KUALA LUMPUR, 17 Feb : - PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah menentang usaha meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan rakyat negara ini tetapi serentak masa yang sama menekankan bahawa dasar PPSMI adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika mengajukan pandangannya mengenai dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, 17 Februari lalu
"Kita menggalakkan kemahiran bahasa Inggeris dan kita mahu semua masyarakat kita mahir dalam penguasaan bahasa Inggeris. Tetapi dasar PPSMI yang diwarisi dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad ini sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau.
Malah tindakan itu, ujar Kamarudin, sebenarnya akan membunuh bahasa Melayu yang seharusnya dijadikan bahasa pengantar dalam pelajaran sains dan matematik.
"Ini legasi pemimpin dahulu (Tun Dr Mahathir). Apakah YB selaku Ketua Pemuda Umno sanggup dilihat oleh sejarah sebagai pemimpin Pemuda Umno yang meletakkan hukum dan fatwa bahawa bahasa Melayu sebenarnya tidak layak untuk dijadikan bahasa yang mengajar anak bangsa kita dalam pelajaran sains dan matematik," katanya.
Bagi Kamaruddin, tindakan kerajaan BN mengekalkan PPSMI hanya menunjukkan kepada dunia bahasa Melayu adalah bahasa yang lemah dan tidak layak digunakan sebagai bahasa pendidikan untuk kemajuan anak bangsa.Harakahdaily.

3 ulasan:
Pemimpin UMNO/BN lah yang sebenarnya mengkhianati bangsa Melayu bukan PAS,DAP & PKR. Mula2 menghapuskan tulisan jawi, gadai tanah rezab melayu, serah singapura, serah batu putih... makin lama UMNO/BN berkuasa makin tertindas dan terpinggirlah bangsa melayu yang diperjuangkannya tu...
Kembalikan kedaulatan Islam, untuk semua bangsa & rakyat.
Satu fakta yang perlu difahami sekarang ialah, tujuan memperkenalkan penggunaan BI untuk sains dan matematik untuk menjadi pelajar kita mahir bahasa Inggeris. Sekarang ini cuba cek semua pelajar yang dapat semua A termasuk BI seluruh Malaysia, adakah mereka mahir bahasa Inggeris? Adakah mereka boleh menjawab dalam bahasa Inggeris kerana menghafal atau memang mereka boleh berbahasa Inggeris? Kalau mereka gagal berbahasa Inggeris dengan baik walaupun A, bermakna gagalah PPSMI. Sepatutnya dalam BI dipertingkatkan cara pembelajaran sama seperti sekolah inggeris.
sy sokong, bukan setakat bahasa inggeris, kene ajar pelbagai bahasa lagi, tambah bahasa mandarin,tamil, arab dll....bodoh betul kerajaan bee ended (wat2 bodo okmor..)..kenapa perlu kambing hitam subjek sains dan matematik (kesian kat cikgu sains n math, cikgu BI gok rilek)....org upgrade la sistem pengajaran BI tu....ajar method kelas intensif ( mcm2 kaedah ada la...), mcm bahasa jepun untuk pelajar yang akan melanjutkan pengajian di negara tersebut...dll, kene beza antara keupayaan utk mendapat ilmu dan keupayaan untuk mendapatkn kemahiran bahasa...mgkin kerajaan be end buleh pertimbangkan plok ajar pendidikan islam dalam bahasa arab (biar jadi jahil plok anak2 org melayu-islam....duk agung sgt BI tu, dok yakin ngan bahasa sendiri ( kesian kat DBP dan pejuang bahasa), ingat Allah saje2 je ke wat bahasa dan bangsa yg berlainan jenis...Maha Suci Allah yg mencipta sesuatu....Takbir!!!!!
Catat Ulasan