AMPANG TINGGI – “Sudah enam kali saya menghubungi pihak Syarikat
Perumahan Negara Berhad (SPNB) untuk bertanya status Rumah Mesra Rakyat
yang terbengkalai sejak Julai 2012, namun hampa,” kata pemilik rumah,
Mohd Fattah Mohd Darus, 30.
Mohd Fattah berkata, rumah berkonsepkan pasang siap itu dimulakan pada Jun 2012 kemudian sebelum puasa iaitu Julai pihak kontraktor menghentikan kerja-kerja pembinaan sehingga kini.
“Saya hairan kenapa mereka (pihak kontraktor) tidak datang menyiapkan rumah, hingga lantai rumah berlumut dan kawasan sekitar ditumbuhi lalang.
“Bukan itu sahaja, simen yang belum digunakan juga keras, pasir berkurangan dan memang tidak boleh digunakan lagi. Ia mendatangkan kerugian apabila barang pembinaan rosak kerana terlalu lama,” katanya.
Menurutnya, dia juga terpaksa tinggal di rumah ibu mertuanya bersama isteri, Bashiratul Nadiah Mohammad, 35 dan sepasang anaknya.
“Saya difahamkan, pihak kontraktor bukan dari daerah ini, ia dilantik oleh pihak SPNB. Jadi apabila hendak bertemu dengan pihak kontraktor memang sukar. Saya telefon mereka, tapi tidak berangkat.
“Saya berharap pihak berkaitan dapat memandang serius perkara ini kerana ia membebankan rakyat.
"Memang kita boleh tunggu tetapi sampai bila kami mahu menunggu rumah yang diimpikan siap sempurna, sedangkan pihak kontraktor tidak pernah melihat rumah itu sejak Ramadan tahun lalu,” katanya.
Sementara itu, Adun Pilah, Adnan Abu Hassan yang turun padang melihat Rumah Mesra Rakyat itu berkata, SPNB seharusnya peka dan perlu proaktif melihat masalah yang dihadapi pemilik rumah berkenaan.
“Sedikit sebanyak, masalah ini memberi kesan kepada pihak kerajaan dan penerima bantuan. Pihak kerajaan sudah membuat dasar yang cukup cantik namun, pelaksanaan itu mencemarkan dasar berkenaan.
“Pada pandangan saya, konsep pasang siap ini kurang sesuai dan pihak SPNB perlu mengkaji semula. Saya difahamkan, kontraktor yang dilantik bukan dari kontraktor orang tempatan ia dari luar Negeri Sembilan," katanya.
Menurutnya, jika kontraktor tempatan menerima projek berkenaan ia lebih mudah kerana lebih dekat dengan pemimpin kawasan. Malah, beliau juga sudah mengenali kontraktor di sini.
"Jika ada aduan dari penduduk kampung, saya boleh terus menegur mereka seperti Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),” katanya.
Dalam pada itu, Adnan berharap, pihak berkaitan perlu memandangkan serius perkara itu kerana terdapat banyak aduan berhubung projek Rumah Mesra Rakyat yang terbengkalai di sini.

sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan