04 April 2014

Hudud: Persatuan Peguam Syarie sedia bantu Kelantan

3 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -
KOTA BHARU: Persatuan Peguam Syarie  Kelantan (PPSK) menawarkan kemahiran serta  khidmat mereka dalam membantu hasrat kerajaan negeri melaksanakan Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993.

Pengerusinya, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, pihaknya juga bersedia turun kepada mesyarakat dalam memberikan penerangan agar mereka faham berkaitan perlaksanaan undang-undang itu.

“Sebagai mewakili peguam syarie yang beramal di negeri Kelantan, pihak kami dengan ini beraku janji untuk memberi sepenuh komitmen,”ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berhubung hasrat kerajaan negeri untuk menguatkuasakan enakmen  itu bermula Januari 2015 jika tiada halangan dari kerajaan pusat.

Pada masa yang sama, beliau berkata pihak PPSK  bersedia membantu dalam memastikan keadilan tertegak terutamanya dalam kes-kes yang dibicarakan di bawah enakmen itu.

“Adalah diharapkan dengan pengumuman itu, hasrat majoriti rakyat Kelantan sejak sekian lama untuk melihat pelaksanaan Islam secara menyeluruh tercapai," jelas Bahrum.

Harakahdaily

No comments: