25 Jun 2009

Isu kerajaan haram Perak dibangkitkan di Parlimen

KUALA LUMPUR, 24 Jun : - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan bahawa Dewan Rakyat tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjaga kerajaan sesebuah negeri.

Beliau berkata demikian kepada Dr Muhd Puad Zarkasyi (BN-Batu Pahat) ketika membantah isi kandungan perbahasan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mendakwa negeri Perak sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Menteri Besar haram.



Maafkan saya, yang berhormat kerana peraturan mesyuarat 36(2) tidak menjaga dan mempertahankan sebarang urusan yang menyentuh kepentingan kerajaan negeri tetapi hanya hal berkaitan parlimen sahaja," tegasnya.

Lim yang sebelum itu menyentuh mengenai krisis politik yang melanda negeri Perak yang didakwa berpunca daripada 'tiga ekor katak politik'.

Beliau juga menegaskan bahwa kerajaan negeri Perak yang ada sekarang ini adalah merupakan kerajaan yang haram kerana ianya dibentuk melalui kaedah yang tidak mengikut perlembagaan negara.

"Ia dikatakan sebagai haram kerana tidak dibuat melalui cara yang betul.

"Apa yang menghairankan adalah kenapa mereka tidak membuat undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri Perak untuk menafikan Nizar sebagai Menteri Besar?" katanya.

Penasihat DAP itu percaya sekiranya ia dilaksanakan, terdapat kemungkinan Adun-adun BN Perak mempunyai pandangan yang berbeza daripada BN yakni menyokong kepimpinan Nizar.

"BN mesti rela bertemu rakyat dan membuat pilihan raya peringkat negeri Perak kerana mereka merupakan perampas kuasa di Perak," ujarnya.

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak tidak komited kepada prinsip demokrasi dan etika apabila terdapat dua Menteri Besar, dua Speaker Dun dan sidang Dun.

"Beranikah kerajaan BN memberikan maklum balas terhadap permintaan Pakatan Rakyat yang menuntut agar kuasa memilih kerajaan dikembalikan kepada rakyat.

"Oleh yang demikian, kita tidak hairanlah apabila terdapat suatu undian yang menyatakan populariti Perdana Menteri hanya sekadar 45 peratus sahaja," demikian ujarnya. Harakahdaily

ADUN Perak lapor tindakan polis kepada SUHAKAM jam 11.00 pagi ini

Satu laporan atas salah laku pihak Polis dam peristiwa penangkapan 21 orang termasuk ADUN dan MP di Perak pada hari pelancaran Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar pada 26Mei 2009 lepas.

Rombongan ADUN Perak dijangka akan sampai di Pejabat Suhakam Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada jam 11.00 pagi ini dan mereaka difahamkan telah mendapat temujanji dengan Timbalan Pengerusi Suhakan. Pada kesempatan itu rombongan ADUN dan OKT akan menyerahkan memo bantahan terhadap kejadian yang memalukan itu.

Saya menjemput seluruh warga KL yang perihatin dan Rakan-rakan Media untuk hadir bersama, satu kenyataan Media akan diadakan selepas penyerahan memo kepada Suhakam.

394 Pria Lamar Seorang Perempuan Kaya Raya.

Sebanyak 394 pria sudah mengajukan diri untuk melamar seorang perempuan jutawan Korea Selatan. Perempuan itu mencari calon suami dengan memasang iklan di internet.

Juru bicara Sunoo, agen biro jodoh yang menangani penyelenggaraan seleksi itu menyatakan, perempuan yang dilaporkan memiliki kekayaan sebesar USD18 juta atau sekira Rp185 miliar itu, telah memasang iklan mencari suami sejak 20 Mei. Selanjutnya 394 pria itu diseleksi menjadi delapan orang.


Sunoo kepada AFP yang dilansir, Rabu (17/6/2009), menyatakan pelamar datang dari beragam profesi, seperti dokter, pengacara, akuntan, bankir, tentara, dan pegawai negeri, dengan usia antara 26 hingga 49 tahun.

Dijelaskan agensi, alasan perempuan pebisnis berusia 49 itu melakukan pemilihan jodoh, lantaran kesibukannya, sehingga tak bisa mencari suami sendiri.

“Awalnya, kami baru menutup pengajuan lamaran akhir bulan ini. Namun perempuan itu merasa terganggu dengan pemberitaan media dan dia meminta menutupnya, Selasa kemarin,” ungkap juru bicara itu.

Perempuan itu akan mewawancara kedelapan pria yang telah diseleksi. Namun karena kesibukannya, dia hanya akan mewawancara dua atau tiga saja.

“Dia ingin mencari seorang belahan jiwa untuk menemani hidupnya yang akan berbagi kesenangan dan susahnya hidup,” kata juru bicara itu.

China Berjaya Menghasilkan Vaksin Influenza A(H1N1)

Alif H'ng
2009-06-22 15:58:55 Agensi Berita Xinhua China

Syarikat Biokejuruteraan Hualan Berhad China berjaya menghasilkan vaksin influenza A(H1N1) hari ini. Vaksin itu akan dijual dalam pasaran mulai pada bulan September.

Naib Ketua Pengurus Besar syarikat itu, Fan Pei berkata, vaksin itu perlu lulus ujian biologi dan biokimia selama 14 hari agar menjamin keselamatan dan khasiatnya. Pada bulan Julai ini, vaksin itu akan masuk proses klinikal pemantauan sebelum dipasarkan.

China Bahaskan Undang-Undang Perlindungan Pulau

Alif H'ng
2009-06-22 19:08:58 Agensi Berita Xinhua China

Undang-Undang Perlindungan Pulau di China telah digubal dan diserahkan kepada Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan untuk dibahas hari ini. Ini bermakna, China akan mewujudkan sistem yang lengkap untuk melindungi pulau dan pantai dan menyediakan dana yang khas dalam bidang tersebut.


Menurut rang undang-undang itu, pulau yang tidak didiami penduduk dimiliki oleh negara. Dewan Negara bagi pihak negara menjalankan tanggungjawab terhadap hak milik tersebut. Selain itu, kerajaan mengawal tindakan membina projek, menggali batu dan pasir di pulau serta berusaha melindungi ekologinya.

Dalam kawasan perairan laut China yang luasnya 3 juta kilometer persegi, terdapat lebih 6900 buah pulau yang luasnya melebihi 500 meter persegi serta lebih 10 ribu pulau kecil.

SEJARAH AYAT KURSI

ZAMRI kecik's

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia

telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

UMNO TIDAK SENANG HIDUP SELAGI ADANYA DS ANWAR

Oleh: WFAUZDIN NS

KETOKOHAN DS Anwar memang tidak dapat dinafikan samasekali. Semenjak beliau belum menceburi dunia politik lagi ketokohannya terserlah terutamanya ketika menjadi Presiden ABIM. Sewaktu di dalam ABIM, pertubuhan tersebut amat dihormati dan disegani oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang ketika itu, tambahan pula timbalan DS Anwar ketika itu adalah Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Nama ABIM di waktu itu amat terkenal sehingga melangkau sempadan tanahair sehinggakan mengatasi populariti nama parti lain termasuk Pas sendiri.

Ketokohannya begitu menarik minat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi PM. DS Anwar telah dibawa masuk ke dalam Umno walaupun pada awalnya amat keberatan untuk beliau menerima tawaran parti Melayu tersebut. Seperti yang pernah beliau ceritakan, DS Anwar terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakannya di dalam ABIM tentang hasrat beliau memasuki Umno. Ada takan-rakan yang bersetuju dan tidak kurang juga yang bimbang DS Anwar akan karam dengan rentak politik Umno. Almarhum Ustaz Fadzil Noor adalah salah seorang yang terlalu kuat melarang DS Anwar memasuki Umno kerana beliau bimbang cita-cita baik DS Anwar untuk mengislamisasikan Umno tidak akan tercapai bahkan DS Anwar akan dikhianati suatu masa nanti. Walau bagaimanapun, DS Anwar tetap dengan cita-citanya untuk merubah Umno dari dalam dan Almarhum Ustaz Fadzil hanya mampu berdoa agar usaha DS Anwar akan berjaya. Maka, berpisahlah dua sahabat baik ini bahkan dianggap keluarga buat DS Anwar kerana hubungan keluarga mereka terlalu rapat. DS Anwar berjuang di dalam Umno, manakala Almarhum Ustaz Fadzil berjuang di dalam Pas.

