04 April 2014

MH370: Pertimbang guna sonar robotik

3 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
PERTH - Malaysia akan mempertimbangkan untuk menggunakan alatan sonar robotik berkawalan jauh di lokasi pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, alat itu berkemampuan mengesan objek dalam air berkedalaman tinggi.

“Ini sebagai salah satu usaha kita dalam berdepan jangka hayat kotak hitam yang mampu bertahan selama 30 hari,” katanya, semalam.

Gaji minimum: Menteri minta respons rakyat

3 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Majikan, pekerja dan orang ramai diminta memberi maklum balas tentang pelaksanaan dasar gaji minimum sebelum Julai ini. 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem berkata, perkara itu penting untuk membolehkan beliau mengemukakan cadangan mengenainya di mesyuarat Majlis Gaji Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan itu. 

Mangsa panahan petir meninggal di ICU

3 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
Melaka Tengah: Pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ayer Paabas, Alor Gajah, yang dipanah petir di padang sekolah itu Selasa lalu, meninggal dunia, semalam. 

Johan Jasmin, 13, meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka jam 3.50 petang. 

Pengarah Komunikasi Korporat MARA, Rohayah Mohd Zain, yang mengesahkan perkara itu, berkata jenazah anak bongsu daripada dua beradik itu akan dibawa ke rumah keluarganya di Jelutong Heights, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor. 

Alumni pelajar K'tan Mesir anjur jelajah solidariti 529

3 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Sebagai menzahirkan rasa kebersamaan terhadap apa yang berlaku di negara Mesir, pihak persatuan Alumni Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (Alumni KPKM) mengambil tanggungjawab mengadakan Jelajah Solidariti 529 di seluruh negeri Kelantan.

Menurut Penyelaras Program, Ustaz Mohd Asri bin Daud, siri jelajah ini diadakan bagi mengajak masyarakat bersolidariti terhadap nasib 529 rakyat negara itu yang dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah regim kudeta.

Hudud: Persatuan Peguam Syarie sedia bantu Kelantan

3 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KOTA BHARU: Persatuan Peguam Syarie  Kelantan (PPSK) menawarkan kemahiran serta  khidmat mereka dalam membantu hasrat kerajaan negeri melaksanakan Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

Pengerusinya, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, pihaknya juga bersedia turun kepada mesyarakat dalam memberikan penerangan agar mereka faham berkaitan perlaksanaan undang-undang itu.