13 June 2014

Piala Dunia: Penunjuk perasaan bertempur dengan polis

15 Sya'aban 1435. [MOD] -

BELO HORIZONTE: Penunjuk perasaan yang berang kerana pembiayaan bilion dolar untuk penganjuran Piala Dunia, memecah kedai dan bank sebelum bertempur dengan polis, di Belo Horizonte, salah satu daripada 12 bandar raya yang menjadi tuan rumah. 

Polis terpaksa mengerahkan trak, helikoper dan ratusan anggota anti-rusuhan di sepanjang jalan raya utama di bandar raya di selatan itu bagi menyuraikan kira-kira 200 penunjuk perasaan. 


Dua kumpulan penunjuk perasaan secara berasingan bertempur dengan polis sebaik upacara pembukaan Piala Dunia di Bandaraya Sao Paulo yang menyaksikan Brazil menentang Croatia. 

Penunjuk perasaan turut merosak kenderaan polis dan memecah tingkap bangunan di pusat perniagaan di bandar raya itu. 

Laporan awal menyebut polis sudah menahan empat penunjuk perasaan. - AFP 

No comments: