25 Julai 2008

Hapuskan ISA , syarat adakan muzakarah.

Isu muzakarah masih hangat diperkatakan oleh pemimpim UMNO. Kelmarin setelah selesai mesyuarat MT UMNO Ketua Penerangannya ,Muhammad Muhd berkata, PM menegaskan muzakarah itu perlu diteruskan demi kepentingan rakyat dan agama Islam.

Menurut Muhammad, Perdana Menteri memberitahu umat Islam tidak boleh berbalah walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang soal-soal pentadbiran kerana dari segi agama perlu ada kerjasama dan persefahaman antara UMNO dan PAS yang mewakili kepimpinan Islam.

Katanya lagi, pertemuan susulan dijangka berlaku memandangkan pertemuan yang baru berlangsung mewujudkan persefahaman di antara kedua-dua parti. Kebenaranya kenyataan ini sangat diragui.

Aduhai rakyat Malaysia realitinya sangat jauh dari ucapan dan hasrat walaupun sekarang semuanya mahu memberikan pandangan mengenai isu ini malah mendapat tempat dalam media arus perdana. Sekadar kata perpatah Melayu "bagai menanam tebu di bibir mulut"

Sudah puluhan pimpinan UMNO bercakap namun apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang majoritinya di sana adalah orang Melayu adalah sangat menyakitkan hati.

Bayangkan sudah 18 tahun lebih Kelantan ditekan, diganggu pentadbirannya dengan diujudkan seawal mungkin bila PAS menang disana. iaitu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Terrkini di Selangor , Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

JPP pemecah belah orang Melayu dan Kampung Melayu. macam mana tidak pecah, sedangkan dengan perlantikan seorang lagi ketua kampung di bawah pusat satu kampung ada dua orang ketua. Sudahlah membazir dan wang yang sepatutnya diberikan kepada ketua kampung yang sah dibawah negeri yang dilantik ikut prosuder biasa dinafikan elaunnya. kalau diperak RM 400 disalurkan kepada ketua kampung "haram' itu. Tinggallah RM 200 gaji Ketua Kampung yang "halal" sebelum berjaya kita naikkan dengan kemampuan kewangan yang ada.

ISA, siapapun tidak dapat maafkan satu lagi projek UMNO yang tidak dapat dinafikan sangat zalim dan menzalimi rakyat Malaysia yang tidak bersalah.

Menuduh rakyatnya sendiri tanpa dibawa kemahkamah untuk dibuktikan sehingga bertahun-tahun malah menafikan hak kemanusiaan hubungan suami dengan anak dan isteri.

Undang-undang apakah ini, dan seingat saya inilah syarat yang pemimpin PAS letakkan suatu masa dulu sebelum diadakan muzakarah iaitu hapuskan ISA dulu. Apakah perbincangan berarti sekiranya masih ada 70 orang rakyat Malaysia yang merengkuk di Kemunting tanpa bicara.

Islam melarang berlaku zalim, namun kenapa kita hendak bermuzakarah dengan manusia dan kumpulan sebegini. apalagi saya melihat mereka sudah lemas dan hendak tenggelam, dan cuba berpaut dibahtera PAS, buka maksud tidak mahu menolong namun lebih berhemah ...kita biarkan sahaja, biarkan..., biarkan......

Sikap diskriminasi Umno punca muzakarah tidak diminati - Nik Aziz

KETEREH, 24 Julai :-Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan beliau tidak berminat untuk bermuzakarah dengan Umno memandangkan banyak penganiayaan yang dilakukan terhadap parti lawan.

Malah kata Menteri Besar Kelantan itu bermuzakarah dengan Umno tidak ada kesudahan dan hanya membuang masa sahaja.

?Kelantan menjadi mangsa diskriminasi pemimpin kerajaan pusat dan terbaru Kementerian Pelancongan menyekat bantuan sebanyak RM8 juta kepada negeri ini bagi membangunkan bandar pelancongan di Rantau Panjang.

Selain itu sampai sekarang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yang bertanggungjawab bagi projek penanaman padi tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada kerajaan negeri,? katanya kepada pemberita selepas merasmikan masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqadumil Ilmi dekat sini, hari ini.

Menurutnya agensi lain di bawah persekutuan termasuk Mara juga menganaktirikan penyokong bukan Umno bagi menyewa premis milik agensi terbabit.

"Baru-baru ini ada penduduk di Tanah Merah diberi borang permohonan untuk menduduki bangunan Mara, tetapi di saat-saat akhir permohonan tersebut ditolak dengan alasan penyokong pembangkang," katanya.

Generasi yang rosak

“Maka datanglah sesudah mereka, generasi (yang buruk) yang menyia-nyiakan sembahyang dan menuruti hawa nafsu, maka kelak mereka akan mengalami kesesatan dari jalan yang benar” (QS. Mariam: 59).

Melalui ayat di atas, kita diperingatkan tentang akan datangnya suatu masa sesudah para Nabi-nabi yang dipenuhi generasi yang buruk. Ciri-ciri generasi itu antara lain menyia-nyiakan sembahyang dan menuruti hawa nafsu mereka. Persoalannya siapa diantara kita generasi yang dimaksudkan itu ?

Sesuai dengan ajaran Islam, kita menyakini tidak ada lagi Nabi sesudah Nabi Muhammad SAW, meskipun kebelakangan ini ada orang yang mengakui dirinya Nabi. Dengan demikian, tidak tertutup kemungkinan dan sebahagian dari bukti sebahagian kita adalah generasi yang buruk.

Generasi buruk dapat kita perhatikan dari ciri-cirinya, tidak sedikit di antara kita yang tergolong ke dalamnya. Yang menyia-nyiakan sembahyang, contohnya, pun tidak sedikit jumlahnya. Tentu, yang menyia-nyiakan sembahyang ini bukan hanya yang meninggalkan salah satu rukun Islam itu, tetapi juga yang melaksanakannya tetapi sembahyangnya tidak mencapai harapan seperti yang disebut dalam Al Quran“mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.”
Malang sekali seolah-olah antara sembahyang dan perbuatan keji seakan tidak hubungan. Mungkin inilah yang dimaksud dengan orang yang di waktu malam menjadi Islam dan di siangnya menjadi kafir.
Realiti dari kejadian membunuh dua anak kecil yang tidak berdosa dan menghabiskan nyawanya sendiri dengan mengantung diri di Nibong Tebal kelmarin adalah contoh manusia yang sudah tidak punya iman di akhir zaman ini. Kalau ada iman sebesar zarrahpun dalam dirinya kita yakin ia tidak sanggup melakukan perbuatan mungkar itu.

Bunuh Diri

Semua keterangan yang menerangkan tentang tindak kriminal pembunuhan itu, meliputi masalah bunuh diri. Jadi barangsiapa bunuh diri dengan cara apapun, berarti dia telah melakukan suatu pembunuhan yang diharamkan Allah.

Kehidupan manusia bukan menjadi hak milik pribadi, sebab dia tidak dapat membuat dirinya, anggotanya ataupun sel-selnya. Diri manusia pada hakekatnya hanyalah sebagai barang titipan yang diberikan Allah. Oleh karena itu tidak boleh titipan ini diabaikannya. Bagaimana lagi memusuhinya? Dan apalagi melepaskannya dari hidup?

Karena itu, berfirmanlah Allah:
"Dan jangan kamu membunuh diri-diri kamu, karena sesungguhnya Allah maha belas-kasih kepadamu." (an-Nisa': 29)


Islam menghendaki kepada setiap muslim hendaknya selalu optimis dalam menghadapi setiap musibah. Oleh karena itu Islam tidak membenarkan dalam situasi apapun untuk melepaskan dari hidup dan menanggalkan pakaian karena ada suatu bala' yang menimpanya atau karena gagal dalam cita-cita yang diimpi-impikan. Sebab seorang mu'min dicipta justru untuk berjuang, bukan untuk tinggal diam, dan untuk berperang bukan untuk lari. Iman dan budinya tidak mengizinkan dia lari dari arena kehidupan. Sebab setiap mu'min mempunyai senjata yang tidak bisa sumbing dan mempunyai kekayaan yang tidak bisa habis, yaitu senjata iman dan kekayaan budi.


Rasulullah s.a.w. memberikan ancaman kepada orang yang berbuat tindak kriminal yang kejam ini dengan terhalangnya dari rahmat Allah dan mendapat murka Allah kelak di akhirat.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sebelum kamu, pernah ada seorang laki-laki luka, kemudian marah sambil mengambil sebilah pisau dan di potongnya tangannya, darahnya terus mengalir sehingga dia mati. Maka berkatalah Allah: hambaku ini mau mendahulukan dirinya dari (takdir) Ku. Oleh karena itu Kuharamkan sorga atasnya." (Riwayat Bukhari, dan Muslim)


Kalau orang tersebut terhalang masuk sorga lantaran luka yang tidak seberapa sakitnya kemudian bunuh diri, maka bagaimana lagi orang yang bunuh diri lantaran mendapat kerugian sedikit atau banyak, atau lantaran tidak lulus ujian atau lantaran ditolak seorang gadis?!
Kiranya orang-orang yang kurang bergairah itu suka mendengarkan ancaman yang dibawa Rasulullah s.a.w. yang berkilat dan mengguruh.


Rasulullah s.a.w. bersabda sebagai berikut:
"Barangsiapa menjatuhkan diri dari atas gunung kemudian bunuh diri, maka dia berada di neraka, dia akan menjatuhkan diri ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun kemudian bunuh diri, maka racunnya itu berada di tangannya kemudian minum di neraka jahanam untuk selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan alat tajam, maka alat tajamnya itu di tangannya akan menusuk dia di neraka jahanam untuk selama-lamanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Halal dan Haram dalam Islam
Oleh Syekh Muhammad Yusuf Qardhawi
Alih bahasa: H. Mu'ammal Hamidy
Penerbit: PT. Bina Ilmu, 1993