Katanya lagi, pertemuan susulan dijangka berlaku memandangkan pertemuan yang baru berlangsung mewujudkan persefahaman di antara kedua-dua parti. Kebenaranya kenyataan ini sangat diragui.
Aduhai rakyat Malaysia realitinya sangat jauh dari ucapan dan hasrat walaupun sekarang semuanya mahu memberikan pandangan mengenai isu ini malah mendapat tempat dalam media arus perdana. Sekadar kata perpatah Melayu "bagai menanam tebu di bibir mulut"
Sudah puluhan pimpinan UMNO bercakap namun apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO kepada kerajaan Pakatan Rakyat yang majoritinya di sana adalah orang Melayu adalah sangat menyakitkan hati.
Bayangkan sudah 18 tahun lebih Kelantan ditekan, diganggu pentadbirannya dengan diujudkan seawal mungkin bila PAS menang disana. iaitu Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Terrkini di Selangor , Perak, Kedah dan Pulau Pinang.
JPP pemecah belah orang Melayu dan Kampung Melayu. macam mana tidak pecah, sedangkan dengan perlantikan seorang lagi ketua kampung di bawah pusat satu kampung ada dua orang ketua. Sudahlah membazir dan wang yang sepatutnya diberikan kepada ketua kampung yang sah dibawah negeri yang dilantik ikut prosuder biasa dinafikan elaunnya. kalau diperak RM 400 disalurkan kepada ketua kampung "haram' itu. Tinggallah RM 200 gaji Ketua Kampung yang "halal" sebelum berjaya kita naikkan dengan kemampuan kewangan yang ada.
ISA, siapapun tidak dapat maafkan satu lagi projek UMNO yang tidak dapat dinafikan sangat zalim dan menzalimi rakyat Malaysia yang tidak bersalah.
Menuduh rakyatnya sendiri tanpa dibawa kemahkamah untuk dibuktikan sehingga bertahun-tahun malah menafikan hak kemanusiaan hubungan suami dengan anak dan isteri.
Undang-undang apakah ini, dan seingat saya inilah syarat yang pemimpin PAS letakkan suatu masa dulu sebelum diadakan muzakarah iaitu hapuskan ISA dulu. Apakah perbincangan berarti sekiranya masih ada 70 orang rakyat Malaysia yang merengkuk di Kemunting tanpa bicara.
Islam melarang berlaku zalim, namun kenapa kita hendak bermuzakarah dengan manusia dan kumpulan sebegini. apalagi saya melihat mereka sudah lemas dan hendak tenggelam, dan cuba berpaut dibahtera PAS, buka maksud tidak mahu menolong namun lebih berhemah ...kita biarkan sahaja, biarkan..., biarkan......
25 Julai 2008
Hapuskan ISA , syarat adakan muzakarah.
Isu muzakarah masih hangat diperkatakan oleh pemimpim UMNO. Kelmarin setelah selesai mesyuarat MT UMNO Ketua Penerangannya ,Muhammad Muhd berkata, PM menegaskan muzakarah itu perlu diteruskan demi kepentingan rakyat dan agama Islam.
Menurut Muhammad, Perdana Menteri memberitahu umat Islam tidak boleh berbalah walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang soal-soal pentadbiran kerana dari segi agama perlu ada kerjasama dan persefahaman antara UMNO dan PAS yang mewakili kepimpinan Islam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan