28 Oktober 2009

Terkini 8.47 am : Kawasan bangunan dikawal ketat oleh polis

Sekatan yang ketat dilakukan disekitar bangunan SUK. Kenapakah ini berlaku, kami dan rakyat datang untuk menghadiri sidang, bukannya berperang.

Suasana semacam akan berlaku rusuhan yang dahsyat di Ipoh hari ini khususnya di sekitar bangunan Dewan Negeri.


Terkini 8.45 am : Suasana muram dalam keadaan mula sesak di Ipoh

Entah untuk pergi bekerja di pejabat masing-masing, entah rakyat Perak yang datang untuk menyaksikan sidang bersejarah hari ini.

Sepanjang perjalanan dari hotel penginapan saya melewati beberapa persimpangan dan bulatan yang dikawal ketat oleh polis trafik.


Terkini 8.44 am : Ramainya polis di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan

Saya sampai di kawasan sekitar bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri yang akan bersidang sebentar lagi.

Kelihatan deretan Black Maria dan kenderaan polis yang lain bersusun di sekitar bangunan itu.

Inilah suasana yang kelihatan dalam keadaan sekitar 50 meter telah diwartakan sebagai kawasan larangan bagi orang awam.


Terkini 7.41am : Suasana Hujan Di Ipoh

Pemandangan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN Perak, dengan berlatar cuaca yang suram dan berkabus. Disinilah BN akan melakukan sekali pencabulan Undang-undang dengan menganjurkan sidang haram dengan membentang bajet haram dihadapan Speaker haram.

Sejak petang kelmarin hujan sesekali lebat dan renyai turun membasahi bumi Perak semacam mengiringi kesedihan korban jambatan di Kuala Dipang dan kesedihan sekali lagi undang-undang akan dilakukan oleh BN pada sidang haram hari ini.

Saya telah berada di Ipoh sejak petang kelmarin, sempat ke Cenderoh untuk berceramah dan kembali ke hotel penginapan di Ipoh.

Insyaallah kami akan membuat tuntutan perjalanan dan penginapan kerana bajet yang diluluskan oleh BN adalah haram.

Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas

KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok.

Keputusan itu dibuat Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung.

"Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata Nik Aziz sebelum ini.

Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ditanya bertalu-talu dalam sidang medianya semalam samada Nik Aziz akan datang atau tidak dalam mesyuarat khas esok.

Mustafa berkata, beliau tidak tahu samada Nik Aziz akan datang atau pun tidak tetapi sekurang-kurangnya dia telah memaklumkan pandangannya melalui Salahudin Ayub.

PAS memanggil mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok mulai jam 8.30 malam di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat ini dipanggil ekoran cadangan Nik Aziz agar PAS adakan satu mesyuarat agung luar biasa untuk memilih semula pucuk pimpinannya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengarahkan agar diadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara ini.

Mesyuarat ini akan mengambil keputusan samada perlu atau tidak diadakan mesyuarat agung luar biasa itu.

Selain AJK PAS Pusat, anggota mesyuarat ini adalah para pesuruhjaya PAS bagi setiap negeri.

Menurut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan dengan arahan presiden, permintaan satu pertiga ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau permintaan satu pertiga dari kawasan-kawasan PAS di seluruh negara iaitu sekurang-kurangnya 57 kawasan.

HarakahDaily.Net/-

Notis larangan berada dalam 50 meter ditampal sekitar bangunan SUK

IPOH, 28 Okt: Ketua Polis daerah Ipoh semalam telah mendapatkan perintah mahkamah bagi melarang orang awam berada 50 meter dari pagar bangunan Perak Darul Ridzuan bermula pagi ini hingga malam 30 Oktober ini.

Permohonan dibuat dalam Mahkamah Majistret (1) Ipoh, Perkara Seksyen 98 Kanun Tatacara Jenayah melarang orang awam hadir atau berada dalam radius tersebut.

Ianya ekoran dakwaan bahawa satu perhimpunan tanpa permit untuk memberi sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan di adakan di bangunan tersebut menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Sehubungan itu mahkamah telah mengeluarkan notis arahan supaya orang awam tidak berada dalam lingkungan radius seperti yang dinyatakan.

Antara termasuk kawasan larangan adalah Jalan Panglima Bukit Gantang, Jalan Istana dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Poi Lam hingga ke Sekolah Kebangsaan Jalan Panglima Bukit Gantang dan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.

Image Larangan itu berkuatkuasa jam 1 pagi 28 Oktober hingga jam 11 malam pada 30 Oktober.

Tinjauan wartawan Harakahdaily mendapati notis arahan tersebut telah ditampal di semua bangunan yang berada dalam lingkungan kawasan larangan termasuk di pejabat perhubungan PAS Perak.

Difahamkan pihak polis juga akan mengadakan sekatan jalan raya di kesemua jalan masuk menuju ke bangunan Perak Darul Ridzuan bermula pagi ini. _

HarakahDaily.Net/-

TERKINI 7.00 AM Doakan keselamatan untuk kami semua ADUN PR.

Hari yang ditunggu sudah pun tiba, beberapa jam lagi sidang DUN Perak akan berlangsung dalam keadaan krisis erlembagaan di Perak semakin kusut. kedudukan Ganesan sebagai speaker haran terang lagi bersuluh dan bukti yng kuat dia tidak layak berada disitu apa lagi untuk mengendalikan sidang meluluskan bajet wang rakyat.

Sidang haram untuk meluluskan bajet haram dihadapan speaker haran oleh kerajaan haram. itulah kalimat yang selayaknya bagi sidang jari. namun kami ada harga diri dan maruah dan akan hadir sidang atas panggilan speaker yang sah V.Sivakumar. segala persiapan telah dilakukan oleh semua pihak, semuga perjuangan 28 Okt membuktikan krisis politik diperak semakin kusut daan bercelaru, lalu tidak ada langkah yang terbaik melainkan dibubarkan DUN Perak dan rakyat diberi peluang untuk mengundi sekali lagi. berikan hak ini kepada rakyat barulah kemelut ini akan berakhir.


.

Balik ke Parit Buntar, ucaptah niah kepada semua ADUN Pakatan Rakyat....

Alhamdulillah urusan sidang untuk hari selesai dan saya dalam perjalanan balik ke 0arit Buntar. sebelum itu ada teman se Kelantan ajak makan bersama di Restoran Nasi Minang Simpang Tiga di Greentown Ipoh. banyak perkara dibincang termasuk maklumat terkini politik Kelantan dan Tok Guru.

Semasa makan saya diingatkan oleh DS.Nizar supaya ucap tahniah kepada semua ADUN PR yang berjaya dalam membawa mesej rakyatt Perak pada hari ini.

lalu saya samaikan pesanan ringkas kepada semua ADUN PR seperi ini

"saya ucapkan terima kasih, tah niah dan penghargaan diatas semangat juang YB yang tinggi sehingga berjaya dalam mempertahankan hak rakyat dalam sidang DUN hari ini "


Angkara siapa ? Surat palsu Speaker V. Sivakumar beredar di Ipoh.

Inilah surat palsu yang diedarkan di Ipoh yang menggunakan kepala surat speaker dan tandatangan V. Sivakumar. (klik untuk paparan lebih jelas)


IPOH, 27 Okt :- Saya telah dihubungi oleh Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim Ariff yang memaklumkan ditangannya terdapat sepucuk surat yang diserahkan oleh Penyelia DUN pakatan Rakyat DUN Sungai Rapat, Sdr. Radzi Zainon.

Surat diatas ternyata palsu dan saya ditugaskan oleh Speaker V. Sivakumar untuk menafikan bahawa surat itu dikeluarkan oleh pihak beliau. Perkara tersebut ditegaskannya semasa menghubunginya sebentar tadi.

Beliau mengecam tindakan provokasi pihak yang tidak bertanggung jawab itu dengan mengunakan namanya itu dan berharap pihak yang menerima surat itu tidak mempercayai kandungan surat tersebut apa lagi dikaitkan dengan Persidangan DUN Perak yang akan diadakan di Hotel Heritage dan pembubaran DUN Perak yang akan berlaku esok hari.

Mengikut pemberi maklumat awal, surat tersebut didapati beredar di Mesjid Jalan Dairy Ipoh dan di kutip oleh seorang pimpinan PAS Kg. Gajah dan diserahkan kepada Sdr. Radzi Zainon.

Inilah antara suasana yang menghiasi sidang DUN Perak yang akan berlangsung esok. Apapun kita melihat dari semua aspek tidak ada langkah yang sewajarnya dan paling baik melainkan diberikan laluan kepada pembubaran DUN Perak dan memberi mandat kepada rakyat Perak untuk memilih sekali lagi.


ADUN PR hadir sidang, dapat jaminan polis

Harakahdaily.

KUALA LUMPUR, 27 Okt: 28 ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini mengesahkan kehadiran ke sidang DUN esok setelah mendapat jaminan daripada pihak polis bahawa keselamatan mereka akan dijaga.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) berkata, mereka akan hadir berdasarkan notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan oleh speaker yang sah.

"Kami (ADUN Pakatan) akan hadir atas panggilan speaker yang sah. Saya tak mahu sebut nama, tapi saya tegaskan, speaker yang sah,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Khalil merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberikan jaminan akan menjaga keselamatan mereka itu.

"Saya ucapkan terima kasihlah di atas jaminan itu,"ujarnya.

Semalam, Khalil yang juga ADUN Titi Serong berkata kesemua ADUN Pakatan mungkin tidak akan menghadiri sidang DUN Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

"Sebelum ini kami (ADUN Pakatan) minta jaminan daripada pihak polis. Apa jaminan yang mereka boleh bagi untuk pastikan keselamatan kami terjamin," katanya lagi.

Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin seperti yang dilaporkan laman web Malaysikini sebelum ini mendakwa beliau mendengar dari sumber-sumber tidak sah tetapi boleh dipercayai bahawa Umno akan mengupah 15 orang "samseng" untuk menggantikan pengawal keselamatan di DUN bagi menghalang "berlaku sebarang kekecohan dari pihak Pakatan.

Nizar juga memberitahu bahawa beliau mendengar dari sumber-sumber di Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK) bahawa 28 ADUN Pakatan akan dihalang daripada membawa telefon bimbit dan kamera untuk merakam sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku dalam sidang esok.

Khalil sebentar tadi turut memaklumkan perkembangan terkini berhubung sidang DUN esok yang dihantar ADUN DAP Beruas Ngeh Kor Ham melalui khidmat pesanan ringkas (sms).

Ngeh membuat tinjauan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan bagi melihat perkembangan terkini.

Dato' Ngeh dalam pesanannya memberitahu polis baru sahaja selesai memasang kamera berparabola di sekeliling Bangunan Perak Darul Ridzuan dihubungkan terus ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memantau sebarang kejadian esok.

"Polis turut memasang mesin pengesan di pintu masuk utama. Beberapa petugas sedang mencuba mikrofon tanpa wayar kemungkinan akan digunakan speaker mereka apabila mereka mematikan mikrofon ADUN PR," lapornya dalam sms berkenaan.

Kejadian jambatan runtuh di Perak : Benarkah cuma 3 orang yang terlibat ?

Sehingga ini saya masih meragui jumlah sebenar yang terlibat dalam kejadian murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi. Mulanya secara meluas dan satu berita yang disahkan seramai 22 orang yang terlibat.

Malah jumlah itulah yang dilaporkan oleh teman akrab yang menalifon pagi tadi tertulis di papan kenyataan bilik gerakan sehingga pagi tadi.

Semacam sesuatu yang tidak kena bila tengahhari tadi ada penafian dari jumlah 22 yang diumumkan pada awalnya telah dinafikan dan diumumkan 19 pelajar terselamat manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi, seperti yang diumumkan oleh polis Perak.

Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar. Mayat seorang murid perempuan dikenal pasti sebagai Dina Deve a/p Nathan telah ditemui jam 8.40 pagi tadi.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai dan media melaporkan masih belum menemui murid-murid yang hilang.

Bukan niat saya untuk mensensasikan jumlah yang jauh berbeza dari 22 susut kepad 3 sahaja, dan kalaulah benar pengiraannya silap kenapakah jumlahnya selsisih sehingga 19 orang?

Apapun sekiranya 19 orang itu benar-benar selamat saya bersyukur mereka telah terselamat dari musibah yang besar, namun jika sekiranya jumlah sebenar adalah seramai jumlah asal 22 orang yang diumumkan, saya mempersoalkan kenapakah berita ini semacam ingin dikecilkan ?

Jasa dikenang : Drs. Khalil Lawat aktivis PAS Parit Buntar mengidap penyakit diebatis.

ADUN Titi Serong bersama rombongan bergambar dengan Ust. Talib Desa dalam kunjungan ziarah bertanya khabar keadaan kesihatan aktivis PAS tersebut.


PARIT BUNTAR, 27 Okt.:- Dalam kesibukan untuk menghadapi sidang DUN Perak pada 28 Oktober namun ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim sempat berkunjung dan bertanya khabar mengenai kesihatan seorang aktivis PAS, Ust. Talib Desa di Pekan Baru disini siang tadi.

Dalam kunjungan singkat itu Drs. Khalil bersama rombongan sempat bertanya khabar tentang kesihatan Ust. Talib sehingga pada pertengahan bullan ini kaki kanannya terpaksa dipotong oleh pihak hospital dibawah paras lutut. Beliau mengalami sakit diabetis sejak balik mengerjakan umrah pada cuti sekolah bulan Jun lepas.

Keadaan kesihatan beliau kini semakin beransur baik dan dalam kenyataan ringkasnya semasa ditemui selepas lawatan tersebut, Drs. Khalil mendoakan supaya kesihatan Ust.Talib cepat sembuh dan menjalan aktiviti harian seperti biasa.

"Saya mengetahui yang dia rajin menyampai kuliah di surau dan mesjid disekitar Daerah Kerian selepas persaraannya sebagai guru agama, oleh itu saya harapkan dia dapat sembuh sepenuhnya dan kembali berbakti menabur ilmu kepada masyarakat" Jelas Drs. Khalil.


Tunku Muhriz ditabal Yang Dipertua Besar NS

Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 61, hari ini ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Istana Besar Seri Menanti di sini dalam upacara pertabalan yang penuh adat istiadat dan bersejarah dalam tempoh 40 tahun di negeri ini.

Tuanku Muhriz dimasyhurkan pada 29 Dis 2008, dua hari selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Besar sebelum ini yang merupakan ayahanda saudara baginda, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, yang telah menaiki takhta pada April 1967.

Istiadat itu adalah unik di Negeri Sembilan kerana pemilihan Yang di-Pertuan Besar ditentukan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Sungai Ujong.

Upacara bermula pada pukul 11 pagi dengan keberangkatan masuk Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani ke Balairong Seri didahului oleh Orang Empat Istana membawa Peti Benian.

Istiadat bermula dengan peraturan menghadap Tuanku oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Jelebu Datuk Musa Wahab, Undang Luak Johol Mohd Jan Abdul Ghani, Undang Luak Rembau Muhamad Sharip Othman dan Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak.

Datuk Bentara Kanan Ibrahim Ujang kemudian hadir ke hadapan singgahsana baginda dan memohon perkenan Tuanku untuk memulakan istiadat dan kemudian menyeru Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak bagi memulakan tradisi seru menyeru yang dibuat turun-temurun sebelum ini.

"Hai, Bentara Kanan, serukanlah sabda Kami Undang Yang Empat kepada sekalian rakyat tua muda, kaya miskin, hina dina, dalam Alam Negeri Sembilan ini - Adapun pada hari ini kami mentabalkan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan untuk menggantikan Seri Paduka Ayahanda Saudaranya, Almarhum Tuanku Ja'afar yang telah mangkat.

"Dan Tuanku Muhriz ini telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum dimakamkan Seri Paduka Ayahanda Saudaranya pada hari Isnin, 29 Disember, tahun masihi 2008, serukanlah sabda kami kepada sekalian rakyat mengadap dan menjunjung Duli,"seru Mubarak.

Selepas seruan Mubarak itu, Datuk Bentara Kanan menyambut dengan seruan kesetiaan terhadap pertabalan Tuanku Muhriz.

"Hai, tuan-tuan sekalian, tuan muda, kaya miskin, hina dina, adalah Undang Yang Empat dengan Adat Istiadatnya mentabalkan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir naik Takhta Kerajaan Negeri Sembilan," seru Datuk Bentara.

Sebaik sahaja selesai upacara itu, Datuk Seri Amar Diraja dan Datuk Pegawai Yang Enam bangun untuk menurunkan Daulat sebelum Datuk Bentara Kanan dan kemudian melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali, diikuti semua hadirin.

Istiadat diteruskan dengan lagu kebesaran Negeri Sembilan dimainkan beserta tembakan meriam 32 das dari bateri istiadat, Rejiman Askar Melayu DiRaja yang duduk di kawasan luar istana.

Dengan selesainya adat istiadat itu, Tuanku Muhriz rasmilah menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 selepas mangkatnya raja yang ke-10 iaitu, Tuanku Ja'afar pada 27 Disember 2008.

Tuanku Muhriz yang berjiwa rakyat diputerakan pada 14 Jan 1948 dan satu-satunya putera dari enam adik beradik hasil daripada perkahwinan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kesembilan iaitu Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Durah.

Sementara itu, Tuanku Muhriz dalam titah ucapannya menyeru supaya semua pihak dan pemimpin yang telah dipilih oleh masyarakat mereka memulakan kerjasama untuk kepentingan rakyat dan negeri ini.

Perpaduan merupakan elemen terpenting kepada kestabilan dan kemakmuran negara, titah baginda.

"Dengan kekuatan ini, Beta menyeru kepada semua agar bergerak seiring ke hadapan untuk meningkatkan lagi kemakmuran negeri dan negara," titah baginda.

Baginda turut mengajak tetamu mengimbas kenangan baginda semasa kecil ketika menyaksikan perkembangan Negeri Sembilan di bawah pemerintahan ayahanda baginda iaitu Almarhum Tuanku Munawir serta nenda baginda, Almarhum Tuanku Muhamad.

Baginda menegaskan, nenda-nenda baginda yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Negeri Sembilan telah memainkan peranan yang penting untuk pembangunan negeri ini malahan nenda baginda, Tuanku Muhamad sentiasa mengalakkan rakyat untuk menghantar anak mereka ke sekolah Melayu dan Inggeris.

Tuanku Muhamad turut menubuhkan sebuah sekolah perempuan di Seri Menanti 100 tahun dahulu yang sebenarnya merupakan satu tindakan yang berani serta inovatif pada masa itu kerana ketika itu, sekolah seperti ini hanya terbuka untuk golongan elit.

Pada peringkat kebangsaan, Tuanku Muhamad bersama dengan Raja-raja Melayu telah menyokong penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Rejimen Askar Melayu Diraja, titah baginda.

Istiadat pertabalan hari ini ia mendapat liputan daripada 34 wakil media termasuk disiarkan secara langsung oleh telivisyen tempatan. Bernama

MalaysiaKini/-

MB harap kemelut PAS selesai lusa

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap mesyuarat khas PAS pusat Rabu ini dapat menyelesaikan kemelut isu kepimpinan parti walaupun tiada muktamar agung khas (EGM) diadakan.

Menteri besar Kelantan itu berkata sama ada EGM ataupun mesyuarat khas PAS, ia sama saja asalkan ia dapat dijadikan platform untuk menyampaikan hasratnya kepada kepimpinan parti.

"Tidak apa asalkan benda yang sama, dulu orang Arab tidak boleh ziarah kubur tetapi Nabi Muhammad ubah boleh ziarah kubur," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.

Semalam, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata PAS tidak akan mengadakan EGM seperti yang dicadangkan Nik Abdul Aziz sebelum ini, tetapi sebaliknya mengadakan mesyuarat khas Pas pusat bagi membincangkan isu parti.

Khamis lalu, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.bloktokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang bertentangan keputusan Muktamar PAS Jun lalu.

Tiga pemimpin yang disebut dalam blognya ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Jawatankuasa pusat PAS dengan barisan pesuruhjaya negeri akan membincangkan isu yang dibangkitkan oleh mursyidul am itu.

Lebih kurang 60 pemimpin parti itu, termasuk Datuk Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang ke mesyuarat khas PAS pusat itu.- BERNAMA

MalaysiaKini/-

Bajet 2010 untungkan k'jaan: Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah yang diperkenalkan semula, jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

Dalam Bajet 2010, kerajaan mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27 peratus kepada 26 peratus selain menaikkan pelepasan cukai daripada RM8,000 kepada RM9,000, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Berucap membahaskan bajet tersebut di Dewan Rakyat hari ini, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

"Walaubagaimanapun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada poket rakyat.

"Ini tidak termasuk lagi cukai keuntungan hartanah sebanyak 5 peratus yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai," tambahnya.

Sehubungan itu, Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh bertanya adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat.

"Apa yang berlaku, ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Poket rakyat makin kosong dan kuasa membeli merosot.

"Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan domestik untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk," tegas Anwar.

Katanya, jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

"Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 bilion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 bilion tahun 2009.

"Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? Rakyat atau syarikat pemegang konsesi? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.

"Bagaimana pula dengan kehilangan berbilion ringgit hasil penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya? Skandal demi skandal terbongkar yang melibatkan puluhan billion ringgit daripada hasil cukai yang di bayar oleh rakyat? PKFZ, Perwaja, scorpene dan sebagainya. Kebajikan rakyat diutamakan?" soalnya.

Berikut adalah sedutan ucapan perbahasan Anwar:

Belanjawan tahunan merupakan polisi jangka pendek kerajaan. Selalu nya apa yang bentangkan Jumaat lepas akan dilupakan dan tidak diikuti sehingga belanjawan baru dibentangkan pula.

YAB Perdana Menteri mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27% kepada 26% bagi memasti kadar cukai pendapatan individu kekal berdaya saing serta meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi menurut beliau. Selain itu kerajaan menaikkan pelepasan cukai daripada rm8 ribu kepada rm9 ribu, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian komputer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

Secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan RM500 juta.

Walaubagaimana pun kerajaan mengenakan bayaran RM50 untuk kad kredit utama dan RM25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada RM400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada kocek rakyat. Ini tidak termasuk cukai keuntungan hartanah sebanyak 5% yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

Adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat? Apa yang berlaku ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Kuasa membeli rakyat merosot. Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan tempatan untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak RM3.6 billion berbanding RM19.7 billion tahun lepas?

Jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 billion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 billion tahun 2009. Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? RAKYAT ATAU SYARIKAT PEMEGANG KONSESI? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang.

Pengurusan ekonomi lemah - defisit 13 tahun berturut-turut

Walaupun belanjawan defisit kali ini lebih kecil daripada yang dijangkakan tetapi perlu diingatkan banyak lagi belanjwan-belanjawan tambahan, pakej rangsangan, perbelanjaan "off-budget" dan sebagainya akan dibentangkan sepanjang tahun 2010. Maka defisit akan terus meningkat.

Adakah benar kerajaan berbelanja defisit kerana "kebajikan rakyat didahulukan" atau kelemahan dalam pengurusan ekonomi pimpinan kerajaan sekarang. 13 tahun berturut-turut kerajaan membentangkan belanjawan defisit baik dalam keadaan harga petroleum dan komoditi melambong tinggi.

Akibatnya hutang Negara meningkat 18.3% daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009. Sejak 2006 hutang Negara meningkat 49.7% daripada RM242.2 billion. Dalam masa yang sama peratusan hutang Negara dengan KDNK meningkat 41.5% pada tahun 2008 kepada 52.4% tahun 2009.

Pelbagai langkah dan peruntukan diumumkan untuk memacu ekonomi standing dengan ekonomi nilai tinggi seperti negara Singapura, Korea Selatan dan sebagainya. Malangnya, statistik terus menunjukkan kemerosotan pendapatan yang secara langsung menyumbang kepada masalah defisit.

Keutamaan dalam pembangunan ekonomi jauh menyimpang. Kerajaan memberi keutamaaan yang berlebihan kepada pembangunan infrastruktur awam (public hardware infrastructure) dan mengabaikan keperluan infrastruktur social dan teknikal. Pembangunan infrastruktur teknikal dan sosial termasuk pembangunan dalam peningkatan kualiti sumber manusia, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, pencegahan jenayah dan sebagainya.

Kerajaan tidak upaya melonjak ekonomi ke tahap yang boleh menggandakan penjanaan pendapatan - iaitu ekonomi tambah nilai kerana terlalu bergantung kepada komoditi, petroleum, pembuatan dan perkilangan yang mana kita tidak mempunyai kelebihan lagi dari segi kos efisiensi berbanding negara-negara membangun lain.

Kerajaan hilang daya kreatif dan inovatif untuk menambah pendapatan Negara kerana terlalu bergantung kepada pendapatan industri petroleum. Bagaimana kerajaan dapat membimbing rakyat agar berdaya kreatif dan inovatif untuk meningkat kepada berpendapatan tinggi?

Kebergantungan kepada pendapatan industri petroleum

Bagi tahun 2008; kerajaan memperuntukkan RM177 billion yang mana RM74 billion (42%) disumbang oleh PETRONAS. Ini tidak termasuk hasil dari syarikat-syarikat industri petroleum lain. Sekiranya diambil kira dianggarkan pendapatan daripada industri petroleum mencecah lebih 60%.

Bayaran yang dibuat oleh PETRONAS kepada kerajaan meningkat dua kali ganda dari tahun 2005 hingga 2009; sedangkan rizab petroleum dan gas kita tidak banyak berubah dan kos operasi meningkat 3 kali ganda dalam tempoh yang sama.

Dalam tahun 2006, pecahan pungutan cukai langsung kerajaan adalah pada nisbah 46 % cukai syarikat, 32% cukai petroleum dan 15% cukai individu. Kerajaan tidak mengumumkan pecahan pendapatan cukai yang dijangka dalam tahun 2010, tetapi jangkaan umum adalah cukai petroleum sudah melebihi sumbangan cukai syarikat; yang menimbulkan tanda tanya tentang daya saing ekonomi kita yang terlalu bergantung kepada industri petroleum.

Dianggarkan hanya 2 juta dari 11 juta tenaga kerja di negara ini membayar cukai. Dari jumlah tersebut, dianggarkan hanya 10,000 pembayar cukai adalah pembayar cukai kadar tertinggi (highest tax rate payer); menggambarkan hanya 10,000 orang di Malaysia mendapat pendapatan lebih dari RM250,000 setahun. Ini melambangkan kegagalan BN melonjakkan ekonomi ke tahap lebih tinggi, sehingga tenaga kerja kita masih berkisar kepada kerja-kerja yang tidak mendapat pulangan tinggi - secara langsung menjejaskan pendapatan negara.

Sebelum cukai dinaikkan amat kritikal kerajaan menilai semula kewajaran penganugerahan konsesi tol, IPP, permit impot atau AP kepada perusahaan otomobil dan segala lesen dan permit yang diniagakan diatas dan bawah kaunter untuk mengaut keuntungan tanpa apa-apa pertimbangan yang amat membebankan pengguna.

Kerajaan perlu meneliti bajet dan menghapus pembaziran dan kebocoran. Secara teori kita dapat menyelamat sekurang-kurangnya 10% daripada belanjawan tanpa mengorban prestasi kerja dan penjimatan sedemikian dapat digunakan untuk mengurang defisit belanjawan.

Wujudkan sistem cukai progresif

Kita perlu peka dan prihatin kepada masalah jurang pendapatan rakyat di Negara ini. Kita sedia maklum jurang kemiskinan yang wujud di antara negeri-negeri, di bandar dan desa - malah, wujud juga jurang yang besar di antara tenaga kerja di negara ini.

Anggaran yang dilaporkan sebelum ini ada menyebut bahawa jumlah pembayar cukai kadar tertinggi di negara ini tidak pun mencecah satu peratus dari jumlah keseluruhan pembayar cukai.

Pelepasan-pelepasan cukai yang diumumkan dalam belanjawan 2010 sebenarnya tidak mengmbil kira jurang pendapatan yang wujud di kalangan tenaga kerja kita.

Pada masa kini, seorang pembayar cukai akan membayar kadar tertinggi apabila pendapatan beliau mencecah RM100,000 setiap tahun.

Dalam keadaan ekonomi semasa, golongan professional pertengahan juga akan masuk di dalam kategori ini; walaupun pendapatan mereka adalah jauh lebih rendah daripada mereka yang mencecah RM500,000 atau RM1 juta setahun.

Adalah lebih adil dan berkebajikan jika kita mengiktiraf jurang pendapatan yang wujud ini - maka sistem cukai individu kita perlu lebih progresif.

Saya cadangkan agar satu kategori pendapatan tertinggi yang baru diperkenalkan untuk membezakan di antara mereka yang berpendapatan tertinggi dan golongan professional kelas pertengahan.

Persaingan ekonomi dan meningkatkan daya saing

Kemurungan yang melanda ekonomi sejagat tampaknya tidaklah sebegitu tenat lagi. Namun keadaan sesungguhnya tidak menentu. Tidak siapa mampu menjangka keadaan yang mendatang. Esok, secara-cara tiba, ekonomi, boleh sahaja merudum dan mendung yang disangka berarak pergi, mulai datang menyelubungi lalu menimbulkan kekusutan kepada rakyat.

Panjanglah rumput di permatang
Di sabit orang di Inderagiri
Ku sangka panas sampai ke petang
Kiranya hujan di tengahari

Menurut laporan "World Competitiveness Report 2009/2010" yang dikeluarkan oleh "The World Economic Forum (WEF)" Malaysia jatuh dari tangga 21 kepada 24 kerana kelemahan dalam kerangka peraturan baik perundangan maupun pentadbiran yang jatuh dari tangga 17 kepada 43 dalam masa 2 tahun.

Kelemahan yang menjejas daya saing negara perlu diperbaiki seperti pencegahan jenayah, sistem perundangan dan kawalan pelaburan, penyelidikan dan pembangunan, infrastruktur era ekonomi baru seperti internet dan sebagainya bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan yang telah banyak ditawar oleh Negara-negara lain.

Perubahan ataupun al Islah ini merupakan istilah yang membawa maksud memperbaiki dari kerosakan serta mencegah kebejatan dari berlaku. Tafsir al Kabir melanjutkan penjelasan dengan mempertanggungjawabkan pemerintah dan kerajaan itu melakukan usaha sedaya upaya mencegah kemudaratan. Kesejahteraan rakyat haruslah menjadi keutamaan. Para mufasirin seperti Imam Fakhr al Din al Razi dan Ibnu Katsir bersetuju antara dari pengertian melaksanakan Islah ini adalah memenangkan Keadilan dan mengalahkan kezaliman.

Ibnu Khaldun, ilmuwan abad ke 14, di dalam karya Mukaddimah nya mengungkapkan sebuah pentadbiran dan kerajaan yang dikenal sebagai Wajhul Hikmah. Kerajaan yang mengambil berat kebajikan serta kesejahteraan rakyat nya. Yang mentadbirnya adalah di kalangan mereka yang jujur dan amanah

Sekiranya benar maka kita perlu perbaiki sekarang termasuk menggugur sebahagian dasar dan polisi yang telah usang dan tidak lagi berkesan kerana perubahan persekitaran persaingan. Dasar baru perlu diperkenalkan untuk berhadapan dengan cabaran perubahan ekonomi sejagat untuk terus kehadapan berbanding dengan negara-negara lain yang semakin sengit bersaing.

Dalam kita mengejar kedudukan ranking kita perlu mengimbangi pembangunan diantara semua kaum. Ini sedikit sebanyak menjejas daya saing dan kecekapan pengurusan ekonomi Negara. Saya berpuas hati sekiranya kita dapat mencapai kedudukan ke 18 atau 19 dalam masa terdekat dan terus memperbaiki kedudukan apabila kita berupaya menyesuai kelemahan dan kesempitan aliran atau "bottleneck" dalam pengurusan ekonomi.

Kedudukan yang tinggi dalam daya saing dan efisiensi Negara samaada dapat dicapai atau tidak ditentukan oleh tahap persediaan Negara membiar kuasa pasaran berperanan menentukan aliran peruntukkan dan pengagihan sumber kekayaan Negara dengan campurtangan kerajaan yang minima melalui dasar, polisi, pentadbiran, undang-undang dan peraturan.

Ekonomi yang berdaya saing tinggi difahami berpengetahuan dalam pengurusan sumber dan sumber yang berkurangan. Dengan cara ini pertumbuhan ekonomi dapat dicorak dan dipertahan untuk menjana Pendapatan Negara Kasar yang tinggi. Dalam Negara penduduk yang serumpun teori ini boleh digunapakai tetapi amat sukar dalam masyarakat berbilang kaum yang berbeza aspirasi dan kedudukan ekonomi.

Indeks daya saing dan kecekapan global merupakan panduan penting untuk pelabur antarabangsa memutus tempat pelaburan. Negara yang ingin menarik pelaburan langsung sudah tentunya akan menyediakan iklim yang menarik dan berdaya saing untuk menawan mereka.

Buat masa ini jenis ekonomi yang efisien dan berdaya saing tinggi tanpa campurtangan kerajaan tidak sesusai untuk Negara tetapi mungkin akan menjadi kenyataan dalam dua tiga dekad lagi sekiranya kita meletakkan batu asas yang kukuh kearah itu dan dalam masa yang sama menyelesai masaalah kemiskinan dan merapatkan jurang perbezaan diantara yang kaya dan miskin.

Kita perlu mengkaji dasar yang diolah untuk memaju dan menyusun ekonomi berdasar pemilikan dan penglibatan berlandaskan kaum dalam ekonomi. Barangan dan perkhidmatan social dan ekonomi sepatutnya boleh digunakan oleh semua tanpa mengira kaum tetapi mereka yang mempamer kebolehan dan kesungguhan untuk terlibat perlu dibantu kerajaan. Bantuan jangan sekali-kali disediakan berdasar kedudukan social, kuasa politik penerima. Penglibatan dalam ekonomi mesti berdasar merit, keupayaan dan iltizam keusahawanan. Mengambil kira dasar ini bantuan mereka yang tidak bernasib baik mesti diolah dengan cara yang tidak membantut daya saing Negara.

Atas dasar itu sedang kita perlu kepada ekonomi yang berdaya saing tinggi dan cekap kita juga perlu mengimbangi tuntutan dan keperluan golongan yang memerlu bantuan dan perlindungan kerana kedudukan ekonomi mereka hasil daripada dasar yang diolah untuk mencapai ekonomi daya saing tinggi dan cekap. Pendekatan yang seimbang diantara keperluan persaingan dan keperluan membantu mereka yang terpinggir amat penting dalam ekonomi Negara untuk membina masa depan yang berjaya.

Pelaburan langsung asing

Pelaburan Langsung Asing atau FDI amat sensitive kepada ukuran keyakinan dalam ekonomi. Tertarik atau tidak mereka ke sesebuah Negara membuktikan keyakinan kepada kestabilan dan persaingan sesebuah ekonomi untuk mereka melabur. Pelaburan langsung asing merosot dengan begitu ketara dua tiga tahun yang lepas kedalam negara. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak USD7.3 billion tahun tahun 2008 berbanding dengan Indonesia USD 7.92 billion dan Vietnam USD 8.05 billion, Thailand USD 9.83 billion, Singapura USD22.8 billion. Tahun ini Negara hanya mencatat USD1 billion sahaja kemasukan FDI

Ada banyak sebab kemerosotan FDI yang begitu ketara sekali. Ada beberapa polisi yang menjadi batu penghalang kepada kemasukkan pelaburan langsung asing. UNTAD (United Nation Trade And Development) melaporkan Malaysia hanya berjaya menarik 2.6% sahaja daripada FDI pada tahun 2007 berbanding sekitar 8% pada pertengahna tahun 90an dan lebih daripada 10% pada tahun 80-an.

Negara perlu kepada strategi baru untuk menarik pelaburan langsung asing baik dalam tarikan pelaburan maupun mengintergrasi pembangunan dengan ekonomi serantau yang pesat membangun seperti Thailand, Vietnam, Indonesia, India dan Cina yang mempunyai pasaran yang jauh lebih besar daripada Malaysia. Ini bergantung kepada kedudukan modal insane negara yang menjadi isu besar negara.

Baru-baru ini Kerajaan telah menghapus beberapa polisi yang menjadi penghalang kepada kemasukan pelaburan langsung asing dan jika diperlukan mempercepatkan lagi proses meliberisasi ekonomi. Kerajaan perlu menghapus polisi dan peraturan pentadbiran yang mengekang usaha kearah kebebasan pasaran.

Hakikatnya kerajaan tidak lagi berupaya mempengaruhi pembangunan dalam semua sector ekonomi untuk mencapai objektif social. Dalam konteks liberisasi pun kerajaan masih boleh menyedia pelbagai insentif untuk penglibatan golongan tertentu seperti menyedia kemudahan kredit daripada institusi kewangan dan sebagainya. Begitu banyak cara untuk membantu golongan kurang bernasib baik yang tidak membantut aliran bebas pelaburan dalam ekonomi. Melalui liberisasi ekonomi akan mempercepat pengaliran masuk pelaburan dan teknologi dalam ekonomi.

Kita perlu pelaburan asing bukan sahaja untuk mengurang beban kewangan kerajaan dalam pembangunan ekonomi tetapi juga teknologi baru yang dibawa bersama. Perusahaan tempatan tidak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan menyebabkan Negara tidak berdaya dalam rekacipta untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan generasi baru untuk keperluan era baru ekonomi global.

Kerajaan, Universiti dan pusat-pusat penyelidikan tidak menyesuai atau berorientasi dibawah rancangan komprehensif dan bermakna dalam menyalur hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menghasil barangan dan perkhidmaan yang diperlukan oleh ekonomi global. Ketiadaan factor teknologi dalam ekonomi Negara akan membantut usaha kerajaan untuk melonjak taraf ekonomi dibawah model baru ekonomi.

Kualiti internet tercorot

Internet merupakan penggerak utama kepada perusahaan berpendapatan tinggi. Tanpa kualiti internet yang baik perusahaan yang kreatif dan inovatif tidak dapat beroperasi dengan cekap.

Di kalangan Negara-negara Asia, Singapura, Taiwan dan Hongkong berada pada tahap selesa memenuhi keperluan aplikasi hari ini sementara Korea dan Jepun sudah berada dalam masa depan.

Negara-negara yang di kenal pasti sudah bersedia untuk masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan "upload" 1 Mbps.

Keselamatan dan jenayah

Peningkatan kadar jenayah menjejas kedudukan ranking persaingan dan efisiensi Negara. Sebahagian masyarakat menghadapi kesulitan untuk menyesuai dengan kemodenan dan kemajuan ekonomi. Mereka terpaksa berpindah randah untuk memberi ruang kepada pembangunan kerana tanah mereka diambil sedangkan mereka tidak berupaya memiliki rumah dalam kawasan yang dibangunkan. Ramai dikalangan mereka tidak mempunyai atau berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan terpaksa berkerja diperingkat bawahan atau buruh dengan gaji yang rendah.

Sebahagian daripada mereka mewajar tindakan dan kelakuan mereka walaupun kejam kerana mempercayai tidak ada bezanya dengan pengusaha yang mengaut keuntungan melampau dengan menindas pekerja tanpa mengira kesusahan atau keperitan orang ramai atau penguatkuasa yang memeras, mengugut, mengambil rasuah dan malah membunuh untuk mendapat habuan daripada orang yang sepatutnya mereka lindungi. Perbezaannya hanya cara sahaja.

Saya ingin menekankan kemerosotan keselamatan dan peningkatan jenayah di Bandar bukan hanya disebabkan kemajuan dan pembangunan ekonomi tetapi juga masaalah kemiskinan dan ketidaksaksamaan dalam pengagihan kekayaan negara. Perancangan ekonomi mesti diperbaiki dengan mengolah polisi bagi memasti keadilan social berlaku untuk semua kaum.

Saya menyokong segala usaha untuk meningkat keamanan Negara. Negara amat perlu memoden dan memperlengkap pasukan polis dengan teknologi, teknik penyiasatan dan pengesanan terkini serta pasukan yang berdedikasi untuk mengawal walaupun dalam keadaan darurat. Negara perlu menggunakan technology, kelengkapan dan kemahiran moden untuk menyusun semula kawalan terutama dalam kecurian, rompakan dan keganasan berkaitan dengannya.

Pendidikan

Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index) yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Ini menunjukkan Negara-negara lain telah lebih kehadapan dalam pembangunan insane. Gini Coeffient juga menunjukkan Malaysia merupakan Negara yang paling tinggi jurang diantara yang kaya dan miskin di rantau ini. Perlu diberi perhatian bahawa kadar celik huruf dewasa di Malaysia ialah 91.2%, Indonesia 92% serta Georgia ialah 100%!

Pendidikan menjadi kelemahan dalam daya saing Negara dan mungkin menjadi rintangan paling besar untuk pertumbuhan dan kejayaan masa depan ekonomi Negara. Kita telah mengabai fahaman tradisi bahawa prasyarat asas pembangunan modal insane untuk pertumbuhan ekonomi dan kejayaan masa depan dicapai hanya melalui penyediaan sistem pendidikan bertaraf dunia pertama.

Tidak ada satu pun universiti dalam negara menduduki tangga 100 malah 200 universiti terbaik dunia sedangkan sudah banyak universiti-universiti di Asia terutama dari Hongkong, China , Jepun, Singapura, Korea, Taiwan dan malah Thailand berjaya menduduki dalam kumpulan university terbaik dunia. Peningkatan kualiti pendidikan mereka jauh lebih maju dan kehadapan berbanding dengan system pendidikan kita.

Menurut kedudukan university-universiti terbaik Asia yang dinilai oleh QS Top Universities, 2 buah universiti dari Thailand iaitu University Mahidol menduduki tangga ke 30 dan Chulalongkong ke 35 berbanding dengan university terbaik negara iaitu Universiti Malaya yang hanya berjaya menduduki tangga ke 39. University of Hong Kong yang sama taraf dengan University Malaya satu ketika dahulu menduduki tangga no 1 sementara National University of Singapore tangga 10.

Penekanan kepada sains, teknologi serta sains asas seperti physics, kimia dan kejuruteraan di universiti-universiti tempatan terlalu kurang dan lemah sedangkan kita perlu mengorientasi Negara menceburi dalam era ekonomi global baru. Kita hanya berjaya mengeluarkan modal insan yang mampu menyelenggara ekonomi masa kini tetapi tidak berupaya memacu ekonomi dimasa hadapan. Kita masih bertelagah mengenai penggunaan bahasa untuk pelajar daripada memikir penguasaan matapelajaran sains dan teknologi untuk memacu Negara kehadapan.

Sistem pendidikan yang baik menjana modal insan yang berupaya mengeluar kemahiran berdaya kreatif, inovatif yang sentiasa mencipta barangan dan perkhidmatan baru untuk pasaran tempatan dan global. Tanpa modal insan yang berdaya kita tidak berupaya memacu ekonomi ke tahap sekarang dan tidak boleh mengolah model baru ekonomi yang digambarkan oleh kerajaan yang berdaya menimba, melibat dan menyumbang kepada ekonomi global.

Mana-mana pakar ekonomi bersetuju sudah terdapat jurang yang begitu luas dan tidak dapat diperbaiki lagi dalam dekad depan dari semua sudut kualiti modal insan yang diperlukan sekarang dan masa depan sekiranya kita terus mengabai system pendidikan negara. Modal insan berkualiti tinggi agak sukar diperolehi dalam Negara sekarang.

Perubahan radikal diperlukan dalam system pendidikan Negara. Kita mesti mengeluar pelajar berkualiti, pemikir yang dapat bertindak secara bebas, berfikir secara berlainan dan inovatif serta mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Pelajar2 ini mesti perolehi pengetahuan teknikal, kejuruteraan, matermatiks dan kemahiran amali terkini serta berupaya merancang dan membantu yang lain dalam perusahaan masa depan. Melainkan kita merubah system pendidikan Negara yang sudah jauh ketinggalan, daya saing Negara akan terus merosot dan harapan untuk menjadi sebuah Negara maju tidak akan tercapai.

Negara juga sedang mengalami pengaliran keluar pakar-pakar atau "brain drain" kerana mereka yang pintar dan berbakat tidak lagi melihat Negara sebagai tempat berpeluang untuk maju dalam ekonomi Negara dan ini digalakkan oleh ibubapa dan rakan-rakan dalam mengejar cita-cita dan kekayaan. Kita kehilangan mereka yang berbakat sekiranya daya kreatif dan kemahiran teknikal tidak diperguna dan diperlukan dalam ekonomi sekarang. Tidak ada motivasi untuk mereka merekacipta barangan dan perkhidmatan baru sekiranya Negara sendiri tidak ada kelebihan teknologi untuk digunakan dalam menggarap daya kreatif mereka. Mereka akan pergi ke destinasi lain yang lebih mencabar.

MalaysiaKini/-

ADUN Perak risau keselamatan

ADUN Perak daripada Pakatan Rakyat mungkin tidak akan menghadiri sidang DUN Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan gabungan pembangkang negeri.

"Matlamat kami adalah hadir sidang... kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di pejabat PAS Perak di Ipoh hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain berkata ADUN Pakatan akan membuat laporan polis meminta jaminan keselamatan daripada polis kerana dikhuatiri ada ancaman terhadap mereka sebelum dan semasa sidang.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata polis akan menjaga keselamatan sepanjang sidang berkenaan termasuk ADUN BN atau Pakatan. BERNAMA

MalaysiaKini/-

Pembantu rumah Indonesia didera meninggal dunia

Pembantu rumah warga Indonesia, yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka hampir seluruh badan, dipercayai
didera oleh majikannya di dalam tandas sebuah rumah di Taman Sentosa di Klang meninggal dunia hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mantik Hani, 36, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas.

Pengarah HTAR, Dr Ghazali Hasni Md Hassan, berkata mangsa meninggal dunia selepas didapati tidak bertindak balas dengan rawatan yang diberikan sepasukan doktor pakar.

"Mangsa sepatutnya menjalani pembedahan tetapi ia tidak dapat diteruskan disebabkan keadaannya tidak mengizinkan," kata beliau ketika ditemui pemberita di HTAR hari ini.

Dua pegawai wanita yang mewakili pejabat Kedutaan Indonesia di Malaysia turut berada di HTAR untuk melawat mangsa tetapi membatalkan rancangan itu selepas dimaklumkan wanita berkenaan telah meninggal dunia.

Pembantu rumah terbabit pada 20 Oktober lepas ditemui dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' dipercayai didera, dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.

Polis menyelamatkan pembantu rumah itu pada pukul 7 petang hari sama selepas menerima laporan mengenai penderaan itu daripada seorang tukang sapu yang bertugas membersihkan kediaman rumah suspek, dan terus menghantar wanita berkenaan ke HTAR untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan itu, polis menahan reman majikan pembantu rumah itu, yang bekerja sebagai peniaga pasar dan isterinya untuk membantu siasatan.

Lelaki itu menyerah diri kepada polis sehari selepas pembantu rumah itu ditemui dan direman sehingga 28 Okt manakala isterinya direman sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata dua suspek itu disiasat kini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pihaknya masih mencari saksi untuk membantu siasatan termasuk ibu majikan dan bekas majikan pembantu rumah itu.

"Jenazah mangsa akan dilakukan bedah siasat di HTAR bagi menentukan punca kematiannya," katanya. Bernama

MalaysiaKini/-

Selesai melalui prosedur perlembagaan - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata isu yang sedang melanda parti itu sekarang akan diselesaikan melalui cara yang termaktub dalam perlembagaan parti itu dan bukannya melalui saluran media.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di semua peringkat bersabar dan bertenang berdepan persoalan dalaman yang sedang melanda PAS.

"Saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

"Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya," kenyataan beliau dipetik.

Menangani persoalan terbaru itu, beliau telah mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali untuk mengatur mesyuarat dalam masa terdekat.

Sehubungan itu PAS pusat akan mengadakan satu sidang media jam 11 pagi ini bagi menyatakan pendirian terhadap desakan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti itu mengadakan muktamar khas bagi menyelesaikan masalah kepimpinan parti.

Nik Aziz jumaat lalu membuat desakan itu dalam laman blognya sebagai memberi respon terhadap analis Penyarah Universiti Islam Malaysia, Profesor Dr. Aziz Bari yang disiarkan dalam sebuah akhbar minggu lalu yang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan.

KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS

"Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS) �

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.

Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

Harakahdaily.Net/-

MB Selangor sokong bedah siasat semula Teoh Beng Hock

SUNGAI BULOH, 26 Okt: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong penuh permintaan keluarga Teoh Beng Hock agar bedah siasat dilakukan semula ke atas mayat simati dengan penyeliaan pakar patologi antarabangsa, Dr Pornthip Rojanasunand.

Beliau yakin, ia akan membongkar rahsia di sebalik kematian Teoh Beng Hock.

Berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian cemerlang dalam bidang autopsi, Khalid berkata bedah siasat baru di bawah seliaan Dr Pornthip adalah langkah yang sewajarnya diambil.

"Saya rasa ini perlu kerana dia memberikan ketelusan kepada usaha yang dibuat sebab Dr Pornthip yang telah membuat andaian 80 peratus Teoh Beng Hock ialah diseksa dan menyebabkan terjadinya kematian Teoh Beng Hock.

"Kemudian dia juga telah mengatakan beberapa retak tulang itu adalah bukan sebab dia jatuh tetapi oleh sebab ada perkara-perkara yang lain," kata Tan Sri Abdul Khalid (gambar bawah).

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock mahu bedah siasat dijalankan buat kali kedua bagi merungkai misteri kematian mangsa.

Peguam Gobind Singh Deo berkata pihak keluarga mahu patologis terkenal Dr Pornthip Rojanasunand dari Kementerian Undang-undang Thailand menguruskan bedah siasat itu. Image

Langkah ini perlu bagi melihat apakah ada unsur pembunuhan disebalik kematian mangsa. Gobind menambah pihaknya akan memfailkan permohonan untuk bedah siasat kehadapan Koroner Azmil Muntapha Abas selewat-lewatnya Selasa depan.

"Kita tak mahu tuding jari pada mana-mana pihak. Kita hanya mahu keadilan kepada mendiang. Keluarga mangsa bersetuju untuk menggali kubur mendiang dan kita akan hantar permohonan pada Mahkamah Majistret Shah Alam esok," katanya.

Mangsa ditemui mati pada 16 Julai lalu di bumbung tingkat 5 Plaza Masalam dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor.

Dr Pornthip dari Kementerian Undang-undang Thailand dilantik Kerajaan Selangor bagi membantu inkues menyiasat punca kematian pembantu kepada Exco Selangor itu.

Dr Pornthip menempa nama dalam pembabitannya membedah siasat mangsa tragedi Tsunami 2007 dan membongkar kes-kes rumit di Thailand. Sepanjang keriernya sebagai ahli patologi, dia telah membedah lebih 10,000 mayat.

Khalid berkata kerajaan negeri mahu bedah siasat baru dilakukan segera agar siasatan dapat dilakukan dengan lebih telus.

"Dari segi ketelusan, kerajaan negeri bersetuju supaya perkara ini dibuat dan memberikan peluang untuk keluarga Teoh Beng Hock untuk mendapatkan apa yang sebenarnya berlaku kepada anak mereka," jelas Khalid lagi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata demikian selepas merasmikan Jamuan Deepavali DUN Ijok di Ladang Tuan Mee, Sungai Buloh semalam, lapor laman web Selangor kini.

HarakahDaily.net/-

Pemuda PAS bantah kaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat

ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat.

Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.

Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.

"Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat.

"Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA.

"Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi.

Menurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu�adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada.

Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat.

Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka.

Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi.

Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama
mengaitkannya dengan peristiwa Memali.

HarakahDaily.net/-

PAS panggil mesyuarat khas JK Rabu ini

KEMASKINI: KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS akan memanggil satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu ini bagi membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya berkata, mesyuarat itu akan diadakan jam 8.30 malam, Rabu ini di Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini.

"Mesyuarat insyaAllah akan diadakan pada 28 haribulan ini, hari Rabu malam," katanya.

Surat jemputan untuk mesyuarat ini akan dikeluarkan segera oleh beliau.

Mustafa berkata, beliau mendapat arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar memanggil mesyuarat khas itu.

"Beliau (presiden) telah mengarahkan saya supaya mencari satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa pusat dalam waktu terdekat," katanya lagi.

ImageMesyuarat ini yang akan dihadiri oleh pimpinan pas pusat dan pesuruhjaya setiap negeri itu katanya, akan membuat keputusan tindakan yang akan dibuat selepas ini.

"Jadi apa-apa yang berkait kita akan bincang dalam mesyuarat pusat nanti," katanya.

Nik Aziz akan hadir sebagai pesuruhjaya Kelantan dan jemputan khas bagi membolehkan ahli mesyuarat mendengar sendiri penjelasan beliau berhubung cadangan dalam blognya agar diadakan satu muktamar agung khas.

Menjawab soalan pemberita mengenai cadangan mengadakan muktamar khas, beliau berkata mengikut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa hanya boleh diadakan mengikut tiga cara.

Ia boleh dilakukan apabila ada arahan daripada presiden parti, ada permintaan bersurat satu pertiga daripada ahli jawatankuasa pusat, atau permintaan bertulis satu pertiga daripada PAS kawasan-kawasan.

Semalam, Naib Presiden, Salahuddin Ayub selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu memberitahu, mesyuarat agung luar biasa tidak akan diadakan kerana Nik Aziz sendiri mencadangkan ianya ditukar kepada mesyuarat khas.

Ditanya sama ada cadangan Nik Aziz itu berkait dengan beberapa pemimpin yang dikatakan pro kerajaan perpaduan, beliau berkata isu itu tidak lagi berbangkit kerana ianya telah diputuskan dalam muktamar Jun lalu.

"Saya pernah buat kenyataan dulu, masalah kerjasama dengan Umno sudah tutup buku. Ia satu keputusan yang dibuat oleh pimpinan dalam muktamar sendiri," katanya.

HarakahDaily.Net/-

Jambatan runtuh: 19 pelajar terselamat, dua masih hilang

KAMPAR: 19 pelajar terselamat manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi, kata polis Perak.

Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar.

Selain dua dilaporkan hilang, mayat seorang murid perempuan dikenal pasti sebagai Dina Deve a/p Nathan ditemui jam 8.40 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam tadi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha berkata, disahkan satu mayat sudah ditemui, manakala dua lagi masih hilang.

Beliau menafikan laporan awal yang mengatakan 22 pelajar hilang seperti selepas pihak penganjur kem salah membuat kiraan pelajar.

Kenyataan ini amat jauh berbeza dengan laporan awal yang mengesahkan 22 orang pelajar telah dihanyutkan oleh arus deras .

MAKLUMAN PENTING : Lintas langsung Sidang DUN Perak 28 Okt di Blog Cina islam.

Berhubung dengan sidang DUN Perak esok hari dengan ini Blog Cina Islam memaklumkan kepada semua pembaca untuk mengikuti perkembangan terkini sidang tersebut melalui blog ini.

Dengan bantuan kakitangan blog ini saya akan berusaha untuk menerbitkan berita terkini dari masa ke semasa untuk tatapan pembaca blog di mana saja mereka berada.

TERKINI : Jambatan runtuh, mayat seorang murid perempuan ditemui

KAMPAR: Mayat seorang murid perempuan yang merupakan antara 22 murid yang dikhuatiri dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberang Sungai Kampar runtuh semalam, ditemui hari ini.

Mayat mangsa pertama tragedi membabitkan murid yang menyertai aktiviti kokurikulum perkhemahan itu ditemui berhampiran loji sungai terbabit pada kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata identiti mayat murid perempuan berketurunan India itu belum dikenalpasti.

"Mayat telah dibawa ke Hospital Kampar di sini untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita di kawasan kejadian di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 10.30 malam tadi, 22 murid dikhuatiri hilang apabila jambatan gantung yang terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang terputus ketika mereka beramai-ramai menggunakannya.

Mereka adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 222 anggota yang terdiri daripada polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta penduduk kampung dijalankan sebaik kejadian berlaku.

Zakaria berkata jumlah sebenar mangsa belum diketahui dan polis telah meminta Jabatan Pelajaran mendapatkan maklumat terperinci beserta kesemua nama murid yang menyertai kem perkhemahan itu.

Maklumat awal yang mengatakan 22 murid hilang itu belum dapat dipastikan dan dipercayai jumlah mangsa sebenar adalah kurang daripada itu, katanya. BERNAMA

KENYATAAN MEDIA : Ucap takziah kepada keluarga mangsa jambatan runtuh.

Berita duka dan mengejutkan apabila seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.

1.Saya mewakili PAS Perak dengan ini mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut dan mendoakan semuga Allah memberi kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi musibah yang berat ini.

2. Saya juga mendesak satu siasatan yang menyeluruh diadakan dalam beberapa aspek dibawah.

a. Apakah kewajaran diadakan perkhemahan yang melibat 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan. Tidakkah program tersebut diadakan dimusim persekolahan dan disatu tempat yang mendedahkan peserta kepada bahaya kerana tempat tersebut terkenal sebagai aktiviti lasak , sedangkan mereka adalah pelajar sekolah rendah yang masih lemah fiskalnya.

b. Siasatan yang menyeluruh kepada pihak yang terlibat dalam pembinaan jambatan yang baru siap sekitar 2 minggu. Adakah terdapat kecuaian dari segi kulaliti pembinaan dan kelulusan projek kepada kontraktor yang kurang berkelayakan dan aspek lain yang difikirkan perlu.

c. Adakah penglibatan pelajat tersebut dikawasan yang dianggap mirip kepada aktiviti lasaa telah dilindungi dengan takaful atau insuran yang biasa dilakukan.

3. Dengan ini saya mengharapkan semuga tindakan yang sewajarnya diambil kepada pihak yang terlibat disamping pembelaan dan pampasan yang sewajarnya diberikan kepada kleuarga manga diatas kerugian kehilangan nyawa atau kecederaan kepada semua mangsa yang terlibat.

Sekian terima kasih :-

DRS. KHALIL IDHAM LIM,
Ketua Penerangan PAS Perak.

22 Murid Dikhuatiri Hilang Apabila Jambatan Gantung Runtuh,siapa perlu diperslahkan ?

KAMPAR, 27 Okt :- Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi.

Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang.

Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak.

Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.

Seorang murid yang terselamat K. Mathivanan, 12, berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan.

Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.

"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.

Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjerit-jerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik.

"Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semula dan sempat membawa naik lima lagi murid.

Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.

Perkhemahan itu bermula Selasa dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang Isnin, kata guru SK Seri Tronoh itu.

Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lepas.

Perkhemahan yang sama diadakan serentak pada Selasa di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.

Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.

--BERNAMA

Herba: Khasiat Kucing Galak ( Acalypha Indica )

Email : Mohd Shukri Mohamed Talib

Viagra Kucing??

Tanggal malam raya yang ketiga jam 2:54 pagi,sedang kami beramai--ramai melepak kekenyangan selepas acara BBQ iaitu acara tahunan hari raya kami di rumah salah seorang sahabat,tiba tiba terkejut aku melihat sekumpulan kucing yang seolah-olah menghendap kami dari celah celah pokok,atas bumbung dan dari merata arah sambil berbunyi seolah-olah mahu mengawan."ish,takkan kucing-kucing ni jadi Zombie Kampung Dodol kot?"hairan juga aku dengan gelagat kucing-kucing tu.Yang lebih menghairankan aku bila terpandang muka seorang sahabat aku yang agak veteran ni tersenyum.Mesti orang tua ni ada muslihat.

Sambil tersenyum dan berekspressi riak,dia mengeluarkan beberapa anak-anak pokok.
"Hah,kalau hampa nak tau ni lah POKOK KUCING GALAK.Pokok ni memang tumbuh ditepi-tepi jalan ja.Senang ja nak cari,tengok bunga hijau kecik ni.Akaq dia bila kucing-kucing bau,walau dari jauh pun memang depa mai ramai ramai hehehe.Akaq dia jugak adalah ubat,vitamin dan jugak macam tongkat ali untuk kucing-kucing ni."Dan dia menyambung muka riaknya.Kami pun akur dan agak terpegun jugak dengan explaination orang tua ni.Memang kucing-kucing yang menghendap ni kelihatan mahu memakaan akar ini dengan rakus sekali.


Inilah rupa akar yang menjadi ubat dan tongkat ali kepada kucing.

Kemudian,kami pun perlahan-lahan undur dan masuk kedalam rumah untuk memerhatikan gelagat kucing-kucing itu.Bak sekumpulan singa yang mengerumuni seekor rusa yang lemah,kucing- kucing itu berkelahi sesama sendiri untuk merebut 'ubat kuat' itu.Akibat terlalu bising dan sebelum orang kampung bangun dan halau kami dari pulau ni,baik kami halau saja kucing-kucing ni.(tak sempat pulak aku nak ambil gambar)

Inilah hidangan yang berkhasiat untuk kucing.

Sempat lagi kucing liar ni menyambar akar dan cabut lari.

Kata member aku yang riak ni,pokok ni sekarang ditanam secara komersial di negeri Perlis dan dijadikan bahan Kajian (R&D) untuk digunakan oleh manusia pulak.Hmmmm kalau ia terbukti berkhasiat dan tidak memudaratkan kucing-kucing ini,apa salahnya kita pulak cuba.Jangan nanti kita jadi kucing galak selepas makan akarnya sudah.hehehe

KENYATAAN MEDIA : Apakah jaminan keselamatan kepada ADUN PR pada sidang 28 Okt.

Berhubung dengan sidang DUN Perak yang akan diadakan esok dan kami adun PR akan hadir dengan surat panggilan dari Speaker yang sah V. Sivakumar, maka dengan munculnya berbagai berita sdan spekulasi yang mendorong saya untuk mengeluarkan beberapa kenyataan seperti yang di sebutkan kelmarin dihadapan rakan media dalam sidang media di Pejabat PAS Ipoh .

Kenyataan saya dalam perkara berkaitan ialah :

1. Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh pasukan keselamatan/polis terhadap ADUN-ADUN Pakatan Rakyat dalam sidang DUN esok. Saya memberikan tempoh sehingga hari ini kepada pihak polis supaya menjamin keselamatan semua ADUN Pakatan Rakyat dan akan melakukan laporan polis sekiranya difikirkan perlu.

2. Saya mempersoalkan kewajaran maklumat yang mengatakan seramai 30 orang lebih bentara ditugaskan untuk bertugas pada esok hari. Berdasarkan pengalaman saya sejak memegang jawatan ADUN Perak, tidak lebih 10 orang sahaja bentara yang bertugas. Saya juga mempersoalkan kenapakah bentara yang sedia ada dari Bahagian Majlis telah ditukar dengan individu lain yang menimbulkan pertanyaan. Apa lagi sekiranya benar mereka adalah samseng-samseng seperti yang kami dedahkan sebelum ini, kami mempersoalkan kewajaran dan kelayakan kelompok tersebut dilantik untuk menjaga dewan yang mulia.

3. Saya mempersoal dan membantah tindakan mewartakan 500 meter di sekitar SUK sebagai kawasan larangan bagi orang awam dan ini adalah tindakan yang mencabul hak asasi manusia dan Perlembagaan Persekutuan perkara 10.(1)(b). semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata.

Tidakkah rakyat sentiasa digalakkan untuk hadir ke DUN atau parlimen untuk menyaksikan sendiri sidang yang berlangsung sebagai pemerhati, kenapakah hasrat rakyat ini dihalang malah dilarang. Apalagi sidang bajet yang saya fikirkan tersangat penting.

Sekia, terim kasih.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Pengerusi PRBBC Perak.

Kenyataan media V. Sivakumar dan Bukti Ganesan Speaker haram Perak.

Kenyataan MediaSpeaker DUN Perak, V. Sivakumar yang diwakilkan kepada ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim kelmarin.(klik untuk paparan lebih jelas)

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (36 A(5) ) yang telah dilanggar oleh Ganesan yang menyebabkan dia hilang kelayakan menjadi Speaker. Itupun kalau dia dilantik secara sah pada 7 Mei.

Kenyataan/surat dari Setaiusaha Malaysia Bar Council mengenai status Ganesan yang masih aktif pada 11 Ogos (7 Ogos adalah genap 3 bulan dia dilantik secara haram), dan usaha beliau untuk backdated ke 6 Ogos (no.3).Bukti Ganesan berbohong dan hilang kelayakan.

Surat carian kepada malaysian Bar Council oleh Firma Guaman Chan pada 11 Ogos yang mendapati Ganesan masih aktif.