18 Februari 2009

Adun Titi Serong masuk BN ?

Semalam saya ada ceramah penerangan di markas PAS Tanjung Piandang yang terletak dalam DUN Titi Serong. Ceramah itu dibuat selepas habis solat Maghrib dan berakhir hampir jam 9.15 malam. Setelah itu kami sembahyang Isya berjemaah.

Selepas solat saya mendapati banyak panggilan masuk dalam keadaan saya senyap kan suara talipon sejak sembahyang Maghrib lagi.

Sebagaimana biasa saya menalipon balik nombor-nombor tersebut. Salah satunya kawan baik dari Ipoh. Dalam nada yang bersungguh-sungguh dan ingin tahu serta bagi mendapatkan pengesahan segera, beliau bertanya betulkah saya sudah masuk BN ? katanya orang di Ipoh dan hangat berbicara mengenai berita itu.

Saya dengan nada terkejut, didalam hati, marah pun ada, geram pun ada, lucupun ada dengan spontan berkata, bagi tahu orang yang kata saya masuk BN saya nak RM 50 juta, sekarang orang baru tawar RM 45 juta, minta tolong dari dia tambah lagi RM 5 juta.

Dengan jawapan itu dia terus tergamam dan mula yakin itu cuma berita angin dari orang yang tidak bertanggung jawab.

Sakit perut dibuatnya,kata orang Indonesia, waduh pak..jantungan jadinya, goblok.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin dlm Majlis Santapan Diraja Drs ada bertegur sapa dgn lontaran senyum mesra lalu di andai orang yg tersalah sangka Drs bersama "kerabat di sana".Kami yakini harga diri bukan barang dagangan yg boleh dibeli hatta dinar emas di umpani.InsyaALlah terus istiqamah dlm jemaah hingga akhir hayat jua.Dang Ratna Kesuma.

Tanpa Nama berkata...

Takat RM50 juta sikit sangat ustaz....kalau RM50 billion pun belum berbaloi untuk lompat...kalau 50 trillion dinar...wow....boleh kaya...

Unknown berkata...

kalo betul nak tawar, mintak lebih sikit wat derma kt anak yatim or org susah kat BERSAMAMU. tp blum tentu nak masuk ketak. hehehe

Tanpa Nama berkata...

salam..maknanya jelas skg ni, bahawa perjuangan kita PAS & PR sama dgn apa yg diperjuangkan oleh Nabi saw. dimana puak2 musyrikin akan terus2an menawarkan kuasa, harta & wanita utk membayar nilai perjuangan ini. WALLAHUA'LAM.

Tanpa Nama berkata...

yb letakkan syarat mesti jadi pm.

asalbayu berkata...

Nah... dah terdedah cerita lompat parti ni. Rupanya ada faktor wang. Patutlah di Kedah khususnya warung-warung kopi tepi jalan ramai orang bercakap bahawa kes 3 orang yang menjelma jadi katak (lompat perti) tu melibatkan dana yang bukan sedikit. Puak-puak yang berdemo dengan memakai lilit kuning tu pun Malaysia. Oh... terlupa pula. Siapa nak dengar suara Tun Dr Mahathir yang sekarang ni dah jadi melukut di tepi gantang. Giliran Pak Lah dengan Najib dah tentu akan tiba tak lama lagi kalau mereka panjang umur. Minta-minta mereka panjang umur supaya boleh joint geng Tun.

Brahim Nyior berkata...

hhihhihhiuhuhhuhihiihuhihuuihhuuihi..

Tengok lah apa jadi Jamaluddin, Osman dan Hee yang melompat parti, diludah dan dicerca masyarakat DUN mereka. Duit banyak pun , tapi kalu hari-hari 'makan' sumpah seranah dan maki hamun orang, apa gunanyer...

Tanpa Nama berkata...

betui kata brahimnyior... atas dunia dah kena... akhirat nanti tak dapat nak gambarkan....

Tanpa Nama berkata...

melompat tu boleh ustaz..tp ready la dengan kutukan rakyat..hihi..lawak jugak posting ni..geli hati..patut ramai lagi adun2 @ mp pakatan buat posting pasal tawaran bn ni..jgn bila dah tdesak baru nak wat posting..kagum dgn ustaz

Unknown berkata...

huhuhu..letak syarat tip top ustaz..baru tergamam najib altantuya tu..kah kah kah.. pape pon ustaz,kuatkan smgt..bende2 ceni,org nk kenat [khianat] taw..

Tanpa Nama berkata...

Tanjung Piandang dalam DUN Kuala Kurau. Betulkah atau auta saja Adun ni, nak cari populariti.

Tanpa Nama berkata...

nk trma bpa juta pn blh ustaz tp jgn mkn sorg2,kna la bg skit kt SPRM tu bru diorg tk heboh..mcm katak 3 ekor tu mne ade SPRM nk g siasat,slp2 smpi ke cucu cicit ank brnk SPRM pn najib tanggung lg ...

miee berkata...

syukur yang i2 berita palsu kerna saya memang kagum dengan YB...setiap hari,saya mesti luangkan masa untuk melayari blog YB...saya harap.tiada seorang pun YB Pakatan Rakyat yang menerima sogokan selepas ini.cukup yang sudah berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Tanjung Piandang memang dalam DUN Titi Serong,
Jangan Ngok tak tentu pasal

Tanpa Nama berkata...

Salam ...
Semoga Allah memberi kekuatan iman kepada ADUN TT Serong ... Ustaz Khalil Idham Lim sekeluarga .Tabah lah dalam menghadapi segala ujian dan dugaan-Nya .... wallah hu A'lam

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak pertahan Adun ni pun jangan kata Ngok kat orang. Tg. Piandang dalam DUN Kuala Kurau.

Tanpa Nama berkata...

Aduhai Anonim 14.41.00!Dewan Undangan Negeri nya Titi Serong namun YB nya nisyaALlah lurus dan telus.Santun bersama kita berforum. Dang Ratna Kesuma.