Apabila DS Anwar terlalu cepat menunjukkan ketokohan dan kebolehannya, maka Dr Mahathir melonjakkan beliau ke jawatan yang lebih tinggi dengan cepat. Kepantasan DS Anwar menaiki satu emi satu tangga ke atas di dalam Umno dan kerajaan ketika itu amat dicemburui oleh tokoh-tokoh Umno yang lain. Era kecemerlangan DS Anwar yang paling jelas dapat dilihat adalah apabila beliau menjawat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan. Proses Islamisasi mula berlaku di dalam Umno di mana terdirinya Universiti Islam dan perbankkan Islam. Islamisasi terus diterap di dalam sistem pendidikan sekolah-sekolah di mana semua pelajar lelaki dan perempuan Islam dibenarkan berpakaian menutup aurat. Di sekolah-sekolah malahan di jabatan-jabatan kerajaan diadakan program tazkirah berjadual dan Qiamullail di peringkat sekolah. Ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau di antara yang paling ditakuti oleh menteri-menteri atau pegawai-pegawai yang kuat memakan rasuah kerana DS Anwar terlalu anti kepada amalan jahat ini.

Sewaktu beliau memangku jawatan Perdana Menteri ketika Dr Mahathir tiada di dalam negara, kesempatan itu diambil oleh DS Anwar untuk membentangkan akta berkaitan rasuah yang mana sesiapa di kalangan menteri atau penjawat awam yang telah terbukti melakukan rasuah, tindakan boleh dikenakan walaupun menteri atau penjawat awam tersebut telah bersara. Beliau juga tidak pernah bersetuju atau bersubahat di dalam apa jua salah laku berkaitan rasuah dan penyelewengan walaupun melibatkan arahan dari pihak atasannya sendiri. Oleh kerana DS Anwar terlalu tegas di dalam perkara ini, beliau mula dicurigai oleh beberapa pihak termasuk oleh Dr Mahathir sendiri dan beberapa kroni rapat PM ketika itu. Berkaitan dengan Islam, beliau juga dicurigai kerana tegasnya beliau menentang pemecatan Mufti Selangor ketika itu Almarhum Dato' Ishak Baharom yang melarang wanita Islam menjadi ratu cantik.

Dr Mahathir tiada pilihan lain lagi kerana beliau bimbang pengaruh DS Anwar ketika itu terlalu kuat di dalam Umno terutamanya di kalangan golongan muda dan ugama. Terbukti Tun Ghafar Baba mengangkat tangan menyerah awal sebelum pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Umno kerana Tun Ghafar melihat begitu hebatnya pengaruh Ds Anwar. Ini lah yang amat merungsingkan Dr Mahathir kerana jika Tun Ghafar seorang tokoh yang amat terkenal dan senior boleh menyerah begitu sahaja kepada DS Anwar, tidak mustahil DS Anwar mampu berbuat demikian ke atasnya. Maka, perancangan mulai diatur di dalam berbagai bentuk dan cara untuk menyingkirkan DS Anwar dari Umno.

Maka, bermulalah babak paling zalim dilakukan terhadap DS Anwar dengan satu konspirasi politik yang terancang. Ds Anwar difitnah dan dituduh melakukan perbuatan yang keji dan tidak masuk dek akal samasekali. Ketika dan saat itu, sejarah bermula dengan berpecahnya ramai orang-orang Melayu terutamanya di dalam Umno. Era reformasi pun bermula dengan begitu hebat seolah-olah akan tumbangnya kerajaan di bawah Dr Mahathir ketika itu. Segala kuasa dan jentera dipergunakan oleh Umno dan kerajaan untuk melawan arus kebangkitan rakyat pada waktu itu. Rakan baik beliau, Almarhum Ustaz Fadzil adalah orang pertama yang mengunjungi DS Anwar ketika DS Anwar dizalimi. Sejak itu, kebangkitan Pas mula dapat dilihat di bawah kebijaksanaan Almarhum Ustaz Fadzil yang menyatakan Pas tetap akan membela sesiapa pun yang dizalimi hatta pemimpin Umno sekalipun. Kebijaksanaan Almarhum telah menjadikan kekuatan bersama dengan golongan reformasi yang kemudiannya menubuhkan Adil seterusnya parti KeADILan.

Di sini timbulnya pertanyaan, adakah benar dikatakan DS Anwar adalah tokoh politik yang memulakan perpecahan Melayu sehingga sekarang? Melayu tidak berpecah dari segi hubungan fizikalnya, tetapi Melayu berpecah dari segi pemikiran dan ideologi sahaja. Sebahagian Melayu inginkan keadilan dan sebahagian lagi menyokong kezaliman. Di sinilah bermulanya perpecahan di mana Dr Mahathir adalah tokoh yang paling layak dan sesuai digelat sebagai Bapa Perpecahan Melayu. Melayu berpecah tatkala Umno diharamkan dan lahirnya Parti Melayu Semangat 46. Melayu berpecah ketika DS Anwar dilakukan secara zalim yang kebanyakan orang-orang Melayu sendiri tidak dapat menerima perbuatan jahat ke atas DS Anwar. Ini semua berlaku di era Dr Mahathir dan kini masih diwarisi oleh orang-orang seumpamanya. Tidak hairan bagi kita, di mana-mana sahaja Umno akan tetap memburukkan DS Anwar kerana bagi Umno, selagi adanya DS Anwar sudah pasti Umno semakin pendek nyawanya. Oleh yang demikian, amat bijak Pas menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno kerana Umno tidak akan berubah selagi adanya matahari dan bulan. /wfauzdin.blogspot.com

SELAMAT MENYAMBUT BULAN REJAB Pada 24 jun 2009 (Hari Rabu).

AMRAN ROZALI

Sama-samalah kita ingat mengingati amalan-amalan mulia yang penuh berkat ini.........

Kebaikan mu’jizat yang ada dalam bulan REJAB.

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:"

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Israk Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s. "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibril a.s. "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

p/s: Rebutlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara

1.. Waktu Muda sblm Tua
2. Waktu Sihat sblm Sakit
3. Waktu Lapang sblm Sibuk
4. Waktu Kaya sblm Miskin
5. Waktu Hidup sblm Mati

InsyaAllah.. mudah-mudahan Allah SWT memberkati segala amalan baik kita.

AMALAN SEMEPENA REJAB

Oleh : Mohd Yaakub

Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar.

Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya. Firman-Nya:

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) ; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – al-Tawbah (9) : 36

Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu” di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal.

Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut:

Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662

Ternyata bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T..

Untuk mengetahui apakah amalan-amalan sempena Rejab sila ke

http://akob73. blogspot. com/2008/ 06/artikel- tentang-bulan- rejab.html

CERAMAH RAKYAT MALAM INI

CERAMAH RAKYAT

Oleh

YB Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin

AJK PAS Pusat

Ahli Parlimen Bukit Gantang

YB Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali

AJK PAS Pusat

Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor

Ustaz Hj. Ghazali Shaari Al-Hafiz

Yang Dipertua PAS PJS

Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim

AJK PAS Kawasan PJS

( Mantan Ketua Bahagian UMNO PJS )


PERSEMBAHAN ISTIMEWA DARI (RINGGO ARROW)


JAM 9.00 MALAM INI

DEWAN 2D/11, TAMAN MEDAN,

46000 PETALING JAYA.

(BERHAMPIRAN JALAN BESAR KG. MEDAN)


SEMUA RAKYAT DIJEMPUT HADIR

Urusan gerai: Hubungi Ramdzan 012-3537980
ANJURAN DEWAN PEMUDA PAS PJS

Vertigo, si Pusing Tujuh Keliling

Oleh : Sirajuddin Abbas

Anda Tahu Vertigo?

Mungkin anda maupun keluarga pernah merasakan pusing seolah-olah anda maupun lingkungan serasa berputar-putar? Inilah yang dinamakan vertigo. Kebanyakan orang membahasakan vertigo dengan istilah pusing tujuh keliling. Vertigo merupakan sebuah gejala, dan bukan merupakan penyakit. Seseorang yang mengalami vertigo merasakan seolah-olah ia merasa berputar, atau seolah-olah benda di sekelilingnya bergerak atau berputar, biasanya disertai dengan mual, muntah, dan kehilangan keseimbangan.



Vertigo subyektif dikatakan bila penderita merasakan dirinya berputar-putar, sedangkan bila ia merasakan lingkungan sekitarnya yang berputar dinamakan vertigo objektif. Vertigo biasanya muncul karena adanya gangguan sistem vestibular (misalnya terdapat gangguan pada struktur telinga bagian dalam, saraf vestibular, batang otak, dan otak kecil/cerebellum) . Sistem vestibular bertanggung jawab untuk mengintegrasikan rangsangan terhadap indera dan gerakan tubuh. Selain itu sistem vestibular bertugas menjaga agar suatu obyek ada di fokus penglihatan saat tubuh bergerak. Ketika kepala bergerak, sinyal ditransmisikan ke labirin, yang terdapat di telinga bagian dalam. Labirin kemudian membawa informasi ke saraf vestibular yang kemudian diteruskan ke batang otak dan otak kecil, yang berfungsi mengontrol keseimbangan, postur, dan kordinasi gerak.

Penyebab Vertigo

Anda yang pernah mengalami vertigo mungkin sering bertanya-tanya, “Mengapa ya saya mengalami vertigo?”
Penyebab vertigo bermacam-macam. Vertigo bisa disebabkan karena adanya gangguan pada sistem vestibular perifer (ganguan pada telinga bagian dalam). Pusing juga bisa muncul sebagai akibat dari gangguan sistem vestibular sentral (misalnya saraf vestibular, batang otak, dan otal kecil). Pada beberapa kasus, penyebab vertigo tidak diketahui.

Gangguan vestibular perifer meliputi Benign Paroksimal Positional Vertigo (BPPV; vertigo karena gangguan vestibular perifer yang paling banyak ditemui), sindrom Cogan (terjadi karena ada peradangan pada jaringan ikat di kornea, bisa mengakibatkan vertigo, telinga berdenging dan kehilangan pendengaran) , penyakit Ménière (adanya fluktuasi tekanan cairan di dalam telinga/ endolimf sehingga dapat mengakibatkan vertigo, telinga berdenging, dan kehilangan pendengaran) . ototoksisitas (keracuanan pada telinga), neuritis vestibular (peradangan pada sel saraf vestibular, dapat disebabkan karena infeksi virus).

Beberapa obat dan zat kimia (seperti timbal, merkuri, timah) dapat menyebabkan ototoksitas, yang mengakibatkan kerusakan pada telinga bagian dalam atau saraf kranial VIII dan menyebabkan vertigo. Kerusakan dapat bersifat temporer maupun permanen. Penggunaan preparat antibiotik (golongan aminoglikosida, yaitu streptomisin dan gentamisin) jangka panjang maupun penggunaan antineoplastik (misalnya cisplatin maupun carboplatin) dapat menyebabkan ototoksisitas permanen. Konsumsi alkohol, meskipun dalam jumlah kecil, dapat menyebabkan vertigo temporer pada beberapa orang.

Atasi Vertigo Pada Penyebabnya

Vertigo dapat diatasi dengan beberapa cara, bergantung pada penyebabnya. Jika vertigo terjadi akibat penggunaan obat, maka kurangi dosisnya atau hentikan obat yang diduga sebagai penyebab munculnya vertigo. Pemilihan metode untuk mengatasi vertigo dapat anda konsultasikan dengan dokter anda. Berikut beberapa metode dalam mengatasi vertigo yang mengganggu.

Terapi rehabilitasi vestibular (vestibular rehabilitation therapy/VRT) merupakan terapi fisik untuk menyebuhkan vertigo. Tujuan terapi ini adalah untuk mengurangi pusing, meningkatkan keseimbangan, dan mencegah seseorang jatuh dengan mengembalikan fungsi sistem vestibular.

Terapi Rehabilitasi Vestibular
Pada VRT, pasien melakukan latihan agar otak dapat menyesuaikan dan menggantikan penyebab vertigo. Keberhasilan terapi ini bergantung pada beberapa faktor pasien yang meliputi usia, fungsi kognitif (memori, kemampuan mengikuti pentunjuk), kemampuan kordinasi dan gerak, dan kesehatan pasien secara keseluruhan (termasuk sistem saraf pusat), serta kekuatan fisik. Dalam VRT, pasien yang datang ke dokter, akan menjalani beberapa latihan yang akan melatih keseimbangan dalam tingkat yang lebih tinggi, meliputi gerakan kepala, gerakan mata, dan berjalan.

Reposisi Kanalit
Menurut Akademi Neurologi Amerika (American Academy of Neurology) metode yang paling efektif untuk BPPV yang disebabkan oleh kristal kalsium di telinga bagian kanal posterior adalah menggunakan teknik reposisi kanalit (canalith repositioning) atau Epley maneuver. Pada prosedur ini, terapis (dokter) akan meminta pasien untuk menggerakkan kepala dan tubuh. Kemudian kristal kalsium akan keluar dari kanal posterior, dan masuk ke dalam kanal telinga bagian dalam yang akan diabsorpsi tubuh.

Menggunakan Obat
Infeksi telinga (misalnya otitis media, labirinitis) yang disebabkan bakteri dapat diterapi menggunakan antibotik (contohnya amoksisiillin, ceftriakson) . Infeksi telinga kronik dapat menggunakan metode pembedahan miringotomi. BPPV yang tidak menunjukkan perbaikan dengan reposisi kanalit dapat diterapi dengan pemberian meklizin. Namun, meklizin dapat menyebabkan kantuk, mulut kering, dan penglihatan kabur. Jika meklizin tidak efektif, benzodiazepin seperti klonazepam dapat diresepkan, atau antihistamin seperti prometazin dapat diberikan pada seorang yang mengalami vertigo. Tentu saja harus di bawah pengawasan dokter dan tenaga kesehatan lain. Prometazin dapat menyebabkan kantuk, lelah, sulit tidur, dan tremor. Vertigo akibat penyakit Ménière dapat diatasi dengan diuretika serta mengurangi asupan garam. Kortikosteroid dapat diresepkan di awal penyakit untuk mengurangi peradangan dan menstabilkan pendengaran. Antibiotik dapat digunakan ke telinga tengah (dengan teknik perfusi intratimpanik) untuk mengobati vertigo yang disebabkan penyakit Ménière. Vertigo yang disebabkan karena migrain, terkadang dapat diatasi dengan obat. Gangguan pembuluh darah otak, tumor, maupun multiple sclerosis dapat diupayakan penyembuhannya dengan cara menggunakan obat, radiasi, maupun pembedahan.

Bila anda mengunjungi dokter dengan keluhan vertigo, ingatlah untuk menanyakan kira-kira apa penyebab vertigo anda, hal-hal apa yang dapat memicu munculnya vertigo maupun hal yang dapat dilakukan untuk mencegah serangan vertigo. Selain itu, bila dokter meresepkan obat untuk anda, tanyakanlah mengenai kegunaan obat tersebut dan kemungkinan reaksi sampingnya. Semoga artikel ini bermanfaat dan anda tidak lagi pusing tujuh keliling.

sumber : medicastore. com

PEMUDA RASUAH BERJANJI AKAN GEMPUR MANEK URAI?

Oleh: WFAUZDIN NS
SEORANG Pemuda yang menjadi Ketua Pemuda yang disabitkan atas penglibatan rasuah oleh Lembaga Disiplin partinya sendiri semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno yang lalu bertekad dan berazam untuk menggempur Manek Urai. Tidak pasti pula apakah yang mahu digempurkannya di Manek Urai samada untuk menggempur rasuah atau memberi rasuah. Pemuda dari Rembau ini pernah menjalankan operasi besar-besaran mengangkut pengundi-pengundi dari luar Kelantan terutamanya di sekitar Kuala Lumpur untuk dibawa ke Kelantan semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Maka, dicetak berbagai tulisan pada baju yang diberi percuma serta disediakan bas untuk operasi tersebut dan ternyata mendapat sambutan yang amat luar biasa sekali.


Maka, berhimpunlah sekalian warga Kelantan di perantauan untuk pulang ke negeri tanah tumpah mereka bagi menentukan nasib negeri Kelantan di dalam pilihanraya tersebut. Ditakdirkan Allah, usaha pemuda Rembau berkenaan telah membantu Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz mencapai kemenangan besar di Kelantan. Tahniah kepada pengundi-pengundi luar yang bijak dan cerdik mengambil kesempatan dari program yang `bijak' dari pemuda Rembau ini. Di Manek Urai kali ini, tidak terdengar pula cerita pemuda bijak Rembau ini untuk mengulangi program yang sama. Tetapi difahamkan kali ini beliau akan membawa gerombolan pemuda setianya untuk menggempur Manek Urai termasuk pemidato-pemidato yang baru dilatih `berkokok' ini.

Nescaya gegak gempita lah Manek Urai dengan `kokokan' pemuda-pemuda Umno di bawah Ketua Pemuda yang terlibat dengan rasuah politik ini nanti. Hingarnya nanti Manek Urai apabila ditambah pula dengan kehadiran dua raja tanpa mahkota iaitu Ezam raja sesumpah dan Berahim raja katak. Percayalah, kali ini bukan Tuan Guru Nik Aziz yang bakal menjadi mangsa mereka semasa kempen nanti tetapi tidak lain tidak bukan adalah musuh ketat Umno iaitu DS Anwar. Mereka amat memahami bahawa untuk meruntuhkan PR, orang pertama yang mesti `dibunuh atau dikorban'kan adalah DS Anwar. Mereka yakin dan percaya, kegagalan Kerajaan Perpaduan yang diidamkan oleh Umno gagal dicapai adalah kerana kepintaran DS Anwar menjaga perpaduan dan sepakatan di dalam PR. Memang benar, DS Anwar adalah bekas pemimpin Umno dan beliau bukan maksum. DS Anwar telah menerima kifarah dari kesilapan beliau yang lampau, tetapi seburuk-buruk DS Anwar dahulu pun jauh lebih baik dari pemimpin yang ada dalam Umno sekarang.

Amat silap pemuda Rembau ini memilih tempat untuk `berkokok' apatah lagi ingin mendendangkan lagu ketuanan Melayu, pembangunan, penyelewengan dan rasuah. Untuk berbicara soal agama, jauh sekali. Tiada jalan lain lagi untuk mereka dendangkan kecuali mengikut irama dan lagu yang lama. Isu Kerajaan Perpaduan tidak lagi releven kerana isu ini telah dikapan dan disemadikan di kubur yang bakal bersebelahan dengan kubur Umno di Manek Urai nanti.

Mungkinkah akan wujud lagi watak `Minah Ronggeng' di Manek Urai beberapa hari lagi? Atau mungkinkah akan ada upacara `bersumpah' sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dahulu? Juga tidak mustahil sehari dua ini akan tersiar berita beratus dan beribu ahli-ahli Pas dan PKR di Manek Urai menyerah borang memasuki Umno. Ini semua tidak menghairankan kita kerana strategi dan tipu daya Umno sudah lama berada di dalam poket rakyat Kelantan. Bahkan, dikatakan oleh orang-orang Kelantan sekiranya terjumpa tahi di tepi jalan, mereka sudah kenal rupa tahi orang-orang Umno ini. Itulah kelebihan orang Kelantan dan tentunya tidak sama dengan orang Rembau. / wfauzdin.blogspot.com.

Apa itu blog?

ZAMRI kecik's

Ringkasan dari perkataan weblog. Menurut wikipedia ianya satu laman web yang dikawal dan dimiliki oleh seorang individu yang kerap mengemaskinikan lamannya dan dimuatkan juga komentar pengunjung. Ia biasa dalam bentuk karya tulisan dan boleh juga dimuatkan video atau grafik atau kesemuanya sekali.

Ringkasnya blog adalah sebuah laman web milik individu yang berupa dairi atau buku catitan harian peribadinya. Memuatkan apa sahaja yang diminati atau mahu diutara dan diketengahkan oleh pemiliknya tadi. Pemilik boleh memuatkan hal-hal politik, sastera, seni, hobi, fesyen, hiburan, kritik, masalah sosial dan apa sahaja yang terlintas difikirannya.

Oleh kerana blog adalah buku catitan peribadi di alam maya, maka terpulanglah pada pemiliknya untuk memuatkan apa sahaja yang mahu diisi ke dalam blognya itu. Ia tidak bermatlamatkan keuntungan oleh itu tidak terkawal dan boleh dikawal oleh sesiapa pun melainkan pemiliknya sendiri.

Kehadiran laman-laman blog ini adalah bukti kebebasan bersuara di alam maya walaupun kadangkala kandungannya ada yang terlalu ekstrim, melampau, panas dan sebagainya namun kebebasan terus terjamin dimana penulis bebas menulis dan pembaca punya pilihan samada mahu membaca atau tidak.

Blog adalah ledakkan besar dari kemajuan ICT mutakhir, sesiapa yang menolak atau memusuhinya ternayata melawan arus dan mungkin takut akan bayang-bayangnya sendiri. Lawan blog adalah blog sebagaimana lawan bersilat adalah dengan bersilat juga, kalau lebih dari itu melampau kalau kurang tidak cerdik!

Negara-negara dunia samada demokrasi penuh atau separuh penuh malah kerajaan diktator dan kominis sekalipun ada yang membenarkan blog. Namun ada juga 10 negara yang tersenarai sebagai samada megharamkan blog atau mengawalnya, menurut "Committee to Protect Journalist" yang berpusat di New York 10 buah negara itu adalah:

1) Myanmar – dimana talian internet pernah dipotong sama sekali
2) Iran
3) Syria
4) Cuba
5) Arab Saudi
6) Vietnam
7) Tunisia
8) Cina
9) Turkmenistan
10) Mesir

Jangan kita ME-MYANMAR-KAN penulis blog. Atau memang ada mentaliti junta Myanmar dikalangan kita khasnya terhadap penulis blog.

Saya sendiri sudah menyumbang tulisan di alam maya sejak pra pilihanraya umum 1999 lagi dan saya tahu bahawa tulisan saya dan rakan-rakan lain antara yang terawal ketika itu menyumbang ke arah kejayaan perjuangan hari ini. Kemudian apabila lahirnya trend memblog, saya turut serta dan kini sudah berblog sejak 5 tahun lalu.

Insyallah demi menyongsong perjuangan yang suci ini saya akan terus begini dan sentiasa berdoa semoga saya terus diberikan kekuatan untuk berkarya demi kebaikan ummah tidak kiralah samada digemari atau dibenci. Namun kerja-kerja bodoh seperti memaki-hamun, adu-domba dan fitnah bukan kerja saya.

Wallahualam.

PAS tidak pernah langgar janji, tinggalkan kawan - Idris Ahmad

KUALA LUMPUR, 24 Jun : - PAS yakin dengan terlerainya isu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno yang telah disepakati oleh tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat, isu ini tidak akan diperkatakan lagi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad merakamkan kesyukuran kerana keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 22 Jun lalu yang menolak pembentukan kerajaan perpaduan kerana mengambil kira suara rakyat khususnya penyokong Pakatan Rakyat.




Jelasnya tindakan tersebut juga bersesuaian ke arah untuk menjadikan kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menunggu dalam Pilihan Raya Umum yang ke 13.

Beliau juga menegaskan keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu juga merupakan salah satu usaha 'mematikan' pihak media yang dilihat melaga-lagakan antara pimpinan PAS.

"Kita juga telah melihat bagaimana kehebatan di kalangan pimpinan PAS yang telah berjaya merungkaikan kemelut yang timbul dalam masa yang singkat.

Penyelesaian yang ditangani dengan roh ukhwah Islamiah yang tidak ada pada Umno.

"Ini merupakan kehebatan yang ada pada pimpinan PAS dalam menangani krisis yang mana pimpinan Umno perlu mempelajari apa yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam menghadapi isu yang begitu besar,"katanya, sewaktu dihubungi Harakah.

Beliau percaya isu tersebut menjadi hangat kerana media telah mencorakkan pemikiran dan suasana politik.

Justeru beliau menaruh keyakinan isu tersebut tidak akan ditimbulkan oleh media kerana pendirian tegas Majlis Presiden Pakatan Rakyat itu telah memberikan satu jawapan 'TKO' kepada pimpinan Barisan Nasional dan Umno.

Idris turut menegaskan Barisan Nasional dan Umno bukanlah parti yang jujur dalam persahabatan.

"PAS yang terkenal sebagai parti yang tidak pernah melanggar perjanjian sewaktu berkawan dengan mana-mana parti yang mengikat perjanjian bersama.

Contohnya pada 1986, PAS telah membuat satu ikatan dengan parti-parti komponen kecil pembangkang seperti Nasma, PRSM, SDP. Jadi, bukan PAS yang ingkari perjanjian dengan mereka.

"Begitu juga pada 1989 sewaktu menubuhkan Barisan Alternatif. Bukan PAS juga yang telah meninggalkan kawan. Begitu juga pada 2004, kita tetap juga dengan semangat setiakawan sehingga hari ini,"tegasnya.

Justeru beliau berpandangan, semangat setiakawan yang ada pada PAS menyebabkan musuh-musuh PAS dan Pakatan Rakyat gagal meleraikan perpaduan yang dibina. Harakahdaily.