04 Mac 2010

Saya Cabar Mohsin Letak Jawatan

17 Rabiulawal 1431H

Hari ini berita mengenai ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadli yang mengumumkan keluar dari partinya dan menjadi bebas sedikit menghangatkan suasana. Namun bagi saya ianya tidak mengejutkan malah sejak kebelakangan ini berita bertiup kencang mengenai beliau tersenarai sebagai Ahli Parlimen yang akan menjadi katak.

Parlimen Bagan Serai adalah parlimen yang secara tradisinya ditandingi oleh calon PAS namun pada pilihanraya yang lepas kerusi ini diberikan kepada PKR. Mohsin bertuah kerana dipilih menjadi calon dan dia juga menang bergaya mengalahkan calon BN.

Kerana itulah pengundi Parlimen Bagan Serai tidak lepas dari sekelompok besar mereka adalah pengundi dari keturunan banjar atau lebih populer dengan panggilan kulaan.

Bermakna Mohsin menang kerana sokongan kulaan dan dia dipilih kerana tiket partinya yang bergabong dengan PAS pada masa itu dengan panggilan Barisan Altenatif atau BA.

Mohsin mustahil boleh menang tanpa sokongan kuat para kulaan. Kerana itulah meninggalkan Pakatan Rakyat dan PKR adalah bermakna mengkhianati amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Kerana itu sewajarnya Mohsin meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada pengundi di Bagan Serai untuk mengundi kembali. Memanglah dia tidak boleh bertanding tetapi demi maruah dia boleh menaja seorang calon dan berkempen habis habisan.

Namun kata orang tua-tua 'berani buat berani tanggung' itulah pesan akhir saya kepada Mohsin..baliklah ke Bagan Serai jumpa para kulaan, apa dia nak 'bersurahan' atau cakap kita tunggu dan lihat???

41 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cisss...ako kada haqon lagik handak basurah dangan urang taha yang kada sadar diri nih. Uyoh ako dan kawanan bakimpen....batariaq...babaris di Bagas Sarai untok mamanangkan si tuha ni. Wahinie si tuha nie manipo kamik sabarataan.

Ako nak bapadah kat sinik pada si tuhak nih...ako dan kawanan ko kada halal kauk makan duit YB kauk tu......kami yang mangundi kauk....kami yang mamanangkan kauk halam. Ingat ni Mohsin.....kami nyambat yang bujur nih. Kada halal taho kah????

Tanpa Nama berkata...

Inilah yg penyokong PAS tak suka dengan PKR...mudah sangat dijual beli...kerusi tersebut milik PAS ..beri laluan pada PKR...berhempas pulas Orang PAS memmenangkan calon PKR ini dan hasilnya....lompat sokong BN...banyak wang kawasan habis...Ya allah kau laknatlah org ni sepanjang hidupnya....bermati-matian pas kawasan pertahankan kerusi ni patut untuk PAS....memang boleh menang kalau lletak calon pas ..lepas ni utk PRU 13..saya menyeru PAS bertanding je kawasan yg boleh menang..pedulikan lah PKR ni..... tak boleh percaya lagi...

Tanpa Nama berkata...

PRU ke 13 kami nak YB idham LIM tanding Adun Titi serong PArlimen BAgan Serai...

Tanpa Nama berkata...

kalau wanik turun bagan serai berjumpa dengan para pengundi......

Tanpa Nama berkata...

sedih dan terkilan pun ada bila dengar mohsin ni keluar PR.aku punya laa balik dari jauh dengan minyak tanpa tuntutan macam orang umno--balik undi pakatan rakyat parlimen bagan serai si mohsin dan YB yang aku paling hormati DUN selinsing dengan ketokohannya.rasa marah pun ada pada calon PKR ni.aku TERKILAN......AKAN DATANG...KALAU ADA CALON DARI PKR, AKU TAK AKAN UNDI PKR ATAU UMNO!!! AKU AKAN UNDI CALON PAS SAHAJA!!! BIAR pun DALAM PAS ADA JUGA KRISIS PERINGKAT DALAMAN TAPI TAK ADA LA SAMPAI keluar pakatan rakyat.bengang betul....!!ISU ALLAH antara alasan dia...betui kaaa??? kalau isu Allah ni pun ada banyak pendapat yang PRO dan KONTRA dari kalangan ULAMA BESAR DUNIA...inikan pula yb bagan serai....lain kali bincang la dulu atau rujuk la dulu dengan ulama..Dewan Ulama Pas Perak kan ada...???AWAT ...???DAH ALIM SANGAT KAH ANDA SAMPAI melebehi pendapat ULAMA Mesir,Syiria,Saudi...???

Saya sebelum ni tak pernah kenal YB Hussin Din (Selinsing) sampai ke Semanggol beliau datang.MENYEBABKAN saya hormat pada beliau.tapi si YB Mohsin ni tak pernah nampak batang hidung pun....CALON PKR NI MEMANG BOLEH MENIMBULKAN KEMARAHAN!!!

Tanpa Nama berkata...

Orang semacam ini tak tahu halal haram...janji masuuukkkkkk......

Tanpa Nama berkata...

tenung-tenungkan kenyataan TGNA ni;

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=14461:tak-perlu-peraturan-halang-wakil-rakyat-lompat-parti-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

Tanpa Nama berkata...

Apa nak kata, bukan hilang keyakinan pada kepimpinan tapi agaknya dah beralih keyakinan kpd RM ?

Tanpa Nama berkata...

selepas ni pengundi pakatan rakyat akan berhati hati pilih calon terutama PKR....mungkin jg setiap kersi PKR akan tumbang. Oarng cina, india dan lain bangsa terutama melayu akan hilang kepercayaan pd PKR.

Tanpa Nama berkata...

Napanya pang handak di sambat lagi

kalaur mata maliat duit

'Amun kada wayah ni kabila lagi'

Nginto sako di fikiran YB Banjar nia

Tanpa Nama berkata...

Kalau wanie turon la ka Bagan Sarai....
Amun tahaba memang ako ludah aja muha si tuha nih.
Tuha kada taho di untong,
Lagi tuha....lagi kada bisa AMANAH.
Napanya kainie...????
Sipak ka pacirin aja urang tuha nie lagi nyaman.
Naran kahhhh????

Tanpa Nama berkata...

Isu Allah hanya dijadikan alasan dia untuk melompat. Pada pendapat saya juga elok kalau calon Pas yang bertanding di kerusi ini untuk PRU13 nanti. Pelik betul kenapa ramai sgt calon PKR yang mudah dibeli.

Sangat bersimpati pada pengundi yang telah mengundi beliau. Tapi nampaknya beliau tak hargai langsung. Takpe, inilah last dia jadi YB. PRU13 nanti dia ingat Umno nak jadikan dia calon bertanding tiket BN ke? takde maknanya. Sek ni Umno beli dia pun sbb terdesak. Tggulah nasib ko PRU13 nanti jgn haraplah nak jadi YB lagi.

Tanpa Nama berkata...

salam....
satu cadangan kpd YB utk dikemukan kpd Majlis Pakatan Rakyat....
mana2 ADUN yg melompat parti automatik kerusi tersebut diserahkan kepada parti lain...
contohnyerr DUN chngkt jering ADUN PKR kuar, jd utk PRU13 akn dtg automatik diserahkan kpd PAS atau DAP...ini bertujuan parti msing2 memilih calon yg btul2 istiqamah dlm perjuangan...

Tanpa Nama berkata...

Salam to all Muslim,
Pd GE12 dulu, aku vote kat Dato' Zaili, pasai hampa tak letak Yg Bhg Ustaz Ahmad Awang. Hampa bagi kat YBMoh dr PKR. La ni apa dah jadi. UMNO baguih punya dok buat kerja pikat rakyat. PR dok bertelagah sama sendiri. Tak habis2 masaalah, sampai negeri pun tergadai. Suluh diri kita, selak kain kita dulu. Yg dok asyik pi selak kain UMNO tu buat apa.....depa pakai seluaq !!

Tanpa Nama berkata...

ye ke takde wakil rakyat PAS yg akan lompat? Pasti?. Tapi apa yg jadi pada PKR ini adalah dari kesilapan Anwar sendiri.Dia lupa siapa sahabat dia selama ini. Sahabat dia yg tulen selama ini adalah rakyat marhaen yg berpakaian selekeh atau mungkin kurang bergaya pada mata Anwar. Cuma satu aje aku nak cakap kat Anwar...'Padan muka!'. Dan pada PAS, jgn terkejut dlm tempoh seminggu dua nie....bersedialah. Utk PKR, lain kali pikir masak2 nak demand seat PRU....biar tanding sket tapi berkualiti walau pun mungkin tak belajar tinggi tapi baik budi pekerti. Tak semestinya yg belajar tinggi berkualiti jadi pemimpin...kalau tak takanlah ada istilah jenayah kolar putih!. Buat Anwar, masa dah tiba dia kenal erti persahabatan...sahabat tak tikam dari belakang...tak ungkit pasal duit atau jawatan....

Tanpa Nama berkata...

JOM RAMAI2 KITA BUAT DEMO LEPAS JUMAAT NI DI MASJID TINGGI. KITA BAWAK BANNER.....SEPANDUK SEBAGAI TANDA PROTEST TERHADAP MOHSIN NI. KITA KENA DESAK DIA LEPASKAN JAWATYAN.

AYOH KITA BERSATU DAN RAMAI2 BERKUMPUL DI SANA.

PENAT LELAH KITA SELAMA NI TELAH DIBALAS DENGAN TUBA OLEH SI MOHSIN. MANUSIA YG TAK AMANAH PADA RAKYAT YG LANTIK DIA SELAMA NI MESTI DITURUNKAN.

"KATAK DERHAKA (MOHSIN) SEDANG BERTENGGEK DIATAS JUTAAN RINGGIT"

Ibnu Othman Al-Banjari berkata...

Tradisinya Parlimen Bagan Serai untuk Pas, semasa bersama S46 dulupun Pas yang bertanding. PRU12 PKR lak yg bertanding, pastu jadi katak. Ingatlah wahai pengundi Bagan Serai andainya lain dari calun Pas bertanding kita jangan bantu langsung gerak-kerja diaorang.

Tanpa Nama berkata...

Pergi jahanam dengan YB tua ini.

Setiap sen dan keringat tenga yang telah di sumbangkan untuk memenagkan orang tua tidak beramanah ini tidak ku halalkan dunia akhirat.

Sia-sia umur dah lanjut menjadi munafik kerana tidak amanah

Tanpa Nama berkata...

salammmmmmmmmmmmmmmmm....

pilihanraya 13 nanti,PAS bagi la banyak banyak kerusi kat PKR no,,pastu yang kuli batak orang PAS juga,,Pandai pandai pandai

Tanpa Nama berkata...

Bila kejadian ini terjadi....pegundi tak dapat berbuat apa-apa. bagaimana dengan yang kuala kurau, apakah dia akan kekal, kita bukannya nak menuduh..

Tanpa Nama berkata...

Tulahan kayak nyak....geng2 pro depak laa yg sukak menyambati ulamak/pimpinan PAS mengalari memacam, ajen umnok laa apa2 laa lagik...tereng laa skarang fitnah bebulik ke partik sendirik. Lagik tarokk.

Akok dangar Ustaz dlm kuliyah ada memadah : "Takutlah memfitnah orang yg tak meninggalkan solat subuh berjemaah, fitnah tu pasti berbalik kepada pemfitnah." Kadak tahuk lak hadis ka kada nih tapi ulamak menginagati kamek.

Kulaan mok

Tanpa Nama berkata...

Salam YB dan semua ahli PAS. Saya secara peribadi kenal Mohsin ni semasa dia menjadi penjawat awam dahulu. Saya terkejut juga apabila mendapat tahu dia jadi wakil Bagan Serai kerana dia ni bukan ada visi politik keislaman. Setelah menjadu YB dia ada kata nak jumpa MB untuk memegang beberapa jawatan yang berkaitan dengan dana tapi dia Adil sedangkan MB PAS pada ketika itu. Masalah yang dikemukakan adalah kekurangan duit untuk menjaga kawasan. Ini jelas dia berpegang kepada pendekatan orang UMNO yang menggunakan duit untuk politik.
Kini apa yang saya fikit telah berlaku dan saya tidak terkejut dengan keadaan ini.

Tanpa Nama berkata...

saya cadangkan agar pakatan rakyat mengenakan tindakan kepada parti yg diwakili calon yg melompat parti dengan meletakan calon parti PR yg lain utk bertanding pada kerusi tersebut pada pilihan raya yg akan dtg.

Tanpa Nama berkata...

Salam YB,
Bukankah DS Anwar juga yang menghalalkan lompat parti suatu ketika dahulu. Andai itu menjadi kenyataan, adakah komen2 sebegini akan timbul dalam blog2 pro Pakatan Rakyat? Adakah YB juga akan mencabar semua AP BN yang lompat parti itu untuk meletak jawatan? Saya rasa para penyokong dan pengundi PR seharusnya lebih rasional daripada terus menyalahkan orang lain apabila ada ADUN atau AP melompat parti. Cuma tgk cermin sendiri sebelum menyalahkan orang lain. Mungkin ini balasan daripada Allah SWT akibat niat buruk yang dicetuskan oleh DS Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu. Renungkanlah...Wallahualam

alblanco berkata...

ader dua sebab satu duit dan satu lagi jenis manusia tiada pegangan...muka yang tidak sedikit pun rase malu..dia tak ingat dia tu wakil pkr yang diberi oleh rakyat, tapi hak rakyat dia tak nampak..suka hati dia jer nak tukar ker tak..dia ingat tampa rakyat yang menyokong dia dulu dia dapat gak jadi ahli parlimen..sorylah pru 13 nie kalo masuk tanding gak boleh bungkuslah...aper punyer olah lah..bagi pihak PR teruskan perjuangan kami tetap menyokong walau tertiarap makan pasir berbaring makan embung..takbir..

Anak Sungai Derhaka berkata...

Rasa macam masuk ke kampung Banjar pulak dah...

Tanpa Nama berkata...

Doa adalah senjata muslim. Kita doakan semoga dia insaf dan segera bertaubat sebelum terlambat. Kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi. Makan apapun dah tak sedap. Pakai apa pun dah tak lawa.. nak kejar apa lagi..

khair berkata...

kada ngaku kulaan akuk tu

hijau_permai berkata...

please do something para pimpinan Pakatan Rakyat especially PKR..sekarang juga!!!!...dah semakin teruk nie....setiap ari ada pengkhianat kuaq pakatan.....jgn sampai rakyat bosan dan berpaling dan xnak undi pakatan dah.....do something!!!!

hijau_permai berkata...

Ya Allah, dah teruk nie pakatan especially PKR...setiap ari ada pengkhaianat kuaq parti...please do something para pimpinan PR!!!!now!!!sebelum jadi lagi teruk.....jgn sampai rakyat muak dan bosan dan rasa tertipu.....do something!!!!

Tanpa Nama berkata...

berataan kita nimbai kasut ka ia,mun tahaba ia kat pakan bagan sarai.ia menghutangi kat urg kmpg yg meundi ia.kaipa ia nak mayar,dah malumpat parti lain.

Tanpa Nama berkata...

Inilah beza diantara perjuangan yang berlandaskan islam dan sekular.

PKR adalah adik beradik UMNO, ramai ahlinya juga dari UMNO. So tak pelik kalau mereka kembali ke UMNO. Ulat tahi mana mungkin dapat hidup dalam suasana yang segar bugar. Kalau dispray minyak wangi pun dia akan mati. Ulat tahi lebih suka duduk dalam tahi. Dah memang lumrah maca tu...

Tanpa Nama berkata...

aku cukup mnyampah tgk muka dia kat tv3suku bsikap hipokrit..
siap baca tax lagi.. bile watawan nak intervw dia lari...
nampak sgt kena bayarnya...
memang jantan mata duitan...
klau kat negara lain dah lama mati katak...

Tanpa Nama berkata...

Kepada pengundi Mohsin anda tidak bersalah teruskan beri sokongan dan dorongan kepada PAS.Perjuangan tetap diteruskan

karawilak berkata...

salam 1m`sia buat pak aji mohsin..napa taburu2 maulah kaputusan,krn emosi.marista kami bubuhan disini,raya aji tadi hanyar maulah korban di parit gabis bawah,napa dihindak korbankn jawatan.andak ja jawatan tu mun kita ada maruah,takkn semata2 magapung duit.napa kada baduit lagi dh leh?kami disini babandang ja tapi kmi kada mangadai maruah dan prinsip.banda ni sesuatu ari akan babangkit pinya kita nk jawab dihadapan RABB?

Tanpa Nama berkata...

malam ni kita pi baca yasin di masjid tinggi. kita mengadu kepada Allah SWT. ni kerja jahat kera-kera sekarang. nak majoriti >2/3 konon sanggup ambik katak kobok yang dok bunyi uang, uang, uang, tu. Betullah, akhir zaman nanti akan datang dajjal bawak pengandaq penuh dengan kenikmatan dan kelazatan. Mohsin yang tak tahan dah termakan dengan pujuk rayu dajjal tu. Pengundi pangkah mohsin bukan paksai dia tapi paksai Pakatan Rakyat. Teknikalnya, lepas ni kena ganti dengan calon PAS yang lebih istiqomah dalam perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Jika Mohsin benar-benar ikhlas dalam perjuangannya PAS adalah tempat terbaik buatnya. Tapi jika disebabkan utk memenuhkan saku UMNO/BN medan perjuangan yg sesuai buatnya. Tepuk dada tanya selera. (Kalo tengok ketayap dia boleh jadi org PAS..tapi harapkan ketayap je la..hati hitam buat ape)

Tanpa Nama berkata...

tabik kulaan banjar..doa jgn berhenti, moga PENGKHIANAT yg zalim tu diberikan balasan yg setimpal

Tanpa Nama berkata...

Usah uyoh2 kulaan ko....sarek kan awaq ja...urang tuha to kada maho lapaskan jawatannya....matanya udah bapinar dangan duitan, sanggup bagalumang dgn tahe Umno....awaq si tuha to dah haroq kaya talor tambuk.

Kaina kalian tahaba ja urang tuha to di Bagan Sarai...timbai ja taros ka paret buang. Dah tuhapon kada taho amanah lagi. Bapala banar urang tuha nie.

Tanpa Nama berkata...

menurut sumber daripada bekas pegawai khas si mohsin iaitu adun k kurau bayaran yang mohsin dapat ialah 1.5 juta. atau lebih cilakak pengkhianat ni........melingkup parti ..dan ia memang kedekut sampai salam kenduri rumah adik beradik pun dia sanggup bagi 2 ringgit je apa punya haprak.

Tanpa Nama berkata...

kalau hampa yang sokong umno...tulis la dalam blog pengampu hampa jgn la tulis dalam blog orabg pas...