17 Februari 2009

Politik kotor tidak diterima rakyat perak.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berharap peralihan kepimpinan Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan berjalan lancar dan tidak mengganggu agenda pembangunan negara.

"Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan," titah Seri Paduka ketika merasmikan persidangan Parlimen bagi penggal kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tuanku Mizan turut merakamkan penghargaan kepada semua wakil rakyat, anggota perkhidmatan awam, tentera, polis dan seluruh rakyat yang bersama-sama menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran dan keselamatan negara.

Namun realiti yang berlaku d Perak 11 hari lepas jauh tersasar dari harapan Yang di-Pertuan Agong di atas. Sekumpulan manusia yang rakus kan kuasa dan "gila kuasa' telah melakukan kudeta terancang untuk merampas hak dan kuasa yang dimiliki oleh pakatan Rakyat di perak.

Peralihan kuasa yang berlaku di Perak disifatkan oleh banyak pihak adalah satu tragedi politik malang dalam sisitem demokrasi yang telah diperkosa dan dilacurkan sedemikian rupa.

Tindakan membawa lari, menculik dan menyembunyikan serentak dengan tawaran kebendaan telah memalitkan individu yang terlibat dengan politik kotor yang tidak boleh diterima oleh rakyat Perak. Mereka bangkit mengadakan protes di jalanan pada 6 Februari tanpa ada yang merancang. Itulah ledakan perasaan tidak puas hati yang kita telah saksikan bersama.

Sebenarnya sistem dan peraturan sudah cukup lengkap untuk sama-sama dipatuhi demi kelangsungan kehidupan rakyat lebih harmoni. Tetapi UMNO dan BN langsung tidak mempedulikannya. Budaya hentam kromo terus di amalkan.

Semoga nasihat Yang di-Pertuan Agong merupakan satu prinsip dan langkah yang akan diambil oleh Majlis Raja-raja yang akan bersidang bagi mengembalikan ketidak harmonian di Perak.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

depa ni memang lanun pon (UMNO/BN, depa bukannya nak bagi senang rakyat, depa kira nak memerintah saja sebab kalau depa perintah boleh la depa kaut harta benda rakyat bagi dekat anak cucu depa...

Tanpa Nama berkata...

salam, perjuangan yang PAS & PR yang ada hari sedikit sbyk adalah perjuangan warisan Nabi2 terdahulu, dimana Nabi2 diugut serta ditawarkan harta, kuasa & wanita bg meninggalkan perjuangan yang dibawa seterusnya bersama2 puak2 taghut/musyrikin...

Tanpa Nama berkata...

inila jadinya bila tak boleh terima hakikat yg rakyat dah tak nakkan dema,dema akan buat apa saje nak terus berkuasa walaupun terpaksa belakangkan undang-undang,dema akan guna apa saja medium yg ada utk kelirukan rakyat,apa dema ingat rakyat bodohka?

Unknown berkata...

betul3..