ADUN Titi Serong bersama rombongan bergambar dengan Ust. Talib Desa dalam kunjungan ziarah bertanya khabar keadaan kesihatan aktivis PAS tersebut.
PARIT BUNTAR, 27 Okt.:- Dalam kesibukan untuk menghadapi sidang DUN Perak pada 28 Oktober namun ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim sempat berkunjung dan bertanya khabar mengenai kesihatan seorang aktivis PAS, Ust. Talib Desa di Pekan Baru disini siang tadi.
Dalam kunjungan singkat itu Drs. Khalil bersama rombongan sempat bertanya khabar tentang kesihatan Ust. Talib sehingga pada pertengahan bullan ini kaki kanannya terpaksa dipotong oleh pihak hospital dibawah paras lutut. Beliau mengalami sakit diabetis sejak balik mengerjakan umrah pada cuti sekolah bulan Jun lepas.
Keadaan kesihatan beliau kini semakin beransur baik dan dalam kenyataan ringkasnya semasa ditemui selepas lawatan tersebut, Drs. Khalil mendoakan supaya kesihatan Ust.Talib cepat sembuh dan menjalan aktiviti harian seperti biasa.
"Saya mengetahui yang dia rajin menyampai kuliah di surau dan mesjid disekitar Daerah Kerian selepas persaraannya sebagai guru agama, oleh itu saya harapkan dia dapat sembuh sepenuhnya dan kembali berbakti menabur ilmu kepada masyarakat" Jelas Drs. Khalil.
1 ulasan:
Kami warga SK Taman Merak (tempat terakhir beliau berkhidmat) mendoakan agar beliau tabah menghadapi dugaan Tuhan dan semoga agar cepat sembuh dan sihat.
Catat Ulasan