawah yang memerlukan, Saya akan bangkitkan permohonan ini kepada Exco terlibat,” katanya.


Kementerian akan kaji semula

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, kementerian akan melakukan kajian dari segi kos pakej benih padi yang boleh menguntungkan petani.

“Saya difahamkan, racun dibekalkan untuk benih padi kebal hanya sekali pakai sahaja dan pendekatan ini mengurangkan tenaga dan menjimatkan masa pesawah.

“Bagaimanapun, kementerian sedang menjalankan kajian dari segi kos racun subsidi dan baja tambahan yang dibekalkan berikutan timbulnya rungutan berhubung isu benih padi kebal mahal.

“Kalau guna benih padi biasa, pesawah perlu mengeluarkan kos tinggi untuk menjaga hasil mereka memandangkan risiko serangan penyakit dan kerosakan tinggi jika dibandingkan penggunaan benih padi kebal ini.

“Kita akan kaji kebaikan dan keburukan penggunaan benih padi kebal ini kerana yang penting, hasil pengeluaran padi dapat dipertingkatkan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Program Turun Padang Parit Empat, Sungai Burong.

Mengulas lanjut isu padi angin, Noh menjelaskan, sebelum ini pembekal diberi ingatan supaya setiap satu kilogram, padi angin tidak boleh melebihi 10 biji.

“Pembekal juga diwajibkan menggunakan mesin pemisah benih padi dan apabila syarat ini dikenakan, saya lihat rata-rata hasil padi meningkat,” katanya.

SINAR/-

Lagi empat hari pertandingan tamat

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -



Peraduan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran tinggal empat hari lagi. Tarikh akhir penghantarannya ialah pada 18 Januari 2013 ini. Mana-mana yang ingin menghantar tulisan mereka dinasihatkan agar tidak menunggu sehingga tarikh akhir.

Para penulis juga sewajarnya tidak melepaskan peluang untuk memenangi hadiah yang begitu lumayan iaitu hadiah utamanya wang tunai bernilai RM10,000, kedua RM5,000 dan ketiga RM3,000 serta 17 tulisan lain akan diberikan hadiah sagu hati berupa wang tunai bernilai RM100.

Peraduan ini meminta peserta menulis artikel berdasarkan ayat al-Quran surah an-Nisa, ayat 58 yang bermaksud;

“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.

Tujuan peraduan ini diadakan ialah untuk mengajak rakyat agar berfikir dan menuntut kerajaan yang adil dibentuk di negara ini; mendekatkan rakyat dengan ayat al-Quran; dan mengajak rakyat agar berhujah dengan al-Quran.

Sebelum mengirim tulisan, anda dinasihatkan agar membaca dengan teliti syarat penyertaan dan memahaminya agar menepati kehendak penganjur. Kepada yang berminat masih belum terlambat untuk menyertainya dengan menghantar artikel mereka ke emel budayaharakahdaily@gmail.com

HARAKAH/-

Keluarga mentua ‘ganas’

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

FotoPasir Puteh: Perkahwinan yang dikatakan tidak direstui selama tiga tahun semakin pahit untuk dilalui seorang ibu muda apabila dia mendakwa menjadi mangsa belasahan keluarga mentuanya yang mengikat kedua-dua kaki dan tangannya sebelum disepak bertubi-tubi dalam kejadian di Kampung Batu Sebutir, pagi kelmarin.
 
Lebih menyedihkan apabila mangsa yang berusia 29 tahun itu merayu supaya tindakan terbabit dihentikan, namun ia tidak diendahkan, malah kepala mangsa dihantuk ke dinding rumah dalam kejadian jam 7 pagi itu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa pengsan sebelum dibawa pulang ke rumah kakaknya di Kampung Padang Pak Amat, di sini, dan ditahan di wad semalaman di Hospital Tengku Anis (HTA) untuk rawatan.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Liza berkata, pada mulanya dia berselisih faham dengan suami berusia 34 tahun sebelum lelaki itu keluar rumah akibat tidak berpuas hati apabila ditegur kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Ibu mentuanya kemudian melarikan anak lelakinya yang berusia 12 bulan ke rumah saudara terdekat supaya tidak melihat kejadian itu.

METRO/-

Deepak: Saya hanya mahu dedah penyelewengan

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


 
Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menafikan bahawa siri serangannya ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermotifkan kepentingan peribadi.

Katanya, beliau melakukan pendedahan berkenaan secara ikhlas untuk mendedahkan penyelewengan kerajaan.

"Saya melakukannya untuk kepentingan awam; saya tiada apa-apa keuntungan daripada ini... Kesemuanya disokong oleh dokumen," katanya.

Beliau juga menafikan bahawa tindakan berkenaan dilakukannya untuk memeras ugut.

"Saya tidak diberikan apa-apa dan saya tidak meminta apa-apa sebagai balasan," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini pada hari Jumaat lalu.

Beliau seterusnya ditanya mengenai pengambilalihan syarikatnya, AstaCanggih Sdn Bhd oleh Lembaga Angkatan Tentera Malaysia dengan jumlah RM30 juta selepas beliau tidak putus-putus menyerang perdana menteri.

Menjawab persoalan itu, Deepak menunjukkan beberapa dokumen dan menegaskan bahawa beliau dipaksa untuk menerima urusniaga berkenaan untuk menutup mulutnya.

Satu daripada dokumen berkenaan, bertarikh 26 Disember menunjukkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri menjalankan siasatan ke atasnya di antara 2004 hingga 2009 berhubung isu mengelak bayaran cukai dan juga notis rampasan bertarikh 12 Disember, kata Deepak.

Tambahnya, beliau boleh memilih untuk menerima tawaran tersebut atau menderita akibat rampasan harta berkenaan.

Selain itu, beliau mendakwa bahawa LHDN turut menyerbu premisnya hampir tiga tahun lalu dan merampas dokumen daripadanya, yang menyebabkan beliau sukar untuk membuktikan kewangannya.

Pengambilalihan syarikat Deepak oleh LTAT diumumkan di Bursa Malaysia pada 27 November.

Deepak menegaskan bahawa beliau hanya mampu menampung kos dengan bayaran RM30 juta itu dan ia juga bermakna beliau tidak berjaya memperolehi tanah bernilai tinggi di Bukit Raja yang dijanjikan olehnya olehy Ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah.

"Tiada siapa tahu berapa malam saya tidak tidur disebabkan semua tekanan yang saya perlu hadapi.

"Jika ini adalah untuk kepentingan peribadi, saya tidak mahu melalui segala proses ini. Saya tidak fikir sesiapapun akan mahu laluinya," katanya.

malaysiakini/-

Pelajar ambil risiko setiap hari

Zulkepli 2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Zulkepli terpaksa membasuh bas sekolah setiap hari untuk keselesaan pelajar.
 
MARAN - Ibu bapa di penempatan tiga estet dekat Pekan Sri Jaya resah memikirkan keselamatan anak mereka yang terpaksa menempuh perjalanan berbahaya bersama ratusan lori muatan berat pada setiap hari untuk ke sekolah berdekatan sama ada dengan menunggang motosikal atau menaiki bas sekolah.

Pelajar berbilang kaum dari estet  Asia Farm Oil, Asia Pahang dan Ladang Maran itu tiada pilihan lain memandangkan laluan tanah merah tersebut merupakan satu-satunya jalan keluar masuk ke penempatan mereka sejauh 25 kilometer untuk bandar terdekat iaitu Pekan Sri Jaya.

Walaupun ada dalam kalangan pelajar terbabit yang mengambil keputusan untuk tinggal di asrama terutama bagi pelajar bakal menduduki peperiksaan utama.

Sebahagian lain berulang-alik dari setiap hari ke Sekolah Kebangsaan (SK) New Zealand dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran.


Kongsi jalan dengan kenderaan berat

Seorang bapa, Abd Rashid Mat Nor, 46, berkata, jalan tanah merah itu digunakan penduduk sejak sekitar tahun 70an namun malangnya kini,

mereka terpaksa berkongsi dengan lori membawa muatan tanah, balak, dan bijih besi.

Menurutnya, keadaan jalan bertambah teruk sejak empat tahun lalu selepas beberapa lombong bijih besi beroperasi di kawasan tersebut dengan permukaan berbonggol, lubang, lopak dan berbatu sehingga menyebabkan kerana tempoh perjalanan bertambah panjang.
“Anak saya akan keluar seawal jam 5.30 pagi dengan menunggang motosikal agar tidak lewat sampai di sekolah.

“Jika musim hujan, jalan berlumpur dan licin manakala bila musim panas, pelajar terpaksa menempuh laluan berdebu terutama ketika berselisih dengan deretan lori.

“Tayar motosikal pancit sudah banyak kali berlaku selain pakaian sekolah yang kotor teruk kerana debu,” katanya.

Pengusaha bas sekolah, Zulkepli Abdullah, 62, berkata, kerosakan jalan menyebabkan pelajar sekolah terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi kerana bas sekolah bertolak sebelum jam 5.30 pagi.


Bas gerak awal pagi

Menurutnya, bas bergerak keluar awal bagi mengelak kemungkinan masalah timbul berdasarkan kejadian sebelumnya seperti bas tersangkut atau mengalami kerosakan lain.

“Bas tidak mempunyai penghawa dingin maka pelajar terdedah kepada habuk dan debu sekali gus menjejaskan kesihatan mereka.

“Saya mengambil masa satu jam setengah untuk keluar ke Sri Jaya dan pelajar sampai rumah selewat jam 7 malam.

“Keadaan ini membuatkan pelajar tidak selesa dan malas hendak ke sekolah akibat letih sekali gus mengganggu prestasi pelajaran mereka,” katanya.

Zulkepli berkata, kenderaan berat yang mengangkut tanah ke kilang memproses bijih dipandu warga asing secara merbahaya tanpa memikirkan pengguna kenderaan ringan lain.

Menurutnya, lori membawa tanah merah ke kawasan lombong memandu laju dan memotong sesuka hati tanpa memberi isyarat serta bergerak melawan arus.

“Mereka sering beriringan seakan berlumba sehingga memaksa kami memberhentikan kenderaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

“Walaupun berisiko bahaya dan mengancam keselamatan pelajar tapi kami terutama ibu bapa tiada pilihan,” katanya.

sinar/-

Remaja derita ketumbuhan ovari, dipandang serong gara-gara perut membesar

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Remaja derita ketumbuhan ovari, dipandang serong gara-gara perut membesar
Rohani (dua kiri) menunjukkan keadaan perut Widdad yang membengkak selepas mengalami ketumbuhan ovari kepada Wan Azlan (tiga kanan).
 
KUANTAN - Seorang remaja tidak menyangka, kesakitan pada bahagian kiri perutnya sejak November tahun lalu yang disangkanya hanya penyakit biasa rupanya boleh meragut nyawa.

Pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini, Widdad Shairi berkata, dia tidak mengesyaki sebarang masalah serius sehinggalah pemeriksaan lanjut dijalankan di hospital minggu lalu.

Menurutnya, selepas mendapati perutnya mengeras dan bengkak, dia bersama kedua  ibu bapa, Shairi Mohd Yunan, 51, dan Rohani Osman, 43, mengambil keputusan ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

“Saya sering rasa sakit pada bahagian kiri perut, selepas rujuk pakar di HTAA, Khamis lalu, doktor mengesahkan saya mengalami ketumbuhan  ovari.

“Walaupun terkejut dengan keputusan pemeriksaan itu, tetapi saya reda dan dalam masa sama berharap berpeluang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Balok Pine, di sini.
Widdad berkata, dia kini berdebar menunggu masa untuk menjalani pembedahan yang dijangka pada 25 Januari ini.

Menurut anak ketiga daripada enam beradik itu, keadaan perutnya yang membengkak mengganggu keselesaan terutama pada waktu tidur kerana terpaksa mengiring.

Katanya, dia juga terkilan apabila ada segelintir pihak memandang serong terhadap dirinya selepas melihat perutnya yang membesar kerana tidak mengetahui perkara sebenar.

“Bagaimanapun, keluarga sentiasa memberi sokongan, malah rakan sekelas sering melawat saya di rumah kerana saya tidak mampu ke sekolah sepanjang tahun ini,” katanya.

Ibunya, Rohani berkata, buat masa ini, Widdad bercuti dan dia sudah memaklumkan pihak sekolah mengenai perkara itu.

Bagaimanapun katanya, dia terkilan dengan saranan seorang guru di sekolah anaknya yang menyarankan Widdad berhenti sekolah.

“Guru tersebut tidak seharusnya berkata demikian, malah dia juga tidak bertanya mengenai keadaan anak saya.

“Malah guru kelasnya turut diarahkan supaya menghantar surat amaran kepada anak saya atas alasan ponteng,” katanya.

Rohani berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu sehinggalah anaknya selesai menjalani pembedahan tidak lama lagi.

Penderitaan Widdad turut mendapat perhatian Badan Kebajikan Kemanusiaan Seluruh Mukim Beserah dan Sungai Karang (Bakkiss) yang hadir menyampaikan sumbangan kewangan.

Yang Dipertuanya, Wan Azlan Wan Salleh berkata, pihaknya menziarahi Widdad selepas dimaklumkan mengenai penderitaan remaja itu.

Katanya, Bakkiss sedaya upaya membantu keluarga tersebut termasuk hal persekolahan selepas pembedahannya selesai.

sinar/-

4 jam ‘ditawan’ penjenayah

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

FotoPermatang Pauh: Membonceng motosikal sejauh 70 kilometer bersama penjenayah yang sedang diburu polis menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan Mohd Khairul Anaz Fadzly, 19, selepas menjadi ‘tawanan’ selama empat jam kepada lelaki terbabit, malam kelmarin.

“Saya mengikut kemahuan lelaki itu kerana takut dicederakan selain bimbang motosikal dibawa lari.
“Saya dibawa melalui jalan kampung dari Bukit Indera Muda menuju ke Sungai Bakap, Bandar Perda, Pekan Bukit Mertajam sebelum kembali ke Berapit,” katanya.

Menurutnya, dia meninggalkan lelaki berkenaan di sebuah kafe siber selepas membuat helah terpaksa mengambil adiknya yang pulang kerja dan memberi wang RM5.

Katanya, kesempatan itu digunakannya ke Balai Polis Kubang Semang untuk memaklumkan mengenai lelaki itu sebelum sepasukan polis menahannya yang masih berada di dalam kafe siber terbabit.

metro/-




































































































































[BERGAMBAR] HKR112 Di Kota London & Kaherah Mesir

2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -


Rakyat Malaysia berarak dari Trafalgar Square ke Parlimen

LONDON, 13 Jan : Sekumpulan rakyat Malaysia di bandar raya ini menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai tanda solidariti kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang berhimpun d Stadium Merdeka semalam.

Mereka membawa bendera Malaysia, melaungkan slogan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil serta kain pemidang bertulis, ‘bebaskan media Malaysia, ‘bersihkan senarai undi’, ‘kerajaan Malaysia paling rasuah di dunia’ dan ‘Jom balik undi’.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Trafalgar Square melalui Downing Street menuju ke tapak himpunan di depan bangunan Parlimen Westminster.

Perhimpunan yang turut disertai kanak-kanak itu berlangsung aman, dengan polis trafik London mengawal lalu lintas sepanjang perjalanan.

Dalam jemputan facebook Himpunan Kebangkitan Rakyat London KL112, penganjur menetapkan jam 12 tengah hari waktu London untuk berkumpul di Trafalgar Square dan menggalakkan peserta memakai baju kuning.

Penganjur turut menyatakan rasa gembira apabila mengetahui Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 berlangsung aman di Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

Peserta turut membacakan semula ikrar Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevenasan yang meminta rakyat Malaysia untuk pulang dan menjadi pemantau pilihan raya sempena kempen ‘Citizen Election Observers’ (Masyarakat Pemerhati Pilihan Raya) Selain kota London dan Kuala Lumpur, Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 turut diadakan di Kota Kinabalu, Sabah, Jordan, Kaherah, Mesir dan bandar lain diseluruh dunia.

Lebih 500,000 rakyat Malaysia berhimpun di Stadium Merdeka semalam, yang dianggap sebagai perhimpunan paling besar dan paling aman dalam sejarah. -KD


500 rakyat Malaysia di Kaherah berhimpun


Kira-kira 500 orang rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir berhimpun sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan itu berjaya diadakan walaupun mendapat ancaman yang tidak profesional daripada pihak kedutaan.

Ancaman itu tidak menghalang semangat anak-anak muda ini untuk menyatakan hasrat mereka melihat negara mereka dipimpin oleh mereka yang amanah, keadilan dan demokrasi.

Anak-anak muda ini tampil dengan menutup muka, membawa sepanduk dan melaungkan seruan kebangkitan rakyat.

Himpunan ini sepatutnya dihadiri oleh pimpinan ikhwan Muslimin Dr. Kamal Helbawi tetapi di minit-minit akhir, beliau mempunyai komitmen yang lain.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Lepasan Mesir Malaysia (Ilmam) Mohd Asri Md Daud ketika dihubungi, menyatakan kekesalan terhadap apa yang dilakukan oleh pihak kedutaan Mesir kepada rakyat dan pelajar Malaysia di sana.

"Bukan persoalannya himpunan atau tidak, tetapi ancaman itu adalah satu unsur tidak profesional dan menafikan hak demokrasi rakyat Malaysia dan di Mesir," tambah asri.

Ilmam juga akan menghantar memorandum dalam masa terdekat ke Kementerian Luar bagi menyatakan kekesalan terhadap duta dan kedutaannya yang tidak mencerminkan sikap terbuka kerajaan yang membenarkan HKR di Stadium Merdeka.
-HD