26 Julai 2008

Konvension PAS Perak : 26 - 27 Julai 2008

IPOH, 25 July :-PAS Perak akan mengadakan konvensonnya pada 26 - 27 Julai 2008 bertempat di Dewan Orang Ramai Rapat Setia , Ipoh; selama dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad akan datang ini.

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Tuan Guru Presiden PAS , Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang yang dijangka akan bermula jam 8.45 pagi.


Menurut Dr Khairuddin, dijangka seramai 800 perwakilan dari seluruh negeri Perak akan turut hadhir dalam konvension tersebut.Terdapat empat kertas kerja yang akan dibentangkan disepanjang dua hari konvension tersebut diadakan.

Majlis Forum dan dialog bersama rakyat akan turut diadakan pada sebelah malamnya didewan tersebut yang akan dibarisi oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Muhammad, Wakil Parlimen Gopeng (PKR), YB Lee Boon Chye, dan Presiden Teras Keupayaan Melayu , Cikgu Azmi.

Pada hari Ahad, malam Isnin pula, satu majlis ceramah yang akan disampaikan oleh TG Presiden bersama Ir Nizar akan diadakan di Mini Stadium Sungai Tapah.

Orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama menghadiri kedua-dua majlis disebelah malam tersebut untuk mendapat penerangan dan penjelasan terkini tentang perkembangan pentadbiran negeri Perak dan juga isu semasa negara.

Tiada ulasan: