17 Februari 2009

Tengku Razaleigh: Siapa derhaka kepada raja?

Di sebalik krisis politik Perak dan syor agak dikembalikan kekebalan Raja-raja Melayu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam menarik perhatian bahawa isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu.

Sebaliknya kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat."

Menulis dalam blognya semalam, bekas Naib Presiden Umno itu juga melontarkan pertanyaan siapa sebenarnya yang menderhaka kepada Raja-raja Melayu?

Malah, dalam tulisannya itu, beliau menempelak pemimpin Umno yang mempersoalkan sikap sesetengah rakyat yang dikatakan tidak lagi hormat kepada institusi raja.

Mengambil kira perkembangan semasa beliau turut bertanya "yang mana satukah mendatangkan keburukan lebih besar, antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?"

Tengku Razaleigh mengingatkan bahawa Raja-raja Melayu hari ini boleh dibawa ke Mahkamah Khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan di parlimen 16 tahun lalu.

"Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi.

Dalam tulisannya itu, Tengku Razaleigh turut menyertakan dua rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.

Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.

Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat."

Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankan undang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa.

Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu.

Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan oleh Perlembagaan. http://razaleigh.com.

Ku Li ulangi pendirian, Nizar MB Perak.

“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.

Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri. Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.

Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalan keabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.

Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.Perakdaily.

Tengku Razaleigh Hamzah

Politik kotor tidak diterima rakyat perak.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berharap peralihan kepimpinan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan berjalan lancar dan tidak mengganggu agenda pembangunan negara.

"Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan," titah Seri Paduka ketika merasmikan persidangan Parlimen bagi penggal kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tuanku Mizan turut merakamkan penghargaan kepada semua wakil rakyat, anggota perkhidmatan awam, tentera, polis dan seluruh rakyat yang bersama-sama menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran dan keselamatan negara.

Namun realiti yang berlaku d Perak 11 hari lepas jauh tersasar dari harapan Yang di-Pertuan Agong di atas. Sekumpulan manusia yang rakus kan kuasa dan "gila kuasa' telah melakukan kudeta terancang untuk merampas hak dan kuasa yang dimiliki oleh pakatan Rakyat di perak.

Peralihan kuasa yang berlaku di Perak disifatkan oleh banyak pihak adalah satu tragedi politik malang dalam sisitem demokrasi yang telah diperkosa dan dilacurkan sedemikian rupa.

Tindakan membawa lari, menculik dan menyembunyikan serentak dengan tawaran kebendaan telah memalitkan individu yang terlibat dengan politik kotor yang tidak boleh diterima oleh rakyat Perak. Mereka bangkit mengadakan protes di jalanan pada 6 Februari tanpa ada yang merancang. Itulah ledakan perasaan tidak puas hati yang kita telah saksikan bersama.

Sebenarnya sistem dan peraturan sudah cukup lengkap untuk sama-sama dipatuhi demi kelangsungan kehidupan rakyat lebih harmoni. Tetapi UMNO dan BN langsung tidak mempedulikannya. Budaya hentam kromo terus di amalkan.

Semoga nasihat Yang di-Pertuan Agong merupakan satu prinsip dan langkah yang akan diambil oleh Majlis Raja-raja yang akan bersidang bagi mengembalikan ketidak harmonian di Perak.

Tuanku Mizan ingatkan rakyat hormati Perlembagaan

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, mengingatkan rakyat jelata supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan dan berharap tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan, titah baginda ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-12 di Dewan Rakyat di sini.

“Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan Beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecah belahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan,” titah baginda sambil menerima tepukan meja yang gemuruh daripada anggota Dewan.

Semoga titah DYMM Yang di-Pertuan Agung juga diambil iktibar oleh kumpulan yang rakus dan tidak sabar untuk mendapatkan kuasa dan sanggup melakukan kudeta di Perak .

Tindakan Najib, Zambry dan kumpulan nya ternyata telah menimbulkan pecah belah dalam masyarakat. Rakyat menjadi resah dan tidak puas hati sehingga tercetusnya sedikit ke tidak temteraman di Kuala Kangsar pada 6 Feb yang lepas.

Ceramah Isu Semasa

CERAMAH PENERANGAN
ISU KERAJAAN KERAJAAN NEGERI PERAK
PAKATAN RAKYAT

Tarikh : 16 FEB 2009

Masa : 9.30 MALAM
Tempat :MARKAS PAS, PASIR PANJANG, SERI MANJONG
Semua dijemput Hadir.


Jumlah anak tanpa bapa mencecah 257,411

BAYAN BARU, 16 Feb : - Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang, sama hebat dengan ancaman penyakit selsema burung atau aedes kata, Senator Muntaz Mohd Nawi.

Beliau ketika merasmikan program Hi-Tea anjuran Dewan Muslimat PAS Bayan Baru di Dewan Orang Ramai Sungai Ara semalam juga membidas dasar kerajaan yang tidak serius menangani permasalah tersebut berbanding ancaman penyakit lain termasuk chikunya.

Ujarnya, beliau juga turut kesal ada pandangan segelintir golongan yang mengatakan bilangan anak yang tidak berbapa hanya sedikit dan belum padah seperti negara barat.

"Kerajaan perlu mengisytiharkan beberapa langkah drastik untuk menyelamatkan keadaan ini. Kita tidak mahu kegagalan menanganinya menyebabkan bertambah bilangan anak yang tidak berbapa di Malaysia," tegasnya.

Menurut beliau, jika penyakit sosial kerajaan bertungkus lumus mencara formula inikan pula penyakit moral yang pastinya lebih mencengkam bila usaha ke arah itu tidak dijalankan segera.

Justeru, kerajaan wajar mengemukan pelan terkini ekoran golongan terbabit merupakan golongan yang tidak maruah dan perlukan pemerhatian yang tinggi, katanya.

"Tidak berguna jika kita mempunyai pokok yang mati sedangkan kita memerlukan pokok hidup yang boleh membantu pernafasan kita setiap hari. Begitu juga dengan moral ia patut dipelihara bukan dibiarkan," terang Muntaz lagi.

Berceramah sama dalam majlis itu ialah Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Haji Abdul Malik Abul Kasim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Kedah, Ustaz Izzat Mohd Sauki. Harkahdaily.

Bukit Gantang, PAS yakin menang.

TEMERLOH, 16 Feb :- Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin PAS/Pakatan rakyat akan mempertahankan kedua?dua kerusi Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil 7 April nanti dengan majoriti yang bertambah.

Bercakap kepada media Haji Hadi berkata, PAS akan menangani kemelut politik negara secara demokrasi daripada terus dipermainkan Umno-BN.

"Kita yakin sokongan rakyat kepada PAS dalam pilihan raya umum 2008 lalu tidak akan berubah dan akan terus menyokong PAS di samping penambahan sokongan daripada masyarakat Cina dan India, rakyat akan menghukum Umno-BN.

"PAS akan mempertahankan undi Melayu undi yang sedia ada di kawasan yang PAS tandingi," ujarnya selepas menutup Expo Penerangan PAS Kawasan Temerloh.

Beliau membidas Umno dan menyifatkanya sebagai parti yang tidak mampu mengurus diri sendiri dengan pelbagai skandal politik wang dalam menentukan pemimpin parti di semua peringkat.

Menjawab pertanyaaan wartawan mengenai cadangan ahli akedemik supaya PAS-Umno mewujudkan persefahaman politik, Abdul Hadi menolak persefahaman politik dengan parti yang tidak menghormati undang-undang.

"Kita boleh membuat persefahaman dengan parti yang menghormati undang-undang tetapi Umno tidak menghormati undang-undang dan ia dapat dilihat daripada tindak-tanduk Umno sendiri," tegasnya.

Sebelum itu dalam ucapan beliau, Haji Hadi berkata, PAS selamat daripada wabak politik wang seperti yang melanda Umno dan PAS berjaya melahirkan wakil rakyat yang konsisten mempertahankan dasar perjuangan sejak 50 tahun lalu.

PAS juga katanya berjaya memecah tembok antara Islam dengan bukan Islam serta memecahkan fahaman politik yang memisahkan agama dan politik yang dibawa Umno?BN.

Dalam ucapan sama beliau memuji program exspo penerangan yang diadakan kerana bertepatan dengan isu yang sedang melanda dan rakyat memerlukan penjelasan daripada PAS.

Penerangan katanya, mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memperjelaskan kepada rakyat mengenai isu-isu semasa dan tanggung jawab peneranganlah memperjelaskan kepada orang ramai dalam bahasa yang difahami masyarakat. Harakahdaily.

Abdullah diminta kekal jawatan PM sehingga PRU 13 - Nik Aziz

PENGKALAN CHEPA, 16 Feb : - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut.

Ini kerana PAS melihat Dato' Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu.

"Kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

"Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur petang semalam.

Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong menghilangkan diri dan hanya muncul bersama Najib di Putrajaya bagi mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat.

Ekoran tindakan itu Najib mengadap Sultan Perak bagi membolehkan Menteri Besar BN dilantik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cara yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri tidak kena adat orang timur dengan merampas kuasa melalui penculikan wakil rakyat.

"Saya tak dapat terima cara Najib memancing tiga Adun terbabit yang menghilangkan diri dan kemudian muncul di televisyen.

"Kalau di Kelantan perkara seperti itu kita katakan pekerjaan hantu raya yang menyembunyikan orang," katanya.

Oleh itu beliau berkata, Abdullah perlu mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi mengekalkan kestabilan negara.

Menurutnya tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan disebabkan faktor kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya perlu terus memikul tanggungjawab tanpa mudah menyerah kalah.

"Kalau Dato' Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur. Saya tak faham politik Umno sekarang," ujar beliau.

Katanya tidak menjadi halangan beliau terus kekal sebagai ketua kerajaan di Malaysia biar pun bukan lagi mengetuai Umno.

Ditanya mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengah-lengahkan tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehingga mengambil tempoh 58 hari dianggap sebagai satu permainan politik.

"Saya tahu SPR boleh bertindak atas kuasa mereka tetapi apa yang berlaku sekarang tarikh penamaan calon dan pilihan raya ada kaitan dengan perhimpunan agung Umno Mac depan," katanya. Harakahdaily.

Peguam mahu tertuduh kes Altantuya dibicarakan semula.

KUALA LUMPUR 16 Feb. :– Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar membuat kejutan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan mengemukakan permohonan supaya ketiga-tiga tertuduh dalam kes bunuh Altantuya termasuk penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dibicarakan semula.

Beliau mengemukakan permohonan tersebut ketika menyampaikan hujahan di akhir kes pembelaan.

Krisis Perak: PM akan perjelas pada Majlis Raja-raja

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menjelaskan situasi politik negeri Perak kepada Persidangan Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat ini.

Abdullah berkata, terpulang kepada majlis berkenaan untuk membuat sebarang saranan atau keputusan berhubung perkara tersebut.

"Majlis Raja-raja bersidang setiap tiga bulan dan terpulang kepada Raja-raja untuk membincangkan perkara seperti ini. Saya juga akan hadir dan akan memaklumkan kepada sidang Raja-raja nanti peristiwa yang telah berlaku, apa sebab-sebabnya dan sebagainya, lapor Bernama.

"Soalnya apakah saranan Raja-raja nanti atau keputusan itu adalah terpulang kepada mereka, saya hanya bertanggungjawab untuk memberi maklumat tentang apa yang telah berlaku," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Hutan Kita-Kiara di Taman Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail, di ibunegara, hari ini.

Sementara di Ipoh, Menteri Besar Perak kudeta , Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V Sivakumar mahu merujuk beliau dan enam Exco kerajaan negeri yang baru kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, sebagai sesuatu yang pelik.

Beliau berkata kebiasaannya jawatankuasa berkenaan hanya bertindak terhadap wakil rakyat yang melakukan kesalahan semasa persidangan DUN.

Pakar perundangan

Bagaimanapun,Zambry berkata beliau akan mendapatkan pandangan pakar perundangan sama ada perlu atau tidak menghadirkan diri bagi memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan.

Beliau mengulas pengumuman Sivakumar yang merujuk Zambry yang juga Adun Pangkor dan enam Exco kerajaan negeri kudeta yang mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu, kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina Dewan.

Enam Exco kudeta berkenaan adalah Hamidah Osman (Sungai Rapat), Ramly Zahari (Manong), Mah Hang Soon (Chenderiang), Saarani Mohamad (Kota Tampan), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik).

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan semalam berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah, Ramly, Mah, Saarani, Mohd Zahir dan Zainol Fadzi telah dihantar pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Sivakumar berkata keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya dari Adun Canning Wong Kah Woh Khamis lalu, yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina Dewan. malaysiakini.

Ulasan :

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak berkuasa untuk mengambil tindakan kepada mana-mana ahli dewan yang melanggar peraturan tetap dan undang-undang tubuh kerajaan negeri yang mencemar dewan pada bila-bila masa difikirkan perlu. Tidak kira di dalam atau di luar dewan.

Surah Dhuhaa permulaan kalam Nizar.

Suatu kebiasaan dan malah satu kemestian YAB Dato' Seri Hj. Nizar memulakan ceramah dan kenyataan akhbar dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran. Sejak akhir akhir ini saya menyedari bahawa beliau sering memulakan dengan membaca Surah Dhuhaa. Berikut adalah terjemahan surah itu:-

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

(1) Demi waktu Dhuhaa. (2) Dan malam apabila ia sunyi sepi. (3) (bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). (4) Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. (5) Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau redha (berpuas hati). (6) Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan? (7) Dan dipatinya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? (8) Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? (9) Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. (10) Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik. (11) Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Khalil : Yang benar tetap benar.

LARUT , 15 Feb. :- Sesuatu yang benar tetap benar walaupun cupa diselindungi dengan berbagai cara, termasuklah dengan cara pengundian atau demokrasi. Walaupun dalam piliharaya kita kalah dengan undi namun kebenaran yang kita perjuangkan tetap sesuatu kebenaran. Ianya adalah berpandukan kepada Al Quran, bila Quran kata benar ianya tetap benar walau kita dapat 10 undi sahaja. Kata ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dalam ceramah penerangan Isu Semasa di sini malam tadi.

Beliau menegaskan bahawa Islam mendidik kepada penganutnya dengan melihat kebenaran dan kebatilan berpandukan kepada Al Quran, sebab itulah segala usaha untuk menutup jalan-jalan untuk memahami al Quran adalah usaha untuk memenangkan kerja jahat musuh-musuh Islam disepanjang zaman.

Ceramah penerangan Isu Perak itu dihadiri oleh hampir 200 orang yang terdiri dari pimpinan Pas Kawasan, Pemuda dan Muslimat Kawasan larut, Ketua-ketua Kampung dan para penyokong pakatan Rakyat.

Drs. Khalil juga menyeru supaya segala maklumat yang diperolehi disebar luaskan kepada masyarakat setempat yang tidak hadir agar semua memahami Isu terkini Perak.