Oleh: WFAUZDIN NS
KETOKOHAN DS Anwar memang tidak dapat dinafikan samasekali. Semenjak beliau belum menceburi dunia politik lagi ketokohannya terserlah terutamanya ketika menjadi Presiden ABIM. Sewaktu di dalam ABIM, pertubuhan tersebut amat dihormati dan disegani oleh pihak kerajaan mahupun pembangkang ketika itu, tambahan pula timbalan DS Anwar ketika itu adalah Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Nama ABIM di waktu itu amat terkenal sehingga melangkau sempadan tanahair sehinggakan mengatasi populariti nama parti lain termasuk Pas sendiri.
Ketokohannya begitu menarik minat Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi PM. DS Anwar telah dibawa masuk ke dalam Umno walaupun pada awalnya amat keberatan untuk beliau menerima tawaran parti Melayu tersebut. Seperti yang pernah beliau ceritakan, DS Anwar terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakannya di dalam ABIM tentang hasrat beliau memasuki Umno. Ada takan-rakan yang bersetuju dan tidak kurang juga yang bimbang DS Anwar akan karam dengan rentak politik Umno. Almarhum Ustaz Fadzil Noor adalah salah seorang yang terlalu kuat melarang DS Anwar memasuki Umno kerana beliau bimbang cita-cita baik DS Anwar untuk mengislamisasikan Umno tidak akan tercapai bahkan DS Anwar akan dikhianati suatu masa nanti. Walau bagaimanapun, DS Anwar tetap dengan cita-citanya untuk merubah Umno dari dalam dan Almarhum Ustaz Fadzil hanya mampu berdoa agar usaha DS Anwar akan berjaya. Maka, berpisahlah dua sahabat baik ini bahkan dianggap keluarga buat DS Anwar kerana hubungan keluarga mereka terlalu rapat. DS Anwar berjuang di dalam Umno, manakala Almarhum Ustaz Fadzil berjuang di dalam Pas.
Apabila DS Anwar terlalu cepat menunjukkan ketokohan dan kebolehannya, maka Dr Mahathir melonjakkan beliau ke jawatan yang lebih tinggi dengan cepat. Kepantasan DS Anwar menaiki satu emi satu tangga ke atas di dalam Umno dan kerajaan ketika itu amat dicemburui oleh tokoh-tokoh Umno yang lain. Era kecemerlangan DS Anwar yang paling jelas dapat dilihat adalah apabila beliau menjawat jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan. Proses Islamisasi mula berlaku di dalam Umno di mana terdirinya Universiti Islam dan perbankkan Islam. Islamisasi terus diterap di dalam sistem pendidikan sekolah-sekolah di mana semua pelajar lelaki dan perempuan Islam dibenarkan berpakaian menutup aurat. Di sekolah-sekolah malahan di jabatan-jabatan kerajaan diadakan program tazkirah berjadual dan Qiamullail di peringkat sekolah. Ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau di antara yang paling ditakuti oleh menteri-menteri atau pegawai-pegawai yang kuat memakan rasuah kerana DS Anwar terlalu anti kepada amalan jahat ini.
Sewaktu beliau memangku jawatan Perdana Menteri ketika Dr Mahathir tiada di dalam negara, kesempatan itu diambil oleh DS Anwar untuk membentangkan akta berkaitan rasuah yang mana sesiapa di kalangan menteri atau penjawat awam yang telah terbukti melakukan rasuah, tindakan boleh dikenakan walaupun menteri atau penjawat awam tersebut telah bersara. Beliau juga tidak pernah bersetuju atau bersubahat di dalam apa jua salah laku berkaitan rasuah dan penyelewengan walaupun melibatkan arahan dari pihak atasannya sendiri. Oleh kerana DS Anwar terlalu tegas di dalam perkara ini, beliau mula dicurigai oleh beberapa pihak termasuk oleh Dr Mahathir sendiri dan beberapa kroni rapat PM ketika itu. Berkaitan dengan Islam, beliau juga dicurigai kerana tegasnya beliau menentang pemecatan Mufti Selangor ketika itu Almarhum Dato' Ishak Baharom yang melarang wanita Islam menjadi ratu cantik.
Dr Mahathir tiada pilihan lain lagi kerana beliau bimbang pengaruh DS Anwar ketika itu terlalu kuat di dalam Umno terutamanya di kalangan golongan muda dan ugama. Terbukti Tun Ghafar Baba mengangkat tangan menyerah awal sebelum pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden Umno kerana Tun Ghafar melihat begitu hebatnya pengaruh Ds Anwar. Ini lah yang amat merungsingkan Dr Mahathir kerana jika Tun Ghafar seorang tokoh yang amat terkenal dan senior boleh menyerah begitu sahaja kepada DS Anwar, tidak mustahil DS Anwar mampu berbuat demikian ke atasnya. Maka, perancangan mulai diatur di dalam berbagai bentuk dan cara untuk menyingkirkan DS Anwar dari Umno.
Maka, bermulalah babak paling zalim dilakukan terhadap DS Anwar dengan satu konspirasi politik yang terancang. Ds Anwar difitnah dan dituduh melakukan perbuatan yang keji dan tidak masuk dek akal samasekali. Ketika dan saat itu, sejarah bermula dengan berpecahnya ramai orang-orang Melayu terutamanya di dalam Umno. Era reformasi pun bermula dengan begitu hebat seolah-olah akan tumbangnya kerajaan di bawah Dr Mahathir ketika itu. Segala kuasa dan jentera dipergunakan oleh Umno dan kerajaan untuk melawan arus kebangkitan rakyat pada waktu itu. Rakan baik beliau, Almarhum Ustaz Fadzil adalah orang pertama yang mengunjungi DS Anwar ketika DS Anwar dizalimi. Sejak itu, kebangkitan Pas mula dapat dilihat di bawah kebijaksanaan Almarhum Ustaz Fadzil yang menyatakan Pas tetap akan membela sesiapa pun yang dizalimi hatta pemimpin Umno sekalipun. Kebijaksanaan Almarhum telah menjadikan kekuatan bersama dengan golongan reformasi yang kemudiannya menubuhkan Adil seterusnya parti KeADILan.
Di sini timbulnya pertanyaan, adakah benar dikatakan DS Anwar adalah tokoh politik yang memulakan perpecahan Melayu sehingga sekarang? Melayu tidak berpecah dari segi hubungan fizikalnya, tetapi Melayu berpecah dari segi pemikiran dan ideologi sahaja. Sebahagian Melayu inginkan keadilan dan sebahagian lagi menyokong kezaliman. Di sinilah bermulanya perpecahan di mana Dr Mahathir adalah tokoh yang paling layak dan sesuai digelat sebagai Bapa Perpecahan Melayu. Melayu berpecah tatkala Umno diharamkan dan lahirnya Parti Melayu Semangat 46. Melayu berpecah ketika DS Anwar dilakukan secara zalim yang kebanyakan orang-orang Melayu sendiri tidak dapat menerima perbuatan jahat ke atas DS Anwar. Ini semua berlaku di era Dr Mahathir dan kini masih diwarisi oleh orang-orang seumpamanya. Tidak hairan bagi kita, di mana-mana sahaja Umno akan tetap memburukkan DS Anwar kerana bagi Umno, selagi adanya DS Anwar sudah pasti Umno semakin pendek nyawanya. Oleh yang demikian, amat bijak Pas menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno kerana Umno tidak akan berubah selagi adanya matahari dan bulan. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:
pada pilihanraya 2000, umno menang dengan undi bukan melayu apabila undi melayu terpecah dua akibat ribut yang melanda sewaktu perpecahan umno akibat pemecatan DSAI dan kini...tiba pula masa membuktikan bahawa PR akan meraih peratus undi bukan melayu yang lebih tinggi ditambah dengan undi melayu yang sedia ada untuk menundukkan keangkuhan umno-BN.
andainya kepercayaan masyarakat bukan melayu kekal kepada PR sebagai sebuah pakatan yang benar-benar untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat, tidak mustahil semenanjung Malaysia akan jadi milik PR. Cabarannya ialah menguasai sabah dan sarawak, dan memastikan momentum perjuangan PR kekal walaupun DSAI mungkin didapati bersalah dalam kesnya.
oleh itu, PR mesti benar-benar kuat, istiqamah dalam perjuangan, jangan pula DSAI ke penjara PR pula bertaburan entah ke mana.
Walau pun bukanlah baik sangat kita memuji berlebih-lebih keatas seorang manusia, tetapi umat Malaysia bertuah kerana kita mempunyai seorang yang luarbiasa kebolehan memimpin rakyat. Yang lebih kita kagumi ialah dia boleh menampilkan Islam secara progressif dan tidak menyakiti orang Islam yang tradisional dan juga tidak menyakiti orang bukan Islam.
Kalau Indonesia kagum dengan Bung Karno, Afrika Selatan dengan Mandela dan kita juga tak ketinggalan mempunyai saudara Anwar. Cakapnya masih berbisa dan berpengaruh untuk mengawal minda pendengarnya. Ada yang mencemuhnya tetapi bukan kerana kurang isi dan layu ucapanya tetapi kerana iri hati melihat kebolehannya.
Kita berdoa beliau akan dapat peluang untuk memimpin kita ketahap yang lebih tinggi dan cemerlang. Insya Allah.
Catat Ulasan