Maka, berhimpunlah sekalian warga Kelantan di perantauan untuk pulang ke negeri tanah tumpah mereka bagi menentukan nasib negeri Kelantan di dalam pilihanraya tersebut. Ditakdirkan Allah, usaha pemuda Rembau berkenaan telah membantu Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz mencapai kemenangan besar di Kelantan. Tahniah kepada pengundi-pengundi luar yang bijak dan cerdik mengambil kesempatan dari program yang `bijak' dari pemuda Rembau ini. Di Manek Urai kali ini, tidak terdengar pula cerita pemuda bijak Rembau ini untuk mengulangi program yang sama. Tetapi difahamkan kali ini beliau akan membawa gerombolan pemuda setianya untuk menggempur Manek Urai termasuk pemidato-pemidato yang baru dilatih `berkokok' ini.
Nescaya gegak gempita lah Manek Urai dengan `kokokan' pemuda-pemuda Umno di bawah Ketua Pemuda yang terlibat dengan rasuah politik ini nanti. Hingarnya nanti Manek Urai apabila ditambah pula dengan kehadiran dua raja tanpa mahkota iaitu Ezam raja sesumpah dan Berahim raja katak. Percayalah, kali ini bukan Tuan Guru Nik Aziz yang bakal menjadi mangsa mereka semasa kempen nanti tetapi tidak lain tidak bukan adalah musuh ketat Umno iaitu DS Anwar. Mereka amat memahami bahawa untuk meruntuhkan PR, orang pertama yang mesti `dibunuh atau dikorban'kan adalah DS Anwar. Mereka yakin dan percaya, kegagalan Kerajaan Perpaduan yang diidamkan oleh Umno gagal dicapai adalah kerana kepintaran DS Anwar menjaga perpaduan dan sepakatan di dalam PR. Memang benar, DS Anwar adalah bekas pemimpin Umno dan beliau bukan maksum. DS Anwar telah menerima kifarah dari kesilapan beliau yang lampau, tetapi seburuk-buruk DS Anwar dahulu pun jauh lebih baik dari pemimpin yang ada dalam Umno sekarang.
Amat silap pemuda Rembau ini memilih tempat untuk `berkokok' apatah lagi ingin mendendangkan lagu ketuanan Melayu, pembangunan, penyelewengan dan rasuah. Untuk berbicara soal agama, jauh sekali. Tiada jalan lain lagi untuk mereka dendangkan kecuali mengikut irama dan lagu yang lama. Isu Kerajaan Perpaduan tidak lagi releven kerana isu ini telah dikapan dan disemadikan di kubur yang bakal bersebelahan dengan kubur Umno di Manek Urai nanti.
Mungkinkah akan wujud lagi watak `Minah Ronggeng' di Manek Urai beberapa hari lagi? Atau mungkinkah akan ada upacara `bersumpah' sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dahulu? Juga tidak mustahil sehari dua ini akan tersiar berita beratus dan beribu ahli-ahli Pas dan PKR di Manek Urai menyerah borang memasuki Umno. Ini semua tidak menghairankan kita kerana strategi dan tipu daya Umno sudah lama berada di dalam poket rakyat Kelantan. Bahkan, dikatakan oleh orang-orang Kelantan sekiranya terjumpa tahi di tepi jalan, mereka sudah kenal rupa tahi orang-orang Umno ini. Itulah kelebihan orang Kelantan dan tentunya tidak sama dengan orang Rembau. / wfauzdin.blogspot.com.
25 Jun 2009
PEMUDA RASUAH BERJANJI AKAN GEMPUR MANEK URAI?
SEORANG Pemuda yang menjadi Ketua Pemuda yang disabitkan atas penglibatan rasuah oleh Lembaga Disiplin partinya sendiri semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno yang lalu bertekad dan berazam untuk menggempur Manek Urai. Tidak pasti pula apakah yang mahu digempurkannya di Manek Urai samada untuk menggempur rasuah atau memberi rasuah. Pemuda dari Rembau ini pernah menjalankan operasi besar-besaran mengangkut pengundi-pengundi dari luar Kelantan terutamanya di sekitar Kuala Lumpur untuk dibawa ke Kelantan semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Maka, dicetak berbagai tulisan pada baju yang diberi percuma serta disediakan bas untuk operasi tersebut dan ternyata mendapat sambutan yang amat luar biasa sekali.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 ulasan:
biarkanlah KJ dtng dgn hujah2 dangkal dan totokny,hujah2 yg ditrima pakai penggundi saluran 1 dan 2,itupn x semuany terpengaruh.hujah yg hanya layak di bincang di wakaf2 semasa Main Dam Aji dan minum secawan kopi.itulah tahap pemikiran kelompok kepimpinan UMNO sekarang,yg sentiasa membayangkn rkyt adalah bodoh.biar KJ menelanjangi dr sendr,dihadapan penggundi Manek Urai yg telah cerdik.
Cadangan pakaian semasa berkempen:
-Pakai topeng Altantuya
-Pakai t-shirt "Jangan tangkap saya, pergilah tangkap peragut dan mat rempit"
blik rembau....tanam jagong, lgi baik khairy oiiiii.
keri tu dah kalah masa pemilihan ari tu sapa yang tau dia tau la, last minit atas kehendak tun lah syaratnya bagi menantu dia menang. tengokla mana ada post dia tu kat bn. rasuah tu bukan kesalahan bagi umno. sebab tu depa tak kisah .
www.pahlawanrakyat.blogspot.com
Bagilah chance kat dia membersihkan diri yang terpalit dengan tuduhan rasuah 'politik wang', istilah UBN. Biarlah budak oxford ini melalak sepuasnya bersama geng mat rempit, bukankah itu memang 'standard' yg wajar utk budak yg memalukan masyarakat Rembau yg diwakilinya.
Bandingkanlah, 'integrity standard' yang ada pada ketua pemuda UMNO berbanding PAS vs PKR vs DAP dllnya ...ketua pemuda parti manakah yg paling rendah standard moralnya dgn kemenangan pemilihan dalam parti pun dipertikaikan oleh partinya sendiri ???
Ini satu strategi dan fakta yang boleh ketua pemuda PR gunakan untuk menghancur leburkan dan menconteng muka ketua pemuda UMNO nii...sudah pasti anak muda zaman sekarang dapat menilai siapakah yg lebih layak dianggap pemimpin dan dijadikan teladan untuk mereka contohi.
KJ memang layak dilebel sebagai 'ikon politik wang' dikalangan generasi muda hari ini. Buatlah banner spt 'Selamat Datang Ikon Politik Wang / Perasuah UMNO' ...kami menanti kamu untuk dibicarakan di Manik Urai atas kesalahan dan kedurjanaan yg kamu lakukan !!!
Pemuda PAS/PR perlulah lebih kreatif dalam memenangi hati golongan muda yg akan memain peranan besar untuk menentukan kejayaan sesebuah parti dlm PRK ini. Dekatilah mereka dgn bijaksana dan penuh hemah serta sensitiviti golongan ini.
Selamat berjuang kpd semua penyokong PR, pastikan UBN tidak mampu bangkit lagi selepas ini !!!
Orang Manik Urai ucapkan selamat datang kepada KJ dan Juga M Ezam beserta kotaknya. biarkan
Bodohlah sekiranya UMNO menggunakan Ezam dan Ibrahim Ali untuk berkempen. Tak adakah yang lebih baik untuk diketengahkan di Manik Urai.
Jika itu yang terjadi, ia adalah satu penghinaan kepada pemuda UMNO. Someone is insulting their intelligence
biarkan si luncai
Saya amat bersetuju dengan cadangan anak watan
buatkan baneer tak besar pun tak pa tapi biarkan banyak tempat bagi semua pengundi manek urai lihat mukanya yang comel lote
kalu mu (KJ) mari kelate jangan dok hina tok guru,kalu mu hina juga jawapnya paka tak balik ko Rembau,baso tak kanal butir mata orang ni....
saya diberitahu oleh orang manik Urai Datuk Ibrahim Ali ketika berceramah menyatakan jika BN menang dalam pilihanraya ini dia akan bina jambatan sempit supaya jadi luas.
Itulah perangai orang Umno yang jadi orang bebas menang atas tiket PAS.
Ku Li adakan majlis disekolah Manik urai baru orang tidak ada. Majlis macam majlis menteri tapiu sayang kehadiran yang diangkat dengan BAS tidak ramai.
Ibrahim Ali jadi juru cakap Umno jaja projek yang membuat orang manik Urai naik meluak macam nak muntah.
jam 11 pagi jumaat 26 Jun 2009 saya ada di manik Urai tengok kawasan. Nampak gaya UMNO kalah teruk kerana calon PAS dapat sokongan padu.
Catat Ulasan