2 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -
PONTIAN:
Ini bukan di pendalaman Sabah atau Sarawak tetapi di negeri yang
lahirnya parti yang memerintah negara sekarang, Umno iaitu di Johor.
(Inilah jalan kampung kami bila hujan, yang sudah 20 tahun terbiar. Apa berlaku kepada penunggang ini kalau termasuk lopak?)
Sudah pelbagai usaha yang dibuat penduduk kampung ini untuk
membolehkan jalan di kawasan mereka ini ditarkan, namun mereka ditendang
ke sana ke sini.
"Saya mengadu kepada YB Ahmad Maslan tentang perkara ini, tapi beliau menyatakan jalan itu kawasan Batu Pahat dan bukan kawasannya," cerita Puan Siti Hadijah Bt Bonaim dalam suratnya kepada Harakahdaily.
Menurut beliau, masalah ini bukan baru bahkan sudah 20 tahun berlalu.
Masalah yang dihadapi mereka kian ketara apabila musim hujan tiba.
"Sejak kebelakangan ini sering kali hujan, ditambah pula dengan kenderaan besar seperti lori yang melalui jalan tersebut," katanya.
Berikut adalah surat Siti Hadijah kepada Harakahdaily bagi mengadu masalah ini.
Assalamualaikum.
Nama saya Siti Hadijah Bt Bonaim (gambar). Saya wakil penduduk Kampung Parit Abas Darat , 82210, Benut, Pontian, Johor.
Saya ingin membuat permohonan naik taraf jalan di kampung saya dari tanah merah ke tanah tar.
Ini kerana sejak kebelakangan ini sering kali hujan, ditambah pula dengan kenderaan besar seperti lori yang melalui jalan tersebut.
Dalam sehari lebih kurang 20 buah lori menggunakan jalan itu.
Jalan tersebut boleh menembusi ke Rejo Sari, Air Hitam, Parit Raja, dan Batu Pahat.
Jalan tersebut yang belum di tar lebih kurang 1 kilometer lagi.
Sebelum ini pun saya telah mengadu hal ini ke dalam surat khabar Berita Harian, dan menelefon terus kepada Yb Ahmad Maslan, YB Ayub Bin Jamil, Ketua Kampung dan pihak atasan yang lain.

Namun begitu, tiada apa-apa tindakan yang dilakukan.
Saya berasa amat dukacita kerana sudah 20 tahun jalan tersebut tidak di tar.
Saya mengadu kepada YB Ahmad Maslan tentang perkara ini, tapi beliau menyatakan jalan itu kawasan Batu Pahat dan bukan kawasannya.
Tambahan pula, kadang kala hujan di waktu pagi, anak saya hendak pergi ke sekolah susah kerana keadaan jalan yang lecak dan pada waktu panas jalan berabuk pula.
Saya berharap agar pihak tuan datang dan melihat sendiri keadaan jalan ke rumah saya.
Segala kerjasama amat dihargai dan tindakan segera dilakukan.
Jikalau ada sebarang kemusykilan, boleh hubungi di talian ini. (012-7519037). Ini no telefon suami saya, Sarni Bin Sa'aim.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan