19 Disember 2021

Banjir di Lembah Klang mula surut secara berperingkat - Bomba Selangor

 Banjir di Lembah Klang mula surut secara berperingkat - Bomba Selangor

Banjir yang melanda Lembah Klang akibat hujan lebat bermula Jumaat pagi hingga awal pagi tadi mulai surut secara berperingkat sejak pagi tadi. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Banjir yang melanda Lembah Klang akibat hujan lebat bermula Jumaat pagi hingga awal pagi tadi mulai surut secara berperingkat sejak pagi tadi, kata Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis.

Belanda 'berkurung' sambut Hari Natal, Tahun Baharu

 PENGUNJUNG di  pusat bandar di Rotterdam, Belanda. FOTO AFP

PENGUNJUNG di pusat bandar di Rotterdam, Belanda. FOTO AFP

The Hague: Rakyat Belanda akan menyambut Hari Natal dalam suasana 'berkurung' bagi mengekang penularan varian baharu Omicron, kata Perdana Menteri Mark Rutte pada Sabtu.

Pemandu lori lemas

 Anggota bomba menemui pemandu lori yang cuba menyelamatkan diri selepas kenderaannya dinaiki air petang tadi. - Foto BOMBA

Anggota bomba menemui pemandu lori yang cuba menyelamatkan diri selepas kenderaannya dinaiki air petang tadi. - Foto BOMBA

KUALA SELANGOR: Seorang pemandu lori yang cuba menyelamatkan diri selepas kenderaannya dinaiki air di Desa Coalfields, di sini, ditemukan lemas, hari ini.

Banjir makin buruk

 Keadaan kenderaan penduduk yang dihanyutkan air di Kampung Batu 18, Hulu Langat. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

PreviousNext

KUALA LUMPUR: Banjir yang melanda di beberapa negeri bertambah buruk pada sebelah petang apabila lebih 34,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding lebih 21,000 orang pada tengah hari tadi.

Banjir: Bantuan RM1,000 kepada ketua isi rumah terjejas - Perdana Menteri

 Banjir: Bantuan RM1,000 kepada ketua isi rumah terjejas - Perdana Menteri

Bantuan RM1,000 akan disalurkan selepas kesemua mangsa yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pulang ke rumah masing-masing. - Gambar BERNAMA
KLANG: Kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir.

Banjir: JAWI saran masjid, surau adakan solat hajat malam ini

 Banjir: JAWI saran masjid, surau adakan solat hajat malam ini

Ia bagi memohon perlindungan Allah SWT dan kesejahteraan untuk seluruh negara dalam mendepani musibah banjir yang sedang melanda.
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid dan surau selain surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menganjurkan solat hajat dan bacaan doa selamat malam ini selepas solat Maghrib.

3,108 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini

 3,108 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini

Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 29 kematian dilaporkan setakat tengah malam Sabtu, menjadikan jumlah kematian terkini mencecah 31,073 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,108 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,718,959 kes setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

[VIDEO] Hanya mampu selamatkan nyawa, keluarga

RUMAH penduduk yang dinaiki banjir sehingga paras bumbung di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

PETALING JAYA: “Hanya mampu selamatkan nyawa diri dan keluarga tanpa fikir harta benda”.

Media sosial JAKIM salur info berkaitan banjir

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU: 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengerahkan pasukan media sosialnya berperanan membantu menyebar serta memberi maklumat dan panduan yang tepat kepada masyarakat mengenai bencana banjir yang berlaku.

Banjir: Masjid di Wilayah Persekutuan jadi pusat penempatan sementara

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR:
 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad, mengarahkan masjid di Wilayah Persekutuan dijadikan tempat penempatan sementara mangsa banjir.

PRU15: PN tidak akan bekerjasama dengan PH

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) tidak akan membentuk sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Lima laluan di ibu negara ditutup

 Keadaan banjir di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka dalam tinjauan jam 1.30 pagi tadi. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Keadaan banjir di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka dalam tinjauan jam 1.30 pagi tadi. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Polis melencongkan dan menutup lima laluan di sekitar ibu negara susulan banjir akibat hujan lebat sejak semalam.

'Cuti kecemasan untuk kakitangan awam, swasta mangsa banjir'

 Ismail Sabri (kanan) menyantuni kanak-kanak ketika melawat mangsa banjir di PPS SK Telok Gong, hari ini. - Foto Bernama

Ismail Sabri (kanan) menyantuni kanak-kanak ketika melawat mangsa banjir di PPS SK Telok Gong, hari ini. - Foto Bernama

KLANG: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cuti kecemasan kepada semua kakitangan awam yang terkesan akibat bencana banjir.

Berkubang dalam selut, tangkap ikan gamit nostalgia

 Sebahagian aksi peserta yang teruja menangkap ikan dan berkubang dalam sawah yang menyertai program Igak Ikey Daley Baruh 2021 di Kota Jembal. NSTP/Foto ihsan Pembaca

Sebahagian aksi peserta yang teruja menangkap ikan dan berkubang dalam sawah yang menyertai program Igak Ikey Daley Baruh 2021 di Kota Jembal. NSTP/Foto ihsan Pembaca

KOTA BHARU: Mengambil kesempatan musim bah, sekumpulan peserta sanggup berkubang dalam sawah bagi aktiviti mencari ikan dalam program Igak Ikey Daley Baruh 2021.

Laman rumah dipenuhi timbunan kayu, pokok tumbang akibat banjir

 Laman rumah Mohd Yusof di Batu 7 Kampung Pantai dipenuhi timbunan kayu dan pokok besar yang dihanyutkan arus banjir malam tadi.- Foto BERNAMA

Laman rumah Mohd Yusof di Batu 7 Kampung Pantai dipenuhi timbunan kayu dan pokok besar yang dihanyutkan arus banjir malam tadi.- Foto BERNAMA

SEREMBAN: Keluarga Mohd Yusof Hanafi diuji dugaan berat apabila rumah mereka dipenuhi timbunan kayu dan pokok besar yang tumbang akibat dihanyutkan arus deras banjir di Batu 7 Kampung Pantai di sini, malam tadi.

Lebih 14,000 mangsa banjir dipindahkan setakat pagi ini

KUALA LUMPUR: Lebih 14,000 mangsa banjir berada di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,189 orang pagi ini.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tujuh daerah di Pahang iaitu Raub, Lipis, Bentong, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan dilanda banjir dengan 116 PPS dibuka setakat 9 pagi.

PRN Sarawak: 169 calon hilang deposit

KUALA LUMPUR: Seramai 169 daripada 349 calon yang bertanding pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kali ini hilang wang deposit.

Mangsa banjir Kelantan meningkat

 Jalan utama Kuala krai yang menghubungkan Kampung Kuala Nal dengan Lepan Pauh dan Bukit Sireh terputus hubungan akibat limpahan Sungai Kelantan susulan hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,159 orang setakat jam 1 tengah hari ini, dengan enam lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan tiga di Kuala Krai, dua di Pasir Mas dan satu di Gua Musang

Hanya tinggal tangga rumah hanyut

 (Gambar kiri) Keadaan rumah pusaka ibu bapa Rodiah di Kampung Jawa, Hulu Langat sebelum dilanda banjir. (Gambar kanan) Hanya tinggal tangga selepas dilanda banjir. - Foto Rodiah Mahfuz

(Gambar kiri) Keadaan rumah pusaka ibu bapa Rodiah di Kampung Jawa, Hulu Langat sebelum dilanda banjir. (Gambar kanan) Hanya tinggal tangga selepas dilanda banjir. - Foto Rodiah Mahfuz

KUALA LUMPUR: 'Hanya tinggal tangga batu selepas rumah dihanyutkan banjir, awal pagi tadi'.

Itu reaksi Rodiah Mahfuz, 56, berikutan rumah pusaka ibu bapanya di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat, musnah dinaiki air akibat hujan lebat sejak semalam.

Abang Johari angkat sumpah Ketua Menteri Sarawak

 Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud (kanan) di Astana Negeri, Petra Jaya malam ini. - Foto BERNAMA

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak, selepas gabungan empat parti itu memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).