28 Oktober 2009

Kejadian jambatan runtuh di Perak : Benarkah cuma 3 orang yang terlibat ?

Sehingga ini saya masih meragui jumlah sebenar yang terlibat dalam kejadian murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira 10.30 malam tadi. Mulanya secara meluas dan satu berita yang disahkan seramai 22 orang yang terlibat.

Malah jumlah itulah yang dilaporkan oleh teman akrab yang menalifon pagi tadi tertulis di papan kenyataan bilik gerakan sehingga pagi tadi.

Semacam sesuatu yang tidak kena bila tengahhari tadi ada penafian dari jumlah 22 yang diumumkan pada awalnya telah dinafikan dan diumumkan 19 pelajar terselamat manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi, seperti yang diumumkan oleh polis Perak.

Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar. Mayat seorang murid perempuan dikenal pasti sebagai Dina Deve a/p Nathan telah ditemui jam 8.40 pagi tadi.

Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan.

Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai dan media melaporkan masih belum menemui murid-murid yang hilang.

Bukan niat saya untuk mensensasikan jumlah yang jauh berbeza dari 22 susut kepad 3 sahaja, dan kalaulah benar pengiraannya silap kenapakah jumlahnya selsisih sehingga 19 orang?

Apapun sekiranya 19 orang itu benar-benar selamat saya bersyukur mereka telah terselamat dari musibah yang besar, namun jika sekiranya jumlah sebenar adalah seramai jumlah asal 22 orang yang diumumkan, saya mempersoalkan kenapakah berita ini semacam ingin dikecilkan ?

18 ulasan:

rayman berkata...

Salam YB,

sekiranya berita yang dinyatakan benar, kita patut bersyukur kepada Ilahi hanya 1 kematian sahaja daripada 22 yang awalnya.

Cuma, selepas musibah yang menimpa ini, diharap pihak yang bertanggungjawab lebih peka dan prihatin. Jangan lepas tangan dan ambil mudah.

Tanpa Nama berkata...

mana komen aku woi.

Tanpa Nama berkata...

mungkin yg jatuh 22 tp berjaya naik.3 gagal menyelamatkan diri.itu saja.takde yg pelik

amalhaj berkata...

pasni siap ler mengkome ppd ngan gb menjawab

Tanpa Nama berkata...

Kerana perkhemahan 1Malaysia, Jambatan gantung runtuh....

Tanpa Nama berkata...

alah, time kne dkat krjaan sume xpe, meh krjaan PR sumenye jadik salah...

alamalikut berkata...

Sebab nak nama.. konon nak julang 1Malaysia.. PPD guru guru B.Sc (B.O.D.E.K) M.Sc.(A.M.P.U).. aku masak sgt dah dengan gelagat mengkeme.

Tanpa Nama berkata...

Salam YB
Tolong mintak SPRM/ Mahyudin siasat pegawai Jab Pelajaran Perak Bhg Pembangunan kerana 1. Mereka Cikgu yang buat kerja pentadbiran, mana ada pengetahuan 2.Banyak org cakap,peluang Cikgu cari makan 3. JKR dipinggirkan. Banyak projek sekolah hancur,tak siap dan Cikgu yang ketua Bhg ni pun cikgu yang ditahan lesen mengajar. Banyak cikgu di JPN menguap, tak ada kerja. Tolong tengok jangan bagi goyang kaki perabih duit rakyat.

Tanpa Nama berkata...

berita ni semacam ingin dikecilkan sebab ada nama 1 MALAYSIA...nak cover le pe lg...pandai le diorang nak pusing.....

Tanpa Nama berkata...

perkhemahan 1 malaysia anjuran kementerian pelajaran, menampakkan UMNO telah menggunakan sekolah untuk tujuan politik.

Tanpa Nama berkata...

Tanda nak runtuh dan jatuh kerajaan rasuah dan haram UBN perak!!!

Wan berkata...

lor.. apa kaitan mende ni ngan pkr or kerajaan.. pelik sungguh.. angka 22 kemudian bertukar menjadi 3 ialah kerana.. 19 daripadanya berjaya di selamatkan.. 1 meninggal dan 2 lagi masih gagal di temui..

Tanpa Nama berkata...

itulah apa bila perak ni lebih utamakan ko kurikulum,sedangkan akademik tercorot di malaysia,insaflah pelajaran lebih penting dari aktiviti berbahaya seperti itu

Tanpa Nama berkata...

SALAM..MUDAH-MUDAHAN KESMUANYA SELAMAT...UCAPAN TAKZIAH KEPADA YG PERGI..DAN YG LGI 2 ORG YG HILANG TU INSYALLAH AKAN D JUMPAI SELAMAT..AMIN...

biasa la tu berkata...

berkat doa syeikh zamri kadir alpangkori selamat jua akhirnya melainkan 3 org shj yg telah ditentukan nasibnya oleh yg maha esa

masuksuku berkata...

salam yb
untuk kedai bestari..jambatan tu baru siap seminggu sebelum khemah budak budak sekolah di jalankan...penyebab utama adalah cable penyokong yang ditanam dalam batu konkrik terbongkar..bila tiada support kuat jambatan itu terus roboh tambahan pula dengan arus sungai yang kuat sebab malam sebelumnya hujan lebat dan air sungai kijang penuh dan arus deras..
konkrik tu sebenarnya belum kering pun..cuma di sebelah luar saja yang keras tapi didalam masih lembut..
memang lah ada kaitan dgn kerajaan..dgn kementrian..dgn jkr sepatutnya..tapi mungkin sebab kroni yang buat jambatan tu..so tutup mata saja le..
yang kerajaan pula tak takut jika yang meninggal tu bangsa melayu..sebab tak kemana pun..tak saman dan tak kecoh pun..sebab last word adalah takdir ALLAH..memang vetul dan tepat..ketentuan ALLAH..tapi kalau difikirkan kematian atau kejadian yang tak patut berlaku disebabkan kesalahan orang lain..budak budak tu mungkin panjang umur cuma meninggal dalam keadaan suci hanya kerana kecuaian orang lain..
itu lah akibatnya buat dulu fikir kemudian..
anak anak yang meninggal diratapi oleh ibu bapa dan keluarga tapi disatu pihak dok seronok menghabiskan duit kontrak menyiapkan jambatan itu yang mungkin rasanya 1 juta harganya..walau pun yang sebetulnya dalam lingkungan 40 ribu sahaja belanja pembuatannya...
tapi jangan risau le sebab berita ini akan sepi hari ini sebab mereka mereka akan menimbulkan kekecohan sidang dun pula..lihat saja jika tak percaya..cuma kesian kat orang orang tertentu yang terpaksa membahagikan tugas untuk mengawal dua kawasan serentak..satu cari orang dan satu lagi nak hentam orang..hi..hi.hi..

orang klang berkata...

tragedi ini akan segera disimpan dlm arkib pasal skrg ni kerajaan ialah umno/bn walaupun haram.
kalau kerajaan yg perintah itu pr tragedi ini akan dijaja 30 hari 30 malam oleh radio,tv dan surat khabar...

Tanpa Nama berkata...

alar takkan psl satu kejadian ini semua perkhemahan harus ditangguhkan!!!