Di sebalik krisis politik Perak dan syor agak dikembalikan kekebalan Raja-raja Melayu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam menarik perhatian bahawa isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu.
Sebaliknya kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat."
Menulis dalam blognya semalam, bekas Naib Presiden Umno itu juga melontarkan pertanyaan siapa sebenarnya yang menderhaka kepada Raja-raja Melayu?
Malah, dalam tulisannya itu, beliau menempelak pemimpin Umno yang mempersoalkan sikap sesetengah rakyat yang dikatakan tidak lagi hormat kepada institusi raja.
Mengambil kira perkembangan semasa beliau turut bertanya "yang mana satukah mendatangkan keburukan lebih besar, antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?"
Tengku Razaleigh mengingatkan bahawa Raja-raja Melayu hari ini boleh dibawa ke Mahkamah Khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan di parlimen 16 tahun lalu.
"Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi.
Dalam tulisannya itu, Tengku Razaleigh turut menyertakan dua rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.
Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.
Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat."
Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankan undang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa.
Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu.
Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan oleh Perlembagaan. http://razaleigh.com.

5 ulasan:
...saya nampak segala krisis, ketidakstabilan dan kemelut yang terjadi adalah berpunca dari perbuatan sekumpulan manusia dari UMNO dan sekutunya yang bergelar pemimpin negara namun tidak lagi bersifat dan bersikap seperti manusia, sebaliknya bertindak seperti seekor buaya raksasa ganas yang kelaparan ,bertindak meredah,meratah apa saja dihadapannya walaupun seekor agas yang melintas ditelinganya. ini adalah akibat dari berkuasa terlalu lama ,tidak pernah mengambil wahyu sebagai panduan ..bertindak mengikut bisikan nafsu yang dikuasai syaitan/iblis ,buas,serakah.
Saya menyeru golongan ini, insaflah.! taubatlah.! tanda tanda hampirnya ajalmu dah jelas kelihatan, adakah kamu fikir boleh mendapat kedudukan yang kamu nikmati sekarang setelah kamu mati nanti? ...jangan pinggirkan Islam dalam segala tindakan kamu. Ingat mati!!!
Selagi manusia rakus dengan kuasa,maka terjadilah apa yang telah terjadi.UMNO yang tidak rela dan tidak percaya kuasanya berkurangan akan membuat apa saja.Demi mempertahankan kuasanya mereka sanggup melanggar sumpah setia,sanggup redah apa saja peraturan dan sanggup menyembunyi bukti.Mereka tidak akan insaf selagi mereka berkuasa.Mereka tidak terfikir mereka akan nyanyok dan tidak lagi berkuasa dan mati satu masa nanti.Mereka mengambil kesempatan atas kelemahan rakyat,kelemahan raja-raja dan pegawai - pegawai kerajaan.
Bagus Tengku Razaleigh memang berani
Yang pasti UMNO lah yang membuang kekebalan Raja2 Melayu, UMNO juga lah yang menggadai Singapura, UMNO juga menggadai tanah rezab melayu, UMNO juga yang membuang tulisan jawi, UMNO jugalah yang menolak bahasa melayu dlm math & sains dan UMNO juga yang membunuh & mengISA ramai orang Melayu... inikah ciri2 parti yang memperjuangkan Melayu?
membela melayu pun tidak Islam jauh sekali..
yang tinggal hanya Hadhari!!!
no komen.. sbb KU Li still under UMNO..hehe saya syorkan ku li masuk PAS..umah ku li kat roundbout pon da dekat sgt da ngan tempat tok guru nik aziz ceramah pagi2 ari jumaat..hehe
Catat Ulasan