13 Jun 2014

Qari Amerika sertai Tilawah Al-Qur'an Antarabangsa

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

WASHINGTON: Kemesraan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semakin terserlah dengan penyertaan dua wakil negara itu dalam tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur yang bermula Isnin ini.
  
Qari dan qariah AS itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Dulles di sini  ke Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.
  
Bercakap kepada Bernama di sini, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata penyertaan qari dan qariah AS itu adalah yang pertama sejak Malaysia menganjurkan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 56 tahun lepas.

Hoki Piala Dunia: M'sia ditempat tercorot

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

Malaysia mempamerkan aksi longlai apabila kalah 6-2 kepada Afrika Selatan pada penentuan tempat ke-11 pada Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di Stadium Kyocera, The Hague, Belanda, semalam.

Keputusan itu menyaksikan skuad negara kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah menduduki tempat terakhir daripada 12 pasukan yang merupakan kedudukan terburuk sepanjang enam penyertaan mereka pada Piala Dunia sebelum ini.
    
Lebih mendukacitakan, Malaysia menduduki tangga tercorot kumpulan A tanpa mengutip sebarang mata selepas kalah kesemua lima perlawanan.

MCA, Gerakan dijangka sertai kabinet hari ini?

15 Sya'aban 1435. [MOD] -


Khabar angin mengenai rombakan kabinet sejak awal minggu ini, bakal terjawab hari ini apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan akan mengumumkannya selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet, lapor Berita Harian hari ini.

Desas desus itu bertambah kuat apabila beliau dijangka menghadiri perasmian Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Teluk Intan esok selepas pilihan raya kecil parlimen itu 31 Mei lalu.

BN tarik balik usul soal pelaksanaan hudud

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias berkata beliau menarik balik usul yang mempersoalkan mengenai kebarangkalian melaksana hudud di Selangor hari ini kerana timbul banyak kekeliruan.

Jelasnya, usul berkenaan ditarik balik kerana ia masih boleh ditanya dalam sesi perbahasan dan tidak perlu dikemuka melalui usul khusus.

Korea Selatan rombak kabinet berikutan tragedi feri

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye merombak kabinetnya hari ini dengan menggantikan tujuh menteri berikutan kritikan berhubung cara pentadbirannya menangani tragedi feri April lalu. 

Ia adalah rombakan kabinet pertama secara besar-besaran sejak beliau mengambil alih pentadbiran Februari tahun lalu sebagai Presiden Korea Selatan wanita yang pertama. 


Perubahan paling besar membabitkan Choi Kyoung-Hwan bagi menggantikan Hyun Oh-Seok sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab ke atas ekonomi, kata pejabat presiden. 

11.2 peratus penduduk dewasa Malaysia alami gangguan mental

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

Kuching: Lebih 11.2 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia memiliki risiko gangguan mental. 

Menurut Ketua Perkhidmatan Teknikal, Psikiatri, Kmenterian Kesihatan, Dr Toh Chin Lee, perkembangan ini disebabkan oleh pelbagai aspek termasuk tragedi, tekanan dan sebagainya. 


Sehubungan itu, kerajaan sedang merancang kaedah rawatan yang lebih komprehensif dan mesra pesakit biarpun dibebani oleh jumlah pakar psikatri yang tidak mengcukupi. BH/- 

Piala Dunia: Penunjuk perasaan bertempur dengan polis

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

BELO HORIZONTE: Penunjuk perasaan yang berang kerana pembiayaan bilion dolar untuk penganjuran Piala Dunia, memecah kedai dan bank sebelum bertempur dengan polis, di Belo Horizonte, salah satu daripada 12 bandar raya yang menjadi tuan rumah. 

Polis terpaksa mengerahkan trak, helikoper dan ratusan anggota anti-rusuhan di sepanjang jalan raya utama di bandar raya di selatan itu bagi menyuraikan kira-kira 200 penunjuk perasaan. 


Dua kumpulan penunjuk perasaan secara berasingan bertempur dengan polis sebaik upacara pembukaan Piala Dunia di Bandaraya Sao Paulo yang menyaksikan Brazil menentang Croatia. 

Brazil 3 Croatia 1

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

SAO PAULO: Budak poster Brazil, Neymar meledakkan dua gol sebelum Oscar melengkapkan jaringan ketiga yang menghadiahkan tuan rumah kemenangan dramatik 3-1 ke atas Croatia pada perlawanan pembukaan Piala Dunia, Kumpulan A di Corinthians Arena.
Begitupun, jaringan kedua peribadi bintang Barcelona itu pada minit ke-72 menerusi sepakan penalti dianggap penuh kontroversi apabila pengadil dari Jepun, Yuichi Nishimura menyalahkan kapten Croatia, Dejan Lovren kerana menjatuhkan Fred sekalipun pemain itu dilihat sengaja merebahkan badan